Khamis, Mei 15, 2008
Saya tak pernah menulis entri sebegini. Maksud saya entri jiwa-jiwa dan seperibadi ini. Tapi sebagai lelaki yang sudah bersalah, sebagai lelaki yang sudah berdosa, saya akur, saya mesti jujur dan berterus-terang. Untuk apa saya perlu mementingkan imej misalnya, saya mesti gentleman. Saya mesti bersedia untuk menerima apa sekalipun hukuman yang akan dijatuhkan kepada saya.

Mungkin ramai yang sudah membaca entri saya CERITA MENGEJAR MATAHARI itu. Tetapi mungkin saya terlalu bermain dengan bahasa atau terlalu berkias sehingga sukar dimengertikan maksud di sebalik entri saya itu.

Beginilah. Biarlah saya berterus-terang. Sejujurnya. Saya telah mengkhianati kepercayaan, menodai kesetiaan, mempersia-siakan kebaikan, menzalimi pengorbanan dan kasih-sayang seorang wanita suci, puteri saya, Sastri. Dan saya juga tambah berdosa bila saya tidak berterus-terang sepenuhnya. Niat saya cuma mahu kami melupakan terus detik-detik hitam itu. Dan tak ingin hatinya menjadi lebih terguris lagi.

Kesalahan dan dosa-dosa saya terlalu besar sehingga saya hampir pernah berputus asa, apakah ada lagi ruang kemaafannya untuk saya, bagaimana untuk mengembalikan semula kepercayaannya pada saya.

Saya pernah dikecewakan dan pernah berputus asa dalam hidup sebelum ini dan sebagai manusia yang waras sepatutnya saya belajar dari kesilapan dan tidak melakukan kesilapan yang pernah dilakukan oleh orang lain kepada saya terhadap insan lain pula. Saya bukan mahu mencari-cari alasan, dan bukan juga menyalahkan takdir. Ya, saya mengaku kesilapan yang sudah saya lakukan. Dan saya dengan rendah hati menyesali setiap kesilapan dan kebodohan saya.

Buat Sas, dosa-dosa dan kesilapanku ini terlalu besar terhadapmu. Hati dan perasaanmu bukan sahaja telah kurobek-robek tetapi telah kuhancurkan menjadi serpihan-serpihan halus yang terlalu payah untuk dikutip dan dicantum semula. Namun aku amat menyayangimu dan aku tak sangggup untuk kehilanganmu - permata berharga yang telah kugenggam selama tiga tahun ini. Berilah sedikit ruang lagi di hatimu untukku menebus segala dosa-dosaku terhadapmu. Tak akan kupersiakan hidupmu yang akan datang. Dengan izin Allah.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 5/15/2008 01:27:00 PTG. |


61 Ulasan


Khamis, Mei 15, 2008 2:27:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

apsal aku plak yang emosi...Apapun aku kagum ngan ko sanggup mengakui kesilapan ko...Aku harap Sas dapat memaafkan ko...Setiap perhubungan ada mesti ada wangi, ada seronok, ada jiwang tapi jgn lupa setiap perhubungan jugak ada busuk, masak, sakit hati, merajuk...Tapi kita harus bersama-sama tempuhi apa jua rintangan yang datang...

Semoga ko ngan Sas kekal hingga ke akhir hayat...Sesungguhnya amat rugi rasanya aku kalau tak dapat makan nasi ambeng ko ngan sas...

 

Khamis, Mei 15, 2008 2:38:00 PTG, Blogger Kak Lady

BP...seorang wanita bila telah memberikan sepenuh kepercayaan & kesetiaannya pada seorang lelaki...dia sanggup melakukan apa saja untuk insan yang disayangi...tapi sekali kepercayaan itu terobek...maka sukar untuk dia memberikannya semula...

Namun...akak harap BP tidak berputus asa...biar bagaimana terluka pun hatinya akak tau...jauh disudut hati itu masih ada rasa sayang...cuma utk mengubati luka tersebut...ianya memakan masa. Tapi binalah semula ikatan cinta itu dari kenangan2 manis bersama...dan siramilah semula benih kasih itu agar bercambah menjadi lebih kuat dari sebelumnya...

Akak doakan yg terbaik buat BP...Insyaallah...

