Tengahari itu. Aku sampai di kampung setelah lebih tiga jam menunggang dan menunggeng di atas jalan. Perjalanan yang jauh itu amat memenatkan. Punggungku terasa kebas. Pinggangku terasa sengal-sengal. Mataku mula berpinar-pinar. Baru sahaja ingin kurebahkan badan di sofa, kuterdengar abah memanggil namaku. Abah menunjukkan tayar belakang motorsikal Honda C70nya. Nampak leper mengempis. Bocor terkena benda tajam agaknya. Dengan nada mengharap abah memintaku menolong menuntunnya bersama-sama ke bengkel motorsikal di pekan.
“Nantilah bah, orang tengah penat ni…” Jawapku lesu, antara sedar dan tidak. Aku pun hanyut, melelapkan mata. Akur melayan letih.
Bila kuterjaga, aku tercari-cari abah. Tiada kelibatnya. Motorsikal kesayangannya itu juga tidak kelihatan di bawah rumah. Di depan tangga anjung belakang juga tiada. Lantas kutanyakan emak. Kata emak, abah pergi menolak motorsikal ke bengkel, menampal tayar yang bocor.
“Kalau tak ditampal, besok pagi tak boleh pergi menoreh”, tambah emak, terbongkok-bongkok sambil tangannya rancak menyapu helai-helai daun Durio zibethinus kering yang gugur di laman hadapan rumah.
Aku terkedu. Bengkel motorsikal Cina itu bukannya dekat, jauhnya berbatu-batu. Sedangkan berbasikal pun lebih setengah jam sampainya, inikan pula berjalan kaki sambil menolak motorsikal, di jalan tanah merah yang berdebu dan di bawah panas terik pula. Tuhan sahaja yang tahu rasa bersalahnya aku waktu itu. Kekesalanku tidak tergambarkan. Sampainya hatiku membiarkan abah menolak motorsikal sejauh itu seorang diri sedang aku pula enak-enak melayan tidur.
Senja itu, abah sampai di rumah menjelang Maghrib. Sewaktu makan malam, abah senyap. Aku pula, entah mengapa cuma mampu membisu, bagai tak terdaya untuk berkata-kata. Senyap dan bahasa bisu kami bagai menyimpan makna dan menyembunyikan rasa. Mungkinkah abah berkecil hati atau akukah yang dihimpit rasa bersalah dan kesal yang tak sudah?
Malam itu, sebelum tidur, kulihat abah menyendiri di ruang belakang, mengurut-ngurut kakinya dengan minyak. Kasihan abah. Abah itu sungguhpun keras hatinya tapi ada ketikanya sungguh perasa jiwanya.
Kuingat masih lagi zaman kenakalanku semasa kecil dahulu. Memang abah cukup tegas, puas juga aku dihambat abah sekeliling rumah dan merasa libasan tali pinggang abah. Tapi sejak bersekolah menengah dan seterusnya berhijrah ke ibukota mengikuti kursus matrikulasi, aku menjadi anak kesayangan abah. Dulu kami bukan keluarga senang. Untuk mendaftar ke matrikulasipun selain emak terpaksa menjual rantai lehernya, abahlah orangnya yang rela menebalkan muka meminjam sana-sini. Dan motorsikal yang kupakai itupun abah yang belikan. Agaknya abah tak sampai hati membiarkanku berjalan kaki setiap hari ke kuliah. Walaupun motorsikal terpakai itu cuma RM1,500.00, abah hanya mampu membelinya secara ansuran.
Mungkin agaknya itu yang membuatkan kurasa bersalah sangat kerana menghampakan permintaan abah siang itu. Apalah salahnya aku berkorban, berpenat-penat sedikit menolong abah menolak motorsikalnya itu. Apalah sangat erti penatku tengahari itu berbanding pengorbanan abah yang telah bersusah-payah untuk aku.
Kisah itu telah lama berlalu namun sehingga saat ini rasa bersalah itu sesekali datang mengusik, bagai sukar untuk kupadamkan terus. Bagai tidak tertebus dengan kalimah maaf. Masih menusuk, menghukum dan sebak setiapkali memandang motorsikal itu juga setiapkali bayangan tubuh tua abah sedang menolak motorsikal dan mengurut-ngurut kakinya itu singgah di dalam ingatan. Biarpun hari ini kumungkin mampu menghadiahkan abah motorsikal baru, tapi mana mungkin mampu memadam kekesalanku yang satu itu.
