Rabu, Mac 15, 2006
Ini cerita betul. Baru-baru ini, seorang murid darjah satu di satu sekolah rendah di Shah Alam, yang agak pandai berbahasa Inggeris, bercerita tentang cikgu sains & matematiknya yang tak pandai berbahasa Inggeris, malah selalu tersasul-sasul mengajar subjek itu.

Terfikir juga. Macamana potensi murid-murid dapat digilap semaksimumnya kalau ilmu tidak dapat disampaikan dengan berkesan? Menguasai bahasa ilmu itu satu perkara, tapi menguasai ilmu itu sendiri satu perkara lain.

Tak salah '“sambil menyelam minum air”, cuma dikhuatiri nanti kelemasan pula sebab tak pandai menyelam, ataupun kelemasan sebab perut kembung terlebih minum air. Bimbang juga nanti “yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula tercicir bertaburan di tengah jalan…..”

Nak salahkan siapa? Sistem? Cikgu? Murid…? Atau siapa?

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/15/2006 05:24:00 PTG. |


19 Ulasan


Rabu, Mac 15, 2006 11:18:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

komen aku senang je, salahkan SISTEM PENDIDIKAN..

 

Khamis, Mac 16, 2006 8:30:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Gitartong: Nampaknya macam tu la... tapi bila sistem pendidikan pun nak dipolitikkan......susah la....

 

Khamis, Mac 16, 2006 9:26:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Elok kot suruh cikgu english ajar math/sc pulak...

 

Khamis, Mac 16, 2006 10:18:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

hmm... biasa laa tu... kat IPTA pun, lecturer yang mengajar subject dlm bahasa Inggeris pun mengajar ntah hapa-hapa... students ramai komplen tak paham, tu lecturer yang buat masters kat US tu, apatah lagi cikgu-cikgu sekolah...

 

Khamis, Mac 16, 2006 10:31:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

anonymous: Hmmm.... kan masa cikgu2 ni ambil kursus perguruan dulu dah spesifik subjek mana kan..?

 

Khamis, Mac 16, 2006 10:38:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

foxy: Betul tu hunny... Tapi kadang2 tak boleh nak salahkan pengajar jugak. Sistem yang memaksa diaorang.......(macam pendapat gitartong tu..)

 

Khamis, Mac 16, 2006 12:49:00 PTG, Blogger hamka

salah mereka dan keluarga mereka...

hanya org yg mengaku bersalah sahaja yg akn di ampunkan dosanya oleh Allah...

wallahualam

 

Khamis, Mac 16, 2006 1:22:00 PTG, Blogger ontahsapo

ni semua pasal sebenarnya tak nak jadik cik gu, tapi dah terpaksa.. tu yg mcm tu..ramai cik gu skrg mcm tu, takleh nak salah diorang jugak la, yg pi ambik diorang jadik cikgu tu saper pulak kan...?

ingat masa gua sekolah, cikgu gua tak pandai sebut tujuh (7), dia asik la sebut tujos, abis cam ner..?

 

Khamis, Mac 16, 2006 3:20:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Hamka: Betul tu sdr Hamka, dan yg betul2 ikhlas dan jujur je yang sanggup mengakui salah sendiri ni.....

Ontahsapo: Zaman dulu2 orang pandai tingi cikgu ni...... zaman dah jauh berubah....

 

Khamis, Mac 16, 2006 10:08:00 PTG, Blogger kingbinjai

aha!! aku tahu aku nak salahkan sapa!

 

Jumaat, Mac 17, 2006 8:11:00 PG, Blogger Unknown

bahasa malaysia terpinggir di bumi sendiri. Salahkan diri sendiri :-)

 

Jumaat, Mac 17, 2006 8:48:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kingbinjai: rasanya tau sapa yang dimaksudkan tu.....hehehe

 

Jumaat, Mac 17, 2006 8:54:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

jamri: Pelik gak, sesetengah dari kita lebih berbangga berbahasa Inggeris.... 'malu' nak cakap dalam BM......???

 

Jumaat, Mac 17, 2006 9:15:00 PG, Blogger hitomi

sapa yg bersalah???
mereka dan keluarga mereka :D

 

Jumaat, Mac 17, 2006 9:45:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Hitomi: sapa yang rasa bersalah tu patutnya mengaku saja la.....hehehe

 

Jumaat, Mac 17, 2006 2:37:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

Hubby aku selalu cakap kenapa kita mesti nak agungkan sangat bahasa luar?..kat Japan pun.. org sana bangga kalau kita guna bahasa dewang apa?..kat perancis pun macam tu...herankan?Aku setuju apa yg gitartong cakap!!!

 

Jumaat, Mac 17, 2006 2:50:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

mamarisyia: tu la patutnya..... jepun dan perancis tu cukup berbangga dgn bahasa diaorang..... nak belajar teknologi diaorang pun kena belajar bahasa diaorang dulu.....

sayang la... satu masa dulu zaman kesultanan melaka, BM nilah jadi lingua franca....

 

Jumaat, Mac 17, 2006 5:59:00 PTG, Blogger Naim

salahkan penggubal dasar tu......siapa tu?

 

Isnin, Mac 20, 2006 5:20:00 PTG, Blogger Unknown

Persepsi kita tentang bahasa Inggeris salah!! Kita melihat belajar bahasa Inggeris sesuatu yang akan memudaratkan diri kita sendiri, bangsa kita!

Sebenarnya menguasai bahasa selain bahasa Melayu itu ada lah salah satu cabang ilmu. Dan hari ini, bahasa inggeris sangat sinonim dengan ilmu yang berkaitan teknologi maklumat.

Bahasa Inggeris bukan bahasa yang dipandang negatif, sebaliknya kita kena belajar dan secara tak langsung kita meningkatkan jati diri Melayu itu sebagai bangsa yang berilmu.!