Isnin, Februari 07, 2011



[Meronggeng di Bandar Maharani]

Cuti Tahun Baru Cina. Bila melintasi tepi Menara Jam, Laman Maharani ini macam terkeliru sekejap. Ini di Dhaka atau di Bandar Maharani ni ekk…?



Stesen minyak ini lain dari yang lain, takkan jumpa di tempat lain punya, cuma di Bandar Maharani saja ada. Kamu carilah sendiri apa yang lain dari yang lainnya itu. Hehehe.


Pawagam Rex ini telah lama berubah menjadi kedai menjual barangan dan perkakasan elektrik. [Muor76, kau sempat tak tengok wayang kat sini dulu? Hehehe]


Pawagam Calthay ini pulak dah berubah menjadi kedai menjual pakaian dan tekstil, kalau tak silap. Sejak bila, tak pasti. [Mungkin Muor76 ada jawapannya… hehehe]


Hotel Embassy. Antara hotel lama di Bandar Maharani. Rasanya macam dah tak beroperasi lagi hotel ini. Dibina semasa pra-merdeka, pada tahun 1956.


Hampir kesemua jejeran bangunan di Bandar Maharani adalah bangunan lama. Rata-ratanya dibina diawal 1900an. Bangunan ini misalnya, dibina pada tahun 1928. Rasanya kalau diaorang lebih kreatif dan lebih berinisiatif sedikit, bandar pencen ini boleh jadi ceria dan lebih bernyawa macam di Jonker Walk itu.


Sudah masuk waktu Maghrib. Jom berhenti sekejap di Masjid Sultan Ibrahim. [Masjid ini dibina tahun 1927]. Ronggeng ronggeng juga, solat jangan sesekali tinggal beb! Ada wifi di satu pojok bersebelahan tempat mengambil wuduk. Sesudah solat bolehlah kalau nak berFB ke apa, hehe....

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 2/07/2011 07:27:00 PG. | 16 Ulasan
Selasa, Julai 20, 2010
Tujuh gambar, lapan cerita. Kebanyakannya di Muor, dan ada sebahagiannya bukan di Muor.


Memanjat pokok adalah satu kegiatan yang sangat mengujakan. Meniti dan bersenggayut dari satu cabang ke satu cabang memang sangat mengasyikkan. Saya memanjat dan memetik buah jambu air yang tengah melebat di tepi rumah saya.
Jambu air juga tapi yang berwarna keputihan, di depan rumah makcik saya. Buahnya agak kelat-kelat sedikit. Saya tangkap gambar ini sambil seronok melihat pakcik saya mengopek pokok duit-duit yang melekat di batang pokok jambu itu.
Di Johor yang seronoknya masa kenduri kahwin adalah melihat plaza tol tak berlesen semasa menyambut ketibaan pengantin lelaki. Itu belum termasuk yang di tangga naik ke atas rumah lagi. Di negeri lain saya tak pasti ada atau tidak ..
Di jejeran motorsikal di tepi jalan di depan rumah makcik saya, saya terjumpa motorsikal lama ini. Kalaulah saya sempat berjumpa tuan punyanya, ingin juga saya bertanya, manalah tahu kalau-kalau dia ada niat untuk menjualkannya... Mesti Muor76 pun berminat ni...
Kebun nanas di sebelah rumah makcik saya. Dah jarang sangat dapat tengok pemandangan seperti ini di kampung saya sekarang. Banyak kebun nanas dah bertukar menjadi kelapa sawit.
Saya merupakan seorang yang tidak makan daging kambing sejak dulu-dudlu lagi. Saya pernah termakan daging kambing semasa zaman saya tinggal di asrama dulu, dan saya termuntah selepas itu. Tapi satu dua tahun ini, entah macamana saya menjadi penggemar daging kambing. Ini gambar sup gear box kambing. Pergh!
Ini pula kenduri kahwin di rumah pakcik saya. Salah satu hidangan utamanya adalah ayam golek. Saja saya meletakkan gambar ini untuk mencukupkan tujuh.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Balasungkawa Kak Dalilah Tamrin / Raden Galoh.
Saya cuma berkesempatan bertemu dan berbual-bual dengan beliau sekali, lebih kurang satu dua tahun lepas. Selepas itu saya cuma sempat berhubung melalui pesanan ringkas dan FB. Hajat kami untuk berjumpa sekali lagi sambil makan-makan di Salero Nagori, Amcorp Mall, PJ, itu tak kesampaian nampaknya. Allah sudah menjemputnya pulang 8.50 pagi, Isnin, 19 Julai 2010 lepas. Semoga roh Allahyarhamah sentiasa dicucuri rahmat Allah dan diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman. Ameen.
Al-Fatehah.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 7/20/2010 05:27:00 PTG. | 28 Ulasan
Rabu, September 02, 2009
Menceritakannya mungkin menggunakan gambar, melihatnya mungkin menggunakan mata, tapi mentafsirkannya mungkin menggunakan jiwa.

