Jumaat, Mac 24, 2006

1. Cerita Pagi Jumaat

Pagi tadi keluar rumah agak awal sebab terpaksa ke Jbtn Imigresen, Pusat Bandar Damansara. Seorang pekerja asing Indonesia nak balik kampong. Kalau ikut cerita pekerja2 lain, dia dah meracau dan bercakap seorang diri malam2. Sebelum apa2 yang buruk terjadi lebih baik hantar dia balik kampung. Mungkin dia rindukan kampung halaman di Lombok.

Ini bukan nak bercerita sebab dia meracau malam2 ataupun jenis hantu yang sampuk dia. Ini nak bercerita pasal Jbtn Imigresen. Kalau nak diikutkan fobia dah nak berurusan dengan Jbtn Imigresen sebab pengalaman2 yang lepas. Tapi disebabkan dah jadi majikan terpaksalah uruskan jugak. Tak sangka dah berubah betul perkhidmatan jabatan ini sekarang. Orang putih kata ‘excellent, superb, efficient…’. Tak ada lagi karenah biokrasi yang menyakitkan hati, tak ada lagi marah2 di kaunter….semuanya tertib, santun dan penuh senyuman….

BP: Nak kena ucap syabas pada Pak Lah tak?

2. Cerita Tengahari Jumaat

Hari ini bersolat jumaat di satu masjid di Hulu Klang. Bukan nak bercerita pasal selebriti2, Datuk Jins, Norman Hakim, Fahrin Ahmad atau Faisal Hussien yang sama2 bersolat di situ, bukan jugak pasal seorang makcik entah dari negara mana bersama anaknya minta sedekah di pintu pagar masjid, bukan juga pasal seorang adik yang mengadu hilang kasut, bukan juga anak2 muda yang bersembang di bawah pokok semasa khatib membaca khutbah.

Ini pasal handphone seorang mamat yang berbunyi semasa tengah solat. Lagu dering polifonik yang sedap juga. Marah agaknya jemaah lain sebab dah hilang khusyuk. Tapi tak apalah. Kita fikirkanlah yang positif. Tak baik buruk sangka. Agaknya dia tak sengaja, mungkin dia terlupa nak off handphone, ataupun terlupa nak letak silent mode….Takkanlah dia sengaja pulak nak perdengarkan nada dering polifoniknya…. atau nak bagitau jemaah lain dia baru beli handphone baru yang canggih…….

BP: Ish…Ish…Ish….!

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/24/2006 04:26:00 PTG. |


30 Ulasan


Jumaat, Mac 24, 2006 5:06:00 PTG, Blogger MOKCIK AZWA

Salam Jowopinter...hehehe...kreatif punya nick nie...

Setakat ning kita takde masalah problemo berurusan ngan jbtan imigresen...i guess they have improved a lot nowadays.

citer tengahari jumaat...tup lampu, kunci bilik, amik jubah jadikan selimut terus landing atas sofa dan zzzzzzzzz...hehehe

 

Jumaat, Mac 24, 2006 5:30:00 PTG, Blogger cik puan daun

takkan la abang tu sengaja nak mengganggu solat jemaah lain.. takkan larrr.. Bukan salah dia yang lupa off/silent hp dia masa solat jumaat.. salah orang lain yang tak khusyuk semayang.. Bukan salah diaa.. bukann... ;)

 

Jumaat, Mac 24, 2006 5:33:00 PTG, Blogger ontahsapo

yg salahnya orang yg call tu la, tak reti2 ker time org sembahyang jumaat pegi call buat jadah apa..? ker tak pegi sembahyang pun, takkan nak bagitau org lain.. kalau ugama lain pun, tak hormat ker? hehehhe...dulu gua selalu solat jumaat masjid tu jugak, masa opis kat sana la....

regards,

 

Jumaat, Mac 24, 2006 5:40:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

azwa: salam azwa.. selamat datang ke dunia jowopinter....hehehe...

diaorang memang ok banyak sekarang rasanya...

daun: mungkin salah tokey kedai hp jugak. sebab apa dia jual kat mamat tu.........

ontahsapo: rasanya la... terlupa hari ni hari jumaat kot.....

