Abang Mat cuma kerani biasa, tinggal di rumah pangsa kos rendah di pinggir KL. Dengan gajinya seribu satu ratus ringgit sebulan manalah mampu tinggal di banglo mewah, nak beli rumah teres setingkat pun tak mampu. Bila minyak naik 30 sen memang menyakitkan bagi dia sekeluarga sebab semuanya ikut naik. Menggeleng kepala dia bila mendengar saranan kena ubah gaya hidup. Selama ini pun dia cuma ‘shopping’ di pasar malam. Katanya manalah mampu nak ‘shopping’ di Suria KLCC, One Utama apatah lagi Starhill…..Beli ikan dan sayur pun di pasar malam. Itupun cari yang selonggok RM10. Tahan untuk makan anak beranak 4-5 hari.
Abang Mat cuma mampu beli kereta Kancil, itupun yang ‘second hand’. Tak termimpi nak pakai Mercedes ataupun BMW. Abang Mat tak perlu tunggu ada kempen naik pengangkutan awam pun sebab memang dari dulu lagi pergi dan balik kerja naik bas. Itu memang dah rutin bukan pilihan. Kena keluar awal pagi takut2 tertinggal bas. Maklumlah di tempatnya bas 40 minit sekali. Itupun bukan selalu betul. Kalau terlambat kena tunggu bas lain. Kekadang bila bas rosak lagi haru……
Di ofis pulak, Abang Mat tak keluar makan tengahari di restoran2, jauh sekali makan 'buffet' di hotel2 ataupun 'coffee house'. Dia bawak bekal yang disediakan oleh isteri....
Abang Mat tak tahu nak ubah gaya hidup macamana lagi......
BLACKPURPLE
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/20/2006 02:31:00 PTG. |
Isnin, Mac 20, 2006 4:09:00 PTG,
hamka
Ini cerita ke pengalaman? He he he
Nampaknya upah gali kubur, batu Nissan , kain kapan, keranda semua naik…nanti nak hantar mayat ke kuburpun kena naik bas ha ha ha (isk)
Isnin, Mac 20, 2006 5:21:00 PTG,
blackpurple @ jowopinter
Hamka: Itu curi2 dengar pengalaman orang...... Abang Mat mewakili sesetengah orang berpendapatan rendah. Lepas ni nak curi2 dengar cerita pengalaman Datuk Mat yang tinggal kat Bukit Damansara tu pulak....hehehe...
Semua naik.... tak sedar pinggang ni dah turun...dulu 32 sekarang dah turun 31.5....hehehe...
Isnin, Mac 20, 2006 5:30:00 PTG,
NONIE AZIZ
Tiap-tiap hari isteri Anag Mat masak untuk dijadikan bekal utk Abang Mat & anak2 ke pejabat dan skolah....di sebabkan harga minyak naik 30 sen..nasi lemak yang biasa 70sen sudah naik jadi seringgit!!!
Selasa, Mac 21, 2006 8:59:00 PG,
Mungkin Alang kena ubah gaya hidup mengikut cara Abang Mat - bawak bekal dari rumah (tp kena masak sendiri lah). Kopak weh makan hari2 kat KLCC ni.
Selasa, Mac 21, 2006 11:11:00 PG,
ontahsapo
sian abg mat, tapi ingat abg mat bukan dia jer mcm tu, abg halim, abg dan, abg ramli, abg tipah semua mcm tu.. kalau duduk KL ni gaji 2K sebulan, jgn kata nak beli kereta, rumah pun belum tentu lepas nak bayar sewa..so carik la tempat yg byk brg murah, mula lah intai2 sale di carefour, tesco, giant atau econ save..tapi tak semua dan tak selalu murah kat situ, so kena pandai2 la...
Selasa, Mac 21, 2006 11:55:00 PG,
Kaklong Syikin
assalamualaikum..
baru dtg blog ni (ayat standard p mana2 blog baru org lain)
terfikir gak, tak leh ke PM amik langkah berani turunkan gaji dan elaun para menteri wlwpun sedikit..ajar pulak pak2 menteri kita hidup qanaah...
org kaya rasanya, tak terkesan ngan kenaikan minyak, yelah, kalau income berpuluh ribu or beratus ribu sebulan.
blackpurple, baby ALia ( 1 thn 4 bln) saya suka tgk katun ank kucing tu..punyalah dia tekan skrin komputer ni, ingatkan boleh dipegang.terjerit2 dia ketawa.
Selasa, Mac 21, 2006 12:25:00 PTG,
blackpurple @ jowopinter
ontahsapo: RM2k tu duit poket sehari org2 yg duduk di Bukit Damansara, Bukit Tunku tu...
Syikin: Selamat datang..... Tq...
Yang tu susah sikit nak komen ... Mereka lebih arif rasanya..
..btw,itu anak harimau tu syikin... memang la kalau di tenung lama2 seronok....kelakar pun ada...hehehe...
Gitartong: Silap2 demo kena 'masuk dalam' nanti GT...
Atok: Kita cuma boleh simpati.... Mentimun, menggolek luka...digolek apatah lagi......
Selasa, Mac 21, 2006 1:41:00 PTG,
Abg Mat,
apa kata abg mat p tumpang hidup kat istana pak lah kat putrajaya .. membazir plak 2 juta tu .. tetapi hanya 2-3 orang pulak yang duduk .. apa salahnya temankan pak lah yang baru kehilangan isterinya.