“You can take me out of Muor but you can’t take Muor out of me...”

Saya sengaja berdiri di pinggir jeti Sungai Muar di Stesen Bas Bentayan semata-mata teringin untuk melihat Jambatan Sultan Ismail. Terasa akrab sungguh jiwa ‘kemuaran’ saya bila melalui jambatan ini.

Menara Jam, Laman Maharani nampak macam baru saja dicat baru. Kalau tak salah saya ini salah satu tempat bersosial warga luar negara, Bangla dan Nepal misalnya, di hujung minggu.

Saya melencung sekejap ke Tanjung Ketapang . Jangan tanya saya apa yang tengah asyik dibuat oleh monyet-monyet itu pada saya eh. Comel-comel dan kelakar-kelakar sungguh monyet-monyet itu.

Saya menjejal-jejalkan diri di Bazar Ramadan di Dewan Jubli Intan yang belum ramai sangat manusia waktu itu, dari pangkal ke hujung jejeran gerai, yang berkesudahan saya membeli tiga bungkus cendol.

Saya bersolat Jumaat di masjid Al Ehsan, Parit Jawa. Dua tiga tahun yang sudah saya menunaikan zakat Fitrah saya di masjid inilah. Tahun ini belum tahu lagi.

Saya terjumpa teko porselin lama ini sewaktu saya meredah celah-celah tersorok di sudut halaman rumah peninggalan arwah atok. Sayang penutupnya entah di mana.

Untuk mencukupkan tujuh, saya selitkan gambar ini. Basikal kesayangan si Haikal, anak buah saya yang pernah saya ceritakan kekemarukannya berbasikal itu di sini tak lama dulu.




TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 9/02/2009 10:27:00 PG. | 34 Ulasan
Isnin, Jun 08, 2009
Kali ini ada cerita tanpa gambar.

I
Balik kampung kali ini emak menghidangkan saya rendang daging landak. Eksotik. Kelazatannya sehingga mampu membuat saya bukan saja menjilat jari tapi pinggan juga. Dan itulah pertama kali dalam sejarah hidup saya menjamahnya.


II
Abah kupas buah kuini yang masak ranum. Lalu dihidang di depan saya. Lazat dan manis. Rasanya baru hari itu saya sangat teringin, selepas terbaca cerita buah kuini di blog Tok Nabe. Alhamdulillah.

Buah kuini itu buat saya kembali menjeling zaman lampau.


III


Buah rambutan Gading Muar yang saya tanam berbuah lagi. Bagi kali ketiga, kalau tak silap saya. Belum masak sepenuhnya tapi saya petik, kupas dan kunyah juga. Buat pelepas gian. Manis semanis tukang tanamnya. Hahaha!


IV

Gambar ini macam kelabu-kelabu sedikit macam gambar dulu-dulu. Saya suka. Saya cemburu dengan dua kucing yang sedang bergurau senda itu sebenarnya.


V

Itu konon-kononnya kubur. Ditabur-tabur bunga dan disiram-siram air. Budak-budak sekarang dah terlebih tengok cerita hantu agaknya. Keliwon-lah, apa-lah. Itu salah satu permainan cuti sekolah Nurul Balqis, anak buah saya dan sepupunya yang juga anak saya, Nur Sabrina.

