Hari ini keluar rumah macam biasa. Tadi, bila sampai di traffic light berhampiran rumah, semua kereta dan motorsikal di depan aku memperlahankan kenderaan masing-masing bila lampu isyarat berwarna kuning. Pelik juga. Biasanya warna merah pun masih berani jalan lagi.
Aku menggunakan lebuhraya hari ini; di plaza tol, jurutol yang biasanya berwajah selamba, hari ini tersenyum dan menyapa, ‘selamat pagi encik”. “Pagi” balas aku sambil menghulur RM1.50. ‘Terima kasih” dia membalas sambil tersenyum lagi. Aku membalas senyumannya. Hilang sekejap rasa mengantuk melihat kemesraannya. Selepas itu aku melalui lebuhraya kedua, lebuhraya yang terkenal dengan 'jam'nya, tapi yang peliknya, pagi ini trafik cukup teratur. Semuanya mengikut undang-undang jalanraya. Tak ada adegan memotong barisan, nak membelok dan memotong pun semua memasang signal, wajah masing-masing nampak cool walaupun sedang berhadapan dengan jam yang agak panjang. Pemandu motorsikal pun nampak berhemah sungguh. Tak ada cilok-mencilok seperti selalunya. Sampai di susur keluar Pandan Indah, tak ada kereta menggunakan lorong kecemasan dan menukar lorong sesuka hati sepertimana biasa. Bila tiba di susur keluar berhampiran Taman Permata, aku memperlahankan kereta sebab ada satu kereta memberi signal untuk ke kanan. Aku memberi laluan. Pemandunya seorang perempuan…!!! Dia mengangkat tangan dan tersenyum, tanda terima kasih agaknya. Aku tersenyum lagi.
Beep…beep…beep.…beep…!!! Terkejut aku. Kereta di belakang aku membunyikan horn. Lampu trafik dah bertukar hijau rupanya. Pemandu Merc. S320 itu memotong aku sambil memandang aku semacam…..…Indah betul khayalan aku tadi. Kalaulah betul-betul..... Too good to be true…..
TTFN
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 4/12/2006 01:47:00 PTG. |
Rabu, April 12, 2006 2:27:00 PTG,
ontahsapo
ko biar betul, aku kuar pukul 930 tadi, jam nak naik elevated, sampai kat jln ampg, jam lagi sebab bro polis jaga, masuk jln raja abdullah, slow sebab satu merc ni lembab, masuk minum kat medan hospital KL, berebut parking.....mimpi disiang hari la kau ni BP.
Rabu, April 12, 2006 6:28:00 PTG,
cetttt..aku ingat cite ko ni smlm punya..sbb mana tau smlm org cuti ko lak yg rajin dtg keje...hahahha..tak pun terlupa yg smlm hari kelepasan...:p..rupa2nya imaginasi daaa..
Rabu, April 12, 2006 7:13:00 PTG,
Kaklong Syikin
ahaks. tipah tertipu rupenya...sabor jelah. u are good story teller. mula2 tak paham, tapi baca dua tiga kali kat paragraph bawah tu, rupa2nya hanya angan2 semata.
kalau tak nak ada jam kat kl ni, ha time cuti raya...mmg lengang sungguh.bahagia tul memandu time tu.
Rabu, April 12, 2006 8:19:00 PTG,
haha!
semuanya mengharapkan perkara2 yang diceritakan oleh BP akan berlaku secara realiti. marilah kita memulakan dengan diri sendiri. assalammualaikum, tumpang lalu bang..
Rabu, April 12, 2006 9:31:00 PTG,
Sayuti
khayalan selalunya indah2.
realiti pon boleh jadi seindah khayalan kalau kita berhenti berkhayal dan mula merealisasikan khayalan.
tapi, itu khayalan semata2.
Rabu, April 12, 2006 10:13:00 PTG,
aNIe
heheheh....berangan rupanya...terkezut jugak bila blackpurple yang masing pengguna jalanraya tu berwajah tenang walaupun dalam kesesakan lalulintas...hahahha....sungguh ingah khayalan mu itu
Khamis, April 13, 2006 8:25:00 PG,
Kopi Suam
BP heehh berangan ajelah kau ni...janganlah harap laluan2 yang jam itu akan menjadi lancar...
tambah 3-4 highway bertingkat pun belum tentu dapat jalan yang lancar...hati sakit ni pasal Pak Lah dah bazir 100 Juta untuk jambatan yang tak jadi tu..uisshh planning out!
Khamis, April 13, 2006 8:42:00 PG,
blackpurple @ jowopinter
petiais:
berangan time lampu merah ok apa....hehehe..
alex lacey:
berangan-angan benda yang percuma...memang la best....hehehe
kadok:
cuti hari tu memang la kerja.... buat kerja rumah la...hehehe..
syikin:
time cuti nak jalan kaki kat tengah2 jalan tu pun boleh.....hehehe
kamato:
benda ajaib no 8 la kalau KL macam tu.....!
ais putih:
hehehe......
maklang:
bestnya macam tu.. kat mana tu? hehehe
wirawan terulung:
nak berangan mana boleh plan2 bang....hehehe..
gitartong:
betul tu... mulakan dengan diri sendiri.....
Khamis, April 13, 2006 8:51:00 PG,
Sastri
hmm... angan2 yang entah bila akan jadi realiti... apa2 pun, berhati-hatilah di jalan raya sebab kita mungkin tak langgar orang, tapi kadang orang yang langgar kita... ingatlah pesanan orang tersayang yer hunn...
