Kali ini entry aku agak panjang dan berlainan sedikit. Aku memang dah lama berhajat untuk membuat satu tribute buat Arwah atuk. Atuk sebelah abah. Alhamdulillah, hari ini baru berkesempatan.
Tahun ini genaplah sepuluh tahun atuk meninggal dunia. Dulu sebelum melanjutkan pelajaran aku tinggal bersama atuk, jadi aku memang cukup rapat dengan atuk. Aku tak pasti berapa umur sebenar atuk semasa dia meninggal dunia sebab tarikh lahirnya tak dinyatakan dengan jelas dalam
Semasa meninggal, atuk meninggalkan banyak juga tanah kebun. Rumah peninggalan atuk pun agak unik. Rumah melayu tradisional yang dibuat tak menggunakan sebatang pun paku, malah semua kayu, tiang dan papan rumah pun di potong sendiri tak menggunakan sebarang mesin. Rumah itu kemudiannya diwariskan kepada emak dan abah aku. Walaupun dah ada pengubahsuaian di
Macam orang-orang Jawa yang lain, atuk memang seorang yang rajin dan kuat berkerja. Setiap hari, pagi sampai petang dikebunlah tempatnya. Atuk juga seorang yang berpegang kuat pada agama. Setiap pagi, petang dan malam dia akan mengaji AlQuran dan membaca kitab-kitab jawanya. Selain menjadi imam kampung, atuk juga menjadi pakar rujuk. Semasa aku budak-budak dulu, pernah juga aku terdengar atuk bercerita pasal Wali Songo, Sunan Kalijaga, Sheikh Abd Kadir Jailani dan macam-macam lagi…. Masa itu manalah aku faham….. Selain dari itu atuk banyak juga pantang larangnya. Dia berpegang pada Primbon Jawa rasanya. Semuanya nak mengikut adat jawa.
Atuk juga cukup istimewa di kalangan anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu, cicit-cicitnya. (satu dua cucu atuk iaitu sepupu aku, semasa itu pun dah ada yang bercucu..!, aku masih budak-budak lagi…) Di rumah pun atuk mendapat layanan yang istimewa. Atuk ada port sendiri di ruang tamu. Siap ada meja dan kerusi malas sekali. Tidur pulak di ranjang besi antik. Sarapan paginya pun emak hantar. Nak makan apapun emak akan sediakan. Makan pun kena tunggu atuk ada. Selagi atuk belum balik dari kebun ataupun tak siap solat kami semua tak boleh makan. Begitulah istimewanya atuk.
Semasa budak-budak, aku tak nafikan aku memang cukup nakal. Pernah melawan cakap atuk, pernah mencuri syiling yang atuk simpan di dalam tin di dalam gerobok, tapi aku cukup sayangkan atuk dan aku tau atuk sayangkan aku. Semasa aku di darjah enam, atuk masukkan semua syiling simpanannya di dalam tin yang rupanya berjumlah ratusan ringgit itu ke dalam akaun aku. Atuk juga yang membelikan aku basikal untuk ke sekolah. Aku berbangga bila atuk bercerita pada orang semasa aku berjaya masuk ke matrikulasi si salah satu U dulu. Walaupun aku tak sealim dia, jauh sangat, sekurang-kurangnya aku sampai juga ke darjah khas sek. agama kerajaan Johor.
Banyak kenangan pahit dan manis bersama atuk. Semasa dia meninggal dulu aku memang rasa kehilangan dia sangat-sangat. Masih teringat-ingat lagi antara pesan atuk; bila dah habis belajar nanti jadilah DO (aku tak dapat penuhi sebab aku tak minat kerja kerajaan), bila beli kereta belilah yang warna putih (pun tak dapat aku penuhi, kereta pertama aku merah hati, sekarang ungu..!), kalau kahwin pulak carilah orang di sebelah selatan, dan banyak lagi pesannya. Tapi atuk tak sempat melihat aku berjaya, tak sempat melihat aku berkereta, tak sempat melihat aku berumahtangga .
