Isnin, Jun 18, 2007
Aku telah ditag oleh Nashya. Belum pupus lagi rupanya permainan tag-mengetag ini. Aku tidak kecewa kerana diteg. Aku akan lebih kecewa jika menghampakan permintaan orang. Lagi pula aku ini sangat bersemangat kesukanan orangnya. Mula-mula terasa agak geli-geleman dan kemalu-maluan juga. Yelah, teg tentang bunga kesukaan, agak feminin. Silap-silap dikata pula 'mat bunga'.

Dulu, empat tahun aku mendalami segala aspeks tentang spesis-spesis tanaman hiasan. Dari segi taksonomi, fisiologi dan fungsinya. Dari segi rekabentuk dan arkitekturnya. Dari segi kombinasi, susunatur dan konstruksi elemen-elemen itu bersama elemen-elemen alam semulajadi dan buatan untuk merealisasikan persekitaran yang harmoni, seni dan artistik. Lanskap lembut mahupun kejur juga punya estetikanya tersendiri. Berkonsep, bertema dan berfalsafahkan perhubungan di antara manusia – Tuhan, manusia – manusia dan manusia – alam.

“Oiii…Jowopinter! Apalah yang kau merepek tu. Nashya tu tag kau pasal bunga kesukaan la…“.

“He he he. Itu cuma selingan. Biar nampak panjang sedikit entri ini. He he he.” [Entahlah, kebelakangan ini aku gemar pula memanjang-manjangkan entri]

Sejujurnya, aku agak gelisah untuk menjawap tag ini. Nanti akan timbul rasa cemburu di kalangan spesis-spesis bunga yang lain bila aku cuma memilih dua, tiga, empat, lima, enam atau tujuh spesis bunga sahaja. Aku mengenali, bergurau-senda dan bermesra dengan banyak spesis. Lalu rasanya tidak adil bagiku jika terpaksa memilih-milih dan tidak adil juga kepada spesis-spesis yang tidak terpilih. Bak kata orang, ditelan mati emak, diluah mati bapak. Nanti akan ada yang berkecil hati. Spesis-spesis itu pun punya jiwa dan emosi. Pelik juga aku ini kan?

"Woi Jowo!...Mulalah nak merepek balik tu.."

"Ha ha ha. Oklah, oklah, aku jawap tag itu sekarang....!"

Beginilah. Untuk tidak dikata mengelat dalam permainan teg-mengeteg ini, aku lakukan sedikit modifikasi. Secara eksklusif kukongsikan gambar terdahulu dan terkini spesis-spesis bunga yang menghiasi sudut-sudut laman sekangkang keraku itu.
Gambar A itu di sudut tepi anjung kereta. Kombinasi Alocasia macrrohiza [keladi], Jatropha podagrica [jarak buncit], Ixora sunkist [siantan], Bougainvillea 'elizabeth angus' [bunga kertas], Helicornia psittacorum [heliconia] dan Rheo discolor.

Gambar B itu pula di tepi pintu pagar, kombinasi Tristellateia australasiae [maiden jealousy], Ixora 'pink deluxe', Rheo discolor, Canna generalis. Di pasu kecil itu adalah Portulaca grandifolia [Japanese rose]. Gambar C adalah perincian gambar B.

Dan sebagai meneruskan tradisi permainan ini, kuingin mengetag pula tujuh orang tokoh yang pernah muncul dalam entri-entriku.
1. Prof. Dr Thomas W. Kimmerer
2. Sdra Mael Keding
3. Kakak berkereta Kancil
4. Adik Aiman
5. Sdra Nanik Munazarif
6. Blogger tegar
7. Perempuan itu

Ha ha ha.

