Sabtu, Jun 02, 2007
Lewat malam tadi. Aku terlanjur meminjam ruang tamu rumah Musa. Pagi pun sudah bersiap sedia mengambil posisinya dan tubuhku pula sudah begitu lesu untuk memandu pulang. Sehabis menyiapkan kertas kerja itu, minda mengajak mata menonton filem dakwah wali Sunan Kalijaga dari VCD yang kubeli di masjid Seri Petaling semalam.

Imej-imej dan aksi-aksi wali itu semakin lama semakin berbalam-balam. Kelopak mataku semakin malas membuka. Retina mataku seperti semakin mengecil. Agaknya sekawan syaitan sedang galak berseronok bergayut-gayut, mengatup-ngatup kelopak mataku. Bulu mataku memang agak panjang dan lentik, memang sesuailah untuk mereka berseronok-seronok.

Musa pula sudah lama terbongkang erotik di sofa panjangnya. Desir dengkuran halusnya sesekali syahdu, sesekali agak menyeramkan. Dia tersangat letih agaknya. Sudah beberapa petang bersungguh-sungguh benar dia bersenam dan meregangkan otot-otot badan. Katanya mahu menurunkan peratusan komposisi lemak jahat yang berkumpul di bahagian abdomennya. Kalau dia konsisten, insyaAllah dia juga boleh serampingku.

Pagi tadi. Aku menjadi insan berdosa kerana telah ‘menggajahkan’ waktu subuhku. Bukan salah mataku, bukan juga salah Sunan Kalijaga, bukan juga salah Musa. Tapi kealpaanku sendiri, terlupa untuk mengaktifkan tona penggera Nokiaku dan mataku pula sudah terlalu dimanjakan dengan enam jam tidur.

Setelah membasahkan tubuh dan membersihkan segala daki dan bakteria yang menyorok di segenap permukaan, lipatan, celahan, helaian rerambut dan rongga tubuh, di bilik mandi Musa itu, aku mengenakan pakaian, selengkap, sekemas dan sekacaknya.

Aku teringatkan sesuatu. Aku lalu menyentuh sebahagian sudut pangkal lengan kananku dengan jejari tangan kiriku dan mendekatkan jejariku itu ke permukaan rongga hidungku. Aroma yang neutral tetapi masih boleh dipertingkatkan lagi keasyikan dan kemaskulinannya, fikirku.

Rupanya dalam diam Musa terhendap-hendap dan memerhatikan aksi rahsiaku dengan penuh takjub dan minat.

“Hei…! Buat apa tu?”. Musa menyergahku.

“He he he. Tengah test, terlupa tadi dah pakai deodoron ke belum …”Aku, sejujur-jujurnya.

Ya. Kebersihan harus seimbang visual, fizikal dan spiritualnya , [juga aromanya]

TTFN

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 6/02/2007 04:27:00 PTG. |


43 Ulasan


Sabtu, Jun 02, 2007 4:40:00 PTG, Blogger Sastri

Adeh, LOL... boleh macam tu ek? LOL... tewuksssss!!! Tapi setuju la, "Kebersihan harus seimbang, visual dan spiritualnya , [juga aromanya]"

"Bulu mataku memang agak panjang dan lentik" ~ tak tahan laaaa... LOL... tapi memang betul pun... nak tukar boleh? :p

Musa tu bulat ke orangnya? :p

 

Sabtu, Jun 02, 2007 5:21:00 PTG, Blogger lassadad

kasih judul aja untitled ;-)

 

Sabtu, Jun 02, 2007 5:49:00 PTG, Blogger Unknown

hahaha.. ntah-ntah Musa tu menghendap kau masa mandi gak..

 

Sabtu, Jun 02, 2007 8:46:00 PTG, Blogger sherrina

setuju....kebersihan kan sebahagian daripada iman :)

 

Sabtu, Jun 02, 2007 8:55:00 PTG, Blogger Achik_Sufi

aktifkan penggera anda agar tidak slalu MENGGAJAHKAN subuh anda!!!

 

Sabtu, Jun 02, 2007 9:01:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

woooi.. cium ketiak sendiri!

 

Sabtu, Jun 02, 2007 11:50:00 PTG, Blogger ManjLara

Hehehehe... tajuk yg sesuai "wakenabeb!" kot, sbb En Bp dah terkantoi semasa mencium ketiaknye sendiri (",) huhu...

Oooh begitu rupanya En Bp menguji ketrampilan dirinya ya! sy kira... agak ekstrim tuh :P

err.. mcm dah terkena sindrom OCD (Obsessive Compulsive Disorder) jer :O

 

Ahad, Jun 03, 2007 1:09:00 PG, Blogger banggugar

salam,

selalu uji mcm tu ke?..

(",)

 

Ahad, Jun 03, 2007 1:25:00 PG, Blogger Butaseni@Wan Raja

hahaha,ingatkan buat apalah tadi...
berbau lucah mulanya...hehe
salam bro

 

Ahad, Jun 03, 2007 4:08:00 PG, Blogger Unknown

hohohoho.. deodoran ko wangi tak? cap ape

 

Ahad, Jun 03, 2007 10:29:00 PG, Blogger silversarina

ish ish ish punya banyak kisah tapi tak de tajuk.....

camne rupa musa tido terbongkang erotik....pastu bangun tido intai orang tengah cek bau ketiak :P

buh tajuk: Musa dan ketiakku !!

