Sabtu, Julai 07, 2007
Dulu-dulu. Era sembilan puluhan. Sekawan lelaki kacak, masih segar remaja, di sebuah institusi pengajian di ibu kota.

Mereka itu pantang melihat kamera. Ternampak kelibatnya sahaja pun mereka bagai disampuk jembalang. Terujanya alang-kepalang. Tubuh mereka akan menggigil-gigil, terketar-ketar. Tidak dapat bergambar solo, dapat menyelitkan diri bergambar beramai-ramai pun sudah satu kepuasan yang tidak terhingga. Begitulah kejakunan mereka.

Petang itu. Sesi fotografi khas untuk sekawan lelaki kacak itu. Mereka bebas memilih lokasi dan mencipta konsep untuk digaya dan diabadikan dalam gambar. Ikut kreativiti, asalkan tidak menjolok mata, tidak melanggar batas agama, dan tidak membahayakan nyawa.

Mari kita fokuskan perhatian kita kepada lelaki yang seorang itu - yang paling manis di kalangan mereka itu. Dia memilih konsep retro, batu kapak. Konsep itu memang cocok dengan dirinya. Cukup kena dengan stail pakaiannya. Dan untuk kelihatan lebih keras kebatuannya, dia memilih lokasi di satu kawasan cencuram di sebuah bukit yang berbatu. Memang sungguh mencabar lokasi itu. Perlukan hati batu juga untuk sampai ke situ. Gaya, konsentrasi dan ekspresi wajah juga diambil kira. Harus kelihatan kerek dan sombong sedikit untuk mendapat impak kekapakan yang maksima.


Itulah dia. Teknik fotografinya mungkin agak longgar. Kesan pencahayaannya juga agak kurang seimbang. Tetapi disebabkan berlatar-belakangkan unsur-unsur alam semulajadi yang artistik, objek yang menawan dan postur yang berkarakter, menjadikan gambar itu amat tinggi nilai seni dan sejarahnya. [He he he]

Hari ini. Bukit batu itu tinggal kenangan, sudah diratakan atas nama pembangunan. Biarpun begitu, sejarah sekawan lelaki kacak yang suka bergambar - yang sama-sama melalui zaman remaja mereka di kampus dan sama-sama melalui saki-baki zaman kegemilangan muzik batu kapak - akan tetap kekal dalam lipatan kenangan. Gambar itu menyimpan seribu cerita di sebaliknya.

Retrospektif itu amat indah.



[Untuk lebih berkesan, lagu latar kenalah bersesuaian. ‘The man who sold the world’- Nirvana misalnya]

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 7/07/2007 04:27:00 PTG. |


67 Ulasan


Sabtu, Julai 07, 2007 4:52:00 PTG, Blogger Sastri

LOL... adeh... tak tahan wooo nengok gaya yang digayakan itu... ekspresi wajah yang siap dengan 'pouting lips' tu... and i thought only Posh Beckham can do that... boy, was i wrong... LOL...

mahal woooo gambar ni... mahal sebab 'pose' orangnya tu haaa... LOL...

 

Sabtu, Julai 07, 2007 5:30:00 PTG, Blogger Sastri

err... nak tanya laa... selepas 'scrutinize' gambar tu, persoalan yg timbul ialah camana ek nak pakai seluar tu? nampak ketat ya amat... pasti sukar untuk menyarungkannya... kan? LOL...

 

Sabtu, Julai 07, 2007 5:35:00 PTG, Blogger Pa'chik

haha.. de men hu sold de werld tu.. nama grup aku masa kelas statistik dulu.. haha...

sas, rasanya seluar budak pelempuan zaman la neh lagi teruk... ada klip kat yutiub, nak bukak seluar tu, dua orang tarik baru keluar.. haha..

orang dulu letak plastik kat kaki, bagi licin, tak pun, jenis yang ada zip...

 

Sabtu, Julai 07, 2007 7:43:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

mungkin gaya kita hari ni bakal ditertawakan pulak oleh generasi anak cucu zaman akan datang.

hehehe.

