Rabu, Jun 06, 2007
Semalam, petang yang lembap. Di satu jalan dua hala yang sempit dan berselirat, di celah-celah subbandar yang sendat dan melemaskan. Kenderaan berasak-asak, kepenatan.

Di depan kereta yang sedang kupandu, sebuah motosikal berkuasa sederhana dipandu oleh seorang lelaki muda. Pemboncengnya, seorang perempuan yang juga masih muda, ramping dan memberahikan, menonggek sambil memeluk lelaki itu seeratnya. Rapat dan melekat. Dua tubuh menjadi satu. Kepala perempuan itu terlentuk manja di bahu lelaki itu. Sekali imbas dari belakang seperti satu tubuh manusia yang bercabang dua kepalanya.

Jalan yang sempit dan sesak memaksa aku mengekori perlahan motorsikal itu dan motorsikal itu pula mengekori perlahan sebuah kereta lain di hadapannya. Mataku bagai dijolok-jolok menonton aksi berpeluk-pelukan, bergeli-gelian dan bermanja-manjaan yang merimaskan.

Sekejap-sekejap pula tangan kiri perempuan itu meraba-raba dan mencubit-cubit bahagian bawah belakang baju ketat kontot tidak berlengannya itu. Mungkin dia malu dan bimbang kalau-kalau seluar dalam dan alur bontotnya dilihat orang. Mungkin juga mencubit-cubit atas punggungnya yang gatal.

Alahaiā€¦..

Dalam senyap, aku teringat Cerita Hajjah Tukinah untuk Nurul Balqis dan Nur Sabrina itu. Itu yang tersirat sebenarnya :)

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 6/06/2007 06:47:00 PTG. |


47 Ulasan


Rabu, Jun 06, 2007 6:54:00 PTG, Blogger Sastri

hmmm... sempat membuat pemerhatian ek dalam kesesakan begitu... :D

tapi biasanya keadaan macam ni berlaku kan? si pembonceng, mungkin atas kesedaran, akan cuba menarik2 baju untuk mengelak dari tertunjuk apa2 yg tak patut...

 

Rabu, Jun 06, 2007 8:15:00 PTG, Blogger Pa'chik

dude, dalam satu ceramah ni, ustaz tu kata, ada satu kes ni, pasal nak lari dari pencegah maksiat, pasangan tu sanggup naik motor hanya beruniform budak baru lahir... haha... kat tengah bandar pulak tu...
kata ustaz, agaknya kalau potong kereta kita, sampai sudah kita kejar.. haha...

err.. nanti aku hapload ceramah tu.. kat yutiub juga... tengah potong-potong kasik kecik...

 

Rabu, Jun 06, 2007 8:57:00 PTG, Blogger ManjLara

amboi, detailnye memerhati :D tapi yelah, sy yg membacanya pun boleh merah muka menahan malu...

sedih juga bila melihat pakaian jahiliah kembali mempengaruhi kehidupan remaja hari ini :(:(

 

Rabu, Jun 06, 2007 10:49:00 PTG, Blogger zino

ni nak bagi nasihat sikit..
lain kali tumpukan perhatian kepada pemanduan..

sempat berangan ya.. hehe

 

Khamis, Jun 07, 2007 12:16:00 PG, Blogger Butaseni@Wan Raja

salam brader..
dengar lu crita membuatku nak beli motor lak hahaha
megghairahkan lah pulak hahaha
astaghfirullah hal azimmm,
salam

 

Khamis, Jun 07, 2007 12:43:00 PG, Blogger silversarina

sayang , body cantik dan perlakuan sumbang jadi tontonan umum.... inilah cerita duka akhir zaman :(

 

Khamis, Jun 07, 2007 3:16:00 PG, Blogger aNIe

Ermmm....pakaian akhir zaman...ada baju yang labuh2...dipilih yang pendek2...lepastu tercubit2 pulak ye...

Kak Lady selalu menjadi pemerhati gelagat anak2 muda sekarang...sambil hati berastaghfar moga anak gadis & anak bujang kak lady nanti dijauhkan dari semua itu....Ameennn

 

Khamis, Jun 07, 2007 6:45:00 PG, Blogger khairyn

mengapakah yg tersirat yg kubaca itu seperti ada unsur2 jaki??

adakah kamu berangan, kamu yang dipeluk gadis itu??? hahaha

uiks! zooooooooooom.

 

Khamis, Jun 07, 2007 9:04:00 PG, Blogger NONIE AZIZ

muahahahha...aku pun rasa kejakian itu...mcn pendapat kak lady tu...tulah suruh beli motor besar tak nak nak jugak keta sukan...muahahahhahahaha...

