Tiba-tiba entah kenapa saya terasa ingin ke mari.
Sudah banyak yang berubah dalam jangkamasa empat hingga lima
tahun ini. Ramai kawan-kawan blogger
yang sudah tidak aktif lagi. Baru-baru ini, mungkin secara tak sengaja ada seorang dua yang dapat cam saya, kemudian menegur saya di FB. [Tapi memang cuma seorang dua sajapun kawan blogger yang menjadi kawan FB saya].
Dahulu saya di KL, sekarang sudah di JB. Di antara masa saya
di KL dan di JB ini, saya pernah berada di tempat-tempat lain. Singapura, Hong
Kong dan beberapa tempat di AS. Dan tak lupa sekejap-sekejap di Muor dan Kota
Lama Kiri.
Perubahan ketara lain, selepas melupuskan kepentingan dalam sebuah syarikat, saya kembali makan gaji
di sebuah syarikat GLC. Hari ini saya makan gaji pula di sebuah syarikat yang
dioperasikan oleh Mat Salleh.
Dipendekkan cerita. Sudah banyak yang berubah. Satu yang masih tak berubah, saya masih pemalu macam dulu-dulu juga, haha.
ni yg leceh ni.. pemalu lg. hahahaha
BalasPadamsalah seorang yang telah menegur kamu.
BalasPadam:)
kak Lily
Salam Bro. Lama betul tak dengar kisah. JP antara idola saya semasa saya mula berblog dulu.
BalasPadamKalau sudi silalah add saya di fb.
salam JP..a'ah lama xberblogging..selamat kembali..:)
BalasPadamselamat kembali.. :)
BalasPadamye pemalu.. tapi iv suka baca.. BP tetap BP dulu
BalasPadamAssalamualaikm bp, apa khabar...lamanya menyepi dr dunia blog. Pemalu itu tak mengapa, malah ia juga bagus.sifat pemalu adalah semulajadi bg setiap peribadi.Bp, boleh saya tahu apa fb Bp?
BalasPadamSalam BP ... sesekali datanglah menulis di sini kerana sesekali saya datang jenguk kalau kalau ada tulisan baru. Walau macam biskut itu yg sekejap ada sekejap tak ada, saya masih menulis di blog :-)
BalasPadamsemoga BP sentiasa berjaya...dah lama tak jenguk sini..
BalasPadam