 

Sabtu, Julai 07, 2007 8:48:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Hello, dah lama tak komen kat sini, ni kali,can't resist. For the record, suspender pakai dgn seluar tailored/pleated or another word seluar longgar. Aiyo, so very wrong.

'The man who sold the world' prefer David Bowie rather than Kurt Cobain but still prefer Jordis Unga (Rock Star INXS).

 

Sabtu, Julai 07, 2007 9:29:00 PTG, Blogger aNIe

Hahaha....tak tahan tengok gaya posing tu...memang menggambarkan zaman gambar itu diambil....ketat banget seluar tu...bukan seksi..seksa...!!

 

Sabtu, Julai 07, 2007 10:23:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

perggghhh.. pakwe mana tu.. pewitttt.. kekekekee

 

Sabtu, Julai 07, 2007 10:57:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

gaya jejaka macho hehehe, terasa teringin balik nak pakai seluar ketat tu hehehe

 

Ahad, Julai 08, 2007 12:56:00 PG, Blogger Pa'chik

di era semilan puluhan dulu.. rasanya aku tak pernah ada seluar lagu tu.. err.. memang tak pernah ada kot... suspender.. lagi la tak penah ada.

err.. ko yakin ke ni era 90'an, bukan ujung 80'an ke?

 

Ahad, Julai 08, 2007 1:58:00 PG, Blogger Led

time tu gaya yg paling cool penah menjadi gilaan ramai gadia rumaja.cuma remos jek yg takde....spek dah cantekk.

Rock Kapak...bebehhhh!!!

*ps.rindu nk play tag stairway to heaven (led zeppelin) ngan yesterday (beattle).

 

Ahad, Julai 08, 2007 4:30:00 PG, Blogger akirasuri

tak tahan gelak. ha ha ha. maaf!
sungguh! erk! sungguh seksa menengok seluar tu. ha ha ha. macam mana nak buka dan sarung ye? erk? tak seksa ke? adeii.

 

Ahad, Julai 08, 2007 6:45:00 PG, Blogger tuan tanah

Lhoh... batu kapak tu rock kapak rupanya...

P/s: Zaman ni la yang ada cerita kononnya orang bawak botol dan masukkan dalam seluar, kat mana botol tu stuck, kat situlah seluar tu kena gunting.

 

Ahad, Julai 08, 2007 6:49:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Suspender tu saya pernah pakai, dengan mess kit. Tujuannya untuk tahan seluar yang longgar, jangan terlondeh. Kalau pakai dengan seluar ketat dan sendat tu, lainlah pula fungsinya kan?

 

Ahad, Julai 08, 2007 9:20:00 PG, Blogger KV

hik hik...mmg terpengaruh dgn artis sungguh kan. Dulu, majalah variapop ker, urtv ker, ramai artis yg bergambar sakan mcm tu. Tu zaman abg2 kv, kv lah mengsa digunakan utk menarik seluar tu setelah kaki disarung plastik rokrak (kata org kelate).Dah lepas sluar tu kv terlentang ke belakang. Fuh...nostalgia sungguh. Tu yg sampai skrg mmg masih minat rock kapak.

 

Ahad, Julai 08, 2007 10:42:00 PG, Blogger lassadad

style-nya khas punya :-)

 

Ahad, Julai 08, 2007 3:02:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

barader,model tu nampak macam Faizal Hussain dalam "Tak KIsahlah BEb" hehehe

 

Ahad, Julai 08, 2007 3:05:00 PTG, Blogger zwitterion

amat terserlah kekapakan itu..hehe.

 

Ahad, Julai 08, 2007 6:16:00 PTG, Blogger khairyn

hahaha.. rambut batu cacak, panjang, kikis kat tepi. Yeah! Rock babeh!

err.. nasib baik bukan seluar merah. Zaman 80-90an memang banyak bawa kenangan hahahaha

 

Ahad, Julai 08, 2007 7:48:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

macam mana agaknya kalau zaman tu dah ada kamera digital. Boleh tangkap padam tangkap padam suka hati.

