Maka adapun baru-baru ini hebohlah diceriterakan orang, seorang perempuan pemain layar perak, yang pernah mengaku merasa dungu bercakap bahasa ibunda, menggondolkan kepalanya. Diceriterakan orang, bukan sahaja menjadi buah mulut orang kebanyakan tapi menjadi bahan perbincangan mufti-mufti juga adanya. Berkatalah mufti-mufti itu akan haramlah hukumnya perempuan menggondolkan kepala. Maka berbisik-bisiklah pula rakyat negeri itu, para pembesar wanita dan bini-bini pembesar negeri termasuk bini baru ketua pembesar itu pun gondol juga sebab tidak bertudung kepala, bukankah haram juga. Maka dikatalah orang sana-sini, Islam berhad dan berhari begitulah agaknya.
Adapun rupa-rupanya negeri itu memang sudah cukup masyhur di dalam bab cukur-mencukur dan gondol-menggondol itu. Sudah selalu disebut-sebut orang, adapun pembesar-pembesar negeri itu kegemaran mereka adalah bersuap-suapan dan sangatlah gemar mencukur harta perbendaharaan negeri untuk kesenangan diri dan kerabat sendiri, tidak segan silu mencukur duit rakyat untuk bermewah-mewah, mengumpul harta dan membina mahligai bertingkat-tingkat malah yang empat tingkat pun ada! Adapun bila simpanan harta negeri semakin gondol, diminta pula rakyat berkorban yang bukan-bukan, diminta rakyat berjimat cermat, sedang para pembesar pula berlibur keluar negeri, jet dan kapal layar dibeli sesuka hati, duduk tidur menggoyang-goyangkan kaki. Adapun rakyat negeri itu biarpun sengsara tetapi masih penyabar, lurus-lurus bendul dan pelupa belaka. Bila pilihanraya tiba, disogok wang sekeping dua, kain batik dan pelikat juga baja, tunggul kayu pun dipangkahnya juga.
Telah termasyhurlah juga negeri itu dengan gondol yang satu lagi. Diceriterakan orang, banyak sudah bukit-bukau, gunung-ganang dan belukar rimba di negeri itu telah gondol adanya. Rakus dan haloba sungguh orang-orang kaya negeri itu. Pantang terlihat bukit dan gunung, mahu ditarahnya. Pantang terlihat rimba, mahu digondolkannya. Maka banyaklah rimba yang musnah, pribumi hilang tanah, monyet hilang dahan bergayut dan sungai menjadi mangsa. Diceriterakan orang juga, penguasa negeri cuma melihat sebelah mata. Menggertak sahaja yang pandai, otak dan undang-undang jarang diguna pakai. Tabiat orang-orang di negeri itu, bila sudah terhantuk barulah tengadah. Bila sudah runtuh di sini runtuh di sana, bah di sini bah di sana, mulalah mengelabah, mulalah menuding ke sini menuding ke sana.
Itulah alkisahnya…..
TTFN
Label: Satira
Khamis, Jun 21, 2007 2:40:00 PTG, Alpha
Kepala aku pun makin gondol....
Tapi sesiapa sahaja memegang kuasa sekarang pasti nak menggondol...Arakian ada seorang pemimpin..bila dah hilang kuasa dia pun menceritakan hal kawan-kawan yang gondol tanpa sedar dia menceritakan kegondolan dirinya sendiri...tapi sebab dimata yang lain gondolnya berkilat berbau kasturi maka tidaklah nampak akan mereka kudis dan sopak yang ada...
Sori la bro...wa kalau tembak wa guna double-barrel...
Khamis, Jun 21, 2007 2:43:00 PTG,
JP, soal setuju atau tidak, itu soal kedua.
Yang penting, sebagai pembaca, menikmati luahan rasa yang lebih kreatif -- berbeza daripada "analisis" atau kecaman ala Mufti dan para Islamis biasa yang terlalu "membosankan"!
Lebih ramai manusia berfikir semula, berfikir berkali-kali, kaedah untuk meluahkan kata-kata, atau menganalisis isu, lebih baik penggunaan bahasa kita dan lebih meningkat kemajuan intelektualiti kita.
