Ahad, November 13, 2011

Kawan saya yang seorang ini sedang mencari idea dan mengatur strategi lain.

Selagi anak lelakinya yang berumur 4 tahun itu belum tidur memang susah dia mahu keluar ke gelanggang. Pernah dibawanya anaknya itu sekali. Mengejar anaknya itu keliling gelanggang lebih meletihkan dari mengejar bulu tangkis. Lagipun tak ruggedlah membawa anak ke gelanggang sukan.

Sebelum ini dia pernah memberi anaknya itu minum ubat batuk. Tapi katanya, cara itu tidak boleh diamalkan selalu, tidak bagus untuk kesihatan anaknya itu.

Selepas itu dia mencipta taktik lain pula. Dia memakai kain pelikat di luar tapi seluar sukan di dalam. Konon-kononnya mahu berjemaah di surau. Tapi sekali sahaja taktik itu berjaya. Kali kedua anaknya itu sudah mengesyaki sesuatu. Diselaknya kain ayahnya itu. Kantol di situ juga.

Pernah juga satu malam itu, sesudah dipastikan anaknya itu benar-benar tidur, dia pun cepat-cepat bersalin. Gembira sungguh dia. Tapi sebaik sahaja dia mahu menghidupkan enjin kereta, tiba-tiba tercongok anaknya itu di depan pintu. Kantol lagi.

Dan malam Rabu baru-baru ini, awal-awal lagi anaknya sudah membawa kesemua alat permainannya ke ruang tamu, kemudian pintu hadapan dibuka luas-luas. Cekap sungguh dia, sambil bermain dia boleh memantau pergerakan ayahnya.

Nampaknya memang susahlah kawan saya yang seorang ini mahu keluar malam ke gelanggang lagi.

ttfn

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 11/13/2011 12:27:00 PTG. |


14 Ulasan


Ahad, November 13, 2011 2:05:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Cerdik sungguh anak dia :)

 

Ahad, November 13, 2011 11:43:00 PTG, Blogger ainzoo

Apa kata, bagi cadangan untuk si Ayah, packing siap2 peralatan & baju sukan di dalam kereta sepanjang masa. kalau datang mood untuk bersukan, keluar sj dr rumah dgn bj melayu kain gombal. Sampai gelanggang bulu tangkis, baru lah tukar pakaian sukan...

Atau mungkin, si anak telah metrai MoU dengan si Ibu... ahaks :)

 

Isnin, November 14, 2011 9:43:00 PG, Blogger cikceriacorner

ehheheh..anaknya hendak bermanje dgn bapaknye..

 

Isnin, November 14, 2011 10:26:00 PG, Blogger Pa'chik

kawan aku ada la sekor cam nih... punya la susah.... kadang dia tunggu anak dia tidur ngan dedia tidur... kikiki...
kalau pun berjaya tunggu anak tidur, dia datang tu taim orang dah nak balik... ekekeke...

 

Selasa, November 15, 2011 1:36:00 PTG, Blogger BuRuuj

wah...leh join main badminton? sy pun minat main badminton. huhu...cuma skrg ni dh xde rakan sparring dn xtau nk main ktne. rindu nya pd sukan itu.huhu...

 

Selasa, November 15, 2011 2:37:00 PTG, Blogger muor76

dulu aku nak kuor umah sensorang pon kene nyorok nyorok, pastu sorong moto jauh sket... heheheh seb bek ler umah ade pintu tepi...

 

Selasa, November 15, 2011 5:19:00 PTG, Blogger ajip

salam bro

masih simpan lagi pdf bacaan liberalisme

saya jumpa blog bro di blog usrah2007 milik saudara fathi

jika tak keberatan, boleh email pdf tersebut pada saya?

ajip2406@yahoo.com

terima kasih

ajip

 

Selasa, November 15, 2011 5:20:00 PTG, Blogger ajip

http://usrah2007.blogspot.com/2010/07/kajian-liberalisme.html

 

Rabu, November 16, 2011 5:55:00 PTG, Blogger Insan Biasa

Hai BP, lama betul tak blogging..teringinnya nak baca kisah org muar

 

Jumaat, November 18, 2011 9:03:00 PG, Blogger Unknown

salam BP, lama juga tak baca entri dari BP kan...

kalau dah kahwin dan ada anak mmg mcm tulah, masa untuk bermain, bersenam dengan kawan2 jadi kurang..:)

 

Ahad, November 20, 2011 3:41:00 PTG, Blogger KAMATO

rasa2 anak dia ni emak nya yang ajar gitu....

 

Isnin, November 21, 2011 10:20:00 PG, Blogger .

baguslah bersukan.

 

Ahad, November 27, 2011 9:28:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Waterlily,
Kuah sudah tumpah ke nasi.

Amora,
:)

Ainzoo,
Malam lain ok, malam rabu saja anak itu sangat berwaspada.


cikceria,
Anak bapak.


Pa'chik,
Pernah jugak dia kena macam tu, hehe.


Buruuj,
Nak join? Bolehhh... :)


Muor76,
Anak pempuan ok sikit kot...jarang nak mengekor...hehe


ajip,
Nanti saya cari, kalau-kalau masih ada.


Insan biasa,
Sudah jarang berbelog sekarang. :)


yus,
Bersukan dengan anak di rumah sajalah nampaknya. :)


kamato,
Saya pun syak macam itu juga.


nizamsani,
kena jaga badan...