Rabu, Februari 22, 2006
I
Ramai menganggap ia satu proses penerusan imperialisme Barat ke atas masyarakat Timur...... Ada yang menganggap ia merupakan istilah lain bagi 'proses penjajahan moden'.... Ada juga juga yang menyamakan dengan 'Amerikanisasi' sebab peranan AS lebih ketara berbanding negara2 Barat yang lain...

Memandang dari sudut positif, kita memang tak mampu menghalang globalisasi... Soalnya apakah implikasinya kepada masyarakat kita ? Bagaimana dan sejauh mana kita bersedia untuk menerima proses globalisasi dalam masyarakat kita hari ini...?


II
Mungkin secara amnya boleh kita katakan kemasukan kuasa luar (yang lebih nyata kuasa2 dari Barat) ke atas negara2 lain secara ekonomi, budaya dan juga politik.

Walau apapun, yg lebih penting globalisasi ni dah berjaya mempengaruhi persepsi dan perspektif dunia bahawa sempadan dunia telah runtuh.Sesebuah negara atau masyarakat tidak lagi boleh mengelak daripada penerimaan pengaruh luar contohnya seperti pengaruh dalam hubungan komunikasi. Semuanya terbuka.


III
Walau apapun takrifan globalisasi ia memang tak dapat lari dari menjurus kepada penaklukan kuasa Barat khasnya kuasa kristian-yahudi ke atas negara2 lain …

Impak proses globalisasi ini dari segi budaya pun ketara. Apatahlagi dengan kemajuan ICT masa kini yang begitu pesat, produk budaya Barat berjaya membanjiri keseluruhan gaya hidup dan pemikiran masyarakat timur apatah lagi yang beragama Islam… Akhirnya kita lebih cintakan budaya luar dari mengenal dan menyanjung budaya sendiri. Lihat sajalah dari soal fesyen, muzik, dll….malah pemujaan yang terterlaluan generasi muda kita kepada ikon2 dari Barat…..Produk2 budaya Barat ini samada kita sedar atau tak adalah juga proses penaklukan semula kuasa Barat menerusi rejim kapitalis mereka yang cuba mengubah ideology, pemikiran dan gaya hidup masyarakat dunia demi kepentingan ekonomi mereka juga….

Inilah impak ke arah keruntuhan adab dan kehalusan budaya timur terutama yg beragama Islam. Banyak cara untuk menghadapi ancaman globalisasi dr segi budaya ini contohnya melalui kekuatan jatidiri, ilmu dan nilai agama.


IV
Kalau nak dilihat secara halus globalisasi adalah jelmaan terakhir dari sistem ekonomi kapitalis yang berlandaskan prinsip dan nilai-nilai yang sebahagian besarnya bertentangan dengan Islam. Ciri asas sistem ekonomi ini ialah penekanan kepada budaya materialistik dan menidakkan nilai kerohanian. Sebab itu di peringkat dasar lagi, objektif globalisasi akan sentiasa bertentangan secara langsung dengan kepentingan dunia umat Islam. Ini adalah hakikat yang tidak boleh dipertikaikan. Dunia Islam mungkin mendapat faedah daripada pendekatan pasaran bebas di peringkat antarabangsa melalui sistem ekonomi ini, tetapi faedah yang diperolehi darinya tentunya bersifat marginal dan kecil berbanding faedah yang berlipat kaliganda dikaut oleh para pencetus globalisasi [negara-negara kaya] itu sendiri.

Samada kita sedar atupun tidak hari ini, ekonomi negara-negara Islam telah terperangkap dalam sistem ekonomi kapitalis dunia yang sedang berjalan dengan cukup dominan . Negara-negara Islam hanya menjadi lampiran semata-mata kepada ekonomi negara-negara maju yang kaya dan berkuasa. Menambah parah lagi golongan elit minoriti yang memerintah di negara-negara Islam pula – samada pemimpin yang dipilih atau pemerintah feudal yang terlantik secara turun-temurun – mengaut manfaat semaksimanya dari proses globalisasi.

Yang nyata globalisasi yang berasaskan sistem kapitalisme global memperkenalkan doktrin individualisme, materialisme, konsumerisme dan hedonisme yang bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam. Kita sebagai muslim sentiasa diingatkan bahawa kesemua kekayaan adalah milik ALLAH dan manusia hanya sebagai pemegang amanah kepada harta yang dianugerahkan kepadanya. Sebagai pemegang amanah, seorang Muslim mestilah menggunakan kekayaannya bukan ke atas perkara-perkara yang membazir atau mengeksploitasi orang lain tetapi hendaklah dengan penuh tanggungjawab untuk memelihara kebajikan masyarakat, bangsa, agama bahkan alam sekitarnya. Ternyata globalisasi tidak samasekali bersetuju dengan konsep Islam ini. Eksploitasi, persaingan, pengeluaran dan penggunaan secara maksima , serta seluruh sumber bumi ini diguna hanya untuk memenuhi kepuasan manusia menjadi ciri dan tabiat globalisasi itu sendiri.


V
Apa yang nyata , globalisasi bukanlah istilah yang kabur atau mempunyai makna yang boleh ditafsir secara subjektif. Ramai pemikir dan golongan politikus sering mengutarakan pandangan dan sikap yang amat apologetik bila membahaskan isu globalisasi. Mereka terperangkap dengan hujah ilmiah dan akademik bila menghurai bahawa globalisasi ada positif dan negatifnya.... ada pros dan cons....... Jadi mengikut pandangan mereka kita harus bersikap pragmatik kerana globalisasi dianggap suatu fenomena yang tidak boleh ditolak. Memang benar kita tak mampu menghalang proses globalisasi. Sebab itu dalam apa juga keadaan pun kekuatan dalaman, pegangan agama, prinsip hidup dan jati diri perlu ada dalam setiap individu.................Tepuk dada tanya iman....


Petikan dari posting Blackpurple di Forum Cari.com.my

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 2/22/2006 06:33:00 PTG. |


0 Ulasan