Rabu, Januari 05, 2011

Kalau nak bercerita pasal percaya, saya percaya Hantu Kak Limah Balik Rumah itu memang filem yang sangat seronok untuk ditengok. Saya percaya Malaysia memang layak jadi juara di AFF Piala Suzuki 2010 itu, dalam masa yang sama saya percaya Khairul Fahmi itu memang seorang pengawal gawang yang bagus dan saya percaya ada kemunasabahannya kalau K.Rajagopal dapat Datuk dari Sultan Pahang nanti. Saya juga percaya Hanis Zalikha itu memang cantik dan blognya memang agak seronok dibaca. Tak ketinggalan saya juga percaya yang Bik Mama itu seorang yang sangat lucu orangnya.

Itu contoh-contoh apa yang saya mahu percayalah.

Sebenarnya tujuan saya cuma nak cerita yang saya percaya Tiga Kali Seminggu itu memang bagus. Boleh menyuburkan minda jika dinikmati bersungguh-sungguh. Sebelum kamu meneka Tiga Kali Seminggu itu yang bukan-bukan seperti frekuensi berjimak yang ideal bagi suami isteri misalnya; yang saya maksudkan Tiga Kali Seminggu itu adalah buku himpunan 15 buah cerita pendek Dr Faisal Tehrani, yang diterbitkan penghujung 2010 yang lalu. Saya percaya saya bukanlah pengulas buku yang boleh dipercayai, jadi saya tak layak mengupas isi kandungannya. Tapi sebagai pembaca, saya percaya buku ini memang sangat berbaloi untuk dibaca, dihayati dan dicerna. Tidak rugi saya menjadikan buku ini sebagai buku pertama yang saya baca untuk 2011 ini. Cerita-ceritanya dari cerita pertama hingga cerita yang kelima belas berbeza-beza, sarat dengan macam-macam yang tersurat dan tersirat, sesekali menjentik pemikiran, sesekali menggeletek hati, dan sesekali pula mencubit sanubari.

Itu sajalah yang nak saya cerita. Terpulanglah, kamu mahu percaya atau tidak.


TTFN

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 1/05/2011 07:27:00 PG. |


11 Ulasan


Rabu, Januari 05, 2011 8:09:00 PG, Blogger Unknown

ok saya cuba...cuba cari,beli n baca. tp ini x b'makna sy percayakn awak hahaha!

slmt thn baru BP:)

 

Rabu, Januari 05, 2011 9:24:00 PG, Blogger Insan Biasa

satu kepercayaan yang baik...saya akan cuba untuk mempercayai kata-kata anda dengan membaca buku itu sendiri..hihihiii

 

Rabu, Januari 05, 2011 11:51:00 PG, Blogger achik

saya percaya entri ni buat ramai nak baca buku tiga kali seminggu tu.. :)

 

Rabu, Januari 05, 2011 10:51:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Amora,
Awak kenalah percaya diri sendiri dulu awak...hahaha!

Sama-sama selamat :)


Insan,
Ok. Saya percaya... :D


Mudin,
OK!


achik,
Bukan sebab entri ini tapi sebab buku itu sendiri...Percayalah.. :)


arts,
Selamat membaca dan mencerna....

 

Khamis, Januari 06, 2011 9:43:00 PG, Blogger .

belikan aku satu bang.hehe.

 

Khamis, Januari 06, 2011 10:06:00 PG, Blogger Brader Black

Buku tu dah masuk dalam list aku. Tinggal nak beli je.
Apa kata kau bagi free buku tu kat aku? :)

 

Ahad, Januari 09, 2011 8:15:00 PTG, Blogger Pa'chik

tiga minggu sekali pun payah dude.... :P

 

Isnin, Januari 10, 2011 10:44:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nizam,
Alah... RM19 jer...beli la sendiri..hehe


Si kachak,
Inilah orang kita, memanjang harapkan subsidi...hahaha..


Pa'chik,
Kalau tiga minggu sekali pun payah, tak payah la kalau macam tu..hahaha...

 

Sabtu, Januari 22, 2011 1:14:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,
Untuk percaya, saya kenalah beli buku tu :)
Terima kasih entri ini.