Betullah, komputer dan internet menjadikan hari ini segala-galanya menjadi cukup mudah. Dulu-dulu zaman datuk nenek kita tak adapun komputer. Zaman emak bapak kita pulak kalaupun ada komputer, internet tak meluas lagi. Tapi itu dulu. Sekarang zaman dah berubah. Modernisasi kata orang sekarang. Globalisasi lagi. Sekarang dah lain. Budak-budak zaman sekarang dah canggih, mana taknya umur 5 - 6 tahun pun dah cekap mengetuk keyboard, dah pandai surfing. Budak-budak dulu 5 - 6 tahun cuma pandai bermain guli, bermain lastik, nak menyebut surfing pun tak pandai.
Dunia cyber macam-macam ada, semuanya dan apapun boleh. Semuanya di hujung jari. Tak ada sempadan. Tapi apa-apa teknologi pun, dalam baik ada buruknya. Ada yang menjadikan internet sebagai kemudahan dan sumber ilmu pengetahuan. Ada juga yang mendapat jodoh melalui internet, Alhamdulillah. Tapi tak kurang juga sebagai kegilaan. Biasa lah. Tak hairanlah ramai yang sanggup berjam-jam mengadap komputer. Ada yang leka berchatting, berforum, berblogging, sampai kerja pun terbengkalai. Dan yang paling teruk menjadikan internet macam nyawa. Sehari kalau server down macam 'ayam berak kapur', tak bermaya. Sampai macam itu sekali kegilaan berinternet rupanya ekk.. Tapi aku pun kadang-kadang apa kurangnya. Hampir dua kali lima juga. Mati kutu bila server down.
Ehhh.....Dalam tak ada idea pun siap satu entry... Jangan-jangan kegilaan berblogging dah berjangkit pada aku ....hehehe..
TTFN
Rabu, Mac 29, 2006 1:41:00 PG, Kaklong Syikin
sejak ada wayarless internet kat rmh ni, blhlah nak guna laptop surf internet,kalau tk tu kena queue ngan anak2 nak guna pc..
huda, 2 thn lbh ni dah gila main internet children's activities (disney channel), berebut ngan abg (6 thn) n kakaknya (7th )
mmg depa tak kenal main lastik, guli..tak de invironment cam tu nak main
suami lak, baru2 ni komen "tgk ummi kamu ni, asyik berblog jer.."hehe, saya jawab "ha, tulah, abang yang ajar Nor..." sengih jer dia..
Rabu, Mac 29, 2006 8:41:00 PG, Sastri
hmm... zaman dah berubah... segalanya semakin canggih... memang tak dapat dinafikan semakin ramai budak-budak dah tak tahu nak main kat luar sebab lebih suka main kat dalam rumah, main games@internet... agaknya pada masa akan datang, children will only get to know all those permainan lastik, guli, teng teng etc melalui internet kot... hopefully by the time we have children hunny, at least kita 'expose' kan dorang dengan sedikit outdoor activities... and yang indoor pulak seperti scrabble, monopoly etc yang selain dari internet...
Rabu, Mac 29, 2006 8:46:00 PG, blackpurple @ jowopinter
syikin: hehehe... Bertuah kanak2 zaman sekarang. Kecik2 lagi dah terdedah dengan ICT kan...
Ni nampaknya seorang lagi dah mengaku kena 'jangkitan'.....
gitarletrik: ....tak layak lagi la anugerah tu...Masa projek tengah 'slow' ni boleh la godek-godek blog ni lagi. Nasib baik la kerja sendiri..takde sapa boleh 'sound' hehehe...
orochimaru-sama: hehehe.... mana ada... sampai macam tu pengaruh internet ekk.....
Rabu, Mac 29, 2006 9:06:00 PG, Sir Mute Key Chicks
lawatan sambil belajar ke blok org jawa.haha.
anyway, kalo ko nak tgk orang taktau apa itu komputer, ko pegi la masuk kat kawasan-kawasan felda yang baru bukak.aku rasa masih ramai yang memainkan permainan seperti guli, layang-layang buatan sendiri, lastik, konda-kondi, masak-masak,tuju tin, tuju selipar, batu seremban, congkak(lubang dia dari tanah yang dikorek dan buahnya batu kecil-kecil). Permainan bola lipat pon ada lagi tau.