Khamis, April 13, 2006 9:06:00 PG,
blackpurple @ jowopinter
esis:
demam? macam anda melihat dada kartun itu? hehehe...
semut:
angkat tangan pun ada banyak cara semut.....hehehe..
nash:
kenapa tak faham? cuba-cuba la lalau di MRR2 masa 'peak hour'..nanti anda akan faham...
sayuti:
khayalan memang boleh jadi reliti kalau kita tak terus berkhayal dengan khayalan..........
kak lady:
hehehe.....siapa yang tak tau cara sesetengah orang malaysia memandu...?
adam:
baik anda berehat.... jangan berkhayal........! hehehe
kopi suam:
betul la tu, semakin banyak lebuhraya...semakin banyak kereta di jalanraya....kereta dah murah lagipun...
jambatan bengkok? jambatan indah? lupakan.............
kodok:
Nasihat yang berguna tu....
sastri:
betul tu hunn..... kita berhati-hati pun belum tau orang lain akan berhati-hati juga....apatah lagi kalau memang kita yang tak berhati-hati....
semuanya bermula dari diri sendiri........
Khamis, April 13, 2006 9:14:00 PG,
zino
it's true !! kalau tak caya keluar masa cuti2 perayaan.. jalan lengang je..
yg memandu akan bersopan santun pasal tak tension langsung.. juru tol pun sempat senyum sebab tak banyak kali hulur tangan keluar hehe
Khamis, April 13, 2006 10:19:00 PG,
Sya
Too good to be true... kak sya memang avoid any eye contact ngan pemandu lain. takut sebab pernah kena kejar walaupun masa memandang sepintas lalu
Khamis, April 13, 2006 11:05:00 PG,
blackpurple @ jowopinter
zino:
masa cuti memang la zino. Nak menari tengah jalan tu pun boleh...hehehe
kak sya:
kena yang pemandu yang suka membuli tu lagi la.........macam-mamcam kes sekarang..
hamka:
sesekali tu pernah juga sdra hamka... faham........
p/s.Sdra Hamka, kat kereta kekadang dengar juga ceramah Ustz. Samsuri, Ustz.Ismail Kamus....hehehe..
Khamis, April 13, 2006 11:26:00 PG,
NONIE AZIZ
hehehehe...Pagi tadi aku dalam perjalanan pergi opis memang ok!!Sampai kat opis nak pi area parking lot...ada plak perempuan c*** dah berenti tengah2 alam..kita ni bila dah ingat dia tunggu org kita amik jln alternatif..Bila dia nak keluar simpang tetiba nak maki org...silap org lah..aku hamun baliklah...terus spoil pepagi nak senyum sedekah kat org!!
Khamis, April 13, 2006 12:30:00 PTG,
blackpurple @ jowopinter
mamarisyia:
lagi 'typical malaysian driver'...hehehe
yaabbna:
MRR2 belah tu ok lagi... cuba kalau anda terus ke kepong...
book:
idealistik yang tak realistik.....! hehehe
semut:
samy vellu? semi value?
kita yang kena ubah sikap kita sendiri di jalanraya sebenarnya.......
Khamis, April 13, 2006 12:42:00 PTG,
Unknown
semenjak ada saman ekor ni, orang kita dah kurang disiplin. tak kesah kalau dapat surat saman melalui pos. kekadang, boleh bangga pulak kalau dapat banyak saman. ada yg boleh riak kat kawan, dapat banyak saman tapi tak nak bayar.
Khamis, April 13, 2006 5:35:00 PTG,
Sib baik aku naik lrt...sib baik stesen lrt depan opis jerk...sib baik umah pun depan stesen lrt...Alhamdulillah. Alah dlm lrt pun jam jugak.
Bestnya kalo seat dlm train tu macam seat dlm kapaltobang...too good to be true. hehehe
Khamis, April 13, 2006 6:29:00 PTG,
JBM8141
bang, meh duk bangla. kat sini signal boleh diabaikan. nak ke kiri, kanan guna hon je. kalau keluar kat simpang tiga, biasanya kereta keluar dulu baru tengok kiri kanan.
beca mencilok dari lane satu ke lane dua sampai le lane ke tiga. kalau kereta accident dgn beca, kadang2 penarik beca tu kena lempang saja2 je walaupun salah pemandu kereta sebab kasta dia lagi rendah.
body bas kemek2 macam kena ketuk dengan tukul besi dari depan sampai belakang. Duduk sampai kat bumbung.
flyover ada dua je kat dhaka ni, malam2 flyover jadi tempat berendut.
Khamis, April 13, 2006 6:42:00 PTG,
JBM8141
iye bang... ada sorang engineer bangla ni bawak wife dia bercuti kat penang dgn langkawi. dia terkejut gila sebab Malaysia is so quiet, katanya. Dia tanya kenapa jarang orang guna hon. Aku cakap, kalau guna hon kat malaysia, biasanya orang tu nak bertumbuk.
ko biar betul, aku kuar pukul 930 tadi, jam nak naik elevated, sampai kat jln ampg, jam lagi sebab bro polis jaga, masuk jln raja abdullah, slow sebab satu merc ni lembab, masuk minum kat medan hospital KL, berebut parking.....mimpi disiang hari la kau ni BP.