[17 Jun; Selamat Hari Bapa kepada abah. Semoga abah terus sentiasa diberkati, dirahmati dan dilindungi Allah. Selamat Hari Bapa juga buat semua rakan-rakan yang bergelar bapa….]
TTFN
Label: Retrospektif
Rabu, Jun 13, 2007 8:28:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Abah kata tak apa, Along tengah letih. Cuma rasa bersalah itu bukan sengaja diundang datang. Mungkin sebagai anak, cara memberi alasan itu agaknya kurang 'berhemah'...
MR,
Bila teringat, doa-doakanlah kesejahteraannya, MR :)
He he he
raeidzall,
Penulis cerita ini lagilah dalam tersentuhnya.
Maaf. Tidak untuk dijual! he he
Iman,
Begitulah. Apatah lagi semasa remaja, memang selalu bertindak mengikut emosi. Insya-Allah. :)
ajzie,
He he he. Ke situ pulak ekk... :D
pa'chik,
Itu dulu-dulu pa'chik. Mungkin masa itu ilmu belum cukup. Tradisi kampung itu dulu, kalau pancit mesti tuntun. Kalau sekarang ni pancit, bukan setakat cabut, abah dah boleh tukar tiub dan tayar sendiri.... :D
Khamis, Jun 14, 2007 2:45:00 PG, khairyn
salam purp,
Lepas saya tulis entry pasal abah saya (on his birthday), seorang sahabat sms - seorang bapa akan sanggup lakukan apa saja untuk anaknya - Sungguh, saya terharu.
Sekarang ni kalau saya buat silap atau terlukakan hati abah, saya akan cepat2 minta maaf sebab kita tak tahu bila Allah akan jemput kita.
Kadang2 terfikir,kenapalah kita ni ego sangat sampai tak sanggup nak ucapkan 'saya minta maaf' bila kita buat kesalahan pada orang2 tersayang? Kenapa ayat tu exclusive untuk hari raya je?
Khamis, Jun 14, 2007 8:56:00 PG, Pa'chik
kata khairyn jamaludin,
Kadang2 terfikir,kenapalah kita ni ego sangat sampai tak sanggup nak ucapkan 'saya minta maaf' bila kita buat kesalahan pada orang2 tersayang? Kenapa ayat tu exclusive untuk hari raya je?
err.. nanti mereka rasa pelik... "ko ni dah nak mati ke?" tanya mereka kehairanan.. heheh...
purp,
lupa, cerita tu, format untuk tengok ngan pisi saja tau... ongkosnya.. tak yah la...
Khamis, Jun 14, 2007 9:31:00 PG, Unknown
hampir nak nitis air mata baya kisah kali ni...
teringat kat ayah sendiri, tp saya ni masih tak reti nk hargai ayah sendiri, sthn baper kali ja jumpa, klu jumpa tak smp 10 min, kami berdua sepatah di tanya sepatah di jawab... maklum la dibesarkan oleh mak sorg jer..mak la dok paksa pi jumpa ayah. berdosakan? camner nak except?
Khamis, Jun 14, 2007 11:45:00 PG,
Itulah yang Pakcik selalu cakap pada anak-anak. Ibu/bapa sorang boleh jaga hati anak-anak yang ramai, tetapi anak2 yang ramai kadang kala tak dapat hendak mengembirakan ibu/bapa seorang. Mulalah dari sekarang, kerana kita tak tahu bila mereka akan pergi untuk selamanya. Jangan tunggu setahun sekali sahaja baru nak ingat IBU/BAPA. Mereka sepatutnya diingati setiap hari. Mendoakan ibu/bapa membuka pintu rezeki, InsyaAllah.
Khamis, Jun 14, 2007 5:30:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Kemat,
Selamat Pengantin Baru Kemat! :)
Itulah dia. Hikmahnya, aku menjadi anak yang lebih 'peka' selepas itu. Alhamdulillah. :)
manjlara,
Cara bertindak di usia remaja memang mudah mengikut emosi. [sekarang masih remaja juga tapi 'remaja antik' la.. :D]
Kalau tidak 'dihukum' cara begitu mungkin kita tidak akan 'sedar'....