 

Khamis, Mei 15, 2008 2:51:00 PTG, Blogger pB

Salam Blackie


sekali hati wanita dilukai , dia akan ingat hingga ke akhir waktu. Bukan mudah untuk memaafkan dan juga untuk melupakan ...

berilah dia masa
bagilah dia waktu

moga apa yang kusut ini akan terlerai dengan baik ...

pB doakan yang terbaik buat Blackie dan Sas ....

setiap apa yang berlaku ini ada hikmatnya.

kejujuran akan dibalas dengan rasa cinta ....

 

Khamis, Mei 15, 2008 2:53:00 PTG, Anonymous wann

Selamat! :)

 

Khamis, Mei 15, 2008 3:20:00 PTG, Blogger Along Tapa

pujuk cepat2 sebelum dia berubah ati.try sumer cara nak dapat cakap n terangkan segala2nya, cakap dgn dia directly yang ko menyesal n nak berubah.cuba yakinkan.aku pun pernah dapat masalah camni beb.jangan sekali-kali ko tunjuk yang ko putus asa nak mengubat ati dia.Insya-Allah dia akan terima.

aku pun tatau nak bagi idea cemna kat ko kalo tak tau hujung pangkal cerita.kalo ada apa2 email jek aku kat mus.jebat@gmail.com @ mus_jebat@yahoo.com..bukan apa sekadar nak membantu sahabat sekampung.

p/s: kalau message@email tak reply,call.kalau call tak angkat, p rumah dia.kalau p rumah dia taknak jumpa, kau jerit I LOVE YOU kuat2 depan pagar rumah dia.kalau ko berani la.aku dah buat.kalau ko pernah terdengar orang buat cemtu kat area sri petaling setahun dulu..huhuhu

 

Khamis, Mei 15, 2008 3:24:00 PTG, Blogger violet

uhuks...

ni pertama kali bc luahan hati yg ikhlas dari sorg lelaki demi wanita yg dicintai.

tak semua lelaki dpt buat cm ni.

pd saudari Sastri, anda seorg wanita yg terlalu dn teramat bertuah diatas muka bumi ini.

cinta itu membahagiakan. jgn biarkan ia melukai hati dn perasaan anda berdua.

semoga bersama akhirnya dgn ikatan suci bernama pernikahan.

amin...

 

Khamis, Mei 15, 2008 3:36:00 PTG, Blogger muor76

pujuk selagi boleh....
sekeras-keras batu lekuk gak ngan air... sekeras-keras kerak nasik lembut gak ngan air... jadik kene ler gunekan care yg lembut...
perempuan ni dijadikan dari tulang rusuk kiri... ia akan mengikut sifat tulang rusuk itu.. bengkok... utk menegakkan sifatnya yg bengkok itu.. kite kene gunekan care yang paling lembut, utk mengelakkannya patah.. sekirenya kite berjaya menegakkan ia.. haruslah kite jage ia supaya tidak kembali kepade keadaannya yg asal.. bengkok... perempuan itu lebih dipengaruhi oleh emosi, perasaan.. banyak bertindak ikut perasaan.. jadik lelaki yg dianugerahkan oleh tuhan ngan 9 akal.. hendak lah menggunakan akal tersebut ngan baik,bagaimane hendak mengawal perasaan tersebut..
pujuk selagi boleh.. kesabaran boleh mengundang perasaan yg hebat sekiranya ape yg kite lakukan itu berjaya... tapi harus diingat.. kadangkala ape yg kite nak sangat.. tu lah yg kite tak dpt, dan ape yg kite tak nak sangat tu ler yg kite dapat... ape yg terjadik mungkin telah ditentukan.. kena terima dengan redha.. mungkin ade hikmah disebalik semua yg terjadik.. mungkin bukan sekarang.. mungkin akan datang...
akhir kata.. usaha tangga kejayaan.. mariler kite ngeteh..

 

Khamis, Mei 15, 2008 3:41:00 PTG, Blogger Along Tapa

komen ko bahasa la muor.aku nak gak komen cemtu tadi tapi takut org tak fhm.kalo ko nak p ngeteh jangan lupa ajak aku.start minggu depan 4 bulan aku aku lepak muo.cuti.