Saya suka. Kawan2 KsJT dan saya suka baca Jongkang Jongket (buku) Mat Jan kerana ia lebih kreatif, selamba (tapi tajam, bernas) mengolah isu-isu biasa, termasuk yang kecil-kecil dan terabaikan oleh kita.
Salam. Terus berkarya, JP!
Khamis, Jun 21, 2007 3:01:00 PTG, Pa'chik
tolak tepi dulu soal haram tu...
budak tu gondol, macam penyu pulak aku tengok.. kalau cun macam natalie portman oke la...
lagi satu, realism dalam filem takde... kalau nak botakkan orang secara paksa, cukup dengan mesin tu saja, dan tidak dicukur rapat ke kepala, kalau nak pakai pisau, secara paksa, buat budak tu gerakkan kepala, kan ke bocor kepala budak tu...
tapi pasal nak cipta kontroversi... buat je la...
pasal gondol bukit tu... haha.. apa nak buat kalau pengarah bahagian yang jaga tu pun sama je... ada pegarah bahagian negeri, kena marah ngan bos peringkat kebangsaan, pasal tahan lori bawak sisa toksik...
Khamis, Jun 21, 2007 3:26:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
mudin,
Kalau rakyat semua sepakat bulat-bulat, fikirkan keadilan, tak payah timbang-timbang lagi dah. Gondolkan sahaja!
:D
serunai,
Tahniah! Saguhati pun satu penghargaan juga sdra. :)
nbk,
Ya. Kena sendiri mau ingatlah. Bukan begitu jang?! :D
zabs,
Itulah dia! Bestari hanya pada nama. Bandar yang kononnya bestari di Perang Besar itupun bermasalah juga.
anielza,
Tapi penat lagi memikirkan kesudahan nasib negeri itu. :)
ila,
Kalau tak makan lada, jangan risau. Tak akan pedas punya! :)
akira,
Syabas juga untuk kamu yang sudi membaca.
Ah...boleh gondol juga kepala kita jika difikir-fikirkannya. :D
butaseni,
Ohhh...
Kajang tuan kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang lalu
Kami rakyat semakin merempat
Para pembesar buat tak tahu..
kamarul,
Sila rujuk jawapan komen untuk sdra Mudin. :)
Alpha,
Itulah juga diceriterakan orang kebanyakan. Berebut-rebut dan beriya-iya ingin memegang kuasa sambil bernaiwaitu, "Sahaja aku menggondolkan harta negara, tunai, kerana diri sendiri"
Fathi Aris Omar,
Terima kasih saudara,
Begitulah. Berekspresi dengan cara apa sekalipun bagi saya biarlah kerana naluri sendiri. Cetusan minda yang jujur, tidak berpihak dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa.
Ya, benar. Meluahkan apa yang kita rasa itu suatu perkara, bagaimana meluahkannya itu satu perkara lain. Kadang-kala isu yang disampaikan secara sinis, lelucon dan satira lebih mudah 'tersuntik' dan memberi bekas.
Begitu juga blook 'Ayah Kita Boss', Sinaganaga dan Tok Rimau itu. Mudah tapi tajam menikam!
manjlara,
Semoga Allah memberi petunjuk dan dilorongkan jalan yang benar sebelum mereka menutup mata. :)
pa'chik,
Aku 'benci' bila ada yang berkata, menggondolkan kepala perempuan tanpa tudung itu hak asasi masing-masing. Kalau sudah hukum, tetap hukumlah juga.
Kalau kemajuan industri filem kita diukur dengan 'keberanian' bergondol yang sebegitu, bobrok benarlah moral kita ini.
'Gondolisme' bermula dari pembesar-pembesar dan ketua-ketua puak juga.
kak lady,
Tapi mereka sesuka hati menggondolkan duit kita Kak Lady.. :)
nura,
Gondol moral, gondol pertimbangan, gondol pegangan... :)
Khamis, Jun 21, 2007 5:18:00 PTG,
PEMIMPIN KITA...
