Selasa, Jun 26, 2007
Petang itu. Agak bosan juga bila jentera empat roda yang dipandu terperangkap di barisan ratusan jentera-jentera yang bersendat-sendat. Terperangkap di dalam kesesakan sebegitu, tiada untungnya pun memandu kereta sukan ungu buruk itu. Motorsikal cabuk berkuasa rendah pun selamba memintas, memadamkan segala kesombongan memandu jentera yang konon-kononnya berkuasa.

Jejariku menekan punat-punat halus di papan tera di depanku itu. Dari satu stesen ke satu stesen. Kebetulan di satu stesen, suara penyampai radio perempuan yang memiliki restoran nasi ayam itu sedang ke udara. Ruangan itu didedikasikan untuk mereka yang ingin melampiaskan geram. Bermacam-macam cerita geram ada. Geram kepada raja sms itulah, geram kepada raja pop yang keluar masuk pusat pemulihan itulah, geram kepada artis perempuan yang nampak ketiaklah, macam-macam. Orang kita bila mengumpat dan bercerita tentang dunia hiburan memang cukup intelektual dan berkalibar!

Sehinggalah seorang pemanggil lelaki menelefon. Dia mempersoalkan kewajaran pangkat 'Datuk' semudah itu diberi kepada artis dan mempertikaikan sumbangan mereka kepada negara dan masyarakat, sedangkan persembahan mereka dibayar. Kenapa ahli sukan yang berjasa tidak mendapat apresiasi yang serupa, sedangkan mereka tidak dibayar, katanya lagi.

Tidak lama kemudian seorang pendengar perempuan pula menghantar pesanan ringkas, lalu dibaca oleh penyampai itu. Pendengar itu memberi respon dan mempertikaikan kata-kata pemanggil lelaki tadi. Katanya, kalau artis dibayar, ahli sukan pun dibayar juga bila menang. Dia juga mempertahankan kelogikan pangkat 'Datuk' yang diberi kepada artis-artis tertentu.

Aku tersenyum-senyum. Lucu juga. Terlupa sekejap yang aku sedang terpenjara dalam kesesakan.

Kalau begitu, akupun ingin melepaskan geram jugalah. Bagaimana pula dengan pangkat 'Datuk' yang diberi kepada ribuan ahli-ahli politik dan pengampu-pengampu pemerintah itu? Apa pula sumbangan mereka kepada masyarakat? Rakyat biasa yang tidak bersama partai dominan tidak dikira menyumbangkah? Bagaimana pula dengan pangkat 'Datuk' yang mudah dibeli oleh orang-orang berduit itu?


TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 6/26/2007 12:57:00 PTG. |


55 Ulasan


Selasa, Jun 26, 2007 1:03:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

apa sangat la pada title dato' ni yer, cuma mampu beri pengaruh especially dalam decission making..

tapi penah gak jumpa dato' yg humble down to earth, sampai tak tau pun yg dia tu ada title dato'

p/s: pertama kali comment nih sambil goyang2 kaki.. :P

 

Selasa, Jun 26, 2007 1:20:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Konsep Datuk sebenarnya amat mendalam, bukan sekadar title semata2. Ia merupakan sejenis peradaban yg sangat hebat, malah lebih hebat dari sejarah peradaban dunia Tingkatan 4.

Datuk merupakan sejenis makhluk yg paling berjaya dan telah memprovekan bahawa sesiapa saja di bawah jagaan beliau juga berjaya seperti beliau.

Seorang Datuk telah proven menjadi seorang ayah. Dan anak2nya juga proven menjadi ayah serta ibu. Kerana itulah beliau berjaya menjadi Datuk.

Mmg patut seorang Datuk dijulang oleh segenap lapisan masyarakat.

 

Selasa, Jun 26, 2007 1:34:00 PTG, Blogger izinni

Datuk -- aku hormat .. membesarkan Ayah yang turut sama membesarkan anak-anak.

Dato' - hmmmmmm ..... hanya segelintir sahaja yang layak dihormati. selebihnya banyak merosakkan.

