Isnin, Mac 27, 2006

Apa Comdominium ? Selamat Tinggal 'Sure Heboh' & 'Infotainmen'


I
Macam-macam ada sekarang, bergantung kepada poket dan kemampuan masing-masing. Kita biasa mendengar rumah pangsa ataupun flat bagi yang kurang mampu, apartment bagi yang berduit sikit, dan apartment mewah ataupun condominium bagi yang duit berlebih, tapi apa COMDOMINIUM..??? Huh....

II
Bagus dan perihatin juga. Di TV3, dulu 'Sure Heboh', sekarang dah tukar jadi 'Jom Heboh' (sesuai la kot..orang kita kan memang suka heboh2 dan berpesta-pestaan...). RTM2 pulak, 'Saluran Infotainmen Anda' khabarnya akan ditukar ke 'Saluran Inforia Anda' 1 April ini...

Elok sangat la tu...Siapa lagi nak menghormati bahasa sendiri. Patriotisme juga namanya.

TTFN

34 ulasan:

  1. comdominium ni hanya utk org yg berpendapatan rendah cam i ni laa kot... keskeskes...

    elok laa tukar... masa p kursus kat DBP, pihak DBP pernah meluahkan kekesalan kerana byk penggunaan bahasa yang tidak betul dan dicampur-adukkan...

    P/s: fox pun jenis yg selalu ckp bahasa rojak ni...

    BalasPadam
  2. ikut ranking..
    memula flat macam flat pekeliling yg sedang di roboh tu.. lepas tu kondominium kot.. lepas tu baru apartment.. bila apartment siap kolam renang bagai le..

    nak tukar sure ke jom tu kena blanjer satu juta !!!! patut e liat sangat nak tukar..

    BalasPadam
  3. pada mulanya tak perasan jugak apa silapnya kat ejaan tuh.. bila perhatikan betul-betul baru perasan. Astagha.. masa kekecik dulu ada satu salun rambut kat Tengkera bertulis "Kedai Kerint*t Rambut"

    BalasPadam
  4. itu bukan COMDOMINIUM.

    itu maknanya salah eja. Dan kalau nak baiki, ada kos lain pula. Rugi tu....

    ttg bahasa rojak, tu mmg dah lama dah. Ini baru nak perkasakan balik. Tapi lebih elok jika Math dan Sains diajar dlm bahasa ibunda.
    --Naimisa--

    BalasPadam
  5. lawatan balas...
    wah...org jowo ek? ajar la bahasa jowo sikit kat sini....senang nak interaksi ngan maid nanti...

    first time dapat maid dulu dia tanya "ibu, jahe mana buk?"
    Hah? Jahe tu apa? Selepas beberapa sign language, baru tau jahe tu halia hahahahha....

    BalasPadam
  6. foxy: comdominium tu mana pulak utk yg berpendapatan rendah...? satu jer kat malaysia ni....hehehe

    bahasa rojak.... bahasa pasar... bahasa sms..... macam2...

    zino: tapi ini COMDOMINIUM la zino..

    kena la ada publisiti...nama pun Media Prima....hehehe..


    sya: diaorang dah tau salah pun buat tak tau aje...

    anonymous: Dah silap eja pun buat tak tau ekk...

    Math & Sains dalam BM? tunggu Dato Hishamuddin komen la kot......

    BalasPadam
  7. alex lacey: rugi tau tak reti bahasa jawa ni....hehehe...

    BalasPadam
  8. biarlah..
    dia salah eja bahasa inggeris..
    biarlah tony blair yang tegur.

    BalasPadam
  9. ejaan sebenarnya apa? kondominium ek? aku sndiri x tau.. ahhaha

    BalasPadam
  10. ron97: Tony Blair cuma mampu tersenyum.....hehehe..

    nash: Nasib baik bukan condomminium...

    BalasPadam
  11. Memula tak perasan di mana kesilapan "comdominium" tu. Org yg betul2 prihatin je yg perasan dgn pandang pertama kot.

    p/s tumpang sengih ngan komen sya.."kedai kerint*t rambut"

    BalasPadam
  12. alang: betul tu alang. ramai yang lalu lalang kat signage so-called comdominium tu... tapi tak ramai yang perasan....

    kedai kerint*t rambut...? tengah agak2 apa huruf yang * tu....? hehehe..