 

Khamis, Mei 15, 2008 4:06:00 PTG, Blogger KAMATO

Salam BP, tabik dengan pengakuan iklas mu itu,
Sas, kalau terbaca catatan ini, berilah sedikit ruang untuk nya, moga Allah lindingi nkalian berdua

 

Khamis, Mei 15, 2008 4:18:00 PTG, Blogger Penoreh Getah

aku pernah berterus terang dengan sebegini dalam lamanku 2 tahun lalu.. cuma bezanya kau dan aku.. aku memohon maaf atas bukan aku yang menodai hubungan itu..

bro.. saat2 mcm ni Allah bagi pada kita ada asababnya.. Allah telah pilih kau untuk diduga.. Allah telah pilih kau untuk kembali dekat pada Dia.. insyaAllah kalau kau jujur dan ikhlas dengan setiap kemaafan kau insyaAllah Allah permudahkan..

 

Khamis, Mei 15, 2008 4:58:00 PTG, Blogger xrajunax

aku tak dapat berikan komen yang lebih lanjut dalam hal jiwa2 ini. biarpun bolehlah dikatakan matang pada kiraan usia(tetapi tidak pada wajah)pengalaman aku dalam hal2 sebegini amat cetek.

Pernah juga kecundang beberapa kali. sejak itu aku tak pernah menyentuh candu bernama cinta. Aku nafikan perasaan. Pendam dan peram elok2 dalam penjuru hati.Sampai hari ini.tidak sekali-kali. Biar aku begini. Ingin jadi manusia yang sekadar manusia.

usah berpaling diri kerna esok terbit sinar mu. percayalah.

 

Khamis, Mei 15, 2008 6:16:00 PTG, Blogger waterlily

Salam Purp,

Lelaki kak WL dulu tidak pandai menulis begini. Kesalahan yang sama juga dia lakukan. Dan telah ditebus dengan rombongan meminang.

Hati seorang perempuan, lembut dan pemaaf dik.

Luka itu tetaplah berparut...tapi jika dirawat insyallah sembuh.

Semoga kembali ceria dan ingatlah bumi mana tidak ditimpa hujan.

 

Khamis, Mei 15, 2008 9:54:00 PTG, Anonymous mudin001

Saudaraku Nan dan puteri yang dihormati,

Aku, walaupun dah beranak dua, sebenarnya tidak gheti bab-bab begini. Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik buat kamu berdua. Ingat pesan Allah, tidak semestinya yang kita suka itu, baik untuk kita. Dan tidak semestinya yang kita tidak suka itu, tidak baik untuk kita.

Wallahua'lam.

p.s Berehatlah kalau perlu :)

 

Khamis, Mei 15, 2008 9:56:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam mesra JP.Seandai ada rasa terguris kala tangan nyata masih erat digenggam.Usah dilerai dakapmesra yg masih berputik.Titipi terus semarak kasih lalu seiring berlari mengejar impian di permatang kasihsayang. Sehijau seindah harapan masih luas terbentang.Aduhaii Sas Sudi apalah kiranya mengerti rasanurani seorang JP. Seikhlas rasa: Rio.

 

Khamis, Mei 15, 2008 11:44:00 PTG, Anonymous iman mawaddah

Salam,
Nasihat seorang teman, istikharah dan berserah pada yang Esa. Apa saja ketentuanNya laluilah dengan tenang. Tuhan memandang dengan penuh kasih.

Sehebat mana ujian, jika sudah ditetapkan di Luh Mahfuz, pasti bersama jua akhirnya. Mudah2an kalian berdua temui jalan penyelesaian yang terbaik.

 

Khamis, Mei 15, 2008 11:55:00 PTG, Anonymous kadok

bg dia waktu..itu yg penting..everything will be fine...insya-allah

 

Jumaat, Mei 16, 2008 12:27:00 PG, Blogger kawaii_desu

salam.. lama tak datang sini.. setiap kejadian ada hikmah..
harap bertahan

 

Jumaat, Mei 16, 2008 2:11:00 PG, Blogger lindosh

terharu baca entri neh. tetiba mataku plak berkaca. alangkah bagus kalo sidia daku tu juga begini. mengaku kesilapan dan ingin perbetulkan keadaan. tapi itu cuma mimpiku disiang hari.

syabas bp..

semoga semuanya akan seperti dulu kala..

 

Jumaat, Mei 16, 2008 2:43:00 PG, Anonymous MdmZend

Duhai Suria....dikau membuat arjunamu sesak kagum dan pegun dengan sinaran cahaya cinta yang kau pancarkan.....sehingga menyanggupi nya untuk mendakap kehangatan... betapapun ia panas membakar...izinkanlah.... dalam kelembutan mu....kerana ia dalam kekesalan yang hebat...dan roh yang memohon belasmu ..aku mendoakan kalian....