 

Selasa, Jun 26, 2007 1:44:00 PTG, Blogger Unknown

BP,paragraph y last tu lain macam je bunyinye... ye la dh nama pon lepas geram.

mcm ni la...selalunye mmg org berduit y gila status ni mmg depa bleh beli normally dlm RM 250K for the title. dulu2 RM 50K JE...tetapi bagi y berkhidmat dlm sektor awam mereka2 ini akan dinilai dr segi work performance. work performance evaluation ini is vary for one sector to another. of course there is a compulsory factor seperti jasa & sumbangan kpd negara akan diambil kira. disamping itu juga setiap yg dicalon mesti ada recommendation.

ttp bagi mrk y menang dlm pilihanraya atau ahli exco mrk ini akn dikira dr segi perjuangan kpd parti & negara sekaligus membawa title dato'.

lebih kurang mcm tu la... sorry ek kalau kurang tepat sbb penerangan y wa dpt pon lama dah duluuuuuu...dr org lama gak...

 

Selasa, Jun 26, 2007 1:51:00 PTG, Blogger Unknown

senang rupanya nak dapat datuk.
ada cucu - datuk la..
hahaha...

 

Selasa, Jun 26, 2007 2:05:00 PTG, Blogger DeeN

Eleh, aku nih cucu datuk tak bising pun ahak, ahak, ahak ...

Mungkin pangkat tu adalah satu lesen kepada diorang yg gila pangkat utk mengaut keuntungan peribadi dgn menindas golongan marhaen macam kita nih. Apa pun, setiap niat dan perbuatan yg jahat ada balasannya. Kita tunggu dan lihat sajalah. Banyak contoh yg dah berlaku sebelum ni. Donia akhir zaman!

 

Selasa, Jun 26, 2007 2:20:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

pelawat,
Selamat melawat :D

Kalau 'Datuk' @ Dato' yang betul-betul layak itu oklah... Tapi kalau setakat YB Datuk wakil rakyat yang cuma nampak batang hidungnya tiga-empat tahun sekali, lupakanlah... :)


sitilina,
Kalau kamu bercerita tentang 'Datuk' yang itu, kamu betul! Tahniah! :)


Izinni,
Ahh....Pencerita pulak yang jadi keliru antara pangkat 'Datuk' yang itu dengan 'Datuk' yang ini... :)


Amora,
Kalau yang betul-betul berjasa, memang selayaknya diiktiraf. Bagilah pangkat apa sekalipun. Tapi yang cuma menempel, mengampu, dan bermotifkan politik semata-mata, itulah masalahnya.

Semestinya ke kalau nak berjasa kepada bangsa itu mesti melalui parti kerajaan? Mesti melalui politik? Perjuangan, sumbangan dan jasa itu dinilai dari segi apa sebenarnya? Kebendaan? Kelakar juga pada sesetengah negeri yang mudah sangat mendapat pangkat 'Datuk' ......

Yang membeli pangkat itu, memang dah lumrah sangat. Oh ya...Ada satu-dua kalangan kawan-kawan kami [kontraktor juga tapi dah 40an umurnya], 'kontra' dengan pembayaran projek untuk dapat Datuk. Alahai...

[Eh, terpanjang pulak. He he he]


Orochi,
Ha ha ha.

 

Selasa, Jun 26, 2007 2:23:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

apa sgt yg digilakan dgn pangkat dato' tu? apa istimewanya? ahhh...

p/s: lawa layout baru!

 

Selasa, Jun 26, 2007 2:52:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

salam,
aku pun nak join mengumpatlah...
yang kakimengampu tu lalu membuatkan datuk lain naik pangkat ke tan sri,tan sri ke datuk sri sebab tu dapat fll recomendation ari org leih tinggi.(ampukuat).kalau nak senang je 3-4 tahun berturut-turut kau hadiahkan ape2 pada b'day mnamana raja then tahun berikutnya mesti dapat datk.
bapak aku senang je dapat title tu,tuhan anugerahkan dia selepas kakak aku bersalin hihihihihi
salam
(lepas mengumpatpun kena bagi salam :) )

 

Selasa, Jun 26, 2007 3:01:00 PTG, Blogger Pa'chik

ala la la latuk
ala la la latuk
tuk jangan sam.. man

 

Selasa, Jun 26, 2007 3:50:00 PTG, Blogger Unknown

komen aku sama dengan nur@addeen..pasal kami sehati sejiwa..hahaha!