Rabu, Mac 29, 2006 9:11:00 PG, Sir Mute Key Chicks
Foxy,
mesti u dok kat bandar kan. n btw, skang bebudak town memang kebanyakkannya taktau tentang permainan-permainan orang-orang kampung. kalau tau pon sket-sket pasal time balik kampung hari raya, nephew ajak main sekali.
korang pernah tak main pistol yang berpelurukan bemban? pistol tuh diukir dari kayu@papan, pelurunya dari pokok bemban. Fungsi dia macam lastik jugak, tapi getah untuk pistol nih lancarkan pelurunya kecik jer. so kalau kena leher ker apa ker, merah light-light jer la. ahaks. Kalau ada orang pedajal, dia akan gunakan sejenis buah gatal.
Rabu, Mac 29, 2006 10:23:00 PG, blackpurple @ jowopinter
alang: itu la.... mengadap internet 2 jam pun terasa macam 20 minit....
Betul lah tu... kemudahan juga namanya.
foxy: betul tu hunny.... takut nanti lama-kelamaan permainan rakyat dulu2 akan hilang ditelan zaman. Harap2 nanti akan ada yang kreatif cipta 'games' teng-teng, konda kondi, batu seremban......sayang kan kalau permainan tradisi tu lenyap macam tu aje...
Rabu, Mac 29, 2006 11:00:00 PG, hamka
aku selalu gak berceramah kat masjid, aku kawan ngan ustaz, kadang2 ustaz bagi aku peluang berceramah...bila berceramah takde feedback yg baik sebab masa yg terhad dan org melayu yg pemalu..start tahun nih aku buat blog keretamayat(promote he he he) dan aku tulis balik apa yg aku ceramah dan idea2 yg best..maka aku dapat feedback yg cukup baik, ada yg puji, puja(?) caci, laknat..dan baru aku tahu ada gak tempat yg aku salah...sekarang aku hidup dlm 'dunia' yg amat memberangsangkan aku dan mindaku...
tapi aku bukan berdaqwah melalui blog..aku belajar feedback dari blog , itu sajer...
terimaksih
Rabu, Mac 29, 2006 11:14:00 PG, blackpurple @ jowopinter
semut: betul tu. kat kampung pendalaman masih ada lagi yang main benda2 tu semua. Kalaulah dapat balik ke zaman budak2 dulu di kampung........
Hamka: Syabas Sdra. Berdakwah pun boleh melalui macam2 cara. Berblog pun satu cara juga. Ikut peredaran zaman dan kemajuan teknologi.
Lepas ni ceramah agama ataupun khutbah menggunakan 'powerpoint' mungkin akan mejadi perkara biasa...
ontahsapo: betul. andai dipisah, ketinggalan di belakang.....
Rabu, Mac 29, 2006 5:27:00 PTG, JBM8141
hobi masa lapang. google nama orang2 yg aku kenal. dapat tau kawan aku tak bayar ptptn, kawan sekolah rendah baru kawin januari lepas, sedara aku keje lain dari yg dia cakap, kawan aku pegi interview ptd, kawan aku menang cabutan bertuah sengheng, kawan aku member kelab gen2, kawan lama aku jual kambing... huh...
Rabu, Mac 29, 2006 5:35:00 PTG, Sastri
semut, yeah... fox ni duduk kat bandar... kampung pun tak macam tengok kat tv... ada sawah padi luas terbentang semua tu... membesar pun kat kampung yang tak macam kampung biasa...sebab dalam bandar juga... cuma sempat la merasa duduk di kampung yang betul-betul ulu (ni kata dorang la tapi bagi fox, ok jer kampung ni sebab abah pun penghulu kampung, rumah pula memang selesa) kat N9 bersama mak abah angkat...
Rabu, Mac 29, 2006 6:12:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
jbm8141: aku pun pernah di'goggle'kan sorang ni... tetiba muncul dalam blog ni padahal aku guna nick jer...sebabnya aku guna nick BP ni ke mana pun aku masuk...hehehe
nbk466: menceroboh blog orang tu satu kegilaan jugak tu...
foxy: 'kampung' di tengah bandar ekk hunny...hehehe
alex lacey: hehehe.....nak kena mengaku ke ni?
moon: seorang lagi ahli kelab ni...hehehe
kadok: kita serupa....ramai rupanya ahli kelab ni ekk....hehehe
wirawan terulung: macamana u boleh masuk blog ni? jangan2 blogger tegar ni kot... hehehe..