 

Jumaat, Mei 16, 2008 2:43:00 PG, Anonymous MdmZend

Duhai Suria....dikau membuat arjunamu sesak kagum dan pegun dengan sinaran cahaya cinta yang kau pancarkan.....sehingga menyanggupi nya untuk mendakap kehangatan... betapapun ia panas membakar...izinkanlah.... dalam kelembutan mu....kerana ia dalam kekesalan yang hebat...dan roh yang memohon belasmu ..aku mendoakan kalian....

 

Jumaat, Mei 16, 2008 6:00:00 PG, Blogger Abang Long

Salam hormat. YA, yang terbaik adalah mengaku kesilapan dan memohon maaf. Yang sudah tu sudahlah !

 

Jumaat, Mei 16, 2008 9:19:00 PG, Blogger alisya_izzati

buat BP & Sas,

moga kalian berbaik2...

btw, naper xleh masuk blog Sas? huhuhu... invited guest only... sedihnya... call hp pun masuk voice mail...

merajuk sungguh dia

- inaz -

 

Jumaat, Mei 16, 2008 9:40:00 PG, Blogger Rush Murad

bro, tabik springggg... kau memang betul2 seorang lelaki budiman (gentleman)... seriuosly, tak ramai lelaki yg sanggup mengenepikan ego mereka. Nampak jelas keikhlasan kau....kau memang benar2 insaf, benar2 ingin memohon maaf, benar2 sayangkan Sas.... all the best to u bro! aku doakan yg terbaik for both of u..

 

Jumaat, Mei 16, 2008 10:15:00 PG, Blogger achik

salam..

semoga 'dugaan' tu membuatkan hubungan en BP dan Sastri makin kuat.. insya-Allah.. saya doakan yang baik2 utk kalian berdua..

[saya kalau ronda2 kat OUG/pearl point, slalu tengok2 keliling kot2 la nampak Sas ngan BP tgh deting ke.. hehehe] ;)

 

Jumaat, Mei 16, 2008 10:57:00 PG, Blogger ~ yus ~

salam bp,

teremosi pulak baca n3 kali ini. Wanita ni lembut hatinya, sekali terguris memang susah nak lupa, tapi InsyaAllah dia pasti akan memafkan kerana saya percaya sayangnya pada BP masih ada.Jangan putus asa....tak sabar nak dengar berita gembira dari anda berdua, makan nasi minyak pula lepas ni..(kalau dah berjaya jgn tunggu lama2 BP). All the best to both of you...

 

Jumaat, Mei 16, 2008 12:43:00 PTG, Blogger A t i Q a h

Balik-balik rumah, mak saya cerita pasal masalah kamu. (Mak saya pun pembaca kamu, tahu)

Semoga masalah kamu dapat diselesaikan. Hanya pada DIA kita berserah. =)

 

Jumaat, Mei 16, 2008 1:14:00 PTG, Blogger artisticklytouch

BP:
semoga kau terus tabah dan tidak berputus harap. kena cuba bnyk cara untuk pujuk. Hidup sain Muor

sis Sas:
andai kau membaca entry ini, maafkanlah dia, yang berlalu biarlah berlalu, walau pahit harus ditelankan untuk masa depan.

2 all readers:
mari tolong pujuk Sas he he

 

Jumaat, Mei 16, 2008 3:33:00 PTG, Blogger Hasrul Halid

Kalau zaman dulu, luka memang meninggalkan parut. Zaman sekarang, kita boleh buat 'plastik sejeri'! Hehehehe!

Walaupun 'belanjanya' mahal, tapi Insya Allah... berkesan.

Errr... Sas!
Udah-udah ler tuuuuu... kasiklah 'blackie' ni peluang. Aku sebagai rakan yakin yang si Purp ni dah 'belajar' sesuatu.

 

Jumaat, Mei 16, 2008 3:39:00 PTG, Anonymous cikin

Moga² sas akan berikan peluang pd BP untuk membetulkan kesalahannya.. Dan BP, jgn sia² peluang yg diberikan.

Aku doakan yg terbaik utk kalian berdua..

