Biasanya untuk ke Bkt Jelutong, Shah Alam aku guna Jln Kuching sebelum ke NKVE tapi lewat petang semalam, konon2nya nak berubah angin cuba2 lalu ikut MRR2 retak yang dah ditutup sementara tu. Rupa2nya Q dahpun sampai di persimpangan FRIM. Mungkin juga sebab hari hujan yang menambahkan kesesakan. Nak tak nak terpaksa 'menyangkutkan' diri dalam 'jam'. Bayangkanlah terpaksa membuat 'senaman kaki' sepanjang beberapa kilometer. Cuma lagu2 sifu menjadi teman. Ada yang tak sabar cuba memotong Q. Sebab taknak terus terseksa, sampai di persimpangan Bdr Sri Damansara, aku terus masuk ke LDP. Rasanya 'jam' berterusan sehinggalah ke Damansara Damai. Mungkin juga sampai ke plaza tol Sg Buloh....
Memang patut pun ramai yang marah dan tertekan benar bila MRR2 tu ditutup. Ramai yang marah dan tertanya2 kenapa jambatan tu boleh retak. Ramai juga bercakap tentang 'ketelusan'. Jenuh DS Samy Vellu 'bersilat' nak menjawap. Tapi bagi yang terpaksa, setiap hari pagi dan petang menggunakan MRR2 itu, memang terasa 'seksa'nya....
Semalam, entah berapa ramai yang menyumpah di MRR2 sebab kesesakan itu. Mungkin ada yang terlepas solat Maghrib. Mungkin ada yang terlepas 'appointment' penting. Tak kurang jugak isteri dan anak2 yang tertunggu2 suami dan ayah untuk makan bersama.........
Aku; pagi ni masih terasa lagi sengal2 kaki bermain dengan 'pedal' dan 'clutch' semalam.... 'senaman kaki?'......
BLACKPURPLE
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/22/2006 10:16:00 PG. |
Rabu, Mac 22, 2006 4:01:00 PTG,
ontahsapo
kalau dia lalu pun kan, dia akan tetap merasakan apa yang dia buat tu bersebab, walaupun alasan dia tak munasabah lansung...itu lah ciri2 seorang wakil...mesti bersedia dgn alasan setiap masa..
regards,
Rabu, Mac 22, 2006 4:24:00 PTG,
Unknown
antara pilihan lain:
1. pakai kete otomatik
2. tukar tempat kerja
3. tukar rumah yang lebih dekat ngan tmpt kerja
sampai sekarang kalau pi kl memang selalu sesat sebab cepat sgt perubahan, hari ni tak der fly over, esok dah ada
ishkk.. ishkk..
Rabu, Mac 22, 2006 4:30:00 PTG,
blackpurple @ jowopinter
jamri:
1. Yang ni memang purposely cari yg manual.
2. Tak boleh tukar kerja sebab company sendiri.
3. Tukar rumah.... cadangan yang boleh dipertimbangkan tu...
Tu la... hari ni 'one way' esok dah jadi 'two way'... semalam 'toll free' hari ni dah kena toll...hehehe...
Rabu, Mac 22, 2006 5:03:00 PTG,
Sastri
hmm... MRR2 ni, kong pun bok yong...
mcm2 laa putar alam dan hikayat dijajakan sebab nak kaber line... padahal dah sah2 bermasalah...
makin lama duduk kat takhta tu makin tere lak ek wat hikayat...
hmm... cadangan tukar kete dan tukar rumah tu (especially tukar rumah) sangatlah dipersetujui tertakluk kepada bajet la k... keskeskes...
Rabu, Mac 22, 2006 5:30:00 PTG,
blackpurple @ jowopinter
Hamka: Alhamdulillah, sungguh bersyukur rakyat di sana...
foxy: yang benar tetap benar walau dipertikaikan, yang salah tetap salah walau diselindungkan. Mungkin mereka takut pada kebenaran.....
Kereta tak nak tukar,tambah kot... hehehe..tukar rumah? InsyaAllah..
Rabu, Mac 22, 2006 7:57:00 PTG,
aku sendiri dah tak faham jalan yang dimaksudkan oleh blackpurple tu. sesekali balik KL sesat. buat malu orang kl..
SESAT DI KUALA LUMPUR..
DOSA DAN PAHALA BERCAMPUR..
Rabu, Mac 22, 2006 10:35:00 PTG,
Kaklong Syikin
suami saya akhirnya tukar auto, lepas kaki terseliuh tahun lepas, tak baik2..kesannya, time jalan jem duk tekan clutch minyak clutch minyak..mmg balik rmh kesan terseliuh tu terasa..akhirnya, terpaksa mengalah guna auto..