 

Ahad, Julai 08, 2007 7:52:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
wiwiiiiittt anak teruna sape la tu. hahaha. teringat cerita ali setan dan yang seangkatan dengannya. kasut + seluar + rambut + kemeja berlipat= memang seswai dah. zaman gambar merah tu...=)

 

Ahad, Julai 08, 2007 9:46:00 PTG, Blogger Iza'Izz

kalau producer Ali setan tengok masa tue, sure dah jadi pelakon kut...heheheh.... nice view

 

Isnin, Julai 09, 2007 5:04:00 PG, Blogger Unknown

perghh.. kapak giler tu weh..hihii

 

Isnin, Julai 09, 2007 7:06:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

alangkah indahnya jika dapat diikat muncungnya dengan reben oren ... ha ha ha
bukan pakai kasut carefree tu kan ?

 

Isnin, Julai 09, 2007 11:09:00 PG, Blogger Mak Su

gaya saturday night fever

 

Isnin, Julai 09, 2007 11:36:00 PG, Blogger Lan Rambai

90an? salah zaman kot ni....

 

Isnin, Julai 09, 2007 12:01:00 PTG, Blogger 13may

wow!!!

tabik tabik!!!!

hahha :D

 

Isnin, Julai 09, 2007 12:09:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
He he he. Antara aksi termahal yang pernah jejaka itu gayakan sepanjang hidupnya.

Itu seluar getah. Boleh mengembang dan menguncup mengikut bentuk kaki sepemakai. Tapi rimas. Zaman sekarang orang perempuan pulak yang pakai seluar macam itu rasanya....:p


pa'chik,
Ha ha ! Tak adalah sampai orang tolong tarikkan...

Kalau pakai sekarang mesti geli-geleman, gatal-gatal, rimas ekk.. ha ha!


sitilina,
Tapi fesyen biasanya berputar macam roda. Contohnya, pakaian zaman batu yang bercawat dan berkemban, orang perempuan zaman sekarang ikut apa, cuma dimodenkan sikit.. :D


wan,
Kenapa agaknya kali ini nak mengomen ek.. :p

Suspender itu cuma buat eksyen saja. Ada juga dulu yang pakai tapi sengaja dilepaskan kebawah berjuntaian kiri dan kanan peha. Fesyen! :D

Ada seorang kawan kami dulu siap menangis bila Kurt Cobain bunuh diri. Isk....


Kak ldy,
Itu sebablah foto itu tinggi nilainya. He he he.


alisya,
Maaf. Jejaka itu dah ada yang punya. Kamu terlambat! Ha ha!


Am,
Terima kasih Am. Mana nak dapat seluar macam itu sekarang ek? Ha ha ha.


Pa'chik,
Itu memang stail era hujung 80an, tapi sesi bergambar itu pada awal sembilan puluhan. Jejaka itu seorang jer dalam ramai-ramai sekawan lelaki kacak itu yang pilih konsep macam itu. Ha ha!


led,
Memang tak terlayan peminat gadis-gadis junior masa itu [perasan]. ha ha ha!

Aku dulu gilakan Guns n Roses... :D


akira,
Seluar itu ada elemen-elemen getah, jadi dia fleksibel. He he!

Serupalah agaknya kot anak-anak perempuan zaman sekarang yang pakai seluar tight, pakai tube itu. Macamana agaknya diaorang pakai dan buka ek. Ahaks.

 

Isnin, Julai 09, 2007 12:50:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

tuan tanah,
Ha ha. Itu belum lagi cabag-cabang muzik Logam berat, Batu keras dan Logam hitam. Itu lagi ganas! :D

Owh. Yang itu tak pernah pulak saya dengar.


zabs,
Suspender Itu kalau dipakai dengan seluar ketat, cuma untuk aksesori hiasan. Kadang-kadang tidak disangkutkan di bahu tapi sengaja dijuntaikan ke bawah. :D


KV,
Gambar itu memang sesuai sangat untuk poster pin up majalah!. He he!