 

Jumaat, Mei 16, 2008 5:13:00 PTG, Blogger ILA

Uuuuuuwahhhhhh(tiru gaya si stacy AF6)...so SWEET GITUUUUU!!!
cukup gentlemen C JAWA!!!

cara pengakuanmu BP,saya bayangkan seolah ianya pengakuan seorang teruna kepada kekasihnya & dan pengakuan tersebut di perhatikan rmai saksi2 awam di sekelilingnya.
Sungguh...kau sanggup berkorban & mbuang rasa malu.Harap sahabatku Sas menghargai pengorbananmu...

*Sentiasa m'doakan kebahagiaan kalian semua*

 

Jumaat, Mei 16, 2008 5:52:00 PTG, Blogger Zabs

Salam Bp,
Anda telah buat yang termampu. Semoga yang hasil terbaik diperolehi, didoakan. InsyaAllah.

 

Jumaat, Mei 16, 2008 6:12:00 PTG, Blogger Ted

goodluck bro..

so sweet kalau org lukakan hati ted mintak maaf macam ni.nak juga maafkan.hehe.

ape2pun, istikharah jangan lupa.Kemana pun Tuhan juga tempat meminta sesuatu..usaha macam manapun, kalau bukan jodoh tak jd ape gak.lebih baik terluka sekaran dari selepas ni.

pst, sis harap..jangan tunggu lelama lg.Dua2 dah keje, dua2 dah sampai umur x gantung ibu bapa..Jadikah halal, genggam erat2.

 

Jumaat, Mei 16, 2008 6:39:00 PTG, Blogger en_me

moga moga apik apik kabeh kang..

 

Jumaat, Mei 16, 2008 7:50:00 PTG, Blogger pHu Cai

Jangan buat lagi bro. Kejujuran itu penting.

Cepat-cepatlah bina masjid.

 

Jumaat, Mei 16, 2008 9:53:00 PTG, Blogger silversarina

Sebagai manusia memang kita adakalanya tersalah langkah, tapi tidak bermakna tiada jalan berpatah balik dan kemaafan adalah penawar segala kesalahan... akak doakan agar bp dan sas berbaik semula dan seterusnya mendirikan mahligai bahagia sebagai suami isteri , InsyaAllah.

 

Sabtu, Mei 17, 2008 1:20:00 PG, Blogger khairyn

Renungi setiap nasihat yang diberikan pada kau. Wanita pada zahirnya nampak lembut tapi sekali terluka parutnya akan ada sampai akhir hayat.

Aku doakan kau berjaya raih kepercayaan dia pada kau kembali. Usaha kuat. Jangan putus asa dan jangan ulangi kesilapan.

Semoga berjaya. Aku doakan yang baik-baik untuk kalian dan cepat-cepatlah halalkan hubungan kamu berdua.

 

Sabtu, Mei 17, 2008 9:32:00 PG, Blogger bunga rampai

Salam BP,

BP telah melakukan yang sepatutnya. Selainnya iringi doa, tabah, sabar, dan redha. UjianNya itu pembuka hijabNya. DIA Maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Doa saya mengiringi untuk BP dan Sas.

 

Sabtu, Mei 17, 2008 10:12:00 PG, Blogger butaseni

bro,im with u bro.jangan give up.
aku turut doa

 

Sabtu, Mei 17, 2008 11:36:00 PG, Blogger kingbinjai

ah bukanlah namanya satu perhubungan diantara lelaki dan perempuan jika tiada perselisihan faham. baik dimulai dari yang lelaki atau perempuan.

bagi ruang dan masa kemudian pujuk kemabli dan selepas itu jangan diulangi.

 

Sabtu, Mei 17, 2008 1:08:00 PTG, Blogger tokasid

Salam Wak Pinter:

Dalam sesebuah perhubungan pasti ada pasang surutnya.Sedangkan IMAN kita pun ada pasang surutnya ini kan pula perasaan.

Dalam melayari sesebuah jalinan cinta akan ada ketika-ketika tindakan, pertuturan dan gerak tubuh kita berdasar emosi atau perasaan kecil hati atau perasaan cemburu yang mengelabui kewarasan kita dan membuat kita sesal sesudah itu.
Itu juga adalah normal dalam percintaan.

Lelaki dan wanita.Mahluk ALLAh yang sering berbeda pola dan berbeda emosi.Seringkali apa yg remeh bagi lelaki amat bererti bagi wanita. Juga apa yg istimewa buat lelaki membuat wanita jadi binggung.

