[Meronggeng di Bandar Maharani]

Cuti Tahun Baru Cina. Bila melintasi tepi Menara Jam, Laman Maharani ini macam terkeliru sekejap. Ini di Dhaka atau di Bandar Maharani
ni ekk…?

Stesen minyak ini lain dari yang lain, takkan jumpa di tempat lain punya, cuma di Bandar Maharani saja ada. Kamu carilah sendiri apa yang lain dari yang lainnya itu. Hehehe.

Pawagam Rex ini telah lama berubah menjadi kedai menjual barangan dan perkakasan elektrik. [
Muor76, kau sempat tak tengok wayang
kat sini dulu? Hehehe]

Pawagam Calthay ini
pulak dah berubah menjadi kedai menjual pakaian dan tekstil, kalau tak silap. Sejak bila, tak pasti. [Mungkin Muor76 ada jawapannya… hehehe]

Hotel Embassy. Antara hotel lama di Bandar Maharani. Rasanya macam dah tak beroperasi lagi hotel ini. Dibina semasa pra-merdeka, pada tahun 1956.

Hampir kesemua jejeran bangunan di Bandar Maharani adalah bangunan lama. Rata-ratanya dibina diawal 1900an. Bangunan ini misalnya, dibina pada tahun 1928. Rasanya kalau
diaorang lebih kreatif dan lebih berinisiatif sedikit, bandar pencen ini boleh jadi ceria dan lebih bernyawa macam di Jonker Walk itu.

Sudah masuk waktu Maghrib. Jom berhenti sekejap di Masjid Sultan Ibrahim. [Masjid ini dibina tahun 1927]. Ronggeng ronggeng juga, solat jangan sesekali tinggal beb! Ada wifi di satu pojok bersebelahan tempat mengambil wuduk. Sesudah solat bolehlah kalau nak berFB
ke apa, hehe....
TTFN
Label: Siri balik Muor
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 2/07/2011 07:27:00 PG. |
Isnin, Februari 07, 2011 11:28:00 PTG,
Saudagar Mimpi
Setahu aku, Tokei kedai letrik kat Rex ni dulu ada kedai dkt depan bas stand Batu Pahat. Lepas Rex tutup dia pindah di situ. Pernah tgk wayang bbrp kali di Rex zaman sekolah2 dulu.
Apa pun gambar kat menara jam tu mmg menarik. Dah waktu cuti semestinya muo jadi mini Dhaka, hahahha
Isnin, Februari 21, 2011 11:01:00 PTG,
blackpurple @ jowopinter
org Muo,
Yup! Orang luor ramai tak tau keunikan Muo..
Saudagar,
Menara tu dah jadi port dorang, hehehe...
Asuhara,
Memang banyak yg klasik kat bando muor tu.. hehe..
Dah jadi Black pulak nama ko ehh...,
Tu la, aku pun macam pernah perasan la yg kat Segamat tu...
Pa'chik,
Nanti aku tanya Muor76 kat mana tempatnya eh...hehe..
Masy,
RON berapa tak pasti, hehe..
cik,
Pernah makan kat mi bandung central yg kat depan Sek Sains tu tak..?
Isnin, Mac 07, 2011 1:21:00 PTG,
muor76
rex... aku selalu gi...
cathay... selalu gi gak..
cathay first time masuk.. tahun 82 tgk cite bukit kepong...
sebelum tengok wayang beli kacang putih dari ane nek beskal...
atau beli kuaci...
rex tutup dulu.. pastu cathay... dlm awal thn 2000..
industri cetak rompak menghancur kan wayang...
skang nih tengok cineplex jerk kat komplek lagenda...
ermmm asiatic nyer wayang ko tak amek gambo ker?
Jumaat, Mac 11, 2011 11:11:00 PG,
Hujung minggu adalah masa yang sangat tak sesuai untuk keluar ke bandar muar.. sebab tersangatlah ramai orang-orang 'luar negara' duk melepak di sana sini .. Satu lagi kalau selepas 7hb..pergh.. area public bank, dan maybank penuh sangat orang.. ada dua tiga kedai untuk kiriman wang ke bangladesh dan indonesia..
pasaraya senyum masih ada ... di sebelah lagenda..tapi hidup segan, mati pun segan...
Rex dan cathay tempat tengok wayang zaman belajar dengan teman tapi mesra.. kih kih
selamat kembali ke muo...muo banda pencen..namun banyak yg menarik di sini :)