Jumaat, April 07, 2006
Minggu depan, Selasa, 12 Rabiul Awal 1427, kita akan menyambut Maulidur Rasul. Kita tengok apa pendapat orang ramai yang sempat ditanya tentang pengertian hari tersebut bagi mereka.
  • En Abu, pemandu teksi dari Sentul;"Hari cuti biasanya ramai orang berjalan-jalan, boleh la dapat penumpang lebih sikit. Rezeki anak-anak...."
  • En. Meor, eksekutif di salah sebuah bank tempatan;"Tahun ni saya terpilih lagi menyertai perarakan, Alhamdulillah, dapat juga sepasang baju melayu free, siap dengan sampin sekali. Boleh la pakai untuk Hari Raya nanti.."
  • Adik Nor Shahera Shazleen Anis bte Ali, pelajar sekolah bistari; "Yey...yey... sekolah cuti...Nak ajak papa tengok Ice Age 2"
  • En Syukur bin Kassim, orang panggil dia ni mat belia, tak tau la kenapa....;"Bersyukur kerana kita menjadi umat Nabi Muhammad saw. Kita seharusnya mencontohi perjuangan dan mencontohi cara hidup baginda dalam kehidupan kita"
  • Puan salmah, suri rumah sepenuh masa; "Hari cuti tu... boleh la ajak suami akak ke Jln Tuanku Abd Rahman..nak shopping sikit ...."
  • Tn Hj. Ghani, imam di sebuah surau di Puchong; "Tahun-tahun lepas sambutan Maulidur Rasul di sini kurang menggalakkan. Kali ini kita mengharapkan masyarakat setempat akan beramai-ramai datang untuk mendengar ceramah agama yang akan kita anjurkan"
  • Intan Baizura, artis terkenal masa kini; "Malam tu I ada show amal kat JB. I harap ramai peminat-peminat I akan turun menonton persembahan I. Jumpa kat sana k..."
  • Sdra Bidin, penjual burger dan air tebu; "Ye ke..? Minggu depan tu hari apa? Tak perasan pulak abang...."
  • En Khalid Jumlas, penerbit rancangan di TV5; "Kita telah menyediakan program-program menarik antaranya nasyid khas, filem 'Kuch Kuch Hotak Hang' dan sarkis..."
BP: Itu cuma cerita rekaan, tapi anda tafsirkanlah sendiri....
TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 4/07/2006 08:48:00 PTG. |


39 Ulasan


Jumaat, April 07, 2006 11:09:00 PTG, Blogger Kaklong Syikin

hmm..macam2 pengertian. Saya pula ? teringat yg setiap tahun, tarikh maulud nabi adalah tarikh lahir anak sulung saya, Husna. Tp, ikut kalendar org putih, bln 6 nanti.

Pandai BP imaginekan jawapan masing2 :)

nama BP ada kat side bar blog saya sejak dulu, oleh itu termasuk kena wat tag tu..kalau rajin, amat dialu2kan :)

 

Jumaat, April 07, 2006 11:18:00 PTG, Blogger Sir Mute Key Chicks

memang jawapan yang bernas telah diberikan oleh semua pihak.

tak tanya ker kat Abang Dolah pemancing ikan profesional?

 

Jumaat, April 07, 2006 11:33:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

syikin:
Orang memberi pengertian yang berbeza pada hakikat yang sama... macamana tu?

InsyaAllah... bila free2 nanti saya buat tag tu...hehehe..

Semut:
Jawapan yang bernas pada diri masing2. Itu diaorang..kita?

Tak sempat la semut. Masa tu Abg Dolah dah keluar memancing...hehehe

 

Jumaat, April 07, 2006 11:35:00 PTG, Blogger cipthowiryawanchannel

mendalam tuh..ambik iktibar lah yang sebaiknya..

 

Jumaat, April 07, 2006 11:45:00 PTG, Blogger aNIe

hehehee...walaupun komen2 itu hanya rekaan...& memang tak dinafikan ada diantaranya memang pernah kita dengar...

Berbagai-bagai jawapan yang kluar...

Moga kita sama-sama menghayati pengertian Sambutan Maulidur Rasul yang di rayakan setiap Tahun....

 

Sabtu, April 08, 2006 12:21:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

ye tak ye! apa perancangan kita??