Pemimpin kita...
Jelas kelihatannya..
Sesekali cuba untuk menaikkan nama..
Walau dengan pelbagai cara..
Pemimpin kita..
Tidak sama seperti dahulu..
Janji dipegang, amanah dijulang..
Tatkala meniti peredaran zaman..
Seringkali kita melihat, mendengar..
Pemimpin yang masih alpa,
masih leka dengan dunia mereka..
Wahai pemimpin kita..
Tiada guna disanjung di dunia..
Sesudah mati tiada ke mana..
Sedarlah.. Insaflah..
Sesungguhnya..
Kebenaran di sebalik segala tragedi yang menimpa..
Hanya berselindung di sebalik hakikat...
Kabur diselubungi mitos-mitos palsu..
Lihatlah..
Dengan penipuan, dengan kekejaman...
Tiada gunanya..
Sekalipun apa yang berlaku kini.. tiada kesan terhadap pemimpin kita..
Namun, tempiasnya kena pada rakyatnya..
Jangan..
Usah biarkan ini terus berlaku..
Ketahuilah bahawa.. pekerjaanmu itu..
Bersandarkan tanggungjawab..
Tanggungjawab yang masih belum dapat dilaksanakan dengan sebaiknya..
Bukan hendak menghina,
Bukan hendak mencaci,
Tetapi.. inilah hakikat....
Hakikat sebenar 'Pemimpin Kita'....
Khamis, Jun 21, 2007 11:46:00 PTG, Pa'chik
dalam kumen di blog roslamsms, ada satu orang ni cakap, yasmin ada sound dia suruh tunjuk mana hadith, ayat quran yang kata haram botak neh.. bila budak tu bagi link ke blog apa nama tantawi tak ingat la... langsung takde jawapan dari yasmin...
itu la dude, macam ceramah ustaz azhar yang aku letak kat blog tu la.. tiga perkara yang merosakkan/menghancurkan Islam,
-tergelincirnya ulamak
-munafik yang selalu mempertikaikan al-quran dan sunnah
-hukum yang ditetapkan oleh pemerintah yang sesat lagi menyesatkan
Jumaat, Jun 22, 2007 10:42:00 PG, achik
apa la yg nak dikecohkan pasal isu gondol kepala.. dia cuma memenuhi tuntutan kerjaya dia.. kalau asyik nak menghadkan diri je sampai bila filem kita nak maju..
err ni kata2 org 'realistik' yg saya dgr kat radio.. huhu..
diorg ni lagi sanggup pekakkan telinga n butakan mata drp nak terima fatwa mufti.. benda salah lagi mau backing lebih2.. giler ah..
Jumaat, Jun 22, 2007 3:26:00 PTG,
Hairan juga, apabila kepala artis gondol, mufti melompat! Apabila tanah hutan gondol, Mufti diam diri! Hehehe ... faham, faham, bukan tidak faham.
Kalau tidak begitu, masakan al-Mawardi menerbitkan kitabnya Al-Ahkam al-Sultaniyya wa'l-Wilayat al-Diniyya!
Bukan begitu?
Kitab siasah ini pemikiran klasik politik Islam yang hebat dan sering dirujuk orang.
Pernah saya mendengar huraian seorang tokoh politik merujuk kitab ini tentang konsep Khilafah Islam itu, antaranya, "sebagai galang ganti Rasulullah."
Yang orang ramai --- termasuk Mufti, ahli politik Islam dan pendakwah, ustaz --- tidak beritahu kita ialah: al-Mawardi sewaktu mengarang kitabnya ini seorang ulama yang "mengampu" pemerintah! Hehehe!
Jadi, JP, sebab itu isu gondol kepala Sy. Amani senang sahaja diserbu Mufti dan orang2 agama;
"Ada pun ... gondol hutan belantara di KL, Lojing, Kenyir, dan lain-lain, ... tiadalah adanya dosa pada perbuatan mereka itu ...," demikianlah sabda Mufti2 kita.