 

Ahad, Jun 03, 2007 12:18:00 PTG, Blogger zwitterion

wohh..itu mcm ke test tu?..hehe

 

Ahad, Jun 03, 2007 4:21:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sas,
Bulu mataku ini memang sentiasa menjadi pujaan dan dicemburui ramai. he he he. LOL

Musa itu taklah bulat tapi agak montel sedikit :P


Luthfi,
'Untitle' itupun satu judul. Bukan begitu mas? :D


Orochi,
Melampau kalau sampai ke tahap itu. Ha ha ha.


Sherrina,
Terima kasih, juga kerana bersetuju. :D


achik sufi,
Terima kasih kerana mengingatkan :)


Raiedzall,
Mana ada. Itu cium jejari la. Ha ha ha.


Manjlara,
Ha ha ha.

Silap saya. Aksi rahsia itu sepatutnya dilakukan ditempat yang tersembunyi dan secara rahsia. :P


Bang gugar,
Salam,

Cuma bila terlupa! ha ha


butaseni,
Salam,
Jangan risau, belum pernah entri aku berbau lucah. He he he.


Lindosh,
Nivea for Men. Ha ha ha.


Loveujordan,
Musa bila tidur seperti sedang tersenyum [entah apalah yang dimimpikan agaknya. He he he]

Tajuk itu tak penting LUJ, mesejnya lebih penting. :)


Zwit,
Kalau kamu nak buat pun boleh, tapi pastikan di tempat yang sesuai. :D

 

Ahad, Jun 03, 2007 7:57:00 PTG, Blogger Pa'chik

dah pakai ke belum sebenarnya neh?

 

Isnin, Jun 04, 2007 12:05:00 PG, Blogger tegezoot

arwah bapak aku ajar kalau taknak ketiak berbau bila habis mandi kumur air pastu selawat dan sembur ke ketiak! Ulang tigakali.

 

Isnin, Jun 04, 2007 2:10:00 PG, Blogger akirasuri

he he he. macam iklan deodran pulak. :D

*hari ni dah pakai deodran belum :p

 

Isnin, Jun 04, 2007 7:31:00 PG, Blogger Unknown

aku prnah pakai kolget utk gntikn deodran...apa maksudnya tu ek?bengong ke apa tu kan...

 

Isnin, Jun 04, 2007 7:50:00 PG, Blogger Mummy Rizq

hee..hee... bleh gitu?

 

Isnin, Jun 04, 2007 8:03:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.

wak, vcd sunan kalijaga tu dalam bahasa apa? melayu, indon atau jawa? macam mana nak dapatkan? saya cuma pernah dengar je dari bong2 indon di sini. dan nak tahu jugak tentang vcd wali songo.

 

Isnin, Jun 04, 2007 10:01:00 PG, Blogger KV

bau nya mesti menusuk kalbu gitew!

 

Isnin, Jun 04, 2007 10:15:00 PG, Blogger arianna adrizal

haha.. lama tak singgah sini.
musa tu 'sudah gaharu cendana pulak'.. saja la tuuu ;)

 

Isnin, Jun 04, 2007 10:25:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

baper kali "mendekatkan jejariku itu ke permukaan rongga hidungku" tu? mesti berkali² sampai puas ati kan? ekekek.. :D

 

Isnin, Jun 04, 2007 10:39:00 PG, Blogger ontahsapo

ceh busuk punya cerita....

 

Isnin, Jun 04, 2007 11:32:00 PG, Blogger NBK466

Haaa...den ada satu bahasa JOWO dlm kamus den khas utk N3 nie. "KEMPROH"..he..he..he..

 

Isnin, Jun 04, 2007 1:29:00 PTG, Blogger Taiko

apa maksudmu dengan 'baring erotik'? adakah baring sambil memasukkan tangan di dalam seluar?

 

Isnin, Jun 04, 2007 3:00:00 PTG, Blogger khairyn

Perkh!

mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi.

hahahaha

 

Isnin, Jun 04, 2007 5:42:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

pa'chik,
Waktu dan saat itu belum. Sekarang sudah. He he he.


tegezoot,
Terima kasih kerana petua itu. Alhamdulillah, ketiakku dilahirkan mempunyai aroma yang neutral. Sungguh!


akira,
He he he. Sudah. Suci lagi menyucikan :D


azzam,
Isk... Tak pijar ke? ha ha [Yang bukan-bukan kau ni]


Mummy rizq,
Boleh. Apa salahnya, tapi buat sorok-soroklah sikit. :D


eisraa,
Salam,

Bahasa Melayu Indon. Saya beli di masjid Sri Petaling. Ada 6-7 sirinya. Wali 9, SKJ vs Syeh Siti Jenar, SKJ vs Syeh Siti Kobar, Sunan Gunung Jati pun ada... Carilah di kedai-kedai yang jual kitab-kitab atau VCD dakwah, ada jual rasanya.....