 

Khamis, Jun 07, 2007 9:06:00 PG, Blogger NONIE AZIZ

upsss tersalah pandang ...mcm pedapat khairyn..

 

Khamis, Jun 07, 2007 10:55:00 PG, Blogger zwitterion

itula..malu nak tgk.tergamak diorang pakai baju kecik konet..

 

Khamis, Jun 07, 2007 10:56:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.

tak nak tengok nanti ngumpat berkapal2.

 

Khamis, Jun 07, 2007 11:01:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

langgar aje. nanti ada masuk berita "kereta langgar motor kerana alur bontot" baru diorang tau tumpuan pemandu lain terganggu. hehehe

 

Khamis, Jun 07, 2007 11:15:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

ish...ish.. ish.. pompuan zaman skarang. *geleng kepala*

erk..aku pon pompuan zaman skarang gak. tp aku setia ngn lrt. :D

 

Khamis, Jun 07, 2007 11:45:00 PG, Blogger banggugar

salam,

alahai..

anak2 kita.. sedara mara kita.. sepupu sepapat kita..

MELAYU..

alahai..

(",)

 

Khamis, Jun 07, 2007 11:57:00 PG, Blogger Unknown

dah fesyen namanya, nak wat cam ner.. seluar jeans semakin lama semakin pendek...

ada apa dengar alor bontot?

spender x pakai kot

 

Khamis, Jun 07, 2007 12:09:00 PTG, Blogger Unknown

Hish.... erotis sungguh. Auuuww!

p/s : Dah pakai yang ala-ala mini tu, kenapa nak try tutup-tutup pulak? Apa kes?

 

Khamis, Jun 07, 2007 12:10:00 PTG, Blogger KV

bp skodeng eh? Hehehe
er...sapa la jejaka macho kat sebelah tu. Ala yg gambar 'cacat' tu, ada sbelah, sebelah jer. Hehe

 

Khamis, Jun 07, 2007 12:18:00 PTG, Blogger Mak Su

kah kah kah, aduh... geli ati, geli tekak... udahler pakai cenggitu, bila orang tengok or orang tak tengok nak tutup tutup... alah... leks ler beb... kan?

 

Khamis, Jun 07, 2007 1:23:00 PTG, Blogger DeeN

Purp, mungkin dia terasa ada sepasang mata yg asyik masyuk merenung belakangnya menyebabkan secara automatik dia pun cubalah buat2 cover apa yg dah terdiscover. he he he .. Wayang free la ko hari tuh dude :D

Ya! uniform akhir zaman. aku setuju.

 

Khamis, Jun 07, 2007 1:45:00 PTG, Blogger ontahsapo

aku suker gak kalau mcm ni... takder la boring bawak keter.... heheh...

 

Khamis, Jun 07, 2007 2:01:00 PTG, Blogger NBK466

Itu lah..den dah koba an...kawin jang..kawin copek...tak payah lopeh nie sesibuk tgk 'alur jamban' orang..ha..ha..ha..

 

Khamis, Jun 07, 2007 2:56:00 PTG, Blogger 13may

hehhe....tengok jgn sampai terleka semasa drive udah ler...

 

Khamis, Jun 07, 2007 3:35:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sas,
Memandu kan kena pandang tepat ke depan. Mestilah 'terperhati' :P

Kalau taknak 'tertunjuk apa2 yg tak patut', kenapa tak pakai baju yang senonoh? :)


pa'chik,
Ha ha ha. Kalau dapat tangkap gambar secara live lagi elok tu.

[Psst..., Godfather tu ok ke?]


manjlara,
Dah cuba buat-buat tak nampak sebenarnya...... he he he

Nak cerita pasal pakaian 'zaman purba' ni, takut nanti ada yang terasa. Sendiri mau ingat la aurat sendiri... :D


zino,
Sebab nak tumpukan pemanduanlah memandang ke depan. Bila dah memandang ke depan mestilah nampak segala aksi itu zino. He he he.


butaseni,
Salam,

Nawaitu kena betulkan tu. He he he.


loveujordan,
Susah nak kata LUJ. 'Orang' kita juga, kadang-kadang orang yang kita kenal. Asalkan kita sendiri ingat batas-batasnya oklah...:)


Kak Lady,
Ya, elok kita mengingatkan diri kita sendiri dulu.

Nak kata lebih-lebih, takut nanti dikata orang, macamlah kita ni bagus sangat... :)


khairyn,
Jaki? Kamu kena fikir yang positif. He he he.

