Ahad, Disember 07, 2008
I

Encik Yunus Badawi telah mengetag saya. Tentang work station. Nampaknya imuniti saya tak menjadi. Tak apalah. Saya jawap juga. Saya kan sporting orangnya. Terima kasih kepada En YB yang sudi mengetag saya.

"Syarat yang diberikan untuk tag ini adalah:
Snap work station anda. Kemudian taruh link blog anda di bawah gambar work station anda iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada. Lihat contoh yang dibuat, begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok... Sekiranya tag ini berkembang, pasti akan ada banyak link-link di bawahnya, kalau tak, terencatlah dia... ha ha ha... Akhirnya, tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass-lah pada siapa-siapa.."

Saya seorang yang degil, jadi saya tak nak ikut kesemua syarat-syarat itu. Bukan apa. Sebab saya tak berapa faham sangat syarat-syaratnya. Apa entah. 



Saya rasa saya nak tag tujuh orang ini. Phoebe Cates, Muor76, Ajami, Addyaholix, Cikin, Kak Tiny dan Ustaz Habiha

II
Ekonomi global dalam keadaan yang sangat tidak menentu. Di serata pelusuk dunia. Dan manusia diingatkan berbelanjalah secara berhemah. Tapi saya degil sungguh. Semalam saya sudah berbelanja di Midvalley macam tak ingat dunia. Isk! Isk! Isk! 


III
Selamat Hari Raya Idul Adha kepada semua sahabat-sahabat blogger. Semoga segala ibadah kita di hari yang mulia ini dan segala pengorbanan kita ke jalan Tuhan diberkati-Nya. Insya-Allah. 

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 12/07/2008 07:27:00 PG. | 48 Ulasan