VI
Seminggu ini saya agak terkejar-kejar. KL-Muar-Nusajaya-Muar-Melaka-KL. Capek.


VII
Masa saya agak tersimpul. Jarang berkesempatan menyinggahi blog kawan-kawan.


TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 6/08/2009 01:27:00 PTG. | 55 Ulasan
Isnin, Mac 09, 2009
Saya menyempurnakan beberapa hari; hari minggu dan hari cuti saya dengan menziarahi bumi tempat saya dilahirkan, menelusuri jalan-jalan lama sehinggalah sampai ke daerah paling selatan. Namun tidak semua gambar-gambar mampu saya paparkan di sini. Hanya 7+2 gambar.

Ini sekolah rendah saya dahulu. Ditubuhkan pada 1943 kalau tak silap saya. Sayu menggigit jiwa dan perasaan saya sewaktu berdiri dan menatap bangunan sekolah ini. Saya tak punya kata-kata yang tepat untuk menjelaskan kenapa.

Memang kurang sempurna kalau kepulangan saya ke Parit Jawa tanpa menjamu masakan kesukaan saya. Kali ini di kedai asam pedas Mak Pon berhampiran jeti nelayan Parit Jawa. Apa lagi kalau bukan asam pedas ikan mayung! Makanan saya ditaja sepenuhnya oleh seorang tauke nurseri di Parit Jawa, hehehe. Saya tak mahu mengulas apa-apa. Kalau ingin tahu kelazatannya, sila datang dan cuba merasainya sendiri ya....

Inilah gerai apam balik Muor yang saya ceritakan hari itu. Lihatlah pelanggan-pelanggan yang berpusu-pusu, setia dan sabar menunggu itu. Sebahagian besarnya datang dari luar daerah Muar termasuk dari Selangor dan Kuala Lumpur.

Antara bangunan klasik dan berjiwa di Bandar Maharani yang menjadi kesukaan saya. Saya sudah lama jatuh hati dengan seni bina dan seni reka bangunan ini. Bangunan ibu pejabat polis trafik daerah Muar.

Restoran Super Bariani Gam ini terletak di Taman Bukit Pasir, Batu Pahat. Saya dijamu oleh seorang kontraktor dan tuan punya sebuah nurseri di Batu Pahat. Pertama kali di dalam hayat, saya menyentuh beriani kambing. Pergh! Saya tidak segan-segan meminta nasi tambah!


Restoran ini saya panggil 'Restoran Kepala Lori' kerana dekorasi kepala lori terpakai di hadapan kedainya. Menarik. Terletak di pinggir jalan lama Batu Pahat - Yong Peng. Saya cuma berhenti sekejap, menatap, mengagumi kekreatifannya lalu mengabadikan gambarnya.

Hari hampir senja. Saya singgah sekejap di Ayer Hitam. Pusat seramik yang sudah lama terkenal di Johor. Saya melayan langkah kaki saya dari pangkal sampai ke hujung kemudian semula ke pangkal jejeran gerai-gerainya. Saya membeli 3 paket kerepek untuk saya kunyah sambil meneruskan pemanduan saya.

Saya menyinggahi gerai Jo Gulai Sembilang di Gelang Patah. Pilihan masakan asam pedas yang enak dan berjiwa. Gerai agak sarat dengan pencinta asam pedas sewaktu saya sampai. Selain asam pedas ikan sembilangnya, juga terkenal dengan asam pedas ikan merahnya.


Saya sempat singgah sekejap di Pameran & Festival Landskap di Hutan Bandar di Mutiara Rini, Skudai. Saya bergegas meninggalkan tapak itu bila titis-titis gerimis mula menimpa bumi. Antara yang membuat saya terpesona adalah Laman Melayu Johor dan Rumah Limasnya.


TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 3/09/2009 04:27:00 PTG. | 54 Ulasan
Isnin, Disember 22, 2008
Kami ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Melawat kedukaan dan kesakitan Wak Nah yang belum ada noktahnya. Hospital itu sudah seperti rumah keduanya.