 

Selasa, Jun 26, 2007 3:51:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
tuanku baginda, bagi patik dato' satu. kurang manis (kerja) lebih rasa (projek) eh. cepat. panas dah ni.

 

Selasa, Jun 26, 2007 4:01:00 PTG, Blogger Alpha

Sebab tu dato' Johor mahal nilainya (bukan harga ye)...walaupun ramai artis dari Johor..rasa aku sorang aje ade Dato' anugerah Johor....

 

Selasa, Jun 26, 2007 4:55:00 PTG, Blogger Mak Su

atuk lebih beshhh, boleh kasik duit raya dgn seikhlas hati.

 

Selasa, Jun 26, 2007 5:49:00 PTG, Blogger khairyn

psssst... ada satu org co-founder yg start agent provocatuer (brand baju seksih neh hahaha).. reject MBE dari Blair.. dia kata Blair corrupt.

tak pe la dia tolak MBE tu.. dia pun dah kaya raya. duit mengatasi kuasa. ntah2 dia lebih kaya dari Queen hahahaha errr.. tak mustahil.

 

Selasa, Jun 26, 2007 6:12:00 PTG, Blogger Pegawai Khalwat

Yang paling aku ingat, Latok yang selalu disembah yang oleh kaum yang satu lagi tu.

 

Selasa, Jun 26, 2007 8:28:00 PTG, Blogger Kemat

satu hari nati BP juga akan diberi gelaran dato' kene memeriahkan dan memartabatkan dunia blog Malaysia, amacam ok ker tu Dato' Blogger

 

Selasa, Jun 26, 2007 10:25:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Kamarul,
Gila gelaran kot!

p/s. Ini templat tahun lepas yang dikitar semula sebenarnya. :D


butaseni,
Salam,
Abah aku pun dah dapat pangkat ‘datuk’ juga..he he he..

[Ha ha ha. Budi bahasa amalan kita]


Pa’chik,
Man perginya si Poe tu ekk sekarang? Dah dapat pangkat ‘Datuk’ juga kot. Ha ha ha


Azzam,
Kamu berdua buat pemindahan hati ke? Ha ha ha.


eisraa,
Salam,
Patik tak nak ‘Dato’, patik dapat satu-dua projek RMK-9 itupun jadilah. :) :D


Alpha,
Ha’ah. Johor dalam setahun, 2-3 orang saja merasa ‘Dato’ baru.
Penyanyi Dato’ ‘Goncang’ yang duduk di Perancis itu kan.. :D


Mak Su,
Semoga roh almarhum datuk saya sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. Amin. :)


khairyn,
Tempat kita lain. Jangankan ‘menolak,’ mengejar-ngejar pangkat ‘Datuk’ itu adalah….

[Dengarnya setan gondol Salman Rushdie itu dapat gelaran Sir ekk. Penghinaan kepada umat Islam itu namanya Isk..isk..isk.... ]


Pegawai,
Ha ha ha. Teringat cerita seorang kawan dulu-dulu yang mencuri buah-buahan untuk ‘latok’ kat tokpekong bawah pokok..….

Kemat,
Kerjaya blogger tak boleh cari makan la dude. Silap-silap naik-turun mahkamah. ha ha ha.

 

Selasa, Jun 26, 2007 10:39:00 PTG, Blogger me3n

bukan boleh bawak masuk kubor pong gelaran2 cenggituh. di sisi Tuhan semua sama jer. yang beza ialah amalan. ;).

 

Selasa, Jun 26, 2007 10:45:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam untuk BP, Apabila sesuatu gelaran tersebut terlalu mudah diberikan kepada orang-orang tertentu, yang ntah apa-apa sumbangannya, ia dengan sendirinya merendahkan martabat gelaran tersebut. Juga, jika seseorang tu sudah tiada lagi, tak perlulah di anugerahkan lagi apa2 gelaran, kerana tiada kebaikan yang dapat dirasai olehnya atau keluarganya, kecuali hanya kepada orang2 lain yang berkepentingan, yang ingin mengambil kesempatan.

