“ Cucu saya bersekolah darjah tiga. Cikgu bagi latihan – disenaraikan nama buah-buah, dan di sebelah kanannya ‘masam’ atau ‘ manis’. Pada buah mempelam, cucu saya pilih ‘manis’, kerana tiap-tiap kali emak dia beli mempelam dia makan rasa manis. Cikgu kata salah. Jawapannya mesti masam. Jadi, apakah kita mengajar anak kita berfikir? Budak-budak ini bagaimana? Dia nak gunakan otak dia, berdasarkan pengalaman dia bahawa buah mempelam yang dia makan itu manis, atau dia nak dengar cakap cikgu, bahawa buah mempelam itu masam? Hal-hal seperti ini, yang berlaku di sekolah, yang berlaku dalam kehidupan ini, menjadikan orang kalau dia nak betul, nak dapat seratus peratus, dia akan tulis ‘masam’. Kalau dia tulis ‘manis’, cikgu beri dia markah ‘zero’.
II
Cikgu suruh ‘bulatkan’. Tapi dia underline. Jawapannya betul, tapi salah pada cikgu, kerana dia tidak ‘bulatkan’. Jadi sekolah sudah terlalu rigid. Kita semua sudah terlalu rigid. Ini A atau B. Tidak ada C atau D. Antara A dan B itu apa? Kita tidak pernah terfikir itu,dan tidak pernah menganggap itu penting.
Itu dua cerita Prof. Emeritus Datuk Abu Bakar Hamid, bekas TNC UM, pasal berfikir. Budaya berfikir dah jarang di peringkat atas apatah lagi di peringkat bawah. Itu jadi masalah juga dalam masyarakat. Orang dah malas nak berfikir, tak menganggap pemikiran itu satu perkara yang bernilai, kecualilah kalau berfikir benda2 yang boleh mendatangkan duit. Semuanya dah berkiblatkan materialistik.
Siswazah mengganggur. Kita kata siswazah tak berfikir, tak kreatif, malas membaca, tak pandai berkomunikasi. Kenapa? Agaknya contoh I dan II Prof. itu sebahagian jawapannya…
BERFIKIR: Kecerdikan, Kemahiran, Bakat ataupun Seni.....?
TTFN
Jumaat, Mac 17, 2006 10:25:00 PTG, Webadstech
Aku ader sorang kawan yang jadi cikgu. Bro, bukan senang nak jaga 30-40 murid dalam satu kelas, pening ooo. tapi aku tahu diorang telah buat yang sebaik mungkin untuk anak bangsa mereka.
Pada aku sekolah rendah ni bukan medan untuk mereka terlalu berfikir. Ia adalah zaman main2. Mereka selalunya lebih byk menerima input dari memberi output.
Tp ini tak perlu menghalang dari membina daya pemikiran mereka. Balingh pun dalam 15 tahun untuk lelaki.Bila sampai umur ni baru diorg boleh berfiir dengan matang.
Jumaat, Mac 17, 2006 11:35:00 PTG, Unknown
bukan tu je.. aku bukan nak pertikai cikgu punya stail pedagogi. macam2 strategi, kaedah dan cara yang digunakan. sesuai lagi ke? bentak murid suruh diam bila satu kelas berebut nak menjawab satu soalan?
seboleh2 kita nak menggalakkan kelas yang lebih aktif, pada waktu yang sama mengawal kelas dengan baik. Tetapi apabila ada seorang dua yang kerap mengganggu P&P, siapa yang boleh tahan.
Tapi GT tak kisah nak bulat ke, nak garis ke. Tapi yang lebih sedih, bila hantar dengan tiada jawapan. Bila ditanya, tak tahu nak buat dia kata. Sudahnya, dapat markah kasihan..
satu soalan untuk BP: cikgu gak ke?
Isnin, Mac 20, 2006 9:10:00 PG, blackpurple @ jowopinter
shahizam: tu betul juga..tapi kalau kita tengok budak2 sekarang ni dah bijak2. Tahap tadika pun dah cekap main internet..... terbaca di Star baru2 ni...pasal kat sekolah anak satu orang ni,ditanya satu soalan samada itik boleh terbang ke tidak...pendapat biasa memang la tak boleh tapi kalau 'check' kat internet rupanya ada spesis itik yang boleh terbang....macamana tu?...hehehe...
Nizam: Saya bukan cikgu.... hehehe
Isnin, Mac 20, 2006 9:18:00 PG,
sistem sekarang berasaskan 'exam-based' dan students are being spoon-fed. dlm exam, bila students jwp selain dari maklumat yg telah diajar, maka jwp tu adalah salah.
in a way, yes, ia seolah2 tidak menggalakkan murid2 berfikir. they learned that whatever the teacher said is true and correct and left no room to analyse...
bukan guru sekolah jer mcm tu, ada sesetengah IPTA pun masih ada pensyarah yang mengamalkan 'spoon-fed', jadi pelajar yg dah dewasa tidak diberi kesempatan to explore and find the facts and info themselves...
so, who do we blame?
Isnin, Mac 20, 2006 9:46:00 PG, Sastri
i agree dengan shahizam dan hitomi... mmg bukan senang jadi cikgu sbb fox penah jadi guru sandaran dan pernah jadik pensyarah. masa tu fikir buat yang sehabis baik untuk anak bangsa, and it takes a lot of work and effort....
so to all the teachers and lecturers out there (mana yang betul2 buat kerja laa... sbb ada gak yg tak heran, janji gaji masuk hujung bulan), salute... jasamu sentiasa dikenang...
guru pun ngajar guna skema buk teks. Sepatutnya dinyatakan mempelam tu mempelam muda......barulah cucu akan jwb masam. hahhaahaaa
Naimisa