Kalaulah seluar itu ada lagi saya simpan sekarang, nak juga menggayakan sekali lagi untuk sesi fotografi terkini. He he he.


Luthfi,
Di Indonesia sana bagaimana fesyen zaman kemuncak rock dulu-dulu agaknya? Kalau tidak salah dulu-dulu ada kumpulan muzik God Bless ke apa namanya... :D


Butaseni,
Faizal Hussain pun boleh menangis tengok gambar itu agaknya. Ha ha!


Zwit,
Tengok luaran saja kerek macam itu, jiwang karat juga kekadang tu.. he he he.


khairyn,
Foto itu agaknya akan lebih terserlah kekapakannya kalau bert shirt tanpa lengan gambar tengkorak, berseluar merah dan kasut jenama Aliph. Tapi tak dapat cari semasa sesi fotografi waktu itu.He he he.


Pegawai,
Kalau pakai kamera digital hasilnya mungkin tidak 'seseni' dan 'seasli' gambar itu kot. :D


eisraa,
Salam,

Jangan tenung lama-lama, nanti terpikat. Ha ha! Zaman awal remaja memang menyeronokkan. Sekarang remaja juga tapi remaja antik. He he he.


iza,
Masa zaman Ali Setan tu saya budak-budak lagi. he he.


lindosh,
Nostalgia. he he he.


wak katimin,
Muncung apa wak? ha ha!

Kasut Carefree kasut hitam kulit kan. Zaman batu kapak kasut Aliph tu. Kasut yang dalam gambar tu kasut buat main bola keranjang kot. He he he.


mak su
He he he. Satruday nite fever itu zaman apa ekk..? 70an kan...


Lan,
Itu gaya era hujung 80-an waktu muzik Batu kapak tengah meletup! He he he.


13may,
He he he!

Terima kasih! Terima kasih!

 

Isnin, Julai 09, 2007 1:29:00 PTG, Blogger Pa'chik

purp, INI INI klip yang aku cakap tu...
huh seksa sungguh...

 

Isnin, Julai 09, 2007 1:31:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

kau mmg kool bro!

 

Isnin, Julai 09, 2007 1:50:00 PTG, Blogger NBK466

Manggaii...mmg Batu Kapak maut punya nie...tapi tak sesuai rasanya lagu Nirvana tuh..sesuai maybe dgn lagu2 Olan mahupun SYJ jer nie..he..he..he..

 

Isnin, Julai 09, 2007 4:13:00 PTG, Blogger artisticklytouch

wah seksi siot...rock kapak yang seksi..

 

Isnin, Julai 09, 2007 8:28:00 PTG, Blogger debikdebuk

Tengok zaman abg aku time rock kapak dulu...pecah perut aku ketawa...

 

Selasa, Julai 10, 2007 10:26:00 PG, Blogger Mamamanja

ada bakat jadik model tuh! dekat 10 minit ku tenung gambo itu... huhuhuhu

 

Selasa, Julai 10, 2007 1:36:00 PTG, Blogger Unknown

hahaha..rock ar ko ni! ko join kugiran apa? bloodshed? junction? meditasi? rusty blade?

hahaha..caya la brader!

 

Selasa, Julai 10, 2007 1:56:00 PTG, Blogger sitinurulhawa

hahahahahahahHAHAHAHAHAAAAHHHHAAAAHHAAAAAHA

 

Selasa, Julai 10, 2007 2:09:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

aku rasa ko ahli kumpulan Crossfire ekk, group ni dt pt.penyengat tu.. :-)

Mesti ko terseksa masa nak pakai seluar jeans ni

 

Selasa, Julai 10, 2007 3:17:00 PTG, Blogger DeeN

PERGHHH!!!!
Cayalah. Macam dalam citer Ali Setan jer ahak, ahak, ahak ... mana asmidarnya?