 

Selasa, Jun 26, 2007 11:05:00 PTG, Blogger kingbinjai

tak puas hati? call nombor kat blog aku tu ha ha ha

 

Selasa, Jun 26, 2007 11:33:00 PTG, Blogger zino

pasal tu kena dengar klasik FM.. hehe..

 

Selasa, Jun 26, 2007 11:39:00 PTG, Blogger aNIe

Apa ada pada Datuk ye?...Yang kak lady tau kalau datuk tu pasti ade cucunya...

Tapi kalau title 'Datuk' tu...kene tanya lah pada orang yang giler2 nakkan tittle tu...

 

Selasa, Jun 26, 2007 11:55:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

tulisan yg santai, tapi penuh bermakna....

 

Rabu, Jun 27, 2007 12:24:00 PG, Blogger ManjLara

Err..salam Dato' Blogger, cantik umah baru?? dapat projek baikk ek?! :)

Yg perenggan akhir tu, ingat nak lepas geram kat dato' yg bikin hiway tu, (sbb jln2 kat KL ni asyik jammmm jer..) 'suspension' jugakle 'rakyat blogger' yg sorang nih hehehe..

 

Rabu, Jun 27, 2007 7:04:00 PG, Blogger Achik_Sufi

apalah yang ada denga gelaran datuk nie...yang akan diterima oleh allah hanya yang bergelar "insan yang bertaqwa" sahaja...

 

Rabu, Jun 27, 2007 9:22:00 PG, Blogger MOKCIK AZWA

Sebut pasal gelaran2 nie, tak silap Azwa ada bezanya kurniaan antara negeri ngan federal kan..satu "Dato" satu lagik "Datuk". Of coz, kalau dpat cucu tu otomatik jadik datuk ahakss..

Ada orang kejar gelaran, ada juga yang menolak di beri gelaran. Kalau Azwa diberi pilihan...dapat "JP" lagik best...hehehehe

 

Rabu, Jun 27, 2007 9:45:00 PG, Blogger NONIE AZIZ

Dato'...Rasa macam tak sedap kalau nama aku dah bertukar Dato' Mamarisyiariana...tak rock...

 

Rabu, Jun 27, 2007 10:12:00 PG, Blogger Mummy Rizq

hanya atok kita yg layak diberi gelaran DATUK.....

 

Rabu, Jun 27, 2007 12:04:00 PTG, Blogger achik

saya kdg2 x paham gelaran2 tu.. tok det lepas bersara dari jd PM baru dpt Tun.. tp bekas timbalannya dah dpt gelaran tu awal dari dia..

err x kisah la.. xde kena mengena saya pun.. apa la ada pada gelaran.. huhu..

 

Rabu, Jun 27, 2007 12:10:00 PTG, Blogger NBK466

Paling syiok title DATO nie cam magnet menarik segala2 'kawan', 'projek2' & aweks2...he..he..he..

 

Rabu, Jun 27, 2007 12:58:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

BP, maaf kerana mengetag anda, untuk charity takpa kan. Sila lawat blog saya. TK.

 

Rabu, Jun 27, 2007 2:20:00 PTG, Blogger ILA

Salam BP:D
eer..nie citer pasai"DATO'" or "DATUK" niee...
kal.Datuk tu..saya ramai ler..kenal:p

 

Rabu, Jun 27, 2007 3:50:00 PTG, Blogger Izham Miyake

title datuk pun boleh dibeli apa..

 

Rabu, Jun 27, 2007 4:05:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Saya baca dan cuba untuk tidak ketawa besar yang tidak feminin ... hehehe aiseyymaan, dah mula ketawa pun!

.. tak heran dengan gelaran datuk sebab saya sendiri dah dapat gelaran 'Datuk Seri' dalam blog, anugerah teman blogger Datin Izariza ... hahaha, ceh, ketawa besar jugak akhirnya!

Serius: Biarlah pemberian anugerah itu hanya kepada yang berhemah. Malangnya tidak begitu. Dewasa ini, 'Datuk' itu sudah menjadi bahan komoditi. Alahai tanah airku ...