 

Sabtu, April 08, 2006 1:06:00 PG, Blogger Kaklong Syikin

hmm..tak tau nak jawab tu.tp yg pasti, setiap manusia tu berbeza terutama drp segi pendapat apatah lagi keinginan.

cumanya, bagi saya, bila teringat maulud nabi ni, saya terfikir, dlm sehari berapa kali aku ingat pada nabi, berapa kali dlm sehari selain drp dlm tahayat awal n akhir aku berselawat pada Nabi? nape aku lalai drp mengingati nabi sentiasa sedangkan berselawat pada dia jer dpt pahala...sonang baitu. entahlah, hati ni penuh duniawi..hmmm

 

Sabtu, April 08, 2006 2:06:00 PG, Blogger Petiais

teringat plak muhasabah diri yg aku penah buat mase kat kem..sedih yg insaf..tak tipu.

 

Sabtu, April 08, 2006 3:55:00 PG, Blogger Idham

erk....bukan isnin 10hb ka ? kenapa di tempat saya cutinya hari isnin??

tak pe lah...janji cuti! yes!!!!

IdHam

 

Sabtu, April 08, 2006 9:09:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

walaupun rekaan, hakikatnya - betullah tu!

tp media skrg dah semakin peka. kita tunggu hari selasa :)

 

Sabtu, April 08, 2006 11:53:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salah ke tayang sarkis?
salah ke?
ke salah?
hehehe

 

Sabtu, April 08, 2006 11:58:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

jemon bin simang, pemotong rumput professional a.k.a. PATI: "apa betul selasa depan cuti pak? kenapa boss saya kata kerja? kalau cuti kena mintak bayar double ni pak."

 

Sabtu, April 08, 2006 12:05:00 PTG, Blogger Rie

aku setuju dgn ko. kita tunggu hari selasa malam atau isnin malam. pati ada TV review ttg ni.

 

Sabtu, April 08, 2006 1:14:00 PTG, Blogger Sir Mute Key Chicks

cuba program ntv7 buat soal jawab ttg tarikh lahir nabi.mesti ramai yang melopongkan.sedangkan tanya nama agong kita pon ader yang jawab DYMM Sultan Jamalullail.haha

mati lah kau di sumpah oleh sultan itu.haha

 

Sabtu, April 08, 2006 3:53:00 PTG, Blogger hamka

Hari lahir Nabi?

nabi pesan ingat pada hari mati kamu..oh...

aku hidup tak hari selasa ini..isk..

(macam bagus..)

 

Sabtu, April 08, 2006 7:37:00 PTG, Blogger maklang

Selamat menyambut Maulidur Rasul... Semuga kita mendapat syafaat dari Rsul kita di sana nanti, InsyaAllah...

 

Sabtu, April 08, 2006 9:33:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

Ada cerita,
seorang pegawai (bukan aku) konpius antara Maal Hijrah dan Maulidul Rasul.

Ha ha ha....

bacalah entri aku.

 

Ahad, April 09, 2006 9:49:00 PG, Blogger zwitterion

waktu Maal Hijrah hari tu, ada wartawan tanya beberapa org pemuda apa yg diorang tau pasal hari kebesaran tu(berita kt tv). ada yg jawab..
* hari tu cuti
* perpindahan Nabi dari madinah ke
mekah kot
* tak tau la, tp cuti la hari 2..

so apa lak jawapan kita

 

Ahad, April 09, 2006 10:07:00 PG, Blogger Ku Keng

Marhaban bika ya Habibi. Sesama kita meraikan kelahiran junjungan besar kita.

 

Ahad, April 09, 2006 12:09:00 PTG, Blogger budd

eh... dah cuti ke? bila? takde org cakap kt gua pon... cisss!

 

Ahad, April 09, 2006 2:16:00 PTG, Blogger adadia

aku ngarit nang kebun.

 

Ahad, April 09, 2006 4:06:00 PTG, Blogger BooK

BP:
maulidur rasul? setahu aku, aku cuti sambut easter!

 

Isnin, April 10, 2006 8:53:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

biasanyer aku tido jer kat umah

 

Isnin, April 10, 2006 11:18:00 PG, Blogger NONIE AZIZ

Tahun ni aku sekeluarga akan pergi gotong royong aqiqah dan perasmian surau baru kat rumah aku ni!!

 

Isnin, April 10, 2006 12:19:00 PTG, Blogger Sastri

hmm... semuanya bergantung kepada penghayatan maulidur rasul ni...

