Jumaat, Mei 11, 2012
Di sini, pagi-pagi, saya suka berjalan kaki. terutama di sepanjang Cypress Gardens Boulevard ini. Saya rasa selamat sebab laluan pejalan kakinya memang sangat mesra pejalan kaki. Pemandu di sini juga mesra pejalan kaki. Lagipun saya suka bila angin datang menampar-nampar muka saya. Rasa dingin semacam saja. Berjalan kaki sejauh 3-4 batu pun tak terasa penat. Apatah lagi bila mata dijamu dengan keindahan tasik-tasik ciptaan Tuhan, juga susunatur landskap yang ringkas dan kemas.
Semasa saya terpandang van Volkswagen lusuh ini, saya teringatkan Muor76. Tak tahulah kenapa. Muor, lama juga kita tak ngeteh sama-sama kan?
Saya masih tak bersempatan untuk menjawab ulasan-ulasan dari kawan-kawan. Maafkan saya.
ttfn
buat apa kat sana?