"We cannot put days in their life but we can put life in their days." Kata-kata yang saya cuplik dari dinding wad berhampiran katil Wak Nah.

Riwayat sarung bantal. Di penghujung usianya masih belum jemu berbakti, walaupun sebagai gombal.


Apam balik gerai bro' di lorong belakang kedai Toko Buku Manap [sekarang sudah jadi kedai cermin mata]. Dah lama terkenal. Seingat-ingat saya gerai itu sudah wujud sejak saya masih bersekolah dulu-dulu. Tak percaya, tanyalah Muor76.


Gambar ini dan gambar-gambar di bawah ini bukan di kampung saya. Di Muar pun bukan. Saya sempat mengintai projek pembangunan di Pusat Pentadbiran Baru Negeri J0h0r [J5NAC] di Nusajaya. Seni binanya punya sentuhan kejohoran yang memikat jiwa saya.

J5NAC menempatkan Dewan Undangan Negeri, Kompleks Jabatan Kerajaan Negeri, Kompleks Menteri Besar dan Setiausaha Negeri, Plaza Dataran Mahkota juga Kompleks Jabatan Kerajaan Persekutuan.





TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 12/22/2008 02:27:00 PTG. | 53 Ulasan
Khamis, Ogos 21, 2008
Saya masih belum sihat sepenuhnya. Bisa-bisa seperti menikam-nikam segenap inci tubuh saya. Terasa lesu dan lemah semacam. Saya sepatutnya berbaring saja memanjakan diri atau sekurang-kurangnya berehat saja, tapi mana mungkin saya boleh duduk diam saja, rimas! Saya lalu merayau-rayau ke tempat-tempat yang melekat di jiwa saya.

7 + 2 imej yang entah apa-apa.

Perahu-perahu nelayan berlabuh di jeti Parit Jawa. Saya nampak bendera-bendera parti-parti politik berkibaran di hampir setiap perahu. Sampai ke Parit Jawa rupanya kempen PRK Permatang Pauh ya.....

Salah satu gerai asam pedas yang tersohor di Parit Jawa. Gerainya nampak macam biasa-biasa saja tetapi selalu sarat dengan manusia yang mahu menjamu selera. Pengunjungnya dari seluruh negara, juga dari Singapura.

Inilah kedai gunting rambut tempat abah saya selalu bawa saya menggunting rambut saya semasa saya kecil dahulu. Dua orang tukang guntingnya masih orang yang sama. Mereka mungkin dah tak kenal saya lagi, tapi saya tetap akan kenal dia sampai bila-bila.

Saya ternampak kereta antik ini sewaktu sedang melewati jalan di celah-celah jejeran bangunan lama di pekan Parit Jawa. Entah kereta siapalah agaknya…….

Saya sempat mengunjungi Wak Nah melalui jalan ini. Sunyi dan nostalgik. Dulu jalan inilah saya berbasikal di atasnya untuk ke sekolah rendah. Dulu cuma bertanah merah, berlubang sana-sini, becak bila hujan, sekarang sudah bertar.

Saya beli ikan mayong di pasar Parit Jawa. Kemudian saya kata pada emak saya, tak jumpa asam pedas ikan mayong di KL. Emak saya terus masakkan. Pergh! Asam pedas ikan mayong memang best! Tak percaya, cuba tanya Muor76. He he he!


Semasa saya menyelongkar gerobok lama, saya terjumpa kitab-kitab ini. Kitab-kitab semasa bersekolah agama kerajaan negeri Johor dahulu. Saya cari juga kitab Muta’al-badrin, tapi tak jumpa. Mata pelajaran kesukaan saya Munakahat. Mata pelajaran paling meletihkan saya, Bahasa Arab. He he he.

Eleh! Gambar buah ciku pun nak ambil. Suka hati saya-lah! Inikan blog saya. He he he! Pergh! Manis gila ciku ini!

“Nak bawak balik sambal tumis tak? Nanti emak buatkan” tanya emak.
“Boleh jugak,” kata saya. Dalam diam, terasa macam nak menangis pun ada. Hu hu hu!


TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 8/21/2008 06:07:00 PTG. | 84 Ulasan