 

Rabu, Jun 27, 2007 4:17:00 PTG, Blogger DeeN

Hahahaha ... pemindahan hati? Eh, eh, mana aku penah isi form amende pun. Weh azzam ko curik ati aku ker? hukhukhuk ... :p

Hmm..aku pun tertanya2 kenapa mudah sangat dpt dato' neh? Hmm.. mungkin...mungkin...

 

Rabu, Jun 27, 2007 4:47:00 PTG, Blogger Sastri

Boss besar i pun berpangkat Datuk... cerewetnyer adeh... boleh tahann... tapi dari segi kerja, semasa mesyuarat dengan ketua2 dari negara asing, memang 'respect' habis la kat dia... in short, i admire her guts and i do wish i can be as knowledgeable as her, cakapnya berisi, bernas dan padat serta tegas sampai 'convenor' dari Korea tu pun gerun... keskeskes...

 

Rabu, Jun 27, 2007 5:36:00 PTG, Blogger silversarina

Datuk ke tidak, semuanya tu pada akak tak penting, Allah tak pandang pun itu semua... lagi besar gelaran lagi besar tanggungjawab dan beban yang terpaksa dipikul, nanti lagi banyak nak kena jawab di kemudian hari.

 

Rabu, Jun 27, 2007 5:52:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ad3ck,
A'ah. Pangkat yang dibawa ke dalam lubang kubur, allahyarham atau almarhum juga [yang Muslim].. :)


zabs,
Begitulah bila 'pangkat' itu dijadikan indikator sumbangan seseorang dalam masyarakat. Itu juga yang dikejar manusia untuk kelihatan 'mulia', berdarjat dan mahu dipandang tinggi. Padahal cuma sekadar gelaran lahiriah. :)


king,
Aku dah cuba call banyak kali, tapi asyik tak dapat la king..ha ha ha


zino,
He he he. Klasik.FM syahdu sangatlah zino. Kalau Sinar.FM itu boleh terima lagi deria pendengaran saya... :D


Kak lady,
A'ah. 'Mereka' yang boleh menjawap nilai 'kenikmatan' mengejar 'Datuk' itu. Itu yang sampai ada ditipu conman semata-mata nakkan pangkat 'Datuk... Ahaks.


izz,
Tapi tak sesantai 'Gedik Santai' kot... He he he.


lara,
Salam. He he he. [Ini template tahun lepas yang dikitar semula. :)]

Namapun Datuk semi value/. Jalan pun semi value jugalah. :D


achik sufi,
Betul! :)


azwa,
A'ah. 'Datuk' itu negeri rasanya, 'Dato'' itu persekutuan [kalau tak silap, saya tak kuasa nak ambil tahu :)]

JP? Jasa Kebaktian @ Justice of Peace. Tapi Jowo Pinter pun ya. :D


MR,
Tak payah MR. Panggil Puan Mamarisyiariana pun dah cukup anggun. :D

 

Rabu, Jun 27, 2007 6:30:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

mummy rizq
Ada juga orang panggil atuk itu yaie, embah lanang. tok wan.. bla..bla.. :D


achik,
Setahu saya, pangkat 'Tun' itu bila dah bersara baru dapat dan ada kuota dalam satu-satu masa. [dan kalau tak salah Dr M itu satu-satunya yang minta dibuang apostrophe pada Dato' Seri, tinggal Dato Seri saja]. Alahai...

Entahlah...


nbk,
Biasalah tu jang. Ada Datuk/Dato' yang protagonis, ada yang antagonis.... Ada yang mengaku hero, ada yang memang crook...Ha ha ha.


zabs,
Insya-Allah, bila masa tidak 'tersimpul' dan 'terkelepet' nanti akan saya lakukan teg itu. :)


ila,
"Saya kenal dato' itu", dialog yang biasa disebut di kalangan kontraktor 'atas angin' tu.. He he he.


tenno,
A'ah. Kalau berduit bukan setakat title, dengan orang-orangnya pun boleh dibeli sekarang... :)


B Rampai,
Salam BR.

