Rabu, Februari 13, 2008

Image Hosted by ImageShack.us

Jejaka itu sedang kedinginan. Hidungnya sedang berlari, kalau diterjemahkan secara literal. Jejaka itu seperti biasalah. Masih mengagungkan kerahsiaan identitinya dari khalayak. Bagus sungguh jejaka itu. Susah nak cari jejaka yang pemalu dan santun seperti itu di zaman sekarang. Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Dara : Awak nak makan pakai apa?

Jejaka : Pakai tangan la, takkan pakai kaki…….

Dara : Keskeskes!


Bagi kawan-kawan yang teringin menikmati Nasi Padang yang berjiwa, saya syorkan awak semua mencubanya di restoran itu. Tempatnya di aras tiga, Amcorp Mall, Petaling Jaya. Betul! Saya tak tipu. Buat apalah saya nak tipu, saya bukan ada share pun…...


TTFN


Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 2/13/2008 11:17:00 PG. | 48 Ulasan
Selasa, Februari 06, 2007
Kurang sempat untuk bercerita. Masa tersimpul dan terkelepet. Tunjuk gambar sajalah ek.


Terubuk bakar memang sedap tapi durinya banyak....


Kembong bakar pun lemak tapi kalau makan banyak gatal-gatallah pulak ..


Sotong dan udang bakar. Lepas makan kepala berpusing...


Huh...habis licin...!


Sisanya rezeki kucing jalanan....


Maaf la ek. Kualiti visual kurang cantik sedikit......



TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 2/06/2007 02:52:00 PTG. | 52 Ulasan
Rabu, November 15, 2006

Itu sajalah tinggal saki baki peyek @ tempeyek @ rempeyek yang emak bekalkan semasa balik KL hari itu. Rupa tak penting. Keenakan rempah dan kelazatan kacang tanah dan bilisnya itu yang lebih penting. Pecah seribu pun tetap mengasyikkan bila dikunyah .....

Masa masih banyak di kampung hari itu tak nak makan puas-puas, dah nak jadi serdak baru mencari-cari…

BP : Lumrah manusia, merindu dan mencari-cari bila dah tiada.......

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 11/15/2006 12:10:00 PTG. | 55 Ulasan