Selasa, November 30, 2010

30hb November 2005 - 30hb November 2010.

Baru 5 tahun.

Dulu-dulu, kami, budak-budak lelaki kampung yang mencecah umur 5 tahun, belum berapa tahu apa-apa sangat pasal dunia, pasal kehidupan, yang tahu cuma makan, main dan tidur. Masa itulah sudah pandai sikit-sikit main parit, menyakat ayam betina…. Dan bagi yang hiper nakal sudah berani melastik ayam jiran. Setakat bergasak dengan adik-beradik itu biasalah. Tapi budak-budak sekarang, apatah lagi yang duduk di bandar, mungkin sudah lain sedikit agaknya. Dah masuk pra-sekolah, sudah pandai mengetuk-ngetuk papan kekunci komputer…

Tak kiralah budak-budak dulu atau budak-budak sekarang. Budak di kampung atau budak di bandar. Tapi selalu-selalunya sudah boleh diajak untuk berfikir sedikit-sedikit, dan akalnya juga sudah mula pandai menimbang mana yang betul dan mana yang salah.

Itu manusia. Kalau blog? Hmmm....

Baru 5 tahun. Walaupun sudah agak semakin perlahan sejak 1-2 tahun kebelakangan ini tapi saya rasa saya masih mahu untuk terus 'bercerita' lagi. Insha-Allah.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 11/30/2010 03:30:00 PTG. |


18 Ulasan


Selasa, November 30, 2010 3:51:00 PTG, Blogger MOKCIK AZWA

Mokcik umur 5 thn bersekolah darjah satu...zaman dulu2 boleh naik kelas asalkan lulus periksa hehehe...

Mokcik pun tak ingat bila mula berblogging...pencen sokojap dan kembali semula...selamat ulangtahun berkarya di blog BP!

 

Selasa, November 30, 2010 4:05:00 PTG, Blogger Yunus Badawi

Kabare JP? Wes suwi orak nulis huhuhu.

Selamat ulangtahun ke5. Semoga dapat meneruskan menulis di blog ini. Antara blog terawal yg saya ikuti dan kagumi.

 

Selasa, November 30, 2010 4:07:00 PTG, Blogger Yunus Badawi

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

 

Selasa, November 30, 2010 4:20:00 PTG, Blogger Unknown

usia blog kita lebih kurang.
cara penyampaian dlm penulisan blog masing2 jg ada perubahan.
somehow dlm menulis jg membuat kita b'fikir.
so teruskan ye :)

 

Selasa, November 30, 2010 4:43:00 PTG, Blogger Unknown

Selamat Ulang tahun ~~~ :)

 

Selasa, November 30, 2010 4:51:00 PTG, Blogger NURAZZAH8

Selamat ulangtahun ke-5 berblogging...

walaupun ada pasang surutnya ...

samalah seperti akak ... ni baru nak kembali aktif setelah hampir setahun senyap aja...

 

Selasa, November 30, 2010 10:34:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Mokcik Azwa,
Di mana bermula tak penting sangat. Di mana berakhir itu lebih penting, hehe.


YB,
Waras, alhamdulillah kang..

Trimas, insha-Allah.


Halogamora,
Betul!
Insha-Allah.


Acik,
Trimas. :)


Kak Nurazzah,
Terima kasih kak.
Berehat sekejap tak apa, jangan berhenti terus... :)

 

Rabu, Disember 01, 2010 11:30:00 PG, Blogger .

ubahsuai blog ni.
bagi nampak baru.
baru bersemangat nak tulis.

selamat ulangtahun.

 

Rabu, Disember 01, 2010 11:36:00 PG, Blogger asuhara sue

macam baru jek sambut ulangtahun, dah sambut lagi, cepat betul masa berlalu, macam kiasu bak kata orang singapura!

Selamat ulangtahun ke-5! men gelis gedi!hilang lara ne,garek waras se.

 

Khamis, Disember 02, 2010 3:28:00 PTG, Blogger achik

semoga terus menulis.. :)

 

Jumaat, Disember 03, 2010 9:10:00 PTG, Blogger kad0k.

happy 5th blog anni ye en BP..:)..dah lama dah berblog..tp yg bagusnya..masih konsisten buat posting..:)

 

Sabtu, Disember 04, 2010 11:16:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nizamsani
Malaslah nak ubah-ubahsuai. Otai2 macam Sinaganaga tu tak pernah tukar apa-apapun sejak mula2 blogging, tapi masih tetap bersemangat...

T.k.


asuhara,
Kesuwon. Benenom waey, ora tuo2..Hehe.


achik,
Insha-Allah :)


kadok,
T.k.

Dah tak konsisten dah. Dapat 'update' sebulan sekali inipun pun dah kira bagus....

 

Ahad, Disember 05, 2010 8:59:00 PTG, Blogger farazdaq

selamat untuk kamu kang..terus ber blog.

 

Ahad, Disember 05, 2010 11:10:00 PTG, Blogger Mulan

keep blogging... memang terkadang ada pause2 nya di masa2 tertentu kan...

 

Ahad, Disember 05, 2010 11:11:00 PTG, Blogger Mulan

ucapan pendahuluan yg utama terlupa.. happy 5th "blog" eniberseri..

 

Isnin, Disember 06, 2010 7:12:00 PTG, Blogger kawaii_desu

salam anniversary buat blog jowopinter ya... blog saya muda skit tapi rasanya lebih bersawang :)

 

Rabu, Disember 08, 2010 9:30:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Farazdaq,
Mulan,
Kawaii,
Along Tapa,


Terima kasih.

:)