Selasa, Ogos 16, 2011

Bila waktu agak senggang, sesekali saya menyelak-nyelak mukasurat belakang blog ini, terutamanya cerita-cerita saya di awal-awal dan pertengahan dahulu. Rasa kelakar ada, rasa menyampah ada, rasa dibebani rasa ‘entah apa-apa’ pun ada. Segan juga membacanya sebab di sana-sini ada unsur-unsur ‘macam bagus’ saja saya waktu itu.

Saya pernah terbaca kata-kata dari salah seorang orang lama. Katanya, seeloknya tak usah menghukum di dalam tulisan. Bercerita apa yang kita nampak, dengar dan rasa, selebihnya biar yang membaca yang mentafsir sendiri.

Semalam saya bersembang secara maya dengan Hamir Soib. Bagi yang tidak mengenali insan seni yang hebat ini, sila minta bantuan google. Saya mengenalinya sejak dibangku sekolah rendah sewaktu di kampung lagi. Sekarang sudah mempunyai nama besar tapi sangat merendah diri. Katanya, menulis untuk berekspresi. Saya menambah, untuk escapism juga.

Tulisan ini berbau menghukum. Tapi tidak mengapalah, sebab yang saya hukum diri saya sendiri.

ttfn

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 8/16/2011 04:27:00 PTG. |


15 Ulasan


Selasa, Ogos 16, 2011 5:19:00 PTG, Blogger BuRuuj

kang, normal lah tue. sbb itu blogger 'cerdik' seperti kang, tok rimau, naga-naga, kalau menulis tentang diri sendiri banyak menggunakan bahasa kiasan. sekurang-kurang tidaklah muak. tidak seperti para blogger lain yang asyik bercerita tentang diri sendiri walhal cerita 'dalam kain' pun mahu dikongsikan. hey, tolonglah... (maaf, sedikit beremosi.hihi...)

 

Rabu, Ogos 17, 2011 12:53:00 PG, Blogger Kujie

setelah bertahun2...hanya mampu membaca

 

Rabu, Ogos 17, 2011 10:23:00 PG, Blogger ckLah @xiiinam

...saya pun, dah mula rasa malu dan segan dengan helaian-helainan lama tulisan sendiri.

 

Rabu, Ogos 17, 2011 11:26:00 PG, Blogger Brader Black

Sama dengan. Sebab tu aku kambus semua tulisan lama aku.

 

Jumaat, Ogos 19, 2011 9:01:00 PTG, Blogger kingbinjai

Tulis tu mcm2. Kene tgk tempat juga utk mcm2. Dah ni rumah ko mcm2 tu, tiada sempadan disini.

 

Sabtu, Ogos 20, 2011 12:36:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tok Rimau, Naga tu dah 'tahap dewa'.. :)

Kujie,
:)

ckLah,
Malu pada tempatnya tak apa.... :)

Remy,
Nama kau ni sama macam nama juruteknik aku...

King,
Mengkritik ok, tapi untuk 'menghukum' bukan kerja manusia.. itu bagi akulah... :)

 

Ahad, Ogos 21, 2011 5:07:00 PG, Blogger Ellie

Ah! Terlalewat lagi membaca entri 'segan' kamu ni. Berkongsi rasa yang sama. Segan(malu) bila membaca entri-entri lama mahupun yang baru yang sebegitu banyak menghukum. Segan dengan diri dendiri. Segan(malas) hendak menulis,kerana waktu senggang semakin berkurang.

Segan hendak menulis ketika waktu marah dan kecewa dengan tindak tanduk manusia.

Tapi seprti yang Hamid Sohir ungkapkan,menulis untuk berekspresi.
Dan seperti yang kamu ungkapkan juga, Saya menambah, untuk escapism.
Kakak selalu melakukkannya.

Salam Purp,Selamat mengejar hari-hari terakhir Ramadham dan salam lebaran :)

Rindu kamu!

Kak Lily

 

Ahad, Ogos 21, 2011 5:13:00 PG, Blogger Ellie

ha ha.. salah akuan dik. kena tulis nama. kang kamu tidak kenal identiti dan blog yang konon rahsia itu. Tetap jua ditemui. Blog escapism.

 

Selasa, September 06, 2011 1:30:00 PTG, Blogger Sir Mute Key Chicks

Tiada apa yg hendak dilakukan kan encik jawa..saya juga sudah agak begitu sungguh lama tidak menjengah dari blog ke blog...juga agak malu bila membaca entry sendiri...rupanya begitu banyak kesalahan ejaan yg telah dilakukan...hehehe

 

Khamis, September 08, 2011 11:56:00 PG, Blogger Masy

menghukum itu kerja Tuhan. malah Abdullah Hukum pun takleh menghukum, melainkan dia hakim. eh eh merepek.

 

Selasa, September 13, 2011 3:05:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Assalam JP, tersangat lama rasanya tak menjengok disini, sejak JP masih bujang, sekarang agaknya sudah kahwin atau ada anak. Nampaknya ramai kawan-kawan blog dahulu sudah hilang semangat berblog termasuklah Am. Tapi Am sekarang sedang cari semangat untuk berblog semula hehehe

 

Sabtu, September 24, 2011 11:32:00 PTG, Blogger benludin azhar

setuju dengan perenggan kedua. saya juga cuba berubah.harap istiqamah...:)

 

Ahad, November 13, 2011 12:09:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kak Lily, Semut, Masy, Am, Benludin
Terima kasih.

Segan saya nak mengulas ulasan kamu semua.. :)

 

Ahad, November 13, 2011 6:25:00 PTG, Blogger Unknown

Knp mau menghukum diri sendiri? Bukankah muhasabah diri lebih baik.

 

Isnin, Februari 13, 2012 10:26:00 PTG, Blogger Mek Na

ada betulnya...kenapa menghukum...yg lepas tu, lepaskan lah.