Khamis, Januari 13, 2011

Kami berdua. Sekejap-sekejap kami berborak pasal Ana Raffali, lepas itu pasal RON97, lepas itu pasal Dato' Seri Dr Khir Toyo. Pasal Interlok pun kami borakkan juga.

Ngam ngam saja sampai di satu simpang tiga, lampu trafik bertukar merah. Bukan Djalut tak nampak tapi dia buat selamba saja. Dengan berlagaknya dia langgar terus. Elok-elok saja selepas menyelekoh rupanya ada dua orang polis sedang menyekat jalan di sebelah sana. Memang dari simpang yang tadi tak nampak sebab tersorok oleh hoarding tapak pembinaan kondominium. [Atau polis itu yang menyorok mencari mangsa di balik hoarding? Hahaha!]

Polis-polis itu pun menahan kereta kami.

“Tengok IC, lesen, bla bla bla…….” Salah seorang polis itu.

“Mintak maaf encik…. tak nampak…bla bla bla….tak perasan…. bla bla bla….….” Djalut memujuk polis itu.

Mungkin sebab kami ini memang insan yang baik-baik dan berhati mulia, polis-polis itu melepaskan kami. Tapi sebelum itu sempat juga polis itu memberi tazkirah kepada Djalut. Terima kasih abang polis.

Polis itu maafkan Djalut sebab dia percaya Djalut “tak nampak dan tak perasan” yang lampu trafik dah merah, padahal yang Djalut maksudkan dia “tak nampak dan tak perasan” ada roadblock

Polis itu bukan tertipu tapi Djalut yang bijaksana. Hehehe!

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 1/13/2011 11:27:00 PTG. |


14 Ulasan


Jumaat, Januari 14, 2011 12:12:00 PG, Blogger PINATBATE

cait! mmg bijaksana bijaksini bijaksinun punya Djalut..tu lahh bersembang tak hengat..;D

 

Jumaat, Januari 14, 2011 8:32:00 PG, Blogger MOKCIK AZWA

hahaha..memang lembut hati betoi pak polisi itu...hehehe

 

Jumaat, Januari 14, 2011 8:45:00 PG, Blogger Unknown

putar dan di putar? haha

 

Jumaat, Januari 14, 2011 12:34:00 PTG, Blogger Pa'chik

polis mesia mang suka men nyoroknyorok nih taim nak tangkap orang 'bebaik'... :P

 

Jumaat, Januari 14, 2011 11:13:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Pinat,
Kita jer yang selalu tak nampak & tak perasan kebijaksanaan diri sendiri......hehe


mokcik,
Orang2 baik Tuhan tolong... hehe


Amora,
Nak hidup maaa...haha


Pa'chik,
Kelebihan polis m'sia...haha


arts,
Dia hulur Mykad & lesen jer....

 

Sabtu, Januari 15, 2011 3:40:00 PTG, Blogger ainzoo

Ahaha..awal2 tahun, xpe..mmg le abang polis wat dono je..sbb lambat lagi nak hujung tahun (hujung2 tahun baru gelabah semua sbb Sasaran Kerja Tahunan tak capai target...so, akan ade rokblok kat tempat yang kureng seswaii..)..

Ati2 memandu di lain mase... (cuba2la perasan kan ade rokblok ye) ;-)

 

Ahad, Januari 16, 2011 6:26:00 PTG, Blogger KAMATO

rezeki la tu tak kena saman....

 

Selasa, Januari 18, 2011 9:26:00 PTG, Blogger Masy

so nice laaaa djalut hehehe

 

Khamis, Januari 20, 2011 4:31:00 PG, Blogger kad0k.

pandai djalut memutar..hehhehe

 

Jumaat, Januari 21, 2011 2:33:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

Memang durjana, ha ha ha....

 

Sabtu, Januari 22, 2011 1:42:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Mujurlah encik polis beri tazkirah saja, bukan beri saman, atau minta yang fulus-fulus gitu... hehehe ...

Salam BP :)

 

Khamis, Januari 27, 2011 4:30:00 PTG, Blogger e.i.s.r.a.a

Salam Wak,
Murahnya hati abang2 polis tu eh?
Saya pernah kena tahan polis minggu lepas, buat alasan macam tu tapi kena juga RM80.

 

Khamis, Januari 27, 2011 8:47:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ainzoo,
Roadblock stail menyorok-nyorok ni tak gentleman la...


Kamato,
Dia tak sampai hati nak saman agaknya...


Masy,
Penumpang dia pun nice jugak...


Kadok,
Helah... :)


Pegawai khalwat,
Eh...


B Rampai,
"Kami Benci Rasuah"

:D


eisraa,
Waalaikumusalam,
RM80 tu dah diskaun ke?