Nostalgia dulu kalau diimbau memang happening [kadang2 nak gelak pun ada] ;)

 

Selasa, Julai 10, 2007 3:21:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Peh, lagu lu mmg kenalaa... suar ketat tu wa tak tahan bro, kasut aliph mana? ahak!

 

Selasa, Julai 10, 2007 4:21:00 PTG, Blogger achik

hahahahaha.. rock kapak giler wa cakap lu.. fewitttttttt ;p

 

Selasa, Julai 10, 2007 4:34:00 PTG, Blogger indera kencana

We passed upon the stair
We spoke of was and when
Although I wasnt there
He said I was his friend
Which came as some surprise
I spoke into his eyes

 

Selasa, Julai 10, 2007 5:22:00 PTG, Blogger Rush Murad

a'ah... aku dulu pun ada seluar kecut-ketat tu....and snickers Nike... errmm.... macam sezaman jekk... ek? cuma cara posing jer berlainan, kurang kekapakan... :P

 

Selasa, Julai 10, 2007 5:41:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

oh! seluar tu! aku teringin nak pakai (zaman tu) tapi takde saiz. haha!

 

Selasa, Julai 10, 2007 7:21:00 PTG, Blogger TedungS

pergh

aku igt herman tino mana tadi heheh

 

Selasa, Julai 10, 2007 10:27:00 PTG, Blogger me3n

ahaha, gambar camneh orang tak tgk da kualiti gambar dia, sebab gaya posing tuh yang mahal hehe.

ahahaaha.

 

Rabu, Julai 11, 2007 7:22:00 PG, Blogger Iman Mawaddah

Heheheh..BP kekapakan dalam era seluar tersepit

 

Rabu, Julai 11, 2007 10:50:00 PG, Blogger arianna adrizal

gaya dlm filem dulu-dulu faizal hussein, rosyam nor..

:D

 

Rabu, Julai 11, 2007 12:22:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Pa’chik,
Ha ha ha! Sampai macam itu sekali seksanya ek!


kamarul,
Batu Kapak memang kool! :D


NBK,
Ekau peminat Olan dan SYJ ke jang? Kumpulan apa lagi ekau minat? Batu Kapak tak mainlah lagu-lagu meleleh jang. He he he!


Arts,
Seksi bahagian yang mana Arts? Ha ha ha!


Debik,
Zaman Batu Kapak memang ‘menyerlah’ stail berpakaian, aksesori dan gayanya. He he he.


Mamamanja,
Jadi model apa agaknya paling sesuai ek. Jangan tenung lama-lama, tembus kang gambar tu…. Autograf tak nak? He he he.


Azzam,
Masa Bloodshed, Junction, Meditasi, Rusty Blade tengah top masih di sekolah menengah lagi. Belum boleh bergaya lebih-lebih. Dah masuk masuk asrama U baru boleh ‘mengganas’. Mana ada ada kugiran pun. Melalak tepi koridor asrama pakai gitar tong dan baldi ada la. He he he!


sitinnurulhawa,
He he he heeeeeeeeeeee!


Jamri,
Bro’ Crossfire itu kau kenal ke Jamri? Anak siapa ek? Masa Crossfire baru keluar album itu aku di STM lagi tu.

Masa nak pakai tak berapa sangat, tapi masa nak buka lagi seksa! He he he.


nur@,
Ali Setan itu fesyen awal 80an, belum timbul lagi muzik Batu Kapak masa itu. Muzik Batu Kapak meletup hujung-hujung 80an dan awal 90an. Macam filem Amy Search, Fenomena, takpun filem Rock Mamat Khalid itu. He he!

Gambar itu kena masuk arkib peribadi. Nanti boleh tunjuk pada anak cucu. He he he.