 

Jumaat, Mac 24, 2006 5:44:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

yg telepon tu pon satu hal..dah tau ari jumaat..tengahari..mustilah org bersembahyang...tp xleh jugak..sape tau cha ya nun alip ke...hehehhe

 

Jumaat, Mac 24, 2006 6:07:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kadok: sama2lah kita doakan semoga hamba Allah yang menelefon tu mendapat petunjuk.....

Friday, March 24, 2006 6:06:13 PM

 

Jumaat, Mac 24, 2006 8:06:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

dia nak bagi tahu dia ada handphone canggihlah tu....

 

Jumaat, Mac 24, 2006 9:27:00 PTG, Blogger Ku Keng

Wak, terima kasih kerana menziarahi blog saya.

 

Jumaat, Mac 24, 2006 10:07:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

hehehe.... biasa la tu kekadang terlupa nak tutup hp.. tp rasanye salah org call la xkan aa xtau ari jumaat org sembahyang hehe... takpe x sengaja.. janji jgn bunyi hp dia lawak dh la..

 

Jumaat, Mac 24, 2006 11:49:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

cerita pagi jumaat
terima kasih kerana memuji dan berpuas hati dengan perkhidmatan kami. selaku staf di jbtn imgrsen ini, (kaunter 8) akan sentiasa memperbaiki mutu kerja2 kami.

cerita tengahari jumaat
saya mintak mahap! ceritanya begini.. semasa khutbah, saya mendapat pesanan sms dari kekasih saya yang dalam perjalanan ke suatu tempat. oleh kerana risaukan keselamatannya semasa memandu, saya membalas, "nanti mis call abg bila ayg dah smpi ye..muuaahh"

ps: bagi pihak

 

Sabtu, Mac 25, 2006 12:45:00 PTG, Blogger Sya

Salam .. jowopinter .. terima kasih melawat blog kak sya

 

Sabtu, Mac 25, 2006 3:40:00 PTG, Blogger zino

banyak dah jabatan kerajaan (terutama perkhidmatan kaunter) yg dah efficient.. tolong lah sebar2 kan ya.. jangan asyik nak kutuk je.. hehe

zino memang sakit telinga bila dengar taliupon berbunyi masa sembahyang tu.. bukan tak di beritau.. kat luar tu dah tulis.. sebelum sembahyang bilal dah beritau.. tapi masih ada yg tidur tak geti bahasa..

agaknya nak kena syaratkan talipon letak kat luar kot.. macam letak selipar tu.. hehe

 

Ahad, Mac 26, 2006 12:45:00 PG, Blogger Kaklong Syikin

BP: baguihla staff gomen dah banyak berubah, kalau tak tu, mmg dapat dosa ngumpat jer kitakan

nampaknya pihak masjid kena letak tanda off hp semasa solat:)

 

Ahad, Mac 26, 2006 4:15:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

weeii datang PBD pehal tak carik aku.klo tak leh mintak ko banjer aku..huhu

 

Isnin, Mac 27, 2006 2:59:00 PG, Blogger cipthowiryawanchannel

nak try berurusan jugak nanti dengan jabatan2 di malaysia..insya allah satu hari nanti

 

Isnin, Mac 27, 2006 8:28:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

naimisa: agaknya la kot..... hehehe

keng tembaga: welcome... u too...

dk: nasib baik ringing tone dia bukan 'dialog' saiful apek.... hehehe

 

Isnin, Mac 27, 2006 9:05:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

gitartong: terima kasih kerana sudi menjawap bagi pihak mereka....hehehe...

sya: salam..... u too...

zino: ha ah... dah banyak 'improvement'. tahniah.. yang pasal hp tu, kena betul2 pastikan hp tu 'off' la sblm masuk masjid....

 

Isnin, Mac 27, 2006 9:10:00 PG, Blogger Sastri

Hmm... elok la kalau betul dah berubah, kurangkan sikit komplen pengguna. Biasanya perkhidmatan kaunter ni or the frontliners ni la yang menentukan imej Kerajaan. Jika perkhidmatan yang diberikan teruk, bermasalah, semua akan melabelkan kakitangan dan pegawai Kerajaan sebagai lembab, malas etc. Padahal segelintir jer yang macam tu, alih-alih yang dapat nama buruk semua yang kerja dengan Kerajaan termasuk yang bukan berkhidmat di kaunter. Umpama nila setitik, rosak susu sebelanga...

