Isnin, Februari 07, 2011

Cerita Aku Balik Muor - Siri 19




[Meronggeng di Bandar Maharani]

Cuti Tahun Baru Cina. Bila melintasi tepi Menara Jam, Laman Maharani ini macam terkeliru sekejap. Ini di Dhaka atau di Bandar Maharani ni ekk…?



Stesen minyak ini lain dari yang lain, takkan jumpa di tempat lain punya, cuma di Bandar Maharani saja ada. Kamu carilah sendiri apa yang lain dari yang lainnya itu. Hehehe.


Pawagam Rex ini telah lama berubah menjadi kedai menjual barangan dan perkakasan elektrik. [Muor76, kau sempat tak tengok wayang kat sini dulu? Hehehe]


Pawagam Calthay ini pulak dah berubah menjadi kedai menjual pakaian dan tekstil, kalau tak silap. Sejak bila, tak pasti. [Mungkin Muor76 ada jawapannya… hehehe]


Hotel Embassy. Antara hotel lama di Bandar Maharani. Rasanya macam dah tak beroperasi lagi hotel ini. Dibina semasa pra-merdeka, pada tahun 1956.


Hampir kesemua jejeran bangunan di Bandar Maharani adalah bangunan lama. Rata-ratanya dibina diawal 1900an. Bangunan ini misalnya, dibina pada tahun 1928. Rasanya kalau diaorang lebih kreatif dan lebih berinisiatif sedikit, bandar pencen ini boleh jadi ceria dan lebih bernyawa macam di Jonker Walk itu.


Sudah masuk waktu Maghrib. Jom berhenti sekejap di Masjid Sultan Ibrahim. [Masjid ini dibina tahun 1927]. Ronggeng ronggeng juga, solat jangan sesekali tinggal beb! Ada wifi di satu pojok bersebelahan tempat mengambil wuduk. Sesudah solat bolehlah kalau nak berFB ke apa, hehe....

TTFN

16 ulasan:

  1. selamat kembali ke muo...muo banda pencen..namun banyak yg menarik di sini :)

    BalasPadam
  2. Setahu aku, Tokei kedai letrik kat Rex ni dulu ada kedai dkt depan bas stand Batu Pahat. Lepas Rex tutup dia pindah di situ. Pernah tgk wayang bbrp kali di Rex zaman sekolah2 dulu.

    Apa pun gambar kat menara jam tu mmg menarik. Dah waktu cuti semestinya muo jadi mini Dhaka, hahahha

    BalasPadam
  3. klasik gituuu.....kecuali tang atas sekali tuuu

    BalasPadam
  4. Bang, aku pernah jumpa pam minyak Teguh tu kat Segamat, jalan menuju Muadzam.

    BalasPadam
  5. bandar maharaja pulak kat mana bhai??

    BalasPadam
  6. salam..

    lama xg tanjung emas kat muo tu..kalo g situ..makan mee bandung..best..

    BalasPadam
  7. org Muo,
    Yup! Orang luor ramai tak tau keunikan Muo..


    Saudagar,
    Menara tu dah jadi port dorang, hehehe...


    Asuhara,
    Memang banyak yg klasik kat bando muor tu.. hehe..


    Dah jadi Black pulak nama ko ehh...,
    Tu la, aku pun macam pernah perasan la yg kat Segamat tu...


    Pa'chik,
    Nanti aku tanya Muor76 kat mana tempatnya eh...hehe..


    Masy,
    RON berapa tak pasti, hehe..


    cik,
    Pernah makan kat mi bandung central yg kat depan Sek Sains tu tak..?

    BalasPadam
  8. Itu hari pun sy ada pegi Muar, jln ke rumah sedara nak pegi haji, lalu menara jam ni.... memang mengalahkan Dhaka. Tak ada langsung rupa melayu yang lepak kat situ.

    BalasPadam
  9. tok,
    Hari minggu / cuti2 memamg diaoranglah yang conquer tempat tu..


    Naga,
    Senyum dah lama tak ada.....sekarang dah jadi supermarket lain pulak dah... :D

    BalasPadam
  10. rex... aku selalu gi...
    cathay... selalu gi gak..
    cathay first time masuk.. tahun 82 tgk cite bukit kepong...
    sebelum tengok wayang beli kacang putih dari ane nek beskal...
    atau beli kuaci...

    rex tutup dulu.. pastu cathay... dlm awal thn 2000..
    industri cetak rompak menghancur kan wayang...
    skang nih tengok cineplex jerk kat komplek lagenda...

    ermmm asiatic nyer wayang ko tak amek gambo ker?

    BalasPadam
  11. Ijam,
    Aku langsung tak pernah jejak, baik yg dulu, baik yg skrg, hehe...

    Ada ea.. tak apa...gambor2 lain aku masukkan dalam siri ke-20 pulak, hehe....

    BalasPadam
  12. Hujung minggu adalah masa yang sangat tak sesuai untuk keluar ke bandar muar.. sebab tersangatlah ramai orang-orang 'luar negara' duk melepak di sana sini .. Satu lagi kalau selepas 7hb..pergh.. area public bank, dan maybank penuh sangat orang.. ada dua tiga kedai untuk kiriman wang ke bangladesh dan indonesia..

    pasaraya senyum masih ada ... di sebelah lagenda..tapi hidup segan, mati pun segan...

    Rex dan cathay tempat tengok wayang zaman belajar dengan teman tapi mesra.. kih kih

    BalasPadam
  13. terubat rinduku!! huhuhu. nak lagi citer balik muo.

    BalasPadam
  14. Bandar Maharani!!!!! Tak makan Mee Rebus ke? Hehe.

    BalasPadam