Awal pagi. Puan Allysa Soraya, seorang ibu tua yang ayu masuk ke dalam bilik anak lelakinya, Janus Supandi lalu mengejutkan satu-satunya anak lelakinya itu dari lena.
“Janus sayang! Bangun! Bangun! Siap-siap pergi sekolah!” Puan Allysa Soraya menggegar-gegar tubuh anaknya.
“Janus tak nak ke sekolahlah mak!” Janus Supandi menguit-nguitkan kakinya, sambil menarik-narik selimut bergambar Sinchannya itu.
“Isk! Kenapa pula Janus tak nak ke sekolah ni?” Puan Allysa Soraya lembut, cuba berdiplomasi sambil mengelus-ngelus jambang pendek anaknya itu.
“Semua murid-murid di sekolah tak sukakan Janus, cikgu-cikgu pun tak sukakan Janus!” Beriya-iya Janus Supandi memberi alasan.
“Ooooo, tapi itu bukan alasan untuk Janus tak ke sekolah. Dah! Cepat bangun! Siap!” Puan Allysa Soraya semacam tidak mahu berkompromi lagi.
Janus Supandi semakin mengada-ngada, sambil menumbuk-numbuk bantal busuknya, "Janus kata tak nak, tak naklah! Kenapa mak nak juga suruh Janus ke sekolah?”
“Baik! Pertama, Janus tu dah 52 tahun tahu tak! Kedua Janus kan guru besar!” Puan Allysa Soraya, lantas keluar dari bilik anaknya itu.
[Dipetik dari suratkhabar bahasa Inggeris, SuratMelayu lalu kuubahsuai sesedap rasa untuk selera rakyat Malaysia dan kualihbahasakan ke bahasa Melayu sebab aku bangga menjadi orang Melayu yang sayangkan bahasa Melayu dan aku memang gila berbahasa Melayu :D]
TTFN
Sabtu, Jun 30, 2007 6:38:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas
Janus itu tak pasti tapi kalau Supandi itu nama Jawa rasanya. Ustaz sekolah agama di kampung dulu nama dia pun Supandi, Jawa juga.. :D
Eisraa,
Salam,
Kalau anaknya 52 tahun. Puan Allysa Soraya itu dalam lingkungan 80 tahun kalau tak silap. :D
Bahasa Jiwa Bangsa! Kalau tak kita bangga dengan bahasa sendiri siapa lagi. :)
Ha ha ha. Unik lagu itu kan.. :D
Luthfi,
Itu 'perasan' [boleh juga disebut 'ditimpa perasaan'] namanya mas.. he he he.
Pa'chik,
Ha ha ha. Aku memang 'salin dan tampal', cuma ubahsuai sana-sini sikit.
minah,
Manja di rumah saja kot. :D
Tedung,
Ini cerita saduran tapi versi Melayu Jawa. Ha ha ha.
Selasa, Julai 03, 2007 1:18:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
tuan tanah,
Ibu kepada ibunya yang kasi nama itu :D
alifmimyanun,
Teringat pepatah, ‘Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari’ :)
butaseni,
Salam,
Kementerian Pelajaran tersilap lantik agaknya :D
Pa’chik,
Lain kali kena buat kajian mendalam dulu Pa’chik. He he he.
akirasuri,
‘Janus’ itupun nama Jawa ke? :D
LUJ,
Salam,
Cikgu Janus suka bawa ‘roti panjang’ agaknya sebab itu murid tak suka. :D
Manjlara,
“Jambang pendek’ itu letaknya di muka. Harap maklum :)
Rojak memang enak dimakan tapi kalau ‘bahasa rojak’ bukan sahaja tak enak diucap dan didengar, juga mengkhianati bangsa :)
arts,
Ha’ah. Kalau di situs Indonesia, akan ketemu juga translasi di dalam bahasa Indonesia barangkali. :)
kingbinjai,
Kelakar itu subjektif king. Sebab itu sesetengah orang boleh ketawa berguling-guling bila mendengar PM berucap pasal Islam Hadhari. :)
Pegawai,
Ha ha ha.
zabs,
Kalau nak diikutkan 52 tahun itu masih dikira ‘muda’ lagi. :)
bang gugar,
Salam,
Macamlah kamu kenal dia. He he he
orochi,
Itu budak tua yang nakal :D
nur@,
Bahasa Melayu pun boleh ‘hilang’ kalau orang Melayu sendiri segan nak gunakan;:)
Tak apa. Dia banyak duit! He he he
NBK,
Itu baru selimut…. ? Yang lain gambar entah apa-apa agaknya. He he he.
KV,
He he he. Sinar Harian? Akhbar baru ek…..
achik,
Nenek Janus yang bagi nama itu :D
OS,
Dah cukup 40 masjid ke OS? :)
13may,
Taklah serius sangat. :P
Kamarul,
Bah. Melayu ----> Bah. Malaysia ----> Bah. Melayu ---> Bah. Malaysia ----> Bah....?
Ah..Pening!
Khairyn,
Biarkanlah dia. Lagi 3 tahun nak pencen pun. :D
Jinggo,
Sinchan itu disukai segenap lapisan masyarakat, tak kira umur dan jantina. Kira simbol perpaduan tu.. Ha ha!
YEARGH...! BERJAYA JUGA MENJAWAP!
Rabu, Julai 04, 2007 7:28:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
nUr@,
Kalau nak cakap bahasa apapun tak salah tapi biarlah bahasa lengkap & sempurna :)
Mummy Rizq
Pemalas pun berjaya jadi gurau besar juga. ha ha!
Rush,
:)He he!
Mama Risyiariana,
Kenapa? Tak percaya ke? :p
arianna,
Hati peminat kenalah dijaga. He he he.
Yus,
Banyak juga kegunaan perkataan 'simpul' itu kan.. :D
Zino,
He he he. Guru besor tu zino...
Mak Su,
Ha'ah. Lagi 3 tahun pencen. :D
Zwit,
Penyegan ke macam itu? :D
Kak Lady,
Yang hairan, macamana dia boleh jadi guru besar? :D
B Rampai,
Tak nak ketawa pun tak apa. Tiada paksaan dalam ketawa. :D
Salam.
LOL... Sebenarnya tertanya gak, Janus tu orang Jawa ke? Nama Supandi tu ada berbunyi Jawa... :p