Khamis, Mac 23, 2006 9:44:00 PG,
Kaklong Syikin
hmm..kami yg dah berderet 'tentera' ni pikir nak mpv lak...naknya kalau masing2 berebut nak duduk selesa, itu kecik lagi tu.tak taulah kalau depa dah besar, kena tukar bas minilah kot..barulah boleh diam masing2..
Khamis, Mac 23, 2006 11:21:00 PG,
nasib baik la tak lalu kat jalan2 utama mcm tu...sebelum ni ikut federal..tp memandangkan masa yg aku habiskan utk duduk dikereta hampir sama dgn masa aku tidur..jd aku putuskan utk menaiki kenderaan awam..mudah dan menjimatkan...hehehe
p.s:
salam blog
Khamis, Mac 23, 2006 12:07:00 PTG,
blackpurple @ jowopinter
syikin: Bas mini tu cadangan yang baik. Sesambil bawak 'tentera' berjalan2 boleh cari duit lebih angkat penumpang...hehehe..
kadok: Selamat datang ke dunia jowopinter...
Tu la. Mana2 jalan kat KL ni pun sama... rata2 'jam'...
Zino: Drive kereta auto ni kekadang boleh jadi malas dan khayal......hehehe..
Khamis, Mac 23, 2006 12:14:00 PTG,
JBM8141
bang, beli moto je bang ikut cakap esis. darah kurang naik. apa? gf tak bagi? belum jadi bini lagi tu. hahaha susah2 balik muo je. aku tak boleh nak balik muo. field aku tadak kat situ.
Khamis, Mac 23, 2006 2:21:00 PTG,
blackpurple @ jowopinter
jbm8141: Kalo bawak moto cane la nak bawak client ataupun consultant nanti....hehehe..... sama la line aku takde prospect la kat Muo...
pegawai khalwat: kalau takde sapa2 yang cilok kat mana2 masa buat jambatan tu InsyaAllah tak akan retak...hehehe...
Khamis, Mac 23, 2006 3:11:00 PTG,
artisticklytouch
Teringat bonda yang setiap pagi memandu di bawah jambatan itu.
Teringat kekanda yang setiap hujung minggu memandu di bawah jambatan itu.
Teringat adinda yang setiap pagi dan petang memecut laju di bawah jambatan itu.
Teringat pesanan mereka:
"Kau balik nanti jangan lalu jambatan tu, masuk ikut Aman Puri!"
Samy Vellu tak kisah
Khamis, Mac 23, 2006 4:51:00 PTG,
Pnut
hehehe...syukur tinggal dan keja pat putrajaya...tak payah fikri sesak jalanraya...masuk ekaj pukul 8, pukul 7.45 keluar rumah masih sempat singgah kantin tapau makanan lagi sbl punch kad...hehehe
Khamis, Mac 23, 2006 5:19:00 PTG,
zino
nak naik basikal tu boleh .. tapi kena pakai jogging track le.. sampai opis baru mandi ..
maka opis2 tu kena lah ubah suai ada kan shower sebanyak yg boleh.. ada shower utk VIP.. dan sebagainya..
kena mulakan dengan opis samy tu.. sebagai projek perintis.. hehe
Jumaat, Mac 24, 2006 10:50:00 PG,
blackpurple @ jowopinter
sayuti: betul tu abang mat. sabar jugak sebahagian dari iman....
syikin: hehehe...... car pool? bukan...bukan... bus pool....hehehe..
rakimi: dah rezeki kat sini rakimi.......
bunga rampai: bernilai separuh? semi value?....sarcastic.....hehehe
Jumaat, Mac 24, 2006 11:15:00 PG,
kami yang duk area bukit jelutung lagilah merasa..
entahlah pokcik samy...
kelabu mata hitamkah pengundi MIC..kenapalah undilagi pokcik yang dah tua tu..atau takutkah mengubah tradisi..
kesian subramaniam
Jumaat, Mac 24, 2006 4:25:00 PTG,
Pnut
VVIP suruh naik basikal pi tempat kerja...suruh dia try dulu...raso camne...
naik basikal?? abih tu kaum ibu ni camne nak bawak anak dua tiga org pi hantar tadika pi rumah babysitter naik basikal ke? balik keja nak singgah pasar lagi, tgh kerja laki mintak tlg keluar pi bank bayar duit keter, duit rumah, bayar bil api air...maklumlah laki keja swasta wtak der masa cilok-cilok macam bini dia keja gomen...
jadi atas alasan-alasan begitu, suruh dia kaji sesuai ke kami ni naik basikal pi keja
KL = Kuala Lumpur = Kesesakan Lalulintas?