Isnin, Mac 13, 2006


Baru-baru ini seorang kawan lama menghantar emel dan gambar poster filem ini. Kreatif juga rupanya kawan yang seorang ini. Mungkin pernah menyimpan cita-cita menjadi karyawan filem agaknya. Hehehe. Yang pasti kalaupun wujud filem ini, memang tak akan dapat disaksikan di mana-mana pawagam di negara inipun dan tidak juga dapat disaksikan di mana-mana rancangan khas sempena Hari Raya di mana-mana stesen tv tempatan. Kalau adapun tunggulah diterbitkan dalam bentuk VCD. Sebabnya tidak melepasi syarat mengarut LPF. Kalau disiarkan pun, pasti akan menjadi mangsa 'guntingan.' Maklumlah penuh dengan elemen-elemen tahyul yang kononnya boleh mempengaruhi akidah penonton [Hmm... Takkanlah serendah itu minda dan sebodoh itu pemikiran penonton kita ekk...]. Dan diselitkan juga adegan-adegan agak ganas [walaupun taklah seganas mana kalau nak dibandingkan dengan rancangan gusti WWF yang disiarkan di tv].

Dan tak kisahlah kalau filem ini tidak layak dipertandingkan di Festival Filem Malaysia. Malah rasanya kalau filem ini wujudpun rasanya tak perlulah dipertandingkan di sini sebab dikhuatiri akan dikutuk kiri dan kanan, dan untuk mengelak dari menjadi bahan kontroversi sebagaimana yang pernah berlaku kepada filem Sepet hasil tangan Yasmin Ahmad dulu. Lagipun kita faham filem-filem indie seperti ini tidak mendapat tempatpun di tanahair sendiri. Agaknya sebab penonton-penonton di sini masih lagi berminat menonton filem-filem cinta basi, cerita-cerita kemasyarakatan yang tak berpijak di bumi yang nyata ataupun komedi lawak slapstick, atau filem yang ada menempekkan pelakon-pelakon yang lawa-lawa [walaupun bakat lakonan entah apa-apa].

Tertanya-tanya juga kita, kenapa sesetengah filem-filem yang dikategorikan sebagai filem-filem indie ini [siapa sebenarnya yang meletakkan kategori sebagai filem-filem indie ini....?] lebih mendapat perhatian dan dihargai di luar negara malah karyawan filem luar berani pula meletakkan taraf filem-filem sebegini sebagai filem yang mempunyai jiwa tersendiri...??? Mungkin ada keunikannya tersendiri, tidak seperti filem stereotaip lain keluaran tempatan.

Hmmm…. Sesetengah dari kita melihat gambar poster di atas sebagai bahan lawak, sesetengahnya melihat dan mentafsirkannya lebih jauh dari tu. Dalam lawak ada sinisnya. 'Filem kita wajah kita...???'. Masih keliru dengan pengertian dan kebenaran kata-kata itu.

Entahlah, kehidupan inipun salah satu bentuk lakonan juga...

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/13/2006 09:10:00 PG. |


3 Ulasan


Isnin, Mac 13, 2006 2:09:00 PTG, Blogger hamka

selamat datng ke dunia 'keretamayat'
kehidupan ini satu lakonan-benarlah...

Dunia ini hanyalah lakonan

-biasa dengar org cakap cam tuh..memang betul pun! Kita semua sedang berlakon, ada yg memegang watak org kaya, ada yg memegang watak org miskin, tapi korang semua kena ikut skrip yg betul, apa skrip yg betul? Al-quran dan sunnah Nabi..

kalau korang kaya, jadilah org kaya yg ikut sunnah Nabi(macam Abu bakar)kalau korang miskin pun kena ikut sunnah nabi(macam Abu hurarah)kalau korang samseng pun kena ikut skrip yg betul(macam saidina umar), kalu korang pemalu jadilah cam saidina usman, kalau korang kuat dan tegas ikutlah sunnah nabi(macam saidina Ali)

Bila dah berlakon ada tempoh filem: berapa lama filem korang?: sepanjang hidup sebelum jadi mayat: dah jadi mayat tak payah berlakon2 lagi…he3

Siapa pulak yg jadi juru kamera, hmmm tentulah malaikat Rokik dan Atiq. Kalau korang buat baik “on” kamera lain, buat jahat “on” pulak kamara lain, Hari’festival” nanti siaplah, mana yg lebih banyak ‘rakam’ yg tulah akan di paparkan..(bahaya..bahaya..) lokasi pengembaraan kita hanyalah kat atas dunia nih..dalm kubur takde pengembaraan lagi dah… jadi berlakon betul2…(korang dan aku sedang duduk di lokasi pengembaran Sekarang ni..tau tak?)

Siapa pengarah? apek senario cakap..pengarah di atas sana-(Allah) benar! Dan korang boleh jadi pembantu pengarah(ni yg best nih) siapa pembantu Allah.?

Mereka adalah para nabi2, sahabat2, tabi, tabeen dan korang semua yg buat daqwah…sesipa yg buat daqwah dia telah Bantu agama Allah dan Allah akn Bantu dia amin…

Jadi bila dah siap filem ada festival pulak yak ni nun di padang masyar sana..semua berhimpun..macam2 ada.. pasti sure hebolah!

Anugrah korang tentulah terima amal tangan kanan, titi sirat pantas kilat dan masuk syurga tanpa hisab…

3 golongan org yg masuk shurga tanpa hisab

1.Org yg selalu memuji Allah dalam keadaan senang dan susah

2.Org yg menjauhkan lambung kanannya daripada tempat tidur, sibuk menangis pada Allah di waktu hujung malam.

3.Org yg pernigaan dan jual beli tidak melalaikan dari mengingati Allah

Amin ya Rabbilalamin…

 

Isnin, Mac 13, 2006 2:53:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Hamka:
Sangat benar bagai dikata.....terpaku sekejap membaca komen Sdra Hamka... Good sharing...

 

Khamis, Mac 16, 2006 8:34:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Filem 'Baik Punya Cilok' Afdlin tu walaupun tak ada slapstik...tak pakai heroin yang famous.....masih jugak boleh box office.....Rahsianya......? Yang dah tengok tentu ada jawapannya.....hehehe....