NI DAH NAK BALIK PUN SEMPAT MASUK BLOG...SAH LA.....HEHEHE
Khamis, Mac 30, 2006 9:59:00 PG, blackpurple @ jowopinter
gitarkaran: ta ta for now... tigger suka cakap macam tu...hehehe
izhal: Waalaikumsalam. Tahniah juga sebab anak (?) saudara baru 2 tahun dah celik komputer.
sleepless in gelugog: ooo... baru la tau. ada ubatnya tak ? hehehe.
ibuvouge: betul tu. pisau tu pun nak guna untuk memotong bawanag boleh, untuk membunuh si pemotong bawang tu pun boleh...
Lagu kupu2 tu boleh dengar kat sini;
http://sg.geocities.com/mn_kembara02/
ab_seniman_jalanan.html#kupu_kupu
Ini lirik dia:
Bayangkan kau seekor kupu-kupu
Sedang berterbangan dalam sebuah taman
Kau tak tahu akan nasibmu
Kau hanya terbang mencari madumu
Dulunya kau buta
Tak tahu
Dalam kepompongmu
Dalam kepompongmu
Kini lihatlah semua
Lihat sekelilingmu
Lihat sekelilingmu
Warna sayapku mungkin gemerlap
Indah mata memandang bila ku terbang
Tapi hanya masa akan menentukan
Bila ku dijadikan perhiasan dinding
Aku kecil dan tak berkuasa
Ku tak berkuasa
Ku tak berkuasa
Namun mataku tak dapat terlindung
Dari melihat akan kecurangan
Yang benar tetap benar
Walau dipertikaikan
Yang salah tetap salah
Walau diselindungkan
Dari itu jangan kau tangkap aku
Aku di sini hanya sementara waktu
pnut: ha ah...boleh bersembang dengan sesiapa saja bila2 masa walaupun jarak beribu batu...hehehe..
Jumaat, Mac 31, 2006 10:08:00 PG, Sir Mute Key Chicks
mr. jowo,
saya bukan blogger tegar encik jowo pinter.(yang mula-mula saya sangkakan jowo printer). saya cuam mengisi masa lapang saya sahaja.
Fox,
kalau rumah tok penghulu memang selesa. cuba kamu pergi rumah bukan penghulu.kamu mungkin akan berjumpa dengan sejenis pam untuk menegluarkan air dari perigi yang super dalam, dapur kayu, dapur arang, lampu ayam, pelita berkaki satu, penggiling, dan macam-macam lagi yang orang sekarang nih kategorikan sebagai antik.
pnut,
kampung saya masih kurang pengguna internet. orang-orang yang bosan akan membuang masa dengan membaca al-quran di masjid, berbual-bual kosong di kedai kopi, memancing, bercucuk tanam, mengumpat di tangga depan rumah, memberi ayam itik makan di waktu petang, menyiram bunga diwaktu pagi, berjemaah dengan berjalan kaki, bersembang-sembang tentang loteri, dan macam-macam lagi. Ini kampung saya.
p/s: saya memang bagitau benda yang betul.
Jumaat, Mac 31, 2006 10:15:00 PG, Sir Mute Key Chicks
semut api, semut itam, semut putih(anai-anai), nyamuk besar kuku jari kelingking, aedes, tiruk, ayam jagau besar teddy bear rm39.90, tedung sela, ular senduk, ular lidi, lipan bara, ular sawa batik, haruan, keli, toman, bujuk, lampam, kelisa, ayam hutan, itik nila, angsa, ayam botak, serama, tiong, enggang, helang coklat, gembala kerbau, babi tonyok,(bukan tomok), rusa, puyuh, punai, tupai, kerengga, katak bermacam-macam jenis, pokok-pokok juga, makanan pun sama. huhuhu.. mr. jowo, I missed my place very much laa...
yes yg pertama lagi sampai kemari...
bila tengok notebook tu.. teringin nak tanya.. dah lama ngidam nak beli satu tapi rege dia tak penah turun ...
sampai sekarang masih dok berangan je lah.. kalau nak beli lah kan.. boleh bagi tips sikit tak? hehe