Itu nama botanikal durian :)
hanny,
Ye ke? Nampak di mana ekk? :D
ainin naufal,
Hukuman yang mendera itu rupa-rupanya tersirat satu pengajaran yang berguna... :)
Insya-Allah...[he he..sempat lagi menyelit soalan tidak relevan itu ekk... :P]
loveujordan,
Alhamdulillah. Ketegasan abah juga yang menjadikan kami anak-anaknya menjadi 'manusia' hari ini.. :)
Satu lagi, agaknya sebab bersejarahkan kesusahan dan kepahitan semasa kecil, menjadikan kejayaan yang dikecapi itu lebih bermakna :)
mudin,
Ambil mana yang baik jadikan pengajaran. Walaupun yang buruk itu harus dibuang jauh-jauh, jangan lupa ambil iktibarnya. [Mengingatkan diri sendiri ini sebenarnya..:) ]
khairyn,
Salam,
Ya. Pengorbanan seorang bapa memang tiada tolok bandingnya.
Tertarik pada kata-kata Euripides, "Noble fathers have noble children". Insya-Allah.
Mungkin sebab budaya kita sudah begitu, meminta maaf cuma di hari raya. :)
Pa'chik,
Kau ni orang tengah serius kau buat lawak pulak... he he he..
[Terima kasih. Terharunya dengan kebaikan dan kemurahan hati kau itu pa'chik. Semoga Allah sentiasa terus merahmati kau. Amin.]
anielza,
Hmmm....begitu. Apapun dia tetap bapa kamu kan... Sentiasa doakan yang baik-baik .... :)
Luthfi,
Ya. Lebih tepat di Muar. Kamu pernah menjejakkan kaki ke negeri Johor?
Khamis, Jun 14, 2007 6:06:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
mak su,
Sebagai anak, kadang-kadang kita mudah lupa. Samalah saya.
Apa yang kita buat pada emak-abah sekarang, nanti anak kita akan buat pada kita pula. Itu yang takut .... :)
ontahsapo,
Semasa kecil2 dulu aku memang degil dan nakal OS. Alhamdulillah, sekarang aku dah jadi anak yang baik... he he he.
zabs,
Terima kasih. Teguran yang baik. Insya-Allah.
Itulah. Kadang-kadang kita suka memberi alasan sibuk dengan urusan kita, sampai terlupa emak ayah di kampung. Mereka dulu tiada pun memberi alasan sibuk untuk membesarkan kita.
cikin,
Itulah dia. Samalah. Dulu-dulu semasa awal remaja selalu mengikut emosi, tak pandai menjaga hati emak-abah. Alhamdulilah, sempat sedar semasa mereka masih ada......
jinggo,
Itulah dia. Alhamdulillah, Tuhan cepat-cepat sedarkan kita.. :)
Motor itu sayang nak jual. Kalau dibela lama sikit lagi boleh jadi artifak berharga tu.. :D
butaseni,
Itulah. Kadang-kadang kita tak perasan yang kita dah melukakan hati mereka. Bila dah berlaku baru nak menyesal.
Kadang-kadang mungkin sebab jurang generasi. Sekarang aku lebih berhati-hati ....
nbk,
Betul. Sekurang-kurangnya aku sempat sedar, awal-awal lagi.
Selamat Hari Bapa buek ekau jang!
mummy rizq,
Selamat Hari Bapa buat bapa kepada adik Rizq! :)
Kalau jual mahal harga AY 8898 itu MR.. :D
nashya,
Anak mana yang tidak sayangkan ayah kan... :)
achik,
Selamat juga untuk ayah kamu, achik. :)
azzam,
Aku tak malu untuk berkongsi cerita lama zam. Mungkin cerita ini nadanya seperti aku ini anak yang tidak mengenang budi. Tapi itu lama dulu.... Sekarang, Alhamdulillah...