Itulah istimewanya hubungan kasih lelaki dan wanita.Agar dapat mencari jalan tengah yg menyelesakan mereka tanpa meninggalkan iman dan syariah.

Apa jua kesalahan Wak pada Sas, ada hikmahnya walaupun pedih dan pahit utk anda berdua.
Konfrontasi tidak bererti tamat sebuah hubungan kasih.Ia mungkin hanya suatu setback,agar kita berfikir dgn waras dan iman akan kesilapan kita.

Kekecewaan dan kepedihan Sas ada sempadannya.Kerendahan hati dan keikhlasan bakal merapatkan semula kalian,insyaALLAH.

Doa saya agar kalian ada titik pertemuan semula.

 

Sabtu, Mei 17, 2008 8:28:00 PTG, Blogger Si Kachak Yang Masih Teruna

Tahniah bro',
ko brani mengaku salah,
dan buang ego ntuk mntak mahap.

Camni la idola aku!

 

Sabtu, Mei 17, 2008 10:18:00 PTG, Blogger Op

nak seribu daya. kena buktikan dengan apa cara sekalipun untuk dapat kembali keyakinan dia :)

 

Sabtu, Mei 17, 2008 11:56:00 PTG, Anonymous neeziee

masalah rumahtangga orang.aku tamau masuk campur.nanti abah aku marah sibuk hal orang tanpa izin.

 

Ahad, Mei 18, 2008 12:29:00 PTG, Blogger KV

dgn izin Allah, ada sinar bahagia buat korang.
(sas, if u baca ni, sila invite akak yer, bandito_danish@yahoo.com)

 

Ahad, Mei 18, 2008 12:39:00 PTG, Anonymous fiq

bagus, gudluck. teruskan usaha anda. insyallah selamat

 

Ahad, Mei 18, 2008 1:58:00 PTG, Blogger zwitterion

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

 

Ahad, Mei 18, 2008 1:58:00 PTG, Blogger zwitterion

pasti ada penyelesaian.InsyaAllah.Aku mendoakan kebahgiaan kalian.

 

Ahad, Mei 18, 2008 5:56:00 PTG, Blogger MsCinderella

erk..tak tau nak cakap apa tah....kaple lama yg cin kenal kat dunia cyber...apa2 pun wish u gud luck...mesti ada jalan utk setiap permasalahan ni..:(

 

Ahad, Mei 18, 2008 8:24:00 PTG, Blogger Back_to_Basic

hu3...terharu mbaca luahan hati seorang lelaki...jiwang bro...Bp, langkah seterusnya memainkan peranan penting...keluarlah dari kepompong ego seorang lelaki...ada masanya lelaki tpaksa mgalah jugak untuk kbaikan bsama...InsyaAllah, akan ada jalan pyelesaian tuk setia mslh...me doakan BP dan Sastri kembali seperti dulu...semoga bahagia ke anak cucu, amin.......

 

Isnin, Mei 19, 2008 8:35:00 PTG, Blogger TokNabe

Moga selamat semuanya...amin :D

 

Isnin, Mei 19, 2008 10:00:00 PTG, Blogger zino

BP..
macam mana boleh jadi macam ni.. hati wanita ni amat sensitif sekali dia meletak kepercayaan dia akan percaya 100 % tetapi sekali di lukai amat sukar utk dia melupakan nya..

dari pandangan zino.. (melalui pembacaan dari entri anda berdua..) anda berdua kelihatan satu pasangan yg bagitu serasi sekali.. tak sepatutnya benda2 ni berlaku.. memang manusia tidak sunyi dari membuat kesilapan.. tapi ada harga yg perlu di bayar dari setiap kesilapan tersebut..

berusahalah mendapatkan kepercayaan dia kembali.. semuga berjaya..

 

Isnin, Mei 19, 2008 10:30:00 PTG, Blogger Mek Na

sy sebenarnya x faham sgt cite maksud JP. tp klu benar ia ttg wanita yg disayang...cepat2 lah masuk meminang dia. sbg perempuan sy faham isi hati ppuan itu

 

Selasa, Mei 20, 2008 1:32:00 PG, Blogger akirasuri

Salam..

Saya doakan yang baek-baek buat kalian..

 

Selasa, Mei 20, 2008 8:25:00 PG, Blogger asuhara

BP, bila lagi nak nyanyi lagu LELAKI INI kat sas?