Ketawa kena tutup mulut, dan buat mengada-ngada sedikit baru nampak feminin BR :D

Boleh dikira dengan jari Datuk/Dato' yang betul-betul berhemah [baca:bermoral]agaknya.Pangkat itu dah menjadi semacam perhiasan mewah di hadapan nama, padahal tidak mempunyai apa-apa harga.:)


nura,
Yang itu kamu selesaikan dengan si Azzam itu ekk... Ha ha

A'ah. Mungkin...mungkin...barangkali, agaknya...:)


sas,
Bos perempuan, berpangkat Datuk pulak, memang berganda-gandalah kareneh dan cerewet agaknya. [diulangi 'agaknya'. he he]

Nasib baiklah intelektual & profesional dalam soal kerja ek. Tentang 'gaya hidup' dia itu, I tak berani nak komen.. he he he.


LUV,
Betul itu kak LUJ. Cuma masalahnya 'mereka' tak terfikir tentang itu semua. Yang mereka pentingkan 'kantung' dan 'kesenangan' di dunia [tapi bukan semua begitu..] :)

 

Rabu, Jun 27, 2007 7:32:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

JP, selamat datang ke blog usrah saya!

Kritik dan analisis saya di blog itu semuanya idea2 asas dan lama. Cuma sekadar untuk perkongsian awal.

Saya berharap, seperti juga kata pengantar saya 'Pasca-Tulis' di buku Patah Balek, akan muncul makalah-makalah yang lebih cemerlang daripada pengarang2 muda yang lebih gemilang dan terbilang.

Hehehe ... (Bergurau dengan nada serius!)

Nota: Maksud saya slogan ini menarik dan apalah salahnya jika kita menunaikan tuntutannya "Cemerlang, Gemilang, Terbilang"

fathi aris omar faomar@yahoo.com

 

Rabu, Jun 27, 2007 7:50:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

fathi AO,
Blog Usrah sdra itu menarik. [Bukan mengampu, tapi sungguh!]Mungkin bagi saudara 'idea2 asas dan lama', tapi segar dan 'menyuntik' bagi pembaca-pembaca yang masih berfikir cara yang biasa dan yang gemar terikut-ikut pemikiran orang lain tanpa menganalisa dan mendalami rasional di sebaliknya. :).

Saya setuju 100%. "Cemerlang, Gemilang, Terbilang" itu satu slogan yang menarik, penuh erti dan dalam maknanya. Seperti juga slogan-slogan lain, "Bersih, Cekap, Amanah", "Cepat, Mesra dan Betul" dan sebagainya. Cuma Mungkin bergantung juga kepada siapa dan bagaimana melaksanakannya juga penghayatan dan pengisiannya. Jika slogan semata-mata akan jadi retorik dan menjadi pemanis bibir sahaja. :)

 

Khamis, Jun 28, 2007 10:03:00 PG, Blogger ayu_mkay

yang belum dapat, terus berusaha sungguh sesungguhnya utk mendapatkannya. sampai tak kenal dah mana jalan yang ada simpang walau itulah laluan sedari dulu.

yang dah dapat lak gatei nak berabang lak. klu dah datuk tu tentunya udah tua.. tak yah nak berabang2 ye dak.

apa pun no komenlah...heheheh.

 

Khamis, Jun 28, 2007 10:32:00 PG, Blogger Sya

Terdgr jugak rancangan tu.. tapi tak lama sbb kurang suka ngan pengacara tu yg kekadang terlalu emo

 

Khamis, Jun 28, 2007 2:05:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

nanti saya dah ada cucu..zauj saya, mereka dipanggil datuk..oh! kalau gitu saya sebagai zaujahnya nak cucu-cucu saya panggil saya datinlah..

ha ha ha.

 

Khamis, Jun 28, 2007 2:43:00 PTG, Blogger pekan

dah lama tak dengar stesen radio tu..

tersekat bersama2 ribuan kenderaan lain sudah menjadi perkara biasa.. letih..**

 

Khamis, Jun 28, 2007 3:08:00 PTG, Blogger Pa'chik

datuk aa...
bila mau bikin cerita baru? mana tau buleh dapat tan sri pulak.. datuk seri ke...

 

Jumaat, Jun 29, 2007 3:05:00 PG, Blogger Kurma2Biji

datuk.....
ada apa pada nama.....
hhehehhe

 

Jumaat, Jun 29, 2007 4:30:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Ada orang yangh namanya bermula dengan Tun tu, mungkin akan dapat Dato' selepas selesai kes nya..kot?
Tan Sri tu asalnya Tan aje, tapi ada orang bimbang kalau ada Tan ya dapat gelaran tu, jadi Tan Tan lah pulak.

