Selasa, November 23, 2010
Nota buat awak, yang saya tidak kenali, yang telah mengambil secara sengaja besi penutup manhole ["lubang manusia"? Hehe] longkang di hadapan pintu pagar rumah saya tempohari.

Sampai hati awak. Awak memang tak berperasaan, tak berperi kemanusiaan. Banyak lagi benda-benda lain yang lebih mencabar tapi besi penutup itu juga yang awak curi. Akibat dari kejahatan awak itu, saya telah terbongkang masuk ke dalam lubang itu. Kaki saya telah terkehel, urat kaki saya jadi tersalah dan membonjol bengkak, peha saya luka-luka dan membengkak, lutut saya cedera sebab terhantuk, dan dagu saya tercalar. Itu belum dikira lagi keaiban yang saya alami kalau ada mata-mata yang perasan atau terlihat sewaktu saya terjatuh ke dalam lubang itu. Walaupun sejurus selepas saya terjatuh ke dalam lubang itu saya bangkit dengan gaya maskulin macam tak ada apa-apa yang berlaku tapi sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu. Cepat-cepat saya masuk ke dalam rumah dan mengaduh kesakitan yang amat sangat. Dan sehingga ke saat ini langkah saya masih pincang, peha saya sudah tidak secantik dulu sebab sudah ada parut berbentuk seperti peta kepulauan Bahamas di peha saya ini.

Nasib baiklah saya yang terjatuh ke dalam lubang itu, cuba awak bayangkan kalau budak-budak kecil atau orang tua atau isteri perdana menteri yang terbongkang dalam lubang itu…….

Bersama-sama ini saya tempelkan gambar anggota tubuh saya yang tercedera itu.

Tapi yang di bahagian kaki sajalah, yang di peha dan lutut saya tak tunjukkan di sini sebab saya merasakan peha dan lutut saya terlalu gebu dan seksi, lagipun itukan aurat… Di bahagian dagu pula memang saya malu untuk pertontonkan sebab saya memang seorang yang sangat pemalu dan berprofil rendah.

Jika awak terbaca nota saya ini, awak insaflah, dan kalau awak boleh meletakkanlah semula besi penutup manhole itu lagi bagus. Saya bersedia memaafkan awak dan saya doakan awak diberi petunjuk oleh Allah.

Sekian, terima kasih.

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 11/23/2010 07:27:00 PG. |


21 Ulasan


Selasa, November 23, 2010 8:59:00 PG, Blogger PINATBATE

Ya Allah sedihnya baca surat rayuan ni..Sing sabar yo..Mudah-mudahan cepat pulih kaki yang terpleot tu..kalau kakak pink yg terjatuh dlm lubang tu nescaya akan ditubuhkan Suruhanjaya bebas menyiasat..

 

Selasa, November 23, 2010 10:45:00 PG, Blogger rudy bluehikari

semoga cpt sembuh kang. o alah, seng orah2 maleng kuwi...

 

Selasa, November 23, 2010 10:54:00 PG, Blogger asuhara sue

laaa.....akeh2 barang seng mahal kok, barang seng abot jugak seng dijikok...isk2...urut yo kang, men gelis apik!

 

Selasa, November 23, 2010 11:23:00 PG, Blogger "MULAN"

oohh... moga cepat semboh...

 

Selasa, November 23, 2010 11:34:00 PG, Blogger Si Kachak Suparjo

Alahai. Kasihan betul dekat Hero Jawa Masakini ni.
Sekali buat comeback, cerita pasal kemalangan.

Anyway, kaki kau nampak perkasa, bang.

 

Selasa, November 23, 2010 12:13:00 PTG, Blogger MOKCIK AZWA

Adoi la...kesian BP...sapa la yang tidak berperikemanusiaan tu...yang BP tak tengok jalan tu naper huhuhu...kan dah masuk ke dalam manhole..

semoga cepat sembuh ya

 

Selasa, November 23, 2010 12:38:00 PTG, Blogger nizamsani

ganti dengan ladyhole bangjowo.

 

Selasa, November 23, 2010 12:41:00 PTG, Blogger achik

perghh, 'bertelur' kaki.. sian!

 

Selasa, November 23, 2010 2:03:00 PTG, Blogger muor76

pakcik blek....
pupuk bawang puteh atau halia kat kawasan bengkak... buang angin...
kalo bebaru kene patut tuam ngan air panas atau ais..

 

Selasa, November 23, 2010 4:38:00 PTG, Blogger Cikgooden

mak aiii...bengkak sebab jatuh..atau mmg ada bengkak semula jadi..kalau sebab jatuh..memang celaka org yg curi penutup lobang itu..

 

Selasa, November 23, 2010 8:39:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Pinat,
Jangan la sedih..….


pB,
Terima kasih.


Rudy,
Terima kasih Rudy. Wes jenenge maleng…. kabeh arek dicolong..


asuhara,
Barang abot nek di dol akeh entuk’e… Iyo lah…


mulan,
Terima kasih.


Si Kachak,
Biasalah, hero memang sentiasa diuji…

Tu la…orang lain lain ketul2 kat lengan, aku ketul2 kat kaki…..


Nonie,
Terima kasih :)


Mokcik,
Malam, tak nampak…..
Terima kasih.


nizamsani,
Ada jual ke?


achik,
Nasib baik di kaki, kalau di dahi………


muor,
Buang angin eh? hehe…
Lepas kena tu memang tuam dengan air panas….


Cikgooden,
Bengkak sebab jatuh…huhu…

 

Rabu, November 24, 2010 10:53:00 PTG, Blogger farazdaq

ooh..isk2 [sambil geleng2 kpla] sadis sungguh..

 

Ahad, November 28, 2010 7:23:00 PG, Blogger KAMATO

saya pun pernah kehilangan sebegitu, sehingga kereta pun tak boleh masuk rumah dan terpaksa tempah penutup konkrit, barulah mamat2 yg tak berhati perut tu tak nak ambik lagi

 

Ahad, November 28, 2010 10:43:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tasek,
Apa nak buat....


Farazdaq,
Bila la boleh dapat bersukan & jogging balik ni...


Kamato,
Agaknya penutup konkrit itupun kalau ada harga, pun nak dicurinya juga....

 

Isnin, November 29, 2010 9:08:00 PTG, Blogger kad0k.

semoga cepat baik inchek BP..:)

 

Selasa, November 30, 2010 6:07:00 PTG, Blogger ainzoo

oh..baru ada kesempatan menjengah2 tanya kabar.. kemalangan rupanya... semoga cepat sembuh..

 

Selasa, November 30, 2010 8:25:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kadok & ainzoo,
Terima kasih. Dah makin ok dah, alhamdulilLah. :)

 

Selasa, November 30, 2010 8:38:00 PTG, Blogger fzy fuzzy

salam,
kesian n nak tergelak pun ada.
kesian - sbb incik cedera
nak tergelak - manhole jd lubang manusia, kalau taruk dlm drawing rasa2 mereka2 faham ker? :)