KV,
Neutrallah!. :D


Arianna,
Kena pastikan betul-betul. Kebersihan itukan amalan mulia, dan sebahagian dari iman. :D


cikin,
Sekali dah la..ha ha ha..


OS,
Eleh...Macam kau tak biasa buat. Ha ha


nbk,
Mano ekau belajo jang? Ekau semak kamus Jawa ekk.. Ha ha ha.


taiko,
Isk, ke situ pulak kau nih. Susahlah nak terangkan di sini. Kena buat gambarajah baru jelas nih! :D


khairyn,
Mesti. Tanpa keyakinan, penampilan kurang berkesan! He he he.

 

Selasa, Jun 05, 2007 12:53:00 PG, Blogger aNIe

Hahahah...terbayang gelagat BP...tengah menge'test' aroma dari keti** tu...LOL

Betul tu...'"Kebersihan harus seimbang, visual dan spiritualnya , [juga aromanya]" ...macam kata Sastri...heheeh

 

Selasa, Jun 05, 2007 12:24:00 PTG, Blogger DeeN

Ha ha ha ha ha ha ha aha....

Er... bukan apa, cerita ko neh buat aku terkenang seseorang. Er.. takper, takper .. silakan mengecheck utk mengelakkan ada yg menutup hidung waktu lalu bersebelahan hehehe..

er..er..aku pernah dengar penggunaan deodorant buleh mengaktifkan sel kanser especially pompuan er..er.. aku hanya pernah mendengar saja. Wallahualam.

 

Selasa, Jun 05, 2007 12:53:00 PTG, Blogger Iman Mawaddah

Hehe gian hidu gas tu ke?

 

Selasa, Jun 05, 2007 3:00:00 PTG, Blogger Lan Rambai

ko mintak tolong dgn si musa tu tak untuk test?

buat sastri.. bila kamu nak jadi tukang uji ketiak si BP ni?

 

Selasa, Jun 05, 2007 4:09:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

achik,
Jangan segan-segan. Nak tiru pun boleh...he he he


Kak Lady,
Masing-masing bayangkan diri sendiri la buat, apa pulak bayangkan saya..he he he.

Sas itupun copy & paste kata-kata saya tu... :D


Kurma,
he he he


nuraddeen,
Siapa agaknya itu ekk? ha ha ha

Mungkin ada benarnya. Tengoklah juga apa bahan kimia yang dipakai. Agaknyalah.. :)


iman,
Eh..Ketiak pun ada mengeluarkan gas ke? he he he


Lan,
Ha ha ha. Tak sampai hati la pulak nak suruh dia.


Ha ha ha. Sensitif tu.

 

Selasa, Jun 05, 2007 5:44:00 PTG, Blogger Rush Murad

alamak..... macam kisah benar tapi serupa.... macam mana tu?.... hikssss.....tak selesa kalau tak pakai 'ubat ketiak'.....

 

Selasa, Jun 05, 2007 8:33:00 PTG, Blogger zino

cikgu mana yg ngajar buat ujian macam tu

 

Rabu, Jun 06, 2007 12:29:00 PG, Blogger Unknown

senyum jer baca n3 ni, pernah gak nampak adegan serupa di rumah ini..hihi

 

Rabu, Jun 06, 2007 8:54:00 PG, Blogger Pegawai Khalwat

Menggajah, dengan dua G.
Bukan mengajah. Salah ejaan tu.

Psss.... ujian tu penting. Kelak tidak menyesal di tengah hari.

 

Rabu, Jun 06, 2007 11:03:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Aduh bagusnya dapat tidur 6 jam! Pinjam sikit masa tu :D

Kebersihan amat penting - jasmani dan rohai...

Salam :)

 

Rabu, Jun 06, 2007 11:14:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

lama tak singgah. hahahah. aku penah wat kekadang. hahah

 

Rabu, Jun 06, 2007 4:17:00 PTG, Blogger JBM8141

dulu SPM ada ambik subjek kimia tak? aku cadangkan kau beli kertas pH banyak2. tak yah nak cium2...

 

Rabu, Jun 06, 2007 4:43:00 PTG, Blogger 13may

hehhe...lawak la betoi la..

ha ha ha!

 

Rabu, Jun 06, 2007 7:06:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

rush,
Ha ha ha. Biasa buat ke?

Bau neutral pun tetap kena pakai deodoron, untuk tambah keyakinan. Kan? he he he


zino,
Itu ilmu semulajadi. Tak payah belajar pun tau. He he he.


Yus,
He he he. Boleh buat entri tu...


Pegawai,
Terima kasih. Dah diedit. :)

Kadang-kadang bagi yang 'aktif' tak sempat pun sampai tengahari. ha ha ha


Bunga Rampai,
Enam jam itu pun macam tak cukup :)

Ya, dan sebahagian dari iman ... :)

Salam


Fiq,
Kekadang ke selalu? ha ha ha


jbm,
Ada. Ujian pH mana dapat mengesan sebarang bau. he he.


13may,
Ha ha ha.