Kodox,
Selain lagu itu, lagu Patience GNR pun kena juga rasanya. :)

Sayang tak simpan seluar itu buat kenangan. Kalau pakai Aliph warna merah menyala, lagi terserlah kekapakannya ek. :D

 

Rabu, Julai 11, 2007 12:34:00 PTG, Blogger izinni

hahahahhaa lawak ...

ada ekor kuda tak kat rambut?

kalau pompuan pulak suka pakai seluar steng .. sekarang dah datang balik pesen ni ek. hahahahah

 

Rabu, Julai 11, 2007 1:03:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

achik,
He he he! Yeargh! Hidup Rock Kapak!


Indera,
Satu lagi lagu Nirvana yang masih menyengat sampai sekarang, Smells Like Teen Spirit :):D


Rush,
Kita memang lebih -kurang sezaman. He he he.

Ada dua pasang kasut hi cut macam itu. Satu lagi New Balance, kena kebas di Masjid Negara. Hu hu hu.


Cikgu Gitar,
Ha ha ha! Kesian kau.. Aku dulu seluar jeans biasa pun siap jahit tepi bagi ketat. Ha ha! Nostalgia...


Tedung,
Ha ha! Mana sama, Herman Tino pakai selempang kain pelikat bro'. Ha ha ha!


ad3ck,
Ada 2-3 gambar lagi lebih-kurang macam itu, cuma waktu, pakaian, gaya dan lokasi berlainan. He he he.


Iman,
Rugi siapa yang tak pernah 'mencuba' seluar ketat itu. [maksud saya lelaki zaman itu] He he he.


Arianna,
Rosyam pun jealous agaknya tengok gambar itu.... He he he!


Izinni,
Tatacara IPTA masa itu rambut paling panjang pun boleh sampai paras bahu. Nak simpan ekor kena sorok-sorok. He he he.

Ha'ah. Fesyen berputar. Tengoklah sekarang, fesyen zaman batu yang pakai cawat nampak pusat pun dah digayakan semula. :)

 

Rabu, Julai 11, 2007 4:58:00 PTG, Blogger Ted

hehhe.cun gambar.gile ketat suar tu.

pst, nak tanya, ted da tgk citer ROCK, ted tgk ahli2 musik ni sumbat kertas surat khabar dalam suar dia kasik bonjol..itu adakah benar sama sekali?hehe

 

Rabu, Julai 11, 2007 5:08:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

black ko nyer suor ketat n kasut high cut tu ade lagi tak? heheheh
aku nyer suo ketat dulu, nak pakai kene sarung plastik kat kaki baru leh sarung suor tu.. ermm kasut aliph high cut aku ntah ke mane tah p nyer...
ermm ko tak ikat laks key kat kepala atau kepala lutut? heheheheheh

 

Rabu, Julai 11, 2007 9:04:00 PTG, Blogger zino

arwah nenek den dulu marah sungguh kalau tengok budak pakai seluar ketat tu.. dia kato macam balut nangko hehe

 

Khamis, Julai 12, 2007 1:11:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

tuh sluar jean?

 

Khamis, Julai 12, 2007 11:14:00 PG, Blogger izinni

teringat ada satu artikel akhbar pasal seluar ketat ni. depa buat kajian .. pastu kajian tu kata .. seluar ketat boleh menyebabkan mandul pada lelaki. hahahahhaha ... hang tak kawin lagi so tak tau la betoi ke dak hasil kajian tu. hehehehhee

 

Khamis, Julai 12, 2007 2:43:00 PTG, Blogger Monster Mom

keh keh keh.. nasib baik tak terpeleot dicelah batu kapak tu....
kalu tak, dah sumbing gigi kapak tuh... tak encem dah...

 

Khamis, Julai 12, 2007 5:50:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Ted,
Tengok gambar itu puas-puas ek. Eksklusif tu. He he he.

Tengok darjah kekapakan juga. Mungkin diaorang dah sampai tahap 'gaban', itu yang sampai sumbat dengan kertas suratkhabar kot... he he!


muor76,
Kalau ada lagi seluar dan kasut itu, dah tentu aku tangkap gambar masukkan dalam cerita ini. Kau lahir 76 kan? Kira dekat-dekat sebaya, patutlah....Ha ha!