 

Selasa, Mei 20, 2008 10:28:00 PG, Blogger goboklama

tidak pernah terlintas utk brjumpa dgn kisah2 cinta sebegini di dunia nyata..

bersabarlah...

 

Selasa, Mei 20, 2008 11:30:00 PG, Blogger 13may

hmmm...moga semuanya pulih :)

 

Selasa, Mei 20, 2008 11:40:00 PG, Blogger nUr@dDeEn

At least, kamu berani dan jujur mengaku silap. Itu yg paling penting. Yang selebihnya, DIA Yang Maha Mengetahui! Apapun, moga kamu berdua akan lebih matang mengharungi dugaan dlm perhubungan [chewahh, pandai2 plak aku bagi nasihat.. hehehe]. All the best lah, dude! ;)

 

Selasa, Mei 20, 2008 11:50:00 PG, Blogger kaktiny

JP:
I-
She can forgive but don't aspect her to forget.
II-
Lakukan sesuatu yang 'extreemmmm' utk memujuk (cadangan along tapa tu boleh digunapakai sebenarnya..).
III-
If you really love her, DON'T PROMISE to her that you won't repeat the same.. BUT.. Promise to yourself and to Allah of and swear NOT TO DO IT again and EVER...

Untuk Puteri JP:
I-
This will be a 'damn great lesson' (even I don't know the real situation - but can 'smell' something) for JP to be more 'sensitive' and NOT TO repeat it AGAIN in future.
II-
By giving him a second or 'very last' chance will make 'suffer with his own fault' and will make him love you more and more and more..
III-
KEMAAFAN, DENDAM YANG TERINDAH..
IV-
BERSYUKUR - walau apa jua kesalahannya, dia berani mengaku dan berterus-terang.. dan perkara ini (whatever it is) berlaku skrg, bukan 3, 5, 10 atau 30 tahun selepas berkahwin nanti.. and back to no I..

For both of you:
I-
Allah menguji pada yang mampu menerima ujian-Nya.
II-
Ujian ini untuk kalian berdua lebih memperbaiki diri (jika kasih kalian benar2 tulus)..
III-
Ujian ini sebenarnya akan mengeratkan lagi rasa kasih kalian.

*Don't tell to me that I can easily say it - because I 'knew it' better (and 'know it' bitter)!!!!!!!!!!....

 

Selasa, Mei 20, 2008 12:08:00 PTG, Blogger tasikmerah

jarang sekali aku bertemu lelaki seperti kamu bila melakukan kesalahan...

ego humban ke tepi...

 

Rabu, Mei 21, 2008 4:27:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Assalamualaikum.

Saya telah melalui satu tempoh yang agak sukar di dalam dua bulan ini. Saya merasa resah, terganggu dan menjadi manusia yang keliru. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya tidak akan menyalahkan takdir dan saya tidak ingin menyalahkan sesiapa, tetapi diri saya sendiri. Saya sedia dihukum atas kekhilafan saya ini. Insya-ALLAH, saya akan menjadikan episod pahit ini sebagai pengajaran yang amat berguna.

Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat blogger yang mengulas di entri ini juga di shout box. Segala doa dan kata-kata nasihat dari kalian amat saya hargai. Insya-ALLAH akan saya ingat, pegang dan jadikan peringatan dan pedoman buat saya menghadapi hari-hari yang mendatang.

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat blogger yang sudi menelefon, menghantar e-mel dan SMS bertanya khabar, mengirim doa, memberi kata-kata berjiwa dan berkongsi cerita. Saya terharu dengan kebaikan kalian.

Walaupun hampir semua dari kalian cuma saya kenali di alam maya, tetapi kalian terasa dekat di hati saya. Budi baik, keperihatinan dan kebaikan kalian akan sentiasa saya kenang hingga ke akhir hayat saya. Hanya Allah saja yang dapat membalas kebaikan kalian. Semoga Allah memberikan kebaikan yang setimpal kepada kalian semua

Suatu hari nanti, bila sampai masanya nanti, bila saya sudah tidak lagi menulis dan bercerita di blog ini, perkara paling bermakna dan berharga yang akan sentiasa saya ingat dan tak mungkin dapat saya lupa hingga ke akhir hayat saya adalah kebaikan kalian, sahabat-sahabat blogger semua.

Wassalam.