Hari ini bersolat jumaat di masjid yang sama. Kalau nak bercerita gelagat jemaah semasa khatib sedang membaca khutbah memang banyak. Yang paling banyak adegan tidur sambil duduk. Alhamdulillah, nampaknya hari ini dah tak ada lagi dering polifonik lagu ‘Aduh Saliha’ dari handphone mamat itu. Hari ini nak cerita pasal kotak bergerak pulak, semasa khatib membacakan khutbah,
Kekadang mencongak-congak juga, kalaulah seorang jemaah menderma sepuluh sen seorang, kalau setiap masjid melakukan yang sama, dalam satu hari jumaat entah berapa ratus ribu dapat dikumpul. Banyak yang boleh dibuat dengan duit derma sebanyak itu. Bukan setakat boleh membaiki tandas masjid yang tersumbat, membaiki kipas angin yang rosak tapi membina masjid baru pun boleh. Jauh dari itu, boleh disumbangkan kepada yang kurang bernasib baik. Mungkin akan berkurangan orang-orang kita dipaparkan dalam ‘Bersamamu’ itu lagi… berkurangan anak-anak yang tidak bersekolah kerana emak bapak tidak mampu…… berkurangan keluarga miskin tinggal di bangsal tinggal….. Itu kalaulah…..
TTFN
Label: Jumaat
Jumaat, Mac 31, 2006 4:18:00 PTG, zino
masjid kat bandar selalunya penuh sesak dengan jemaah bila sembahyang jumaat.. bila dah ramai tu panas le kot.. bila panas tu masing2 mudah lentuk hehe
utk menyegarkan semula suasana.. masjid perlu bergerak seiring kemajuan IT.. guna kan paparan big screen utk paparan text kutbah yg sedang di sampaikan..
atau stail penyampaian perlu bersetail.. macam berceramah walaupun dari mimbar.. menyampaikan isu semasa dan terkini.. rasanya boleh mengubah suasana.. masjid mana tah dah guna pun IT ni..
Jumaat, Mac 31, 2006 4:27:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
nbk466: betul tu.... ikhlas yang penting...
ontahsapo: institusi masjid rasanya masih boleh dipercayai.... harap2 tak jadi macam duit tabung aji ataupun bank islam tu.... itupun ada orang nak seleweng...
zino: hari tu ada nampak kat berita, satu masjid kat mana entah guna slide dan projektor.... elok juga gunakan kemudahan teknologi macam tu..
Jumaat, Mac 31, 2006 5:16:00 PTG, aNIe
Kak lady tak pergi sembahyang Jumaat...tapi tau lah yang tiap kali sebelum solat ade kotak derma di edarkan...mengikut cerita hubby.
Moga mereka yang menghulurkan dengan ikhlas mendapat ganjarannya...dan moga wang tersebut dpt disalirkan pada mereka yang memerlukan...atau pada jalan kebajikan yang lain...
Yang penting biarlah lebih ramai lagi jemaah yang ikhlas menderma walaupun jumlahnya rm1.00
Jumaat, Mac 31, 2006 5:43:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
ontahsapo:
itulah kalau semua nak dikomersialkan..... satu lagi, duit baitulmal tu pun ada yg sanggup songlap...
kak lady:
Betul tu. Amal jariah tu kan salah satu antara yang tak terputus bila kita mati nanti...
Hisham:
yang tu kena tanya AJK masjid la sham.... rasanya utk kebaikan masyarakat setempat jugak selain dari kegunaan masjid.
kunci hilang:
hehehe.... mereka lebih suka menolak agaknya...
jamri:
jangankan budak2 sekolah, ada tu sesetengah bapak budak pun dok bersembang semasa khutbah..
ha ah, ada nampak gak jemaah selit duit kat poket budak2 yg kutip derma tu..hehehe..
Jumaat, Mac 31, 2006 10:22:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
moon:
tapi mesjid yang besar2 jarang nampak kotak bererak ni moon...
memang tak malu la, dah la tak solat jumaat lepak2 & menjolok mata macam tu.. kat bando ni susah nak 'sound', kalau kat kampung 'sure' dah kena pulau....
alex lacey: yang menderma siap panggil reporter tu mcamana pulak ekk....hehehe..
gitartong: Tahniah masjid UTM, masjid negara & putrajaya bila lagi ekk....?
petiais: Alhamdulillah, saudara2 kita ramai yang pemurah sebenarnya........
Jumaat, Mac 31, 2006 10:34:00 PTG, Sir Mute Key Chicks
ckgu gitar,
saya rasa la kan, masjid utm skudai tuh tak guna tabung bergerak.maybe ader touch screen kat belakang masjid ker, dalam toilet ker, untuk orng buat derma stail online.maybank2u ke,ambank online ke, hsbc online..hiks,tuh baru IT.haha
Silap-silap zaman akan datang khutbah main guna video conference jer.derma masjid plak swipe kad kredit.haha.
toshiba,
saya rasa orang tuh memudahkan orang yang nak bagi duit besar supaya boleh dapat balik change.haha.
jowo,
masjid kampung saya masih menggunakan baldi kecil sebab tak bising bunyi roda yang tak bergreese. Tok imam yang baca khutbah pon tak ikut teks yang diberi. Dia cuma ikut kitab asal untuk khutbah jumaat saja.kan itu lebih baik.siap boleh sound "anak-anak muda di belakang tu, kalau nak mendapat pahala jumaat, janganlah bersembang ketika khatib membacakan khutbah"..haha..Tok imam tuh bapak member saya.