(Maaf, JP, ter-serius pula aku kat sini! Hehehe)
Sabtu, Jun 23, 2007 11:59:00 PG, blackpurple @ jowopinter
Mak Su,
Tak perlu diteropong-teropong mak su. Nampak jelas dengan mata kasar. He he he.
raiedzall,
Jenama Islam yang ada had dan ada hari begitulah adanya. :)
Luthfi,
Semestinya bukan negara kamu. Dari segi reformasi negara kamu lebih terkehadapan. :)
wongnom,
Terima kasih mas.
Puisi panjang yang mudah dimengerti, menarik dan menikam.
Itulah. Bukan ringan amanah yang mereka pikul di pundak mereka. Moga-moga ‘mereka’ yang sedang khayal dan lupa itu diberi petunjuk untuk ‘sedar’.
eisraa,
Salam,
Angguk ada dua makna eisraa.. Awak mengangguk yang mana satu? :D
Bangganya kita mempunyai pelakon berbakat yang ‘seberani’ Demi Moore, Bai Ling, Sigourney Weaver itu kan? Kan? Kan?
khairyn,
Salam. Apa khabar orang Glasgow?
Sejak dari zaman Pak Pandir dan Tok Kaduk dulu kita memang sudah begitu. ‘Nak buat macamana?’ Ha ha ha.
Pa’chik,
Ha ha ha. Tau pa’chik. Nampak cik itu isi borang keahlian itu hari. :D
Kak LUJ,
Insya-Allah, akan tiba juga nanti giliran mereka untuk digondolkan. Kalau tidak di sini, ‘di sana’ nanti. Pasti. :)
Tidak mustahil nanti bukit-bukit dan hutan rimba di negeri Bolehsia itu akan jadi segondol dan setandus bukit-bukit dan padang-padang di Jordan itu juga.
Pa’chik,
Aku hormati dan kagum dengan kreativiti dan sentuhan Yasmin dalam berkarya. Segar dan berlainan. Tapi aku memilih untuk tidak menghormati unsur-unsur yang meminggirkan nilai-nilai agama dan budaya yang keterlaluan dalam filem kita. Bukan filem-filem dia sahaja, mana-mana filem dari karyawan kita yang lain.
Aku ‘beranikan’ diri memetik hadith-hadith yang berkaitan sebagai respon komen kau itu;
“Sesungguhnya perumpamaan ulamak di muka bumi laksana bintang di langit yang menjadi pedoman di dalam kegelapan di darat dan di laut. Maka apabila bintang telah gelap maka hampirlah jurupetunjuk itu sesat [riwayat Ahmad]
"Dua golongan dari manusia, apabila kedua-duanya itu baik maka baiklah manusia dan apabila kedua-duanya rosak, rosaklah manusia: iaitu ulamak dan pemerintah [riwayat Abu Naim di dalam kitab al-Huliyyah]
Jelas. Rasanya elok aku tidak mengulas lebih panjang. Aku cuma pandai menyalin dan menampal saja. :D :)
Achik,
Owh begitu. ‘Realistik’ sungguh pendengar radio itu. Begitu rupanya untuk memajukan industri filem kita. [Nak tanya juga dengan pendengar yang ‘realistik’ itu, pernah tak dia menonton filem-filem dari Iran?] :D
Isunya bukan hukum menggondolkan kepala itu sahaja. Itu cuma isu picisan yang muncul secara kebetulan. Entah kenapa ramai pula yang berminat untuk bersuara dan berfatwa. Ada isu ‘gondol’ yang lebih besar dari itu sebenarnya.
13may,
Lama dah…..!
Trimas. :)
Fathi AO,
He he he. Boleh emosi juga dibuatnya.
Itulah dia.
