Sabtu, Oktober 26, 2013
Tiba-tiba entah kenapa saya terasa ingin ke mari.
 
Sudah banyak yang berubah dalam jangkamasa empat hingga lima tahun ini. Ramai kawan-kawan blogger yang sudah tidak aktif lagi. Baru-baru ini, mungkin secara tak sengaja ada seorang dua yang dapat cam saya, kemudian menegur saya di FB. [Tapi memang cuma seorang dua sajapun kawan blogger yang menjadi kawan FB saya].
 
Dahulu saya di KL, sekarang sudah di JB. Di antara masa saya di KL dan di JB ini, saya pernah berada di tempat-tempat lain. Singapura, Hong Kong dan beberapa tempat di AS. Dan tak lupa sekejap-sekejap di Muor dan Kota Lama Kiri.

Perubahan ketara lain, selepas melupuskan kepentingan  dalam sebuah syarikat, saya kembali makan gaji di sebuah syarikat GLC. Hari ini saya makan gaji pula di sebuah syarikat yang dioperasikan oleh Mat Salleh.
Dipendekkan cerita. Sudah banyak yang berubah. Satu yang masih tak berubah, saya masih pemalu macam dulu-dulu juga, haha.
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 10/26/2013 04:27:00 PTG. |


9 Ulasan


Sabtu, Oktober 26, 2013 7:13:00 PTG, Blogger Masy

ni yg leceh ni.. pemalu lg. hahahaha

 

Sabtu, Oktober 26, 2013 8:13:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

salah seorang yang telah menegur kamu.

:)

kak Lily

 

Ahad, Oktober 27, 2013 12:06:00 PG, Blogger Yunus Badawi

Salam Bro. Lama betul tak dengar kisah. JP antara idola saya semasa saya mula berblog dulu.

Kalau sudi silalah add saya di fb.

 

Ahad, Oktober 27, 2013 5:10:00 PTG, Blogger cikceriacorner

salam JP..a'ah lama xberblogging..selamat kembali..:)

 

Isnin, Oktober 28, 2013 4:59:00 PTG, Blogger eiz

selamat kembali.. :)

 

Isnin, November 11, 2013 1:39:00 PTG, Blogger ibuVouge

ye pemalu.. tapi iv suka baca.. BP tetap BP dulu

 

Rabu, November 13, 2013 11:05:00 PTG, Blogger Insan Biasa

Assalamualaikm bp, apa khabar...lamanya menyepi dr dunia blog. Pemalu itu tak mengapa, malah ia juga bagus.sifat pemalu adalah semulajadi bg setiap peribadi.Bp, boleh saya tahu apa fb Bp?

 

Khamis, Disember 12, 2013 1:27:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP ... sesekali datanglah menulis di sini kerana sesekali saya datang jenguk kalau kalau ada tulisan baru. Walau macam biskut itu yg sekejap ada sekejap tak ada, saya masih menulis di blog :-)

 

Isnin, April 28, 2014 3:40:00 PTG, Blogger zwitterion

semoga BP sentiasa berjaya...dah lama tak jenguk sini..