Rabu, April 19, 2006

Baru sekejap tadi, business partner menelefon, pembantu rumah Indonesianya melarikan diri semalam. Itu tak mengapalah, tapi dia bukan lari membawa barang-barang dan pakaiannya tapi lari bersama barang-barang kemas dan wang simpanan berjumlah RM XXXXX. Tak perlu rasanya dinyatakan jumlah sebenarnya di sini. Maklumlah dia cuma orang kebanyakan, mungkin tak seberapa pun nilainya kalau nak dibandingkan dengan menteri yang menyimpan barang kemas sampai RM350,000.00 di rumah.

Mungkin itu pun tak mengapa katanya. Harta boleh dicari. Pembantu rumah itu juga membiar dan meninggalkan bayi berusia lebih kurang dua bulan di rumah berseorangan selama hampir sehari … Tambah malang lagi, pembantu rumah itu tidak mempunyai dokumen dan permit kerja yang sah…. Apapun bersyukur sebab bayinya tak dibawa lari sama.....


TTFN

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 4/19/2006 10:45:00 PG. |


36 Ulasan


Rabu, April 19, 2006 10:54:00 PG, Blogger Sastri

hmmm... simpati kat business partner u hunny... sekarang ni maid bukan boleh percaya... mana dapat yg baik, alhamdulillah... kalo dapat yg tak baik perangai nih, kita baik macamana pun, dia buat naya kat kita jugak... tapi susah nak cari dan tentukan siapa yang baik dan tidak baik... sebab kita bukan mengenali maid kita ambil tu secara mendalam awalnya kan?

kesian baby dia... nasib baik tak apa2... harta tak seberapa pun harta jugak... cuma mungkin terasa sedikit sebab yg sedikit pun diambil... lain laa Pak Menteri tu, byk mana diambil pun, poket tetap tebal, penuh...

tapi ye lah, dah bukan rezeki... yg penting baby selamat...

 

Rabu, April 19, 2006 10:55:00 PG, Blogger Sastri

yess... tercapai gak impian nak jadik 1st to comment kat blog hunny nih... :)

 

Rabu, April 19, 2006 11:21:00 PG, Blogger Mamamanja

isk.. melampau sungguh! setakat bawak lari harta tu xpe la lg.. tp sian kat baby tu! seharian ditinggalkan.
mcm2 skang nih. antar anak org jaga camni kisahnya.. amik maid pun camtu kisahnya... senang citer mintak tolong nenek/opah je ler yg jaga.. hehehehe

 

Rabu, April 19, 2006 11:42:00 PG, Blogger Unknown

huh.. tak leh caya la maid skrang. Nasib baik maid kat umah ku datang 2 minggu skali. Bersihkan rumah, bayar kat dia pastu dia balik. Skrang dah sebulan tak datang. Dia lari ke mana aku tak tau.. Advance dah amik... nasib baik RM 40 jer..

 

Rabu, April 19, 2006 12:03:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

maaf ya pak! ini emangnya kerja saya. saya enggak bisa boleh melakukan kerja lain karena saya hanya bisa maleng! tapi jangan beritahu orang lain ya pak, salepas ini saya mahu tuju rumah menteri yang menyimpan harta RM350,000. terima kasih karena maklumat ini. salam pak black..

 

Rabu, April 19, 2006 12:05:00 PTG, Blogger Pandang Dengar Diam

RASA2nyer dia tak zamat emas no wonder kena kebas...tapi mungkin dia zakat fitrah tahun lepas so dapat balik reta dia yg rm350k itu.
Apakah moral nya?

 

Rabu, April 19, 2006 12:07:00 PTG, Blogger zwitterion

agaknya sudah bosan jadi maid, jadinya ingin menukar kerjaya.apapun, baby selamat.Alhamdulillah

 

Rabu, April 19, 2006 12:33:00 PTG, Blogger NONIE AZIZ

siannyer baby tu mesti seharian menangis!!

 

Rabu, April 19, 2006 12:45:00 PTG, Blogger aishah

er..sian nyer...nasib baik tak bawak lari baby...adoi..bahaya sungguh kan....