Mengenai handphone, fox pun tak faham kenapa laa susah sgt nak silent kan ek? Kalau susah nak silent pun, off jer la... Takkan laa tu pun susah kot? Byk tenaga agaknya yang perlu digunakan for such task... Tak menghormati masjid dan solat langsung...

 

Isnin, Mac 27, 2006 9:12:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

syikin: mana yang silap kena tegur juga.... hehehe..

sebenarnya memang ada tanda notis kat luar masjid. Agaknya sebelum khutbah tu kena ingatkan kot.....

neeziee: hehehe... ofis kat PBD ke?

ais putih: Bila dah tinggal di malaysia nanti memang kena berurusan juga sesekali...

 

Isnin, Mac 27, 2006 9:32:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

foxy: kena akui la perkhidmatan kaunter jbtn kerajaan sekarang dah banyak 'improvement'... cuma nak dapatkan kepercayaan dan persepsi baik masyarakat balik mungkin ambil masa sikit......

yg pasal handphone tu.... kalau dia tak sengaja, boleh la maafkan dia.... tapi kalau dia sengaja, memang tak sensitif langsung la.....

 

Isnin, Mac 27, 2006 10:47:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

hmm..
nasib baik lagu best
aku selalu kena
lagu doreamon lah.
lagu monotone jer
hilang kusyuk kerana lagu lagu gitu
tak berbaloi langsung
hahaha

 

Isnin, Mac 27, 2006 11:08:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ron97: nasib baik tak lagu 'jinggle bell'......kalau tak lagi haru....

 

Isnin, Mac 27, 2006 11:29:00 PG, Blogger NONIE AZIZ

huhuhu...mesti dia baru tukar hp. baru BP mukakakakaak...

 

Isnin, Mac 27, 2006 11:35:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

mamarisyia: samada dia sengaja ataupun tak dia aje yang tau...tapi kita anggap dia tak sengaja aje la.....hehehe...

 

Selasa, Mac 28, 2006 12:58:00 PTG, Blogger WNH

Terima kasih Blackpurple, visit blog saya...

'Budi bahasa, budaya kita'...

 

Selasa, Mac 28, 2006 7:13:00 PTG, Blogger JBM8141

cerita kawan aku yang kerja di arab saudi. Kalau ada orang call waktu solat, ada pak arab yang jawab panggilan tu tapi dia menghalakan hpnya ke arah pak imam yang sedang membaca, supaya orang yang call tu tau dia tengah solat. Ada jugak yg selamba jawab sms waktu baca fatihah.

Aku penah try reject call waktu aku tgh solat. ye la, ringtone bunyi disko. hampehnya, aku tertekan handsfree. hp tu dalam kocek seluar. "Bad! Bad! awak kat mana ni? haa, woi. buat apa tu? woii. saya tunggu awak kat kedai makan ni' buruk sungguh suara bos aku waktu aku tengah rukuk tu. mulai hari tu, aku guna vibrate sahaja. Leceh nak tukar profile.

 

Rabu, Mac 29, 2006 9:05:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

wnh: sama-sama

JBM8141: tertekan handsfree? Satu masjid boleh dengar tu silap2. hehehe

 

Khamis, Mac 30, 2006 1:24:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Imigresin kat pb d'sara masih beroperasike? Opis me now semua gi putrajaya now. jauh, tol, minyak lagi. nasib baik boleh claims...

----

orang yg tepon tu bukan islam kot? tu yg dia tak check tgh solat ke, apa ke... eh henpon mamat tu mainkan lagu apa?

 

Khamis, Mac 30, 2006 3:26:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Imigresen PBD tu cwgn KL..

Lagu 'Aduh saleha' kot...hehehe

 

Jumaat, Mac 31, 2006 10:31:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

lagu Aduh Saleha? Wah! Nasib baik tak ada yang bergoyang dalam masjid tu. isk isk isk... Aduh Aduh...