Isnin, Jun 08, 2009
Kali ini ada cerita tanpa gambar.
I
Balik kampung kali ini emak menghidangkan saya rendang daging landak. Eksotik. Kelazatannya sehingga mampu membuat saya bukan saja menjilat jari tapi pinggan juga. Dan itulah pertama kali dalam sejarah hidup saya menjamahnya.
II
Abah kupas buah kuini yang masak ranum. Lalu dihidang di depan saya. Lazat dan manis. Rasanya baru hari itu saya sangat teringin, selepas terbaca cerita buah kuini di blog Tok Nabe. Alhamdulillah.
Buah kuini itu buat saya kembali menjeling zaman lampau.
III

Buah rambutan Gading Muar yang saya tanam berbuah lagi. Bagi kali ketiga, kalau tak silap saya. Belum masak sepenuhnya tapi saya petik, kupas dan kunyah juga. Buat pelepas gian. Manis semanis tukang tanamnya. Hahaha!IV
Gambar ini macam kelabu-kelabu sedikit macam gambar dulu-dulu. Saya suka. Saya cemburu dengan dua kucing yang sedang bergurau senda itu sebenarnya.V
Itu konon-kononnya kubur. Ditabur-tabur bunga dan disiram-siram air. Budak-budak sekarang dah terlebih tengok cerita hantu agaknya. Keliwon-lah, apa-lah. Itu salah satu permainan cuti sekolah Nurul Balqis, anak buah saya dan sepupunya, Nur Sabrina.VI
Seminggu ini saya agak terkejar-kejar. KL-Muar-Nusajaya-Muar-Melaka-KL. Capek.
VII
Masa saya agak tersimpul. Jarang berkesempatan menyinggahi blog kawan-kawan.
TTFN
Label: Siri balik Muor
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 6/08/2009 01:27:00 PM. | 55 Ulasan