 

Rabu, April 19, 2006 12:47:00 PTG, Blogger aishah

er..sian nyer...nasib baik tak bawak lari baby...adoi..bahaya sungguh kan....

 

Rabu, April 19, 2006 12:49:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sastri
congrats hunny sebab jadi 'pengomen' yang pertama...macam biasa tak ada hadiah...hehehe

maid ni nasib-nasib. kalu dapay yang ok Alhamdulilah....Tak boleh manjakan sangat nanti naik tocang, tapi tak boleh strict sangat pulak, nanti yang pendendam tu lain jadinya...

Ahamdulillah, baby tu selamat.

mamamanja
itu bagi yang ada nenek....yang tak ada tiada pilihan....

orochimaru
kena pakai CCTV pulak la kat rumah macam ni..

gitartong
hehehe..
Menteri itu sudah menyimpannya di tempat lain. Nak curi, curilah di rumah menteri lain...hehehe

cuaca
yang tu wallahualam... katanya harta pusaka....katanya la..

zwitterion
kalau kena cekup, ada harapan tinggal dalam 'rumah batu' jugak.. makan free lagi....

 

Rabu, April 19, 2006 1:02:00 PTG, Blogger Aku Bukan Bidadari

Wahh.. isk..
Simpati kat orang tuh..semoga jadi pengajaran kat orang lain juga,,kesimpulannya tiada siapa yg boleh dipercayai ...

 

Rabu, April 19, 2006 1:03:00 PTG, Blogger Ayu Mohamad

BP,
alhamdulillah takde apa2 jadi pada baby..tapi sian le pada baby yg ditinggalkan seharian tuh. hampeh sungguh org mcm tuh

 

Rabu, April 19, 2006 1:15:00 PTG, Blogger Sya

Astagha.. teringat anak kawan ygy berusia 2 tahun ditinggalkan di rumah dengan hanya pagar berkunci.. akhirnya anak menangis ditepi pintu pagar kepanasan dan kehausan hingga jiran perasan dan memanggil kawan... memang tak leh caya pembantu rumah.

 

Rabu, April 19, 2006 1:29:00 PTG, Blogger edrina

Tu yg buat berfikir berkali2 nak ambil maid lagi. Last time i ambil maid from Thailand, pengotor & pemalas pulak. 4 bulan je bertahan terus I hantar balik lepas tu tak ambil maid lagi. Rasanya belum 1 keperluan lagi.
Risau kes maid lari macam ni. Tu belum maid buat part time job melayan lelaki siap bawa baby sekali pergi rumah kongsi or guys dtg rumah majikan time majikan tak ada rumah. Seriau kalau fikirkan. Kesian kat baby tu. My friend's sister kena benda ni.

 

Rabu, April 19, 2006 1:45:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kadok
BANYAK.... kena buat-buat faham walaupun memang faham, bukan buat-buat tak faham. Faham?

moon
maid dia dah rancang lama rasanya, sempat buang semua gambar-gambar dia kat rumah tu..

babydiana
parents tetap yang terbaik...

mamarisyia
baby yang baru nak mengenal dunia jadi mangsa.....

aishah
kena lah beringat-ingat sebelum terkena....

 

Rabu, April 19, 2006 2:48:00 PTG, Blogger adadia

saya seronok jaga rumah sendiri.

 

Rabu, April 19, 2006 2:54:00 PTG, Blogger budd

kan lebih baik kalu si-isteri sendiri yg menjaga rumahtangga? no need org gaji la...

 

Rabu, April 19, 2006 3:24:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

aku bukan bidadari
Jangan percaya 100%, tapi jangan tak percaya 100%.. Berhati-hati la...

ayu
baby ok. Alhamdulillah..

sya
ada seorang maid kawan ni, balik rumah tengok anak dia tengah mengurut simaid ni... ada ke patut disuruhnya anak majikan dia urut dia...

edryna
tapi kalau dapat yang baik, baik sungguh. kalau ada pilihan, elok cari dan pilih sendiri........

adadia
anda beruntung. tahniah buat anda :)

budd
yang berpeluang sebegitu tak ramau...ramai wanita berkarier zaman ni..