TTFN

Label:

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 6/18/2007 11:07:00 PG. |


48 Ulasan


Isnin, Jun 18, 2007 11:23:00 PG, Blogger Sastri

hmmm... tiada bunga yang spesifik nampaknya... :p

 

Isnin, Jun 18, 2007 11:28:00 PG, Blogger Mak Su

amboi... very de saintifik nak explain pasal bunga

 

Isnin, Jun 18, 2007 11:43:00 PG, Blogger silversarina

mak ooiii terbelit lidah nak sebut nama-nama bunga tu, agaknya menghafal nama bunga tu macam nak hafal nama ubat.... huisshhhh .. senang nikmati je keindahan pokok bunga , tak payah tau nama... hehehe.

 

Isnin, Jun 18, 2007 12:48:00 PTG, Blogger DeeN

hik hik hik ...
Bunga kemboja takder ke kat laman rumah tuh..? Er. . aku musykil dgn nama2 yg ko tag tuh hak hak hak ..

Psst. Er .. ko adalah mat bunga sejati, dude! ;P

 

Isnin, Jun 18, 2007 1:00:00 PTG, Blogger NJ@Goboklama

apa salahnya lelaki minat bunga? tengok je makcik nih..

"bulan lepas saja,dia import 5 tan bunga orkid ke Jepun,heheh.."

dgn.bangga je dia brceriter,heheh...(apa aku merepek nih?)

 

Isnin, Jun 18, 2007 1:03:00 PTG, Blogger ManjLara

Hehehe... susahnye kalau kita terpaksa 'menjaga byk hati' ni ye? Pelik ke? bukan kot, awak ni 'gifted' sebab boleh 'berkomunikasi' dgn bunga-bungaan!

p/s - Bp, 'Mat Bunga'lah namanya tu! keh..keh..keh..

 

Isnin, Jun 18, 2007 1:13:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

entri yang sungguh romantik. :)

 

Isnin, Jun 18, 2007 1:32:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sas
He he he. Nak sebut Bunga Citra Lestari boleh? Jealouslah tu... :D


mak su,
Maaflah mak su, pagi-pagi ni saya 'termerepek' sikit.. :D


LUJ,
Mula-mula nak senut nama saintifik itu memang tergeliat lidah. Tapi bila lama-lama dah jadi biasa, sampai nak sebut nama kampung pun dah tak tau dah.. :D


nuraddeen,
Bunga Kemboja agak lari dari konsep taman itu la.. he he he..

Itu watak-watak dalam entri-entri yang lepas. Seorang jer yang ada blog kot. :D

Yelah...yelah... ha ha..


Qisst,
Anak makcik itu menjual bunga, saya pulak membeli dan mengeksploitasikannya. Sama tapi tak serupa :D


lara,
Nak 'menjaga hati' itu yang susahnya. Jiwa bunga itu sensitif
seperti jiwa perempuan juga. Alahai..


'Mat bunga' pun 'mat bunga'lah... :P


cikgu GT,
Romantik ke cikgu? Isk..geli-geleman la....ha ha ha.

 

Isnin, Jun 18, 2007 1:41:00 PTG, Blogger Unknown

bab bunga mmbunga ni aku lemah skit..kalo mak aku tau la pasal dia yg suka tnm bunga..heh! pokok mangga jepun aku tau la..hahaha!

 

Isnin, Jun 18, 2007 2:47:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah
saya tak suka ada pokok2 kat kawasan rumah sebab saya takut ulat bulu yang mengesot2 lembek eeiiyyy...

 

Isnin, Jun 18, 2007 2:54:00 PTG, Blogger artisticklytouch

aku suka bunga bakawali...munculnya sebentar shj

 

Isnin, Jun 18, 2007 3:34:00 PTG, Blogger arianna adrizal

er, keladi tu bunga juga eh?? ;D

 

Isnin, Jun 18, 2007 3:43:00 PTG, Blogger Xis

Blacpurple
am having problem with my Iris... asyik nak mati ye... another thing.. how to make my kemboja cepat membesar and berbunga?

