Isnin, April 03, 2006

Cerita Seorang Badut

Hari ini tak taulah kenapa. Suasana macam ada yang tak kena. Staf aku yang seorang ni masuk bilik aku dengan muka sedih. Nampak depressed . Dan tadi macam selalunya, aku sempat juga merayau-rayau ke blog kawan-kawan. Ada seorang kawan blogger ini pun entry nya berbunyi sedih. Lalu aku teringatkan cerita ini....

Seorang lelaki berjumpa dengan seorang pakar jiwa dan mengadu, " Doktor, saya selalu rasa sedih dan depressed. Apapun yang saya buat tetap akan rasa sedih. Saya dah tak tau nak buat macamana lagi". Bunyinya memang macam orang putus harapan. Pakar jiwa itu membawa lelaki ini ke tingkap dan menunjuk ke suatu tempat. " Cuba awak lihat di sana. Di sana ada satu kumpulan sarkis yang top sedang membuat pertunjukan. Banyak aksi-aksi lawak dan lucu yang boleh awak tengok. Di sana juga ada seorang badut yang terkenal yang boleh membuat awak ketawa, rasa gembira dan menghilangkan kesedihan awak itu". Lelaki itu menoleh kepada pakar jiwa itu dan dengan muka yang sedih berkata, " doktor, sayalah badut itu....".

BP: Benarlah ketawa dan kegembiraan itu tidak boleh dipalsukan. Ia datang dari hati...............

TTFN

45 ulasan:

  1. passion or position

    BalasPadam
  2. adadia:
    dan pilih lah samada nak jadi hero, nak jadi heroin, nak jadi crook, nak jadi pak pacak.......

    ron97:
    passionate...!

    BalasPadam
  3. jowo,
    memang kebanyakkan badut hanya menggembirakan orang lain tetapi diri sendiri tak gembira.iskiskisk.

    sayut,
    hamba? ke queen control.haha

    BalasPadam
  4. entry ini mengenakan saya kah? ish.. sedih.. sedih..

    BalasPadam
  5. satu hari. dalam putraLRT (aku ubah gaya hidup. 5 kereta, aku jual). sorg mamat takde kaki. naik kerusi roda. tp die senyum kat sume org.

    count your bleesings!

    BalasPadam
  6. gembira? sedih? berkaitan rapat dgn redha atau tidak dgn apa yg kita ada.
    aku pernah jumpa seorang gadis muda tiada sebelah kaki. tp masih lagi tersenyum riang berkejaran di tmpt letak kereta bersama kwn2 lain yg sempurna sifat. nmpk jelas kegembiraan di wajahnya.

    BalasPadam
  7. untuk mencapai sesuatu keembiraan kita perlu menghadapi kesedihan, jika tidak, tiada erti kegembiraan itu....

    regards,

    BalasPadam
  8. suka ayat ko... betul tu.. udip hanya lakonan..

    BalasPadam
  9. sebenarnya setiap org tak pernah tunjukkan perasaan sebnr..

    dgn kawan lain..kita tak buat perangai macam kiter dgn family


    dgn family lain..kita tak buat perangai gila2 mcm kiter dgn kawan

    dgn org yg aku tak kenal..apatah lagi aku diam seribu bahse

    yer aku sendiri tak kenal aku siapa..ambik ko last2 aku tak tau aku siapa..hahaha

    BalasPadam
  10. selalunya susah nak sedih kecuali kalau tenguk citer atau abca citer sedih.. tapi kalau masa PMS .. memang sedih sedih amat

    BalasPadam
  11. Betul... depan orang kita boleh belakon gembira, ketawa (aku selalu buat ni). Hati menangis siapa tahu?

    BalasPadam
  12. yg sedih dalam hati aje...memang tak kan dizahirkan....itu antara aku dengan Tuhan sahaja :D

    BalasPadam
  13. Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini..."

    Atau:

    Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."