Yang buruk jadikan sempadan. Ambil mesejnya. :)
Jumaat, Jun 15, 2007 4:39:00 PTG,
salam singgah.
bila ada hari2 istimewa saya selalu ucap, "saya sayang ayahanda. ayahandalah satu2nya ayah yang saya ada di dunia dan di akhirat." (tukar gantinama mengikut kesesuaian) saya dapat ayat2 terharu tu dalam summer camp kelolaan dr hassan ali dulu2.
selamat hari bapa kepada wak. errr..wak belum jadi bapa lagi eh? sori2. sey pissss... =)
Jumaat, Jun 15, 2007 6:14:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
tegezoot,
Ya, ya. Istilah 'tak matang lagi' itu mungkin paling sesuai untuk menggambarkan situasi aku masa itu. :)
ad3ck,
Itu cuma nombor. Kalau 77 atau 777 lagi cantik.... :D
Qisst,
Sentiasa doakan kesejahteraan dan kebahagiaannya di sana Qisst. Semoga Allah mengampunkan kesilapan kita. Insya-Allah.
B Rampai,
Dengan bercerita ini, satu cara untuk meringankan rasa terhukum, kesal dan bersalah itu juga barangkali. Ada hikmahnya juga kisah itu.
Insya-Allah. Selamat untuk ayah BR juga :)
Akira,
Betul.
Selamat untuk ayah kamu juga :)
kamarul,
Ya. Syahdu dan bermakna lagu itu. Seperti terdengar-dengar pula......
ila,
Selamat Hari Bapa untuk ayah kamu Ila. :)
Pegawai,
Itulah, kadang-kadang ada teknologi canggih di tangan pun kita tidak manfaatkan [mengingatkan diri aku sendiri ni...]
Semoga roh Almarhum ayah kau sentiasa sejahtera, dirahmati dan diberkati oleh-Nya. Amin.
arts,
Mengingati bapa bukan setakat hanya di Hari Bapa. Kan?
Tiara,
Kalau letak harga RM88,888.88 nak beli tak? :D
wongnom,
Syahdu juga rupanya hikayat hidup kamu mas wongnom @ MM... Tapi tak bijak pula untuk aku mengulasnya.
Aku juga punya cerita lain yang syahdu tentang seorang bapa ini. Nantilah aku ceritakan, Insya-Allah...
Tak mengapa. Pandailah siRashid Sibir itu memberi tajuknya nanti. Takut tajukku akan berbunyi lucu pula nanti... :)
eisraa,
Salam,
Terima kasih kerana berkongsi. Juga doa “Ya Allah, ampunilah dosa kedua-dua ibubapaku, kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihiku sejak aku kecil” itu setiap kali selepas solat....
Isnin, Jun 18, 2007 10:52:00 PG, blackpurple @ jowopinter
gayour,
Ya. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Insan mana yang tidak pernah melakukan silap. Alhamdulillah, dapat cepat-cepat sedar. Semasa mereka masih hidup inilah kalau ingin berbakti.
TedungS,
Pembetulan tedung; abah aku masih ada lagi, sihat lagi. J
Bila nak balik Malaysia bro’?
Tenno,
Taknaklah buat abah ‘merajuk’ lagi. Tak tenteram hidup nanti. J
Masa itu tak berduit, jangankan nak belanja makan, duit minyak pun mintak orang tua. :D
Nuraddeen,
Ya, ya. Alhamdulillah. Ada lagi tempat untuk kita berbakti dan menumpang kasih. J
faiza,
Pengorbanan mereka sungguh tiada ternilai harganya. J
Yus,
Bila sudah berjauhan di rantau orang apatah lagi rindunya kan…….
King,
Dulu-dulu aku memang nakal sikit KB, sekarang baik dah…… :D
Zino,
Oooo…zino UTM ekk dulu. Motor lama itu elok disimpan, jadi bahan sejarah peribadi…. J
Amora,
Berapa kali call ayah dalam sebulan amora? :D
Pa’chik,
Ha ha ha. Sampai dah. Tapi bukan setakat tukar tiub, tukar rim sukan sekali…..ha ha ha…
kak lady,
Cerita masa remaja dulu Kak Lady... Nostalgia..
Selamat untuk ayah BP juga.. :)
anielza.
:). Gitu pulak ekk
13may,
Maaf bro'. Tidak untuk dijual! :D
Setelah bergelak 2-3 entri, kali ni bersedih sama... Kenangan itu akan terus mengusik jiwa, cuma agaknya Abah pun mungkin dah lupa dan memaafkan...
Selamat Hari Bapa kepada Abah u dan ayah i, kepada semua bapa2 walau di mana mereka berada...