Pagi ini, menantikan sdra. Farid datang menjemputku, aku bermalas-malas di sofa, sambil jejari mengelus manja parut-parut Akne vulgaris yang comel di tepi dagu, mata dan mindaku menghayati novel Siddhartha karya hebat Hermann Hesse itu.
Penghayatanku diganggu oleh Nokiaku yang berlagu dan bergetar. Panggilan dari sdra. Farid. Suaranya kepenatan. Kusangka dia sudah sampai, rupanya terkandas di lebuhraya PD. Kereta sukannya menghadapi masalah radiator. Dia mengharap kudapat menghadiri temuduga itu seorang diri dan menyerahkan kepadaku untuk membuat keputusan. Dia memintaku bertemu dahulu dengan Mr. Mah – yang memang pernah kutemui di tapak projek sebelumnya.
Aku meredah kesesakan Jalan Klang Lama, melintasi kecelaruan Mid Valley dan menyusuri kesibukan Jalan Bangsar sebelum sampai di sebuah lot ofis di perbandaran elit Sri Hartamas itu. Di kaunter penyambut tetamu, seorang gadis – cik yang agak manis – menyambutku dengan senyuman memikat. Sebagai jejaka yang berbudi bahasa aku mengucap salam dan menyatakan tujuanku. Mungkin mencari kepastian, cik itu bertanyakanku beberapa soalan. Aku menjawapnya seberhemah mungkin. Sesekali dia mengerutkan dahinya. Sesekali dia merenungku pula. Tidak kupasti samada dia telah menemui kepastian, keliru ataupun terpesona dengan wajahku (he he he). Bila kutanyakan nama staf dan projek yang berkaitan, cik itu seperti kebingungan. Mungkin cik ini tidak tahu apa-apa, fikirku.
Mr Mah itu muncul. Aku mula keliru. Kenapa Mr Mah yang terpacak di depanku itu sudah berbeza benar karakter dan wajahnya. Tidak ingin terus dihantui kekeliruan, kujelaskan tujuanku. Kuhulur profil syarikat. Dia membelek-beleknya. Dahinya berkerut-kerut. Reaksinya itu mengundang ketidakselesaanku. Bagai ada sesuatu yang tidak kena. Aku membelek-belek pula surat di tanganku sebelum kuhulurkan kepadanya. Waktu itulah, sebelum sempat dia berkata apa-apa, naluriku terpanggil untuk memandang signage di dinding. Ahh! Aku tersalah ofis! Cik itu menahan tawanya. Aku tersipu-sipu.
Sebelum keluar dari ofis pemaju itu, sebagai manusia yang berhemah aku meminta maaf dari ‘Mr Mah’ dan cik yang agak manis itu atas ‘ketersesatanku’. Sambil kemalu-maluan itu, kutinggalkan ofis di Jalan Sri Hartamas 1 itu, menghala ke kereta lalu menuju ke destinasi yang sepatutnya, Jalan Sri Hartamas 7, Plaza Damas. Kira-kira 1km dari situ.
Silapku juga yang terlalu yakin, tidak menyemak setelitinya alamat di surat itu sebelum memasuki ofis itu. Mungkin juga aku terpedaya dengan logo syarikat yang hampir serupa!
BP: Apapun, alhamdulillah, temuduga tadi kuberjaya membantu sdra. Farid mendapatkan projek itu.
Khamis, Mei 31, 2007 1:54:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
sas,
He he he. Ayat-ayat itu cuma untuk menyedapkan cerita.
[Semacam ada riak-riak cemburu pada komen itu :P :D]
pa'chik,
Tak sempat pun nak terfikir ke situ pa'chik. Ha ha ha.
loveujordan,
If you are under-confident, then you will not take necessary risks. If you are over-confident, you won't try hard enough and you could lose.
Saya tak tahu di kategori mana saya semalam. Tak apa, sekurang-kurangnya saya belajar sesuatu :)
Trimas!
manjlara,
Tak mengapa. Diketawakan itu suatu rahmat juga buat saya. he he he
[Kalau dia punya ungu juga, kang sama pulak dengan saya punya.. :P]
butaseni,
Logo syarikat yang kedua agak terperinci. Aku terus ke ofis yang pertama itu sebab dah biasa nampak ofis dan logo itu.. Ingatkan syarikat yang sama, rupanya lain.... Isk malu betullah!...
eisraa,
Salam,
Untuk pengetahuan, saya tidak membela sebarang janggut ataupun misai. He he he
Ajzie,
He he he.
Salah satu moralnya, jangan ambil mudah. Walaupun macam dah tau, kena ambil tahu juga. Sebab mungkin kita sebenarnya tak tahu. :)
wak katimin,
Ha ha ha. Kang cemburu pulak pengomen pertama di atas tu. :P
Cuma penasihat wak, mana boleh lebih-lebih. He he he.
ayu,
Itulah dia. Manusia memang tidak sempurna. He he he.
achik,
Tuhan biasanya menguji manusia dengan dugaan sebelum diberinya kejayaan. [Falsafah...fasafah...he he he]
Zabs,
Terima kasih. Rezeki bila sudah nak datang, kadang-kadang tanpa diharap-harap pun dia tetap akan datang.:)
Betul! Setuju. Perlaksanaannya itu lebih penting.
