Selasa, Julai 31, 2007
Mataku memandang sekujur tubuh comel adik di ruang suram itu, terbujur kaku, diam, tidak bergerak-gerak lagi. Mata bundarnya telah terpejam rapat. Nadinya telah berhenti berdenyut buat selama-lamanya. Rengek tangis dan gelak tawa manjanya tidak kedengaran lagi, cuma bibirnya yang masih menguntum senyum bagai bercerita betapa dia bahagia dilahirkan menjamah udara dunia biar untuk beberapa bulan cuma.

Haruman setanggi. Alunan surah-surah suci. Wajah-wajah hiba. Saling teman berteman di kamar yang sugul itu.

“Adik dah tiada long. Adik dah pergi”. Suara emak bergetar. Titis-titis air jernih mengalir lesu di pipi emak. Tangisannya senyap, jauh tersembunyi hanya bersuara di dalam hati.

“Emak jangan menangis. Nanti adik tunggu emak. Nanti adik pimpin tangan emak”. Suara adik bagai membisik-bisik, jauh, jauh dan kian menjauh, sayup-sayup sewaktu helai-helai kain putih itu membaluti jasad kecilnya, menutupi wajah comelnya.

Kain putih itu sesuci dan sebersih jiwamu, adikku.

“Abang jangan menangis. Nanti adik tunggu abang. Nanti adik pimpin tangan abang” Suara adik bagai membisik-bisik, jauh, jauh dan kian menjauh, sayup-sayup sewaktu sedikit demi sedikit tanah lekit itu membaluti jasad kecilnya, menutupi wajah comelnya di liang yang sempit itu.

Kami tinggalkan adik bersemadi, bersendirian tapi kupercaya adik tidak akan kesepian. Adik damai dan tenang di alamnya.

……………………………………………………………

Adik, entah kenapa tiba-tiba abang teringatkan adik. Tanpa disedari, air jernih menitis satu-satu di pipi tanpa diminta. Abang rindukan adik agaknya.


[22/07/07. 3.07 pagi. Di atas katil. Bertemankan komputer riba. Berselimutkan sejuk penghawa dingin. Sedang mata tak mahu pejam. Dan lagu ‘Kali terakhir kulihat wajahmu - Uji Rashid' kesukaan emak itu bagai terngiang-ngiang, jauh dan menjauh]







TTFN

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 7/31/2007 12:37:00 PTG. |


59 Ulasan


Selasa, Julai 31, 2007 3:06:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

touching plak entry kali ni yer BP,
anyway, aku bertukar kapal bulan 9 ni nanti, terpaksa la ucap selamat tinggal kepada kapal yg hampir karam sekarang :)

 

Selasa, Julai 31, 2007 3:31:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

alamak bro,air mata aku bertakung nih.
walau siapa pun 'adik' tu,aku sedekahkan fatihah padanya.

 

Selasa, Julai 31, 2007 3:45:00 PTG, Blogger Mummy Rizq

relax bro... itu adik ko ker???

 

Selasa, Julai 31, 2007 3:46:00 PTG, Blogger flush

kalo betul adik ko..
aku tumpang bersedih..
alfatihah..

 

Selasa, Julai 31, 2007 3:46:00 PTG, Blogger ontahsapo

fatihah untuk adik....

 