 

Isnin, April 10, 2006 1:07:00 PTG, Blogger ontahsapo

encik ontahsapo, penulis blog sendiri: takder plan apa2 lagi, cuma nak carik buku 'the sallah' dekat kino klcc, tu pun kalau jumpa...kalau tak jumpa kena la carik tempat lain, tak pun layan anak kat rumah jer...

 

Isnin, April 10, 2006 2:00:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

esok aku ke dewan felda...sempena maulidur rasul juga...

 

Isnin, April 10, 2006 4:51:00 PTG, Blogger NBK466

Den tiap kali baca detik2 terakhir rasulullah musti bergenang air mata... sayangnya baginda kepada KITA umat2 nya ini.....

 

Isnin, April 10, 2006 5:19:00 PTG, Blogger zino

selamat menyambut maulidul rasul esok..kat masjid2 dan surau2 malam ni ada program..

 

Isnin, April 10, 2006 5:21:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ais putih & kak lady:
InsyaAllah....

gitartong;
buat la perancangan apa pun..tak ada sapa nak marah...

syikin:
kadang-kadang mulut menyebut tapi hati kita entah ke mana-mana kan....

petiais:
Alhamdulillah....tak sia2 anda pergi kem tu...

blown away:
anda tinggal di mana....? asalkan 12 rabiul awal....

op:
ha ah. media sekarang dah ada yg peka... ok la. at least ada perubahan...

ron97:
sapa yang kata salah? hehehe

atok:
hehehe.... itu Indon ke Bangla....

esis:
tungguuuuuuuuuuuuuu........

semut;
ada yang jawap Tahun Gajah.. bila tanya apa tu tahun gajah...tak tau jugak.....

 

Isnin, April 10, 2006 5:34:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Datuk YKK, politikus dari parti cap keris..
Hidup Islam hadhari......

 

Isnin, April 10, 2006 5:55:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

hamka;
begitulah sdra hamka, oranmg bersuka ria sambut hari jadi, hari mati jarang nak ingat....

maklang;
InsyaAllah......sama-samalah kita ..

pegawai khalwat;
hehehe... yang paling lawak tu ada yg mengaku jadi rasul yuntuk orang melayu.....

zwitterion;
isk...isk...isk....

keng tembaga;
InsyaAllah.... buatlah apa yang kita kena buat bukan buat yang apa kita suka buat......

budd;
hehehe... kalender mana anda temgok...

adadia;
kebon mu nang endi wak? kebon opo?

 

Isnin, April 10, 2006 6:10:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

book;
ye la...anda di mana, kami di mana..... hehehe

neeziee;
tidur tu lagi elok dari buat benda2 yg tak tentu hala.... kan neeziee...

moon;
anda betul,

mamarisyia;
Alhamdulillah.... amal jariah juga tu..

sastri;
betul tu hunn...ada yang faham pengertian tapi tiada penghayatan... tapi kalau tiada penghayatan memang tiada pengertian...

ontahsapo;
pengisian masa yang berfaedah juga tu.....

kadok;
Alhamdulillah..... jangan melencong ke konsert minggu setiausaha pulak ekk....hehehe

nbk466;
cuba hayati khutbah terakhir nabi........banyak yg masih kita kena belajar rupanya....

zino;
sama-samalah kita..InsyaAllah...

osmang;
cap keris apa tu..? taming sari ke? hehehe

 

Selasa, April 11, 2006 5:24:00 PG, Blogger KAMATO

Apa pun alasan semoga kita mendapat keberkatan dan pengajaran dari sambutan Maulidur Rasul

 

Selasa, April 11, 2006 11:03:00 PG, Blogger sitilina

cemana cara terbaik nak raikan maulid nabi? ada orang kata xboleh nak rai sal nabi x suruh pun kita rai.

 

Selasa, April 11, 2006 11:50:00 PTG, Blogger kunci hilang

Pelbagai watak dan hala pandangan pada satu perkaras pokok yang sama. Warna-warni dan variasi hidup.

 

Rabu, April 12, 2006 9:55:00 PG, Blogger Unknown

ha ha ha.. best tul.. setiap orang ada pengertian diorang masing2. Tapi ada gak yg tak tau...

Selamat menyambut Maulidur Rasul.

 

Rabu, April 12, 2006 12:16:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kamato:
InsyaAllah

alom:
tu salah satu bidaah bidaah hasanah, bidaah yang baik kan....

sayuti:
begitulah adanya :)

kunci hilang:
begitulah....hati lain-lain...

sleepless:
:)

orochimaru sama:
yang tak tau tu kena la belajar dari yang tau...hehehe..