Ada 2 perkara yang saya dapat fikir-fikirkan dari kejadian semalam;
1. Kesungguhan 'orang' kita. Saya fikir jika bangsa lain, mungkin kereta yang rosak itu boleh 'diabaikan' dulu. Temuduga itu lebih penting [Sdra Farid itu mempunyai 2-3 kereta, dan masa masih agak panjang pagi itu]. Saya bukan menyalahkan sdra Farid, mungkin dia merasakan sudah ada saya, lalu dia sudah tidak perlu lagi.
2. Jangan ambil mudah perkara yang remeh-temeh. Ketelitian [bukan keterperincian] penting dalam apa situasi sekalipun. Mujur kedua ofis itu berdekatan, kalau jauh?
mak su,
Laaa..kenapa mak su pulak yang nak pening kepala? Saya ok jer..he he he
azzam,
Ha ha ha.
nbk,
He he he. Dia hulur 5-6% pun dah alhamdulilah jang.
Bukan 'cun' la, 'agak manis'jer..[manis lagi 'puteri' itu jang] :P
Khamis, Mei 31, 2007 2:23:00 PTG, ILA
wahahahahahahaaaaa!!!!gelak2!!!
apa sekalipun kjayaanmu utk mdapatkan projek t'sebut can cover insiden t'sebut.stakat insiden mcm tu,rasanya tiap org pernah alami.
eerrr..."parut-parut Akne vulgaris" kat muka tu..byak sangat kerrrr..sila guna toner & minta nasihat Cik "puteri" utk mjaga pnampilan & kualiti muka anda.hihikkss~~
Jumaat, Jun 01, 2007 2:43:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
ila,
Kejayaan bila dicapai setelah menempuh 'dugaan', lagi tambah manisnya :D
Itu cuma parut 'comel'. Tak apa. Pakai Mederma selau, ok la tu. Penambah seri tu. he he he.
ontahsapo,
Aku mengamalkan kempen berbudi bahasa OS. :D
Xis,
ha ha ha. You are right!
Zwit,
Amanah orang wajib diimplimentasikan dengan bersungguh-sungguh. Kelak akan ada juga 'persen'nya. He he he.
mummy rizq,
AURA orang yang ditanya sepatutnya yang lebih kuat. Kan? he he.
pa'chik,
[Kenalah macam itu. Aku spesis lelaki yang tak punya seni memujuk] ha ha ha.
Lan Rambai,
Itu lebih kurang. Rasanya tak sampai kot. Perbandaran Sri Hartamas itu tak berapa besar luas kawasan perseginya. :D
Kak lady,
'Agak' itupun istilah yang kontroversi juga. Tapi sebagai manusia kena juga menghargai setiap ciptaan Tuhan kan.
he he he.
Hakim,
Jalan-jalan di KL bercelaru dan berselirat. Orang KL pun boleh tersesat, inikan pula orang luar. :)
Zino,
Alhamdulillah. Rezeki namanya itu. :)
Jumaat, Jun 01, 2007 2:59:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
ad3ck,
Ada moral dan mesejnya tu. :D
bang gugar,
Salam,
[Ayat itu untuk menyedapkan cerita]
Tapi setiap ciptaan Tuhan itu memang 'manis'. Cuma kekadang mata kita yang tak sepandai hati budi kita menilai :D
king,
Ha ha. Tak adalah. Mungkin sebab aku 'ambil mudah' kot.
orochi,
No pain, no gain ha ha.
Jadi 'penasihat' kawan-kawan tak mahal. 5% pun syukur dah. :D
Tiara,
Ha ha ha. Kau tak ada lain, minda mesti nak melencong punya!
Amora,
Alhamdulillah.
Itu terjemahan terus. :D
Titicaca,
Mungkin juga cik itu yang terkedu memandang jejaka yang tersesat itu. Ha ha ha. [Perasan sekejap]
Tq. Alhamdulillah.Tahniah utk sdra Farid.
nuraddeen,
Ya , ya, kamu mungkin betul! [dari segi terkedu tersilap masuk ofis itu]. Dan bila sudah sedar tersilap, kenalah cepat-cepat sedar dari kesilapan dan jadikan peringatan. :D
Entri ini dalam senyap, memungkinkan kecemburuan juga [agaknya] :)
Sabtu, Jun 02, 2007 4:55:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Pegawai,
Itu yang sejujurnya. he he he.
Yus,
He he he. Lama tak nak nampak Yus? :D
Tq. Sesekali nak berekspresi.
Alhamdulillah. Rezeki itu namanya. :)
tegezoot,
Tak teruja pulak nak 'menyiasatnya'. ha ha ha.
tedungs,
Dah kemaluan mana sempat nak tanya bang... ha ha ha
zizie,
He he he. Bolehlah tu.... :D
khairyn,
Tq.
Hatiku sudah tertutup untuk cik itu. Ceeewah!
Ainin naufal,
Pandai menerka novelis kita ini ekk. :D
Sdra Farid itu juga sempat mentertawakan saya sesuka hatinya sebelum diberitahu berita gembira itu :D
Akirasuri,
Ha ha ha.
Tahniah itu sepatutnya ditujukan kepada sdra Farid itu. :D
part ni yang tak tahan nih : "Tidak kupasti samada dia telah menemui kepastian, keliru ataupun terpesona dengan wajahku (he he)." LOL... apa pun, tahniah kerana berjaya membantu saudara Farid walau tersilap masuk ke ofis Cik yang agak manis – yang menyambutmu dengan senyuman memikat. ... :p