 

Isnin, Jun 18, 2007 4:11:00 PTG, Blogger banggugar

salam,

bunga..

bunga..

encik blackpurple..

org yg suka bunga tu tak semestiya MAT BUNGA kan?..

hehehehe

(",)

 

Isnin, Jun 18, 2007 4:36:00 PTG, Blogger Unknown

Nampaknya kebanyakannya cuma pokok bunga hiasan jek. Tak de ke pokok bunga yang bunganya boleh disunting lalu diberi kepada seseorang? Di mana juga gambar 'bunga' yang jadi kegemaran dan kesayangan tu? hahaha..

 

Isnin, Jun 18, 2007 4:43:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

kalau lelaki minat bunga dipanggil mat bunga.kalau lelaki yang minat fashion pulak?

 

Isnin, Jun 18, 2007 4:52:00 PTG, Blogger Pa'chik

bunga? aku nampak daun je yang banyak pun...

 

Selasa, Jun 19, 2007 3:58:00 PG, Blogger akirasuri

oh oh! tak salah jadi mat bunga. asal jangan jadi mat rempit sudahlahkan ;)

 

Selasa, Jun 19, 2007 8:59:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

BP, ko kalau buat proposal design, berapa ko 'charge'? Ikut sqf ke ikut material? Hardscap ada tak?

 

Selasa, Jun 19, 2007 11:20:00 PG, Blogger 13may

jgn lupa bubuh baja bunga...hahha

 

Selasa, Jun 19, 2007 11:28:00 PG, Blogger Alpha

Wei tu mat tanam bunga...kalau gitu, aku pun mat bunga jugak.....

 

Selasa, Jun 19, 2007 1:18:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Tak nak buka kelas penjagaan taman, "One Minute Gardening" ke?

 

Selasa, Jun 19, 2007 1:19:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

azzam,
Aku pun tak suka tanam bunga, aku suruh pekerja aku yang tanam. He he he.

Mangga Jepun dengan mangga cikonan mana lebih manis ekk? Bila nak bagi rasa sebiji dua mangga kau tu bro’? :D


eisraa,
Salam,
Kalau ada flora, kenalah ada fauna, baru seimbang alam sekitar eisraa. He he he.
Kena praktis pest & disease control, korektif dan preventif baru tak ada ulat bulu. Tapi ulat bulu pokok tak apa eisraa, jangan ulat bulu lain….. :D


arts,
Teringat lagu ‘Bunga Bakawali’, Kembara…


Arianna,
He he he. Keladi itu bukan bunga tapi kira spesis ornamental plant la jugak…... :D


Xis,
Iris sp. itu lebih sesuai pada kondisi semi shade. Kalau terdedah pada cahaya matahari yang
melampau akan terbakar. Jangan lupa juga penyiranman yang seimbang. Kamu letak baja apa xis?

Plumeria sp / kemboja spesis yang agak lambat tumbesarannya. Spesis mana yang kamu tanam xis? rubra, obtusa atau..? Cuba selang selikan pembajaan NPK dengan organik.


bang gugar,
Salam.

Ya, Tepat! Tepat sekali!

He he he


Ainin Naufal,
Semasa gambar itu ditangkap memang tidak banyak bunga sebab baru dipangkas dan dicantas. Lagipun saya tak suka lanskap yang berbunga-bunga sangat. Lebih suka elemen daun. He he he.

Ha ha ha. [Soalan perangkap] Mulalah nak melencong tu…


butaseni,
Ha’ah kan. Mat apa ekk….? Cuba kau tanya Datuk Bernard Chandran tu… he he he.


Pa’chik,
Konsep tropika [konsep ‘rojak’ sebenarnya] memang tak banyak pakai bunga pa’chik, lebih kepada daun. Lagipun masa itu baru lepas trim, bunga habis kena cantas….. He he he.


akira,
Mar rempit pun untung juga apa. KERAjaan sayang, dapat pergi ke kutub percuma lagi…ha ha ha


wongnom,
Lanskap kejur (hardlandscape) pun ada juga mas, macam arca, komponen taman permainan kanak-kanak, wakaf, kolam, air terjun buatan, siarkaki, dsb.