Isk... Tak terfikir berangan sampai ke situ la.. :D


mama risyiarina,
Beli motor besar mahal-mahal, bila kena hujan habis basah kuyup. Baik beli kereta sukan, tak kena hujan, lebih macho dan bergaya. He he he.


zwit,
Pinjam baju adik kot. :D


eisraa,
Salam,

Melihat, mentafsir dan jadikan sempadan. :)

 

Khamis, Jun 07, 2007 3:55:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Fiq,
Ha ha ha. Buat 'rosak' kereta aku saja!


cikin,
Dalam LRT bukan lagi banyak ke aksi-aksi kontroversi? :D


Bang gugar,
Salam,

Ya, 'saudara' kita juga.... :(


jamri,
Fesyen pun ada kitarannya. Sekarang dah berpatak balik ke zaman purba. :D

Isk...tak ngilu ke kalau tak pakai?


ainin naufal,
Tak apa. Belum sampai kategori 18sx lagi :D

Itu namanya malu tapi mahu!


kasutvincci,
Bila memandu kan pandang ke depan, dah nampak jelas, tak perlu nak skodeng dah... he he he.

Ha ha ha. Anak siapalah agaknya itu ekk....


mak su,
Selalu memang macam itu. Malu konon. Tapi ada jugak yang memang sengaja nak tayang-tayang lurah dan seluar dalam pada orang. :D


nuraddeen,
Isk... aku dapat dosa percuma juga :D

Sebenarnya pakaian zaman purba yang dikitar semula. Zaman batu dulu kan dah ada fesyen yang lebihkurang macam itu. :)


ontahsapo,
Ha ha ha. Kau memang jujur. Aku suka komen kau. Padat dan bernas!


nbk,
Ha ha ha. Aku bukan sengaja tengok, 'tertengok' la.


13may,
He he he. Menyampah ada la....

 

Khamis, Jun 07, 2007 4:13:00 PTG, Blogger Pa'chik

godfade tu.. oke.. tunggu kao la...

 

Khamis, Jun 07, 2007 5:12:00 PTG, Blogger NJ@Goboklama

adakah kita harus membiarkan saja bila trnampak di depan mata?

 

Khamis, Jun 07, 2007 5:12:00 PTG, Blogger Unknown

satu fenomena biasa zaman s'kang....kata dia org. GULP!!

tiba2 rasa takut nak membesarkan 2 anak dara kat umah tu.

 

Khamis, Jun 07, 2007 6:29:00 PTG, Blogger artisticklytouch

mereka sering memakai baju yang pendek dan menarik2 hujung baju itu seolah-olah ada yang memerhati dan melihat tapi kalau tak mahu diperhati dan dilihat, mengapa pakai baju tu? aku perhati je, tak lihat

 

Khamis, Jun 07, 2007 9:07:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

yang pasti. kasian sungguh kepada mata yang memandang. ada yang memandang dengan penuh kesyukuran kerana dapat mencuci mata. dan tak kurang juga memandang dengan penuh kejelekkan.

tapi itulah ragam dunia kini.

 

Jumaat, Jun 08, 2007 5:56:00 PG, Blogger Kurma2Biji

itulaaaa... orang dulu ngan orang lani tak serupaaaa....
memang payah karang nih nak cari macam dulu.

 

Jumaat, Jun 08, 2007 7:16:00 PG, Blogger Titicaca

"Sekejap-sekejap pula tangan kiri perempuan itu meraba-raba dan mencubit-cubit bahagian bawah belakang baju ketat kontot tidak berlengannya itu."

aku pon selalu jumpa org camni..hish, patut angkat je baju tu tinggi2 baru real...betul tak? hehehe..

 

Jumaat, Jun 08, 2007 7:57:00 PG, Blogger Unknown

hahaha..ish..ish..ish..haru!

 

Jumaat, Jun 08, 2007 8:15:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

sekiranya saya menjadi anda, saya rasa seperti hendak langgar saja motor yang sebegitu...

 

Jumaat, Jun 08, 2007 9:59:00 PG, Blogger arianna adrizal

orang kata...sekali pandang, berdosa. dua kali, rezeki utk anda tonton. entah.. tepuk dada tanya selera.

 

Jumaat, Jun 08, 2007 10:43:00 PG, Blogger hitomi

wa, susah mo concentrate pada pemanduan kalo ada kes mcm nie...hehehehe...

zaman remaja adalah zaman yg terindah...betul ka tu????

 

Jumaat, Jun 08, 2007 1:03:00 PTG, Blogger ILA

nmpaknya..anda t'golong sperti tuan punya komen ini jua.apabila brada d dlm keta, Suka skodeng benda kat luar sna...tpi Mat kontena pula skodeng kita lak..hampehhh!!