    BalasPadam
  13. ejaan yang betul "condom minium"...
    maknanya tempat tinggal benih-benih terbuang.


    siannnn dia

    BalasPadam
  14. betul tu, saudara! tapi kita ni di Malaysia.. ada banyak bahasa dan budaya, jadi bagi saya bukanlah perkara luarbiasa bahasa campur-aduk ini.. Bagi saya, amat mudah sekali perkara ini... saya melihat bahasa itu sebagai alat untuk berhubung dan selagi tidak menjejaskan penyampaian dan makna dan boleh difahami oleh semua orang, no problem! Namun, kesilapan seperti ejaan 'kondominium' itu harus diberi perhatian kerana mencerminkan keprihatinan dan tahap intelek pihak yang terlibat.. jika benda remeh sedemikian pun sudah silap, apatah lagi benda lain yang lebih mustahak?

    BalasPadam
  15. tu la.. ada istilah melayu nak guna inggeris.. tidakkah yang malu itu melayu?

    BalasPadam
  16. itulah masalahnya kalau tak prihatin ngan ejaan perkataan ni, buat gelak dek orang jer

    BalasPadam
  17. soleilina: tapi kalau dah bahasa rojak hilang identiti bangsa nanti.......

    gitarkapok: mereka lebih berbangga bercakap bahasa orang putih..

    syikin: Itu lah masalahnya. Dah agak lama kesilapan ejaan itu...agaknya tak ada peruntukan nak ubah M tu jadi N ....

    BalasPadam
  18. lahh..salah eja ke..nape aku x bole perasan..hahaha

    BalasPadam
  19. HMmm tukar pak menteri..tukar idea..tukar pak menteri lain..tukar idea lain.. kalau tukar benda2 polisi dan major takpe gak.. tapi tukar nama..pastu tukar nama libatkan penjenamaan semula..libatkan duit pembayar cukai..libatkan tender tertutup.. libatkan...hmm faham2 sahajalah..

    BalasPadam
  20. dulu..suremasjid

    sekarang,..jommasjid

    amin...

    BalasPadam
  21. kadok: sekali pandang memang tak perasan.....

    cik easy: itulah masalahnya.....

    hamka: Alhamdulillah......

    BalasPadam
  22. huhuhu...sah org yang buat papan kenyataan tu fongkius bukan confuse ha....

    BalasPadam
  23. Comdom pun comdom la, asal takder yg salah faham pi duk jual kondom kat car park tu pulak!!

    BalasPadam
  24. tajam mata kau yek. aku baru perasan.

    teringat pulak pada boss aku, dulu aku baru gunting rambut pendek.

    boss ni tegur "wa.. lu suda potong rumput aaa.."

    basri.mygj.net

    BalasPadam
  25. daun: hehehe.....

    ontahsapo: business jugak tu..... kalau betul caranya la...

    zino: memang tak ramai yang perasan kot walaupun tiap2 hari lalu lalang situ...

    anonymous: sebut potong rumput takpe...jangan sebut lain...hehehe

    BalasPadam
  26. Kadang2 mereka ni sebelum naikkan banner atau signboard tu biarlah cek dulu ejaan ke apa ke...ni takde...main letak aje...

    Dari dulu dok terfikir kenapa lah mesti guna 'Saluran Infotainmen' anda...dah kurang ke bahasa malaysia yang nak digunakan...bukankah RTM selalunya memperjuangkan bahasa ibunda...dan mereka jugak yang bising2 pasal perkataan 'sureheboh' tu...tapi diorang jugak buat kesilapan yang sama

    BalasPadam
  27. kak lady: Mujurlah diaorang akhirnya sedar kesilapan masing-masing....

    BalasPadam
  28. blek ni lak gambo kat A Famosa masa aku gi Melaka.DONT TUCH.miahahaha.

    BalasPadam
  29. aik??link dia ilang lak??naper ek.huhu..takpo..klik nick aku yg kat posting ni..miahahha

    BalasPadam
  30. neeziee: bunyi memanglah sama tapi ejaan entah apa2 ...hehehe..

    BalasPadam