    BalasPadam
  14. sayuti:
    kita semua hamba kepadaNya

    semut:
    dalam kehidupan kita pun kekadang kita juga seorang badut

    gitartong:
    Aku pun tengah sedih ni...hehehe

    book & atok:
    senyum orang kecil yang gembira lebih bermakna dari senyum orang besar yang berpura-pura... Agaknya..

    aku bukan bidadari:
    cuba menjadi badut..... mungkin anda hilang mengantuk..!

    BalasPadam
  15. luka di tangan memang nampak, luka di hati tiada siapa yang tau.........

    BalasPadam
  16. Aik BP...takkan hang pun PMS kot. Tapi cam best pulak kisah badut tuh kan? Kalau badut yg sedih..sapa yg nak hiburkan yek?

    BalasPadam
  17. ontahsapo:
    betul tu OS.sedih dan gembira bak ombak dan pantai... sesekali ombak mengganas buruk padahnya.macam tsunami tu..

    nash:
    bak kata sdra hamka. AlQuran dan Hadith adalah skripnya...Itu bagi pelakon yang megikut skrip yang betul..

    petiais:
    kita ambil contoh petiais saja la.. ada yg dua pintu, ada yg satu pintu... hehehe..

    sya:
    Alhamdulillah . Allah menguriakan akak jiwa yang ceria. satu yg amat berharga bg jiwa2 yg berduka..

    alang:
    kehidupan nyata satu lakoan..tak dapt disangkal lagi.....

    BalasPadam
  18. mamarisyia: :)

    alex lacey:
    jiwa yg sedih kita sendiri yg tau kan....

    hamka:
    penderitaan itu satu rahmat juga. .. bagi yang memahami dan mensyukuri....

    babydiana:
    ha ah.... lebih baik menjadi badut, menggembirakan orang lain...
    kegembiraan org lain boleh menjadi kegembiraan kita juga kadang2....

    anonymous:
    sedih aje bunyinya tu....hehehe

    nbk466:
    PMS? hehehe. aku lelaki sejati...
    kesian badut tu kan....

    BalasPadam
  19. sedih atau gembira sebahagian dari ajinomoto atau gulai kari dalam hidup

    BalasPadam
  20. bagus soklan tu..kalau badut yg sedih..sape yg biasa me"riang"kan nya?

    BalasPadam
  21. nak buat org ketawa tu senang nak mentertawakan org pun senang tapi nak ketawa sendiri yg susah nanti orag kata apa pulak hehe..

    BalasPadam
  22. adoi, memeng susah nak cover-cover internal feelings ni - kengkadan terkeluar juge

    BalasPadam
  23. doktor..saya rasa saya ngidap cirit birit la

    BalasPadam
  24. badut..oohh..badut..

    dari sebuah desa..
    berbekal kasut jingga..
    datang ke ibu kota..
    dengan satu tujuan..
    nak jadi badut jalanan..
    nak jadi badut jalanan..

    oh badut jalanan..
    pujaan tua muda..
    kau di sinar cahaya..
    dan hilainya ketawa..
    dan riuhnya tepukan..

    meskipun kau berjenaka..
    namun tak sorang pun tahu..
    apa isi hatimu..
    tatkala kau lakonkan..
    lakonmu watak suka..
    namun hatimu berduka..

    isk..isk..

    badut..ooh..badut..

    BalasPadam
  25. bila kita suka buat org gembira, tapi ada org suka sakitkan hati kita...

    BalasPadam
  26. mmg hidup hanya lakonan semata2...kegembiraan kita tunjukkan dgn sumo org...tapi kesedihan, hanya diri sendri jak yg tau...

    anyway, life must go on...cheer...

    BalasPadam
  27. mengapa bersedih...
    mengapa (aku tak ingat liriknya)...
    Hiburkanlah hati mu
    Gembira selalu..

    Jangan dilayan sedih dan depress..
    kene baca buku La Tahzan nih..

    BalasPadam
  28. badut tak semestinya lucu kan?