Dulu aku tak pakai Aliph. Aku cuma ada 2 pasang hi cut Nike dan New Balance. :D

Ada satu gambar aku ikat key warna ungu di leher. Ha ha!


Zino,
Saya berani pakai masa sesi fotografi dan melaram. Balik kampung tak berani nak pakai masa itu. Mau pengsan kalau atuk nampak. He he he!

Wear,
Seluar denim tapi fleksibel sebab bergetah. He he


izinni,
Tengok juga di bahagian mana yang ketat itu. Kalau bahagian betis dan lutut tiada kesan sampingan rasanya. He he!


Monster mom,
He he he.

Cuba tanya-tanyakan Bro' Tedung tu. Dia ada simpan tak gambar macam itu. He he he!

 

Jumaat, Julai 13, 2007 12:20:00 PG, Blogger KAMATO

Awal 80 an, pakaian macam itu mula menggilai remaja kita, masa tu search jam di hardroch taman tun, album pun belum rakam lagi. Masa tu minum coke RM 7.00 sebotol, boleh duduk sampai tengah malam, table caj pun tak kene lagi. Masa tu gaya pakaian amy pun sebijik macam gambar pemuda manco dalam gambar itu...hehe
Apa pun gambar itu lagi 20 tahun nilainya cukup mahal....

 

Jumaat, Julai 13, 2007 5:01:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Greece atau Fame?

Kalau posing dengan gitar kapak lagi manis!

Teringin nak tengok gambar terkini berposing di lokasi yang sama :)

Salam.

 

Sabtu, Julai 14, 2007 12:26:00 PG, Blogger banggugar

salam,

wah!..

mcm kumpulan rock dedulu la..

hehehe
(",)

 

Sabtu, Julai 14, 2007 3:18:00 PTG, Blogger Kemat

dulu2 kamu sudah bergaya ngan kasut nike..hebat....

 

Sabtu, Julai 14, 2007 3:18:00 PTG, Blogger Kemat

dulu2 kamu sudah bergaya ngan kasut nike..hebat....

 

Sabtu, Julai 14, 2007 3:37:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kamato,
Masa Search keluarkan album pertama, 'Cinta Buatan Malaysia' pertengahan 80an, masa itu saya di sekolah lagi. Masa itu budak-budak lelaki sibuk kecilkan seluar. Perhimpunan pagi Isnin di sekolah, ada saja budak-budak lelaki kena tangkap cikgu disiplin sebab berseluar ketat dan berambut panjang nak tiru stail Search. He he he.


Bunga Rampai,
Salam BR.

Grease itu era 70an kan? Saya baru lahir. he he he.

Kena pakai gitar yang bercabang baru kena BR. :D

Bukit itu sudah diratakan sekarang, jadi tak dapatlah nak tangkap gaya yang serupa di lokasi yang serupa. :D


Bang Gugar,
Salam,

Itulah salah seorang anggota kumpulan rock tepi koridor hostel... he he


Kemat,
Kerajaan bagi pinjaman buat beli buku, bayar yuran. Yang lebih-lebih kalau ada itulah buat beli kasut itu. ha ha!

 

Ahad, Julai 15, 2007 10:17:00 PG, Blogger JBM8141

huh ni nanti kalau kau cakap kat anak2 kau, ayah dulu ahli kumpulan Ekamatra, sure dorang percaya

 

Isnin, Julai 16, 2007 11:47:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Ha ha! Yang main gitar utama itu ke? :D

 

Selasa, Julai 17, 2007 8:58:00 PG, Blogger gayour

muzik rock boleh mengingatkan kita pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan walau DUA PULUH TAHUN TELAH BERLALU! har!har!har!

 

Selasa, Julai 17, 2007 11:43:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Gayour,
Betul bro'!
Bukan itu saja, muzik Rock juga boleh memuda dan meremajakan kita sentiasa. he he he!

Teringat karakter-karakter mamat rock dalam kartun2 bro' itu. :D

Hidup Rock!