Jumaat, Mac 31, 2006 10:48:00 PTG, Kaklong Syikin
lebih baik tertidur drp bercakap time khutbah, hilang pahala :)
hmm, elok sedikit duit kutipan derma tu buat upah org basuh tandas masjid,terutama bilik air pompuan..ya Allah, maaf cakaplah kebanyakan tandas masjid kotor2, loya tekak dibuatnya.dengan berselupat sana sini najis, tandas tersumbat dsb...mana ntah semangat kebersihan itu sbhgn drp iman diterapkan dlm masjid2 yg kotor tandasnya ni
Jumaat, Mac 31, 2006 11:41:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
semut:
zaman cyber ni macam2 teknologi boleh guna semut. hehehe
berapa kerat jer khatib sekarang berkhutbah, kebanyakannya membaca teks, intonasi pun stereotype, sebab itu ramai yang mengantuk.........
syikin:
tapi kalau dah tertidur takut2 terbatal pulak wuduk....hehehe..
tu la, walaupun sesetengah masjid ada tok siak tapi ada yang bilik air masjid macam terabai ..tapi tak boleh salahkan dia jugak, dah mentaliti orang kita ni kebanyakannya pengotor bab2 bilik air ni...
iwan:
tradisi 'kepisangan' di masjid ni dah lama dah, sejak dari aku budak2 dulu. belum jumpa lagi orang bawak epal ke, anggur ke....
petiais:
itu la, aku ingat aku pun tersalah blog...hehehe.. apapun semut mempunyai idea yang menarik. bab2 sinis tu yang aku suka. Boleh jadi ahli panel aku ni.......hehehe
Sabtu, April 01, 2006 7:49:00 PG,
dalam satu solat jumaat
selesai salam. tetiba imam bingkas bangun.
suaranya marah marah
"JANGAN BALIK LAGI!. nak kena mana kalut kalut sangat, dahlah datang lambat, balik nak cepat. khutbah tak dengar. orang orang nilah yang duk jadi kutipan dah makin kurang ni"
bunyi motor makin kuat, makin ramai.
imam masih bising bising.
Sabtu, April 01, 2006 11:33:00 PG, Sir Mute Key Chicks
bta,
saya belum gila lagi laa.lagi sikit lagi nak gila.
hamka,
iblis memang merata-rata.sekarang ni pun ada kat belakang kamu.
jowo,
sorry beb.saya memang suka menjawab persoalan orang lain.juga suka memberi pendapatan yang lumayan.eh silap. pendapat sendiri.nak jadikan saya ahli penal?panel apa?panel hakim?panel forum?panel-panel?penpal?haha.
Sabtu, April 01, 2006 5:04:00 PTG, Unknown
Ada tak pelajar Universiti buat kajian tentang kutipan duit pada hari Jumaat?
Macam mana nak menguruskan keewangan masjid, macam mana nak motivasi jemaah 'gembira' menderma, macam mana nak jana keewangan masjid dan sebagainya.
Sayang, walaupun institusi masjid kita telah ada sejak 'batu bersurat terengganu'... ianya bergerak perlahan!
Isnin, April 03, 2006 8:34:00 PG, blackpurple @ jowopinter
ron97: teringat masa kecik2 bersekolah agama kat johor dulu, solat jumaat kena ambil kedatangan. dah tu sapa bising pun kena ambil nama....
bta: :)
hamka: sekarang ni pun ada jugak macam tu.. tapi bukan sebab nak balik awal tapi sebab nak makan pisang.... isk..isk...isk...
semut: boleh la tolong2 aku komenkan nanti...hehehe..
amir azmi: mungkin ada, mungkin jugak tak ada. Masjid yang besar2 di bandar2 mungkin ada pengurusan ynag profesional rasanya....
tuan tanah: terima kasih juga singgah di sini :)
syikin: betul tu...
Isnin, April 03, 2006 2:02:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
sya:
yang lelaki biasa la jumpa.. hehehe
kadok:
apa nak pelik kadok. dah nama pun pencuri. agaknya kalau boleh mimbar tu kalau boleh pun diaorang nak curi letak kat ruang tamu kot..
mamarisyia & kamato:
betul tu, tangan kanan memberi, tangan kiri tak tau...
zino:
kat luar tu boleh bersembang panjang2 zino...isk..isk..isk...
budd:
terima kasih jugak. kalau tengok konsert tak pulak mengantuk ekk...
alang:
pakai apa pun tujuannya sama... esok2 agaknya dorang guna yang pakai remote control, takpun guna yang pakai bateri boleh jalan sendiri.. hehehe
Kenkadang kena prepare jugak duit supaya senang bila 'kotak' tuh lalu depan mata...tak payah susah2 seluk sana seluk sini... Tapi bila dah stand-by duit...kotak pulak tak kunjung tiba... Apa2 pun biar lah ikhlas bila masukkan duit dlm kotak....amount blakang kira..