Biasanya purata yuran konsultasi antara 10% - 15% dari amaun projek keseluruhan, bergantung pada skala projek. Tapi kalau kawan-kawan adalah diskaunnya. He he he.


13may,
Baja kena seimbang komposisi NPKnya..ha ha ha


Alpha,
Mat lanskap lebih tepat! he he he

 

Selasa, Jun 19, 2007 1:21:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

zabs,
Tercicir pulak komen tu... he he

Saya lebih tertarik kepada merekabentuk, arkitektur dan konstruksi lanskap. Lebih lumayan. :)

 

Selasa, Jun 19, 2007 1:25:00 PTG, Blogger achik

masa kecik2 dulu suka hisap madu bunga ixora tu.. ntah apa2 ntah.. ;)

 

Selasa, Jun 19, 2007 2:24:00 PTG, Blogger Nashya

salam...
sy xleh tanam bunga.. sure mati.. tangan jenis panas... dpt pokok buluh pun leh mati! ahakss...

 

Selasa, Jun 19, 2007 3:24:00 PTG, Blogger Kaklong Syikin

salam,

BP, tak teringin ke buat blog pasal landskap? ajar org cara tanam, n jaga bunga2. cara buat mini landskap..menarik tu terutama utk new beginners. saya ni mmg tak reti bab2 tanam bunga ni..:(.

 

Selasa, Jun 19, 2007 4:31:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

aku tak suka pokok yang berbunga, kat rumah aku banyak pokok keladi import dari kampung..

err... nama saintifik poko keladi pe dia?

 

Selasa, Jun 19, 2007 5:52:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

achik,
Tak apa achik. Bukan beracun pun..he he he


nashya,
Salam,
Wah! Panas betul kalau macam itu. Kalau macam itu tanam batu dengan kayu sajalah ekk... he he he..


kaklong,
Salam kaklong,
Elok juga cadangan itu. Tapi masa tak berapa ada la kaklong. Nak kemaskini blog ini pun tak berapa larat, blog satu lagi yang bahasa jawa itu lagilah...terabai terus... :)


jamri,
Pokok keladi yang mana satu maksud kau ni Jam. Keladi yang Alocasia macrohiza yang macam gambar di atas itu ke? atau Caladium sp, keladi yang daun warna-warni, yang banyak tumbuh tepi parit Pt Jamil depan rumah kau tu? atau keladi satu lagi yang dipanggil Diffenbachia sp?

Ke kau tanam keladi satah, yang boleh dimakan tu...? he he he...

 

Selasa, Jun 19, 2007 8:50:00 PTG, Blogger Iman Mawaddah

Bunga tayar dan bunga api agak2 masuk dalam senarai tak?

 

Selasa, Jun 19, 2007 9:19:00 PTG, Blogger Sue

Aik! sana sini Minah baca, kena tag bunga ni. Minah pun kena, tapi belum buat lagik hehehe

 

Selasa, Jun 19, 2007 9:29:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

Nasib baik aku tak kena.
Aku cuma kenal bunga telur saja.

 

Rabu, Jun 20, 2007 3:24:00 PG, Blogger kingbinjai

tak sangka, mat bunga rupanya ha aha ha

 

Rabu, Jun 20, 2007 9:53:00 PG, Blogger NBK466

Mmg sah ekau ni Mat Bunge... he.he.he..

 

Rabu, Jun 20, 2007 12:04:00 PTG, Blogger DeeN

Dude,
Oleh kerna ko adalah "mat bunge sejati" aku nak tahu pasal 1 kemuykilan ni lah. Aku nak tanya pasal satu spesis bunga. Namanya stripped canna beauty [spesis apocynaceae]. bunga apa tuh?? Tq, Tq.