 

Rabu, April 19, 2006 3:52:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

kejam btol dorang ni! bagi muka, pijak kepala pulak.

 

Rabu, April 19, 2006 4:05:00 PTG, Blogger zino

tak patut betul.. kalau jumpa piuh je telinga maid tu.. ada ke budak se kecik tu dia tergamak tinggalkan..

zino penah experience dengan maid ni 6 bulan je.. rasa nya tak sanggup nak employ lagi..

 

Rabu, April 19, 2006 5:02:00 PTG, Blogger cik puan daun

seramnyaaa.. ish ishh... susah nak percaya pembantu rumah sekarang..

baby selamat takper lah.. Duit/harta boleh dicari..

 

Rabu, April 19, 2006 5:17:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

alang
kena beringat-ingat...

zino
mana dia fikir dah baby tu.... cuma fikir nak lari jer la....

daun
betul. harta boleh dicari. tension betul kawan tu....

 

Rabu, April 19, 2006 6:04:00 PTG, Blogger Pandang Dengar Diam

agree with adadia

SERONOK JAGA UMAH SENDIRI.....

 

Rabu, April 19, 2006 7:10:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

lebih baik maid tu lari. tanda dia kurang amanah & tak boleh harap.

bayangkan kalau dia masih di rumah dgn baby tu. entah apa lagi yg dia boleh buat.

 

Rabu, April 19, 2006 8:16:00 PTG, Blogger Rie

insyallah dia akan dapat yang lebih baik dan banyak dari itu.

percaya Allah akan bayar cash pada pembantu rumah tu.

 

Rabu, April 19, 2006 11:07:00 PTG, Blogger WRA

baby tu jugak yg naya...tapi tak pe, baby selalu ada malaikat jaga...

 

Rabu, April 19, 2006 11:30:00 PTG, Blogger Kaklong Syikin

Allah, bab tinggalkan baby yg lemah ni. tu yg lomah lutut nak amik maid ni.cik abe dah offer banyak kali sbb sian kat kita.tapi kita yg tak mo, antara sbbnya camnilah.

 

Rabu, April 19, 2006 11:33:00 PTG, Blogger Romantis Selatan

Nampaknya... sesiapa yang mahu jadi suri rumah perlu ditemuduga dan menjalani latihan kalis materialistik...

 

Khamis, April 20, 2006 9:02:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

cuaca
setuju :)

samurai & esis & alex lacey
betul. setiap yg terjadi ada hikmahnya.

syikin
tak semuanya syikin, tapi yang segelintir nilah yang membawa lumpur....dah semua terpalit.

romantis selatan
boleh dipertimbangkan cadangan itu. :)

 

Khamis, April 20, 2006 9:03:00 PG, Blogger aNIe

Yang penting baby tu tak di apa-apakan...alhamdullillah...macam2 ye kisah pembantu rumah ni...

 

Khamis, April 20, 2006 10:01:00 PG, Blogger kasutVINCCI

syukur lah baby tu tak dibawa lari sama. Kalau tak, lagi haru biru jadinya. Agaknya dia lari ikut boifren kuut.

 

Khamis, April 20, 2006 10:43:00 PG, Blogger BooK

BP:
aku boleh jaga budak. aku boleh masak. pujilah aku. time kasih!

 

Khamis, April 20, 2006 11:14:00 PG, Blogger ontahsapo

aku pun ada pembatu rumah ni, ni yg kedua, yg pertama tak lepas bila check up, so kena hantar balik.. yg ni fresh dr medan, belum pernah dtg malaysia, tak tau la cemana, dah 5 bulan dah..

 

Khamis, April 20, 2006 11:23:00 PG, Blogger NBK466

Alhamdulillah....kalau bayi dilarikan...RM350K pun tak leh nak ganti....

 

Khamis, April 20, 2006 12:49:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

kak lady
Alhamdulillah...seribu satu kisah...

kasutvincci
nampak macam dia dah rancang lama, walaupun baru kerja 4 bulan..

bukhariramli
anda sememangnya hebat !!!

ontahsapokalau dari medan, biasanya ok. ada yang pandai mengaji macam yang seorang ni....

nbk466
tiada ternilai harganya baby tu.....