Hari ini, Allah membuka hati saya untuk merajinkan diri mengemaskini belog ini.
Entah ada yang membaca entah tidak posting ini nanti. Macam juga entah orang kesah lagi entah tidak hari ini hari jadi saya. Hehe. Bila umur sudah banyak, hari seperti hari ini seperti sudah tidak memberi banyak makna pun. Tak ada dah buat makan-makan special macam dulu-dulu pun, cuma beli lauk bungkus sajalah. Hehe.
Di pagi yang saya rasa malas dan ingin senyap-senyap, tiba-tiba tanpa saya duga boss yang bukan saya suka sangat pun [haha] menelefon saya pagi-pagi lagi, bekas kawan sepejabat yang lama tak dengar berita dan kawan-kawan lama yang saya pun sudah terlupa nama dan macamana rupanya, memenuhi ruang-ruang media sosial mengucap salam dan doa, itu menjentik saya untuk rasa lebih bersyukur kerana mereka masih mengingati apatah lagi mendoakan saya. Alhamdulillah.
Itu juga mengingatkan saya untuk sentiasa lebih mengingati Dia yang Khaliq.
ttfn