Di saat-saat akhir jasadnya masih ada, aku bersyukur kerana sempat sama-sama menguruskan jenazahnya, memandikannya sampailah meletakkan jenazahnya di liang lahat. Entah dari mana datangnya kekuatan aku masa itu sebab aku masih terlalu muda masa itu. Mereka memilih aku walaupun ada ramai lagi pakcik-pakcik dan sepupu-sepupu aku yang lebih senior. Agaknya sebab aku rapat dengan atuk. Kalau adapun yang membuat aku terkilan, mungkin kerana aku tak sempat melihat atuk di saat-saat akhir hayatnya sebab aku dahpun berada di KL. Kali terakhir aku melihat dia lebihkurang 2-3 minggu sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia meminta aku mencukurkan rambutnya hingga botak. Waktu itu atuk dahpun terlantar lemah tapi dia masih boleh bangun dan masih boleh bercakap walaupun dengan suara yang tersekat-sekat. Sebelum balik aku sempat mencium tangannya. Atuk masih mampu tersenyum tapi matanya nampak berkaca. Senyuman terakhir atuk yang aku lihat.
Atuk dah lama tiada tapi kenangan bersama atuk tetap segar diingatan. Aku berbangga menjadi cucu atuk. Al Fatihah.
TTFN
Label: Aku, Atok, Retrospektif
Jumaat, April 14, 2006 8:28:00 PG, blackpurple @ jowopinter
gitartong:
...masih ada seorang lagi nenek sebelah emak.... dah tua tapi masih kuat lagi...
neeziee:
sayang atuk & nenek pada cucu ni lain sikit ... 'special'nya lain...
nurul bahiyah
hehehe... atuk tak pandai. ..nenek (kitaorang adik beradik panggil atuk jugak) pandai la...
mq:
tq. InsyaAllah...
petiais:
. kadang-kadang kelako kalau ingat-ingat pasal diaorang ni.
maklang
AlFatihah. :)
kamato
..tau kamato mesti nak cakap "Apa hal pun orang jawa memang rajin" ni kan.......
tuan tanah:
ha ah. ..ada sepupu kami yang panggil atuk embah lanang, ada jugak yang panggil ya'ie....
Jumaat, April 14, 2006 8:56:00 PG, Kaklong Syikin
Al-Fatihah utk atok.
bab rajin tu, mmg saya puji org jawa ni jenis rajin terutama bab berkebun tu.
MMg perit jika kita rapat ngan seseorg, kita kehilangan dia dan tak dpt bersama dia di saat menghembuskan nafas terakhir.
InsyaAllah, titipan al-fatihah sentiasa utk arwah akan membahagiakan arwah di alam sana :)
Jumaat, April 14, 2006 9:15:00 PG, Sastri
bila citer pasal atuk, tingat arwah atuk (kami panggil paknek, mbah lanang kalau dgn org), yg baru jer pergi baru2 ni... memang terasa kehilangannya... lebih2 lagi bila hunny sebut kitab primbon... arwah pun berpandukan kitab tu bila ada kelahiran, perkahwinan, pindah rumah dsb... hajatnya utk melihat salah sorang anaknya kahwin dgn keturunan jawa pun tak kesampaian... tapi mungkin cucu sulungnya ni akan cuba memenuhi hajatnya itu, Insya Allah... keskeskes... rindu lak kat dia...
Al-Fatihah buat kedua-dua arwah (atuk hunny and paknek)...
Jumaat, April 14, 2006 9:26:00 PG, Sir Mute Key Chicks
oit.oit.
aku orang banjar pun rajin lah.wakakaka.kita serumpun.
ok, atuk ek? sebelah mak aku dua dua dah meninggal dan belah bapak aku, tok ayah dah uzur sikit tapi atok(nenek)masih seperti guru besar aku yang sekolah lama.nampak muda.dengan rambut blonde(uban yang dibubuh inai)haha.sembang ngan tok ayah best,tapi kalu sembang ngan atok tak braper best pasal dia nih sensitif sesangat.hiks.
bab cucu kesayangan, jatuh kepada abang aku yang sulung juga sepupu aku yang pernah kematian bapa.
ok.