    BalasPadam
  29. kabare?

    semoga tuan hamba tak jadi badut itu... ceria2 selalu ya...

    BalasPadam
  30. esis:
    B.L.O.G sapa tu esis...

    faizah:
    glad to know that u're happy...:)

    budd:
    jangan ambil monosodium glutamate banyak sangat nanti gugur rambut....
    kari mamak sekarang dah mahal....
    hehehe..

    kadok:
    cari la saiful apek...hehehe..

    zino:
    lebih baik mentertawakan diri sendiri dari ditertawakan oleh orang lain..

    mama rock:
    orang boleh baca riak muka kita kadang-kadang....

    neeziee:
    ko keracunan makanan tu nizi...hehehe..

    semut:
    hehehe... sesuai la tu...

    BalasPadam
  31. hmmm... for me, sad or happy, people say boleh nampak from my facial expression...Tak tau la... Selalu riang tapi adakala bila sedih, sedih tu boleh mencapai tahap melampau... Bahaya jugak sebenarnya kalau macam ni... Tapi that's human... Bila dalam keadaan sedih yang amat, all I wanna do is be away from people... Kalo boleh nak tidur... But actually, I learned that, bila bersedih, adalah lebih baik kita dikelilingi orang-orang gembira cos their happiness might rub off on us...Tapi dah lumrah kehidupan, sedih dan gembira ada pasang surutnya... Apalah maknanya kehidupan tanpa silih ganti perasaan sedih gembira itu... Cuma kena perbaiki cara kita hadapi perasaan sedih itu from time to time... Maybe then we'll be happier...

    Ada orang kata, happy or sad, it is your choice... But sometimes, emotions get the better of us...And sometimes, it is easier said than done... So, ceria2kan lah diri selalu... Another way to look at it is that, kalau kita sedih, maybe there's someone out there who is sadder than us... So, don't dwell to much on the sadness... There's always a silver lining behind a cloud... Setiap yang berlaku, ada hikmahnya...

    BalasPadam
  32. syikin:
    selagi kita dipanggil manusia.....

    hitomi:
    betul.... hidup penuh dengan warna warni macam blog anda juga...! hehehe

    moon:
    itu yang dipanggil diam gunung berapi...

    ayu:
    kadang2 senyum juga walaupun dalam duka..hehehe

    daun:
    la tahzan..?

    sleepless in gelugog:
    tapi kena ikut skrip yang betul...

    orocimaru sama:
    badut tak semestinya lucu tapi lucu semestinya badut...

    izhal:
    waras kang.. :)

    sastri:
    betul tu hunn.... suka dan duka adat kehidupan. kedua2nya ada hikmahnya. kegembiraan itu ujian, kedukaan juga ujian.

    bersyukur dengan nikmat yang ada......

    BalasPadam
  33. walau bagaimana pun lakonan kita...hanya kita yang tahu diri kita sebenarnya...apa yang tersimpan di hati ini

    BalasPadam
  34. blackpurple: La Tahzan adalah buku motivasi tulisan Aa'id Abdullah al-Qarnee. La Tahzan bermaksud, Jangan Bersedih. :)

    BalasPadam
  35. salah satu nak awet muda ketawala, tapi kalau banyak ketawa..cepat jugak mati, hati pun gelap..

    BalasPadam
  36. mak cik saya kata. dulu di kampung sebelah ada budak ni. Nampak gayanya macam happy go lucky, suka menyakat orang, suka buat lawak juga. Tapi bila diperhatikan ketika dia berseorangan, mukanya moyok. Jauh sekali ceria.

    Kata kawan mak cik saya, dia sunyi.

    BalasPadam
  37. semut:
    joko suprianto?

    kak lady:
    wajah rahsia hati....

    daun:
    ooohhhhh....

    ibuvouge:
    laughter is best medicine... tapi tak selalunya...

    kunci hilang:
    cuma dia seorang saja yang tahu apa sebenarnya yg dia rasa.......

    BalasPadam