Ahad, Januari 02, 2011

Hari jumaat suami PM kasi cuti. Maknanya dicampur hari sabtu dan ahad dapatlah tiga hari bercuti. Kamu pun merancanglah mahu balik kampung. Kamu ke mesin ATM, entah macamana sebab kamu tak fokus agaknya, kad ATM kamu ditelan oleh mesin itu. Waktu itu isi di dalam dompet kamu cuma tinggal beberapa RM sahaja.

Tak apalah, ada hikmahnya, kamu pujuk hati kamu. Tak jadi balik kampung, kamu lepak di rumah sajalah. Boleh rehat-rehat, boleh blogging atau berforum, atau menjenguk FB yang sudah bersawang. Masa mahu berinternet itu jugalah kamu perasan jalur lebar kamu sudah kena block, sebab tak bayar bil lagi.

Tak apalah, ada hikmahnya, kamu pujuk hati kamu lagi. Kamu ambil kunci kereta. Mahu ke pekan sekejap. Tiba di satu selekoh ada rasa pelik semacam, macam terlanggar benda keras atau lubang, macam teruk padahal tak adalah pandu laju mana pun. Kamu terus berhenti di tepi jalan, tengok-tengok kamu dapati rim sukan kereta kamu sudah bengkok, macam terkuak sedikit.

Sudah jatuh ditimpa tangga, datang ayam mematuk mata. Aduhhhh!

TTFN

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 1/02/2011 01:27:00 PTG. |


8 Ulasan


Ahad, Januari 02, 2011 6:09:00 PTG, Blogger Lily Abdullah

Salam

Nak ketawa, tapi tak sampai hati lah pula (senyum)

Selamat kembali ke dunia maya Purp!


Dunia untuk kita yang pemalu hehe.. :)

 

Ahad, Januari 02, 2011 10:14:00 PTG, Blogger tasekM

alah lah lah siannya...



.

 

Isnin, Januari 03, 2011 9:51:00 PG, Blogger .

tangga siapa tertinggal kat tepi jalan tu? ada nama tuannya tak pada tangga tersebut. kalau ada, pergilah pulangkan. untung-untung beliau belanja minum sirap.

 

Isnin, Januari 03, 2011 4:34:00 PTG, Blogger PINATBATE

simpati.. tapi nak buat camana kannn..? sabor jer lahhh..

 

Isnin, Januari 03, 2011 8:54:00 PTG, Blogger Pa'chik

dah buleh semelih dah ayam tuh... jahat nih... :P

tangga tu... jenih hapa??? selalu kan kalau tangga lipat tu ada insurans kalu epsiden... sejuta tuh... :P

 

Isnin, Januari 03, 2011 9:43:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Water Lily,
Salam,

Kembali ini pun macam hangat2 tahi ayam kot.
Betul! Malu-malu ayam...hehehe


Tasek,
Ayam betul!


nizam,
Kalau tangga reban ayam, tak syak lagi ayamlah yang punya...


Pinat,
Itulah, bukan salah ibu ayam mengeram..


Pa'chik,
:p

Tangga cap ayam... :p

 

Selasa, Januari 04, 2011 12:55:00 PTG, Blogger Insan Biasa

ehekkk...ooppss, sori..x gelak senyum je..