-end-
Jumaat, April 14, 2006 9:40:00 PG, NBK466
Ekau buek den teringat kek datok den (belah bapak) jugak. Meninggal masa den remaja laie. Dia dulu imam kek Masjid Felda Ulu TErbau.. alhamdulillah sampai skg org2 felda masih ingat dia...ckp cucu tok imam Hj Ahmad semua kenal.. Masih teringat faberet dia dok hisap rokok daun sambil layan wrestling. Al fatihah utk atuk2 kita berdua yg both JAWORLD itu..
Jumaat, April 14, 2006 11:11:00 PG, blackpurple @ jowopinter
semut:
Tahniah kerana kita serumpun..
'Best' kalau jadi cucu kesayangan ni. Kena marah dengan emak & abah boleh mengadu kat atuk...hehehe
nbk:
Arwah atuk dulu suka hisap rokok daun dengan rokok apa ntah...satu lagi fave dia 'minyak geliga.'
faizah
AlFatihah untuk arwah ayah anda DK...
Ontahsapo
amin... :)
orochimura
...so, bagi yang masih ada atuk dan nenek, berilah mereka kasih sayang secukupnya sementara mereka masih ada...
babydiana
Diorang ni seronok kalau dapat bermesra dan bermanja dengan cucu-cicit...
kadok
itulah, kalaulah dapat balik ke zaman silam masa budak-budak dulu....... 'stress free'...
Jumaat, April 14, 2006 12:32:00 PTG, Aku Bukan Bidadari
Tok (nenek utk org utara) pergi 1 April 1990, sedangkan hari tu tiara bergelak ketawa mengenakan orang..semenjak tarikh itu.. tiada lagi april fool dlm hidup.. dn sememangnya april fool memang membodohkan semua orang..
Semoga roh tok dicucuri rahmat..
** Perkara terakhir dia buat utk tiara..dia sikat dan jalin rambut tiara...wlaupun tangan dia sakit..tapi dia gagahkan..
Sigh**.. sedihnya..bertambah sedih..
Jumaat, April 14, 2006 1:55:00 PTG, aishah
er...sedih plak...teringat plak kat arwah puan...tokwan....sedih...er sedih nih...huhuhu ha ni paal entry komen kat blog chik ni nak bagitahu la...awat sekali nampak dah kene aply jadi pencegah maksiat plak??kompiuh....masa tu memnag tak sengaja ternampak..dan orang yang bawak tu bagitahu dan bercerita sebab dia orang lama kat situ..kami hanya mendengar je..dan kebetulan nampak apa yang diceritakan....takkan kerna itu kami kene aply keje ngan pencegah maksiat?hehehhehehe....
Jumaat, April 14, 2006 3:15:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
mamarisyia
Bersyukur MR masih ada emak dan ayah kan...
ron97
hehehe.... badan memang ada parut2 ni....tapi sebab lasak la bukan kena pukul...hehehe
aku bukan bidadari
Banyakkanlah berdoa dan sedekah AlFatihah ABB.....
ps: April fool? yang sambut tu betul2 fooling themselves.......
aishah
kalau sedih sedekahkanlah AlFatihah dan berdoa untuknya..
pencegah maksiat? just kidding.....
esis
:)
Jumaat, April 14, 2006 3:46:00 PTG, Kopi Suam
Al-Fatihah...
atok oh atok...
atok sebelah mak meninggal masa aku berusia 3 tahun yang peliknya aku masih teringat dan terbayang wajah arwah pakwe aku sampai hari ini. Padahal 3 tahun aje umur ake waktu tu.
atok sebelah ayah meninggal masa aku darjah 6.
Semoga atok kita ditempatkan bersama orang2 yang dirahmati ALLAH amin.
aku yg first ke? tahniah utk aku.
aku tak sempat jumpa tok2 lelaki aku sebab dua2 meninggal sebelum aku lahir. tu yg aku tak tau cakap jawa walaupun atuk aku asal dari parit jawa. isk isk isk.
errr... harapan dia yg kawin dgn org selatan tu menjadi ke?