 

Jumaat, Jun 08, 2007 2:55:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

pa'chik,
Nanti aku emel alamat ekk. Segala kos biar aku tanggung. Emel no akaun kau. :D


Qistina,
Nak menegah dengan tangan, tak berkuasa. Nak menegah dengan kata-kata, tak berdaya. Tegah dalam hati sajalah nampaknya. :)

[Nak dihon-hon nanti terasa kurang ajar pula :D]


Amora,
Akhlak yang baik kena disemai dari kecil. :)

[Hmmm...Mengingatkan diri sendiri nih...:)]


Arts,
Itu yang musykilnya. Aku pulak bukan memerhati tapi cuma mengkaji kemudian mencari konklusi... :D


Akira,
Tubuh yang empunya diri dan mata yang memerhati sama-sama menjadi manusia yang berdosa.

Sudah sekeliling begitu, dan sudah kita sebahagian dari yang sekeliling itu. Alahai...


kurma,
Dunia semakin tua. Sudah nampak tanda-tanda nyanyuknya. Alam 'terbatuk-batuk', 'resah' dan 'perit'. Manusia pula semakin 'tenat', 'sakit' :)


titicaca,
Boleh. Tapi kalau dibawa ke mahkamah, kita yang akan berada di pihak yang kalah. Ingat kes penyanyi Jas dot dot itu? :)


azzam,
Haru biru.
Segenap penjuru.
Manusia kian keliru.
Dosa meluru-luru.
Bagai peluru.
:D


nbb,
Boleh kalau saya mahu tapi takut-takut nanti saya didakwa jadi 'pembuli jalanraya' pula. :D


arianna,
Tepuk dada, jiwa dan minda; tanya pada iman... :)


hitomi,
Lama kamu menghilang? Mana menyorok? he he he.

Memanglah remaja itu cuma sekali. 'Keindahan' itu subjektif dan relatif sifatnya. Kan? :)


ila,
He he he. Di Klang banyak lori kontena, di sini pula banyak lori hantu.

Itulah. Kita memerhati, dalam masa yang sama kita diperhati dari 'atas' sana. :)

 

Jumaat, Jun 08, 2007 5:24:00 PTG, Blogger Unknown

wakakak!

awak cuci mata yer....

hihi ;)

 

Jumaat, Jun 08, 2007 6:14:00 PTG, Blogger achik

x sakit pinggang ke bonceng motor yg kena menonggek tu?? ;p

 

Jumaat, Jun 08, 2007 6:40:00 PTG, Blogger tegezoot

Halam tetap halam gitu!

 

Jumaat, Jun 08, 2007 7:18:00 PTG, Blogger Iman Mawaddah

Dah banyak kali menyinggah dan membaca. Tapi tidak tahu kenapa saya blur nak komen entri ini hehe. Apa2 hal pun saya suka "Cerita Hajjah Tukinah" tersebut. Entri tersebut adalah permulaan komen saya dalam blog ni kerana tertarik dengan garapan dan mesej yang disampaikan. Tahniah.

 

Sabtu, Jun 09, 2007 12:42:00 PG, Blogger Butaseni@Wan Raja

salam,
respek lu bro, lu buatlah crita apa pun ..
cerita ikan guppy dalam longkang pun mesti laman komen lu penuh...
cayalah

 

Sabtu, Jun 09, 2007 12:23:00 PTG, Blogger kingbinjai

dude, apsal kau tak amik gambar?

 

Sabtu, Jun 09, 2007 2:58:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

cik kema,
Serampang dua mata. 'Mengkaji' dan 'melihat' pada diri sendiri. :)


achik,
Kalau tak menonggek, macamana nak rapat dan melekat. Ha ha ha. Agaknyalah...


Tegezoot,
Ya. Ya. Ya. :)


Iman,
Terima kasih.
Yang baik ambil jadikan teladan. Yang buruk buang jauh-jauh jadikan sempadan. :)


Salam,
Salam,
Trimas, tapi aku tak fikir begitu pulak. Cerita ikan guppy dalam longkang pun punya mesej kan? :D


King,
Ha ha. Aku pemandu yang berhemah....

 

Isnin, Jun 11, 2007 10:09:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Bagus!
Lihat, perhati lagi BP...kemudian ceritakan!

Salam dalam kesedihan.

 

Isnin, Jun 11, 2007 3:42:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

b rampai,
'Memerhati' itu kena lihat perspektifnya juga BR. Samada memerhati untuk 'memerhati' atau memerhati untuk 'diperhati'. :)