 

Rabu, Jun 20, 2007 12:39:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

iman,
Asalkan 'bunga', boleh kot... :D


minah,
Itulah dia. Ikut musim juga teg-mengetag ni... :D


pegawai,
Ha ha ha. Sekarang orang kawin dah ramai tak pakai telur, diaorang tukar pakai gula-gula..... :D


kingbinjai & nbk,
Ha ha ha... Malu-malu...


nura,
Maksud kamu Canna generalis 'Striped Beauty' kan? Gambar B di entri atas itu ada [spesis paling kanan, berdaun lebar].

Cuma bezanya yang 'striped beauty' urat daunnya nampak berjalur-jalur putih-putih sikit, bunganya kuning. Tapi kalau yang itu spesis generalis dari family cannaceae bukan apocynaceae. Apocynaceae itu famili dan spesis yang lain. :D

 

Rabu, Jun 20, 2007 4:36:00 PTG, Blogger Unknown

nasib baik x kene kalau x jenuh juga nk kene pikir pasal bunga he he tp aku lebih ske akan kehijauan pokok kira pokok y x de bunga mcm spesis keladi... x yg tahan tu nyamuk banyak la...

 

Rabu, Jun 20, 2007 8:43:00 PTG, Blogger Pa'chik

dude aa... udah berbunga neh.. bila nak berbuah jadik entri baru pulak?

 

Rabu, Jun 20, 2007 11:27:00 PTG, Blogger zino

kalau dah arkitek lanskap yg sebut nama nama bunga tu memang tak paham.. boleh ternga nga di buat nya.. rupa2nya bunga tahi ayam hehe

 

Khamis, Jun 21, 2007 2:58:00 PG, Blogger tuan tanah

Bagus entri ni.
Penuh ilmu botani.

 

Khamis, Jun 21, 2007 4:56:00 PG, Blogger khairyn

paling tak suka

bunga ceti-ceti bank-bank hehehehe

 

Khamis, Jun 21, 2007 8:52:00 PG, Blogger adie

aku rindukan bau bunga tahi ayam la..hehe

 

Khamis, Jun 21, 2007 11:34:00 PG, Blogger blackpurple @ jowopinter

amora,
Samalah kita. Taman bertema tropika memang kurang menggunakan bunga berbanding taman bertema Inggeris.

Nyamuk pun nak hidup juga amora...he he he..


pa'chik,
Ha ha ha. Dah ada di atas tu.. :P


zino,
He he he. Senang nak 'mengenakan' orang kalau yang tak biasa dengar. Zino tau pokok spesis Bilakucium diageli? He he he..


tuan tanah,
Trimas. Adalah sikit-sikit. :)


khairyn,
Ada lagi ke spesis ceti berpayung tu? Kalau bunga Ah Long lagilah... he he


mr penyu,
Itu Lantana cammara. Memang harum baunya... he he he.

 

Khamis, Jun 21, 2007 3:07:00 PTG, Blogger DeeN

owh! ye ker? Adeh pening ar .. len kali letaklah nama yg mudah ingat. macam bunga tanjung, bunga tulip ka, misai kucing ka, takpun paling mudah ingat adalah bunga tahi ayam he he he ...

Apa pun, trima kasih banyak2 ye sahabatku mat bunge :)

 

Khamis, Jun 21, 2007 3:29:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nura,
Canna sp. itu 'bunga tasbih' kalau tidak silap. Kalau tidak silaplah... :D

:P

 

Isnin, Jun 25, 2007 8:04:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Laaa BP, apa salahnya jadi Mat Bunga ... kan bertambah manis!! Hehehe...

 

Selasa, Jun 26, 2007 12:35:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

b rampai,
'Mat Bunga' pun 'Mat Bunga' lah.....[Saya tak suka pakai baju bunga-bunga!] He he he..

 

Rabu, Julai 18, 2007 5:19:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Minat pada sesuatu benda atau perkara tu tak semestinya ikut jantina..