Kata Dr Asyraf Wajdi; “Fenomena politik kepartian yang seringkali ditandai dengan pelbagai amalan yang tidak bermoral bagaikan mengalami krisis kegersangan nilai yang parah, pastinya memerlukan ulama terus kekal dalam kerangka ‘non partisan’ yang tidak mengikat mereka kepada mana-mana parti politik kepentingan. Keterikatan mereka hanyalah kepada prinsip kebenaran dan keadilan yang mewakili hati nurani umat terbanyak tanpa ditandai sebarang prejudis politik kepartian yang berkepentingan”
Dari segi itu saya cukup bersetuju. Prinsip kebenaran dan keadilan yang berdasarkan surah dan sirah. Saya rasa saya masih lagi jahil dan bukanlah orang yang sesuai untuk bercakap tentang hukum-hakam. Tapi rasanya sesiapapun yang berfikiran secara matang dan rasional boleh berfikir sendiri. Kenapa sesetengah ulamak begitu selektif bila menegur kepincangan yang ada di hadapan mereka. Kenapa sesetengah ulamak dan cendikiawan agama yang dulunya agak kritikal terhadap kebobrokan pemimpinnya, tiba-tiba berubah nadanya bila memegang posisi tertentu dalam parti tertentu? Isu pelakon yang gondol itu apalah sangat jika dibandingkan dengan isu kegondolan moral pembesar, isu kegondolan alam-sekitar dan isu-isu lain juga.
Dan saya tertanya-tanya juga, selain berperanan memperdalami agama [tafaqquh fiddeen], kebatilan dan kecurangan yang nyata di depan mata kenapa didiamkan sahaja?
Maaf kalau saya tersasar jauh. Saya rasa saudara lebih arif, lebih kritis dan lebih mengkaji dalam soal ini. :)
Amora,
Tuhan kurniakan telinga, ‘mereka’ memekakkannya. Ada mata, melihat sebelah sahaja. Ada lidah, bercabang dua. Ada wajah, bermuka-muka. Ada kuasa, disalahguna. Rakyat juga yang merana.
Tedung,
Macam kata mantan ketua pembesar yang dulu, ‘bangsa kita mudah lupa’. Dalam konteks yang ini, mungkin ada betulnya juga!
ad3ck
Gondoruwo? Ha ha ha. Mereka pun spesis 'gondol', mana hairan dan takut pada kuasa-kuasa mistik dan paranormal...
kamato,
Itulah dia. Keseimbangan alam kalau diganggu gugat, padahlah jawapnya. Manusia yang akan menanggung akibatnya. Bencana alam yang berlaku ada tersiratnya. :)
Selasa, Jun 26, 2007 12:32:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
khairyn,
Ha ha ha.
[…berapa pasang pakaian seragam merah jambu, takpun merah menyala itu tersimpan? :D]
king,
Hu hu hu.
petiais,
Apa yang nak dihairankan petiais. Mereka mengucapkan ‘alhamdulillah’ dan ‘insya-Allah’ pun bukan pada tempat dan situasinya…… :)
zino,
Jadi ‘Padang jarak padang terkukur’lah nanti zino :)
KV,
Ada betulnya.
[Tapi ‘bersuara’ dan ‘bersatu’ itu bagi saya dua isu yang berbeza. Saya tak fikir rakyat yang berbeza suara dan pendapat, dan berfikiran kritis itu dianggap tidak ‘bersatu’. :)]
Cik TT,
Trimas. :)
Monster mom,
Ya. Sama-sama kita mengingatkan diri sendiri.
Iman,
Untuk mengubah mentaliti itulah yang susahnya. Dah berakar umbi, dah jadi budaya. Tepuk dada tanyalah iman. :)
B Rampai,
Tak mengapa BR, ketawa itu tandanya BR faham. He he he.
Sesekali berjenaka, sesekali berhiba, sesekali bernostalgia, sesekali menduga, sesekali berseloka. Begitulah siJowopinter itu adanya. :D
Salam kembali.
Pegawai,
Ha ha ha.
[‘Setan gondol’ itu juga nama kumpulan kami semasa di U dulu. :D]
OS,
‘Kutu’ spesis apa agaknya ekk..? :D
Arianna,
Bukan 'labu' dia pun. He he he
merakemas,
Ha ha ha
sudah sampai masanya untuk kita, rakyat marhaen, untuk menggondolkan pembesar-pembesar itu.
sebenarnya dah lama mereka itu patut kita gondolkan, mahu tunggu sampai bila jika bukan sekarang? :)