Selasa, Mac 21, 2006 2:10:00 PTG,
ontahsapo
suka tak suka, kita tetap akan berhadapan dgn kenaikan harga ni, sebabnya nila ringgit kita tak kukuh, so kalau gomen tak jugak carik jalan mcm mana nak kuatkan nilai rm ni, so kenaikkan harga brg ni akan terasa cukup membebankan kita....
regards,
Selasa, Mac 21, 2006 2:42:00 PTG,
Antara jenis-jenis piliah ialah:
1. TIADA PILIHAN
2. DWI PILIHAN
3. MULTI PILIHAN
Nampaknya abang mat kita kena pilih yang no satu. Abang mat tak de pilihan itu merupakan salah satu jenis pilihan.
jadi saranan PM adalah betul...
terima kasih
Selasa, Mac 21, 2006 3:53:00 PTG,
Dato Dr Mashitah kata, kalau dah terdesak, darurat, boleh melacur. Muahahhaha... opsss jgn marah, ni benar-benar dicadang... bukan me suka-suka cipta sendiri...
Selasa, Mac 21, 2006 4:09:00 PTG,
hmm... nak suruh ubah gaya hidup ni... boleh... tapi mulakan laa dari atas...adalah lebih 'afdal' jika mereka yang mencadangkan supaya ubah gaya hidup tu memulakannya terlebih dahulu... bukan kah kepimpinan melalui teladan?
off topik : untuk makluman, Foxy & AngelFoxy adalah orang yang sama :)
Selasa, Mac 21, 2006 4:16:00 PTG,
blackpurple @ jowopinter
foxy @ angelfoxy: Betul la tu hunny..... 'Kepimpinan melalui teladan'....lama tak dengar slogan tu...
p/s.. ada sorang kawan ni dulu melaram pakai C200...sekarang C200 simpan, ke mana2 pakai Juara jer....nak jimat minyak katanya....hehehe...
Selasa, Mac 21, 2006 4:21:00 PTG,
kalau minyak naik saja tak per,
tapi masalahnya bila minyak naik semua ikut naik...
benda yang tak de sangkut paut dgn minya pun naik gak...
Selasa, Mac 21, 2006 4:23:00 PTG,
kalau minyak naik saja tak per,
tapi masalahnya bila minyak naik semua ikut naik...
benda yang tak de sangkut paut dgn minya pun naik gak...
* lupa tulih nama nih
Selasa, Mac 21, 2006 5:16:00 PTG,
blackpurple @ jowopinter
Jamri : Itu sebabnya...minyak ni jadi faktor penganda pd ekonomi... yang tak logiknya minyak naik 30 sen...pisang goreng pun naik harga...pisang tu goreng pakai petrol ke apa...
kamato: Betul tu...kebahagiaan tu subjektif..... Nilaiannya pada diri masing2....
Selasa, Mac 21, 2006 5:37:00 PTG,
ontahsapo
betul, kuasa masih ditangan pembeli.. tapi pembeli bolehkah tak membeli petrol lagi? tak membeli brg makanan lagi? benda ni semua dah jadik keperluan, so kalau naik 100% sekali pun, pembeli masih berkuasa utk menolak tapi akan tetap membeli, apa perlu dibuat ialah mcm mana nak meringankan beban membeli ni....
regards,
Selasa, Mac 21, 2006 5:50:00 PTG,
blackpurple @ jowopinter
ontahsapo: ha ah...agree with u bro'.... walaupun ada kuasa membeli...gunakan hak kita sebagai pembeli tu untuk membeli benda2 yang benar2 perlu dan sepatutnya..... kena pandai ukur baju di badan sendiri la kiranya.......
tq.
Rabu, Mac 22, 2006 12:27:00 PG,
Kaklong Syikin
ahkak garang, pasal kenyataan dr. mashitah tu, sebenarnya tak keluar habis dlm paper harian metro tuh. jadi dia wat explaination dlm majalah al Islam tahun lepas, sayang saya terlepas nak membacanya. saya diberitahu kenyataannya aritu disingkatkan aje tak sepenuhnya..tu yg jadi kontroversi tuh..
Rabu, Mac 22, 2006 8:07:00 PG,
ibuVouge
bp
salam
blog hope dr syikin
IV practice bawa bekal dr belum ada anak sampai anak dua..tapikalau semua kos nak prepare bekal naik cemana ekk
sian abg mat...
Khamis, Mac 23, 2006 12:24:00 PTG,
JBM8141
gaya hidup aku bertukar sebelum minyak naik. dulu duk kat rawang, hari2 wife aku bawak keta gi sekolah kat ttdi 70-80km satu hari, dgn tol plus+damansara. 3,4 hari sebelum minyak naik, family aku (aku sedang merantau) pindah ke sg pencala. hahaha 3-4km dari sekolah, tadak tol, kurang myk, tadak jem... jiran pun baik2. Semoga Allah memudahkan kehidupan kami selepas ini.
Orang Muo, kalau balik muo, jom lepak bentayan!
Khamis, Mac 23, 2006 4:21:00 PTG,
Syikin : betul ke? no wonder la. hihihihi. jahat paper pi ambik half-half, tak pasal kena pandang serong oleh org mcm me... hehhehe...
Ini cerita ke pengalaman? He he he
Nampaknya upah gali kubur, batu Nissan , kain kapan, keranda semua naik…nanti nak hantar mayat ke kuburpun kena naik bas ha ha ha (isk)