 

Jumaat, Jun 29, 2007 4:53:00 PTG, Blogger hitomi

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

 

Jumaat, Jun 29, 2007 4:54:00 PTG, Blogger hitomi

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

 

Jumaat, Jun 29, 2007 4:57:00 PTG, Blogger hitomi

kalo dapat title Prof Dato Dr baru ada kelas...dapat title dato coz intectuality yg tinggi..fuh, insya-Allah :)

 

Sabtu, Jun 30, 2007 10:56:00 PG, Blogger TedungS

biar la bro, tu dah 'rezeki' masing2. dlm kubur nanti malaikat tk panggil datuk2 dah... duniawi je

 

Sabtu, Jun 30, 2007 2:17:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

ayu mkay,
Oooo, yang itu bukan komen rupanya.... he he he


kak sya,
Pun bukan rancangan kegemaran saya. Rancangan itu lebih kepada mengumpat dan menghentam orang ek... :)


akira,
Insya-Allah, semoga kamu dipanjangkan umur. Itu cucu. Kalau cicit-cicit, nak panggil kamu apa pulak..? He he he.


Pisces,
Saya tengok keadaan. Kalau lagu ok, saya dengar. Kalau tak ok saya tukar ke stesen lain :)

Kesesakan itu peluang untuk kita 'bersenam kaki' juga sebenarnya. :D


pa'chik,
Ha ha ha.


kurma,
He he he. Apalah ada pada pangkat 'Datuk' yang itu.....


zabs,
Biasalah itu. Lepas itu ada perluang naik jadi Peguam Negara pulak. :)


Hitomi,
Kalau dah ada 'Prof' di depan nama, 'Datuk' tak payah pun tak apa.. :)


Tedung,
Ha'ah. 'Rezeki' masing-masing. Tapi biarlah 'kena' dengan caranya :)

 

Selasa, Oktober 16, 2007 5:11:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

hmm.....aku pun nk bagi pendapat aku gk.....bagi aku title dato' yg kebanyakan artis dpt adalah drpd sultan pahang.....seperti mane yg mak aku bitau.....title dato' dari sultan pahang bleh dibeli sesuka ati asal ade wang....gelaran dato' yang paling ssh nk dpt adalah dr sultan johor, kelantan, terengganu. so, sape yg dapat dr sultan tersebut maknanya die dh beri sumbangan besar kepada negara. aku pun pelik gk...ape sumbangan artis kpd kedaulatan negara dan agama sampai dpt dato'. x lain x bkn derang beli. bapak aku seorang pegawai tentera laut. bagi anggota beruniform spt polis, TLDM, TUDM, MARITIM MSIA,tentera darat, mereka akan dpt dato' biler pangkat mereka dh at least satu bintang atau satu paku atau dlm english one star. tapi ade gk yg dh satu bintang x dpt dato' dan bler dh naik pangkat kpd 2 bintang br dpt. ok di sini aku nk terangkan skit. bagi TLDM 1 bintang adalah laksamana pertama, polis ialah senior asisten komisioner II, tentera darat Brigadier jeneral. so, biler dh sampai thp ini, tunggu masa jerk nk dpt title dato'. bg anggota uniform yg dapat dato', gelaran tersebut membolehkan mereka dapat elaun keraian sebanyak minimum rm1000. ini ape yg bpk aku bitau. bg yg dapat dato' secara beli suka2, mereka x dpt elaun keraian, tapi sekadar title jer la. then, biler anggota uniform yg dh sampai pangkat tertinggi yakni 4 bintang, TLDM laksamana, polis inspektor general, TUDM marsyal udara, tentera darat Jeneral.....mereka akan dapat tan sri plak. gelaran tan sri x bleh beli walau byk mane duit. elaun keraian utk tan sri adalah minimum rm2000 mengikut perkhidmatan. so, aku banga dgn anggota uniform yg dpt title sbb mereka mmg berjasa kpd negara. bg yg beli tuh, xde mende nk bangga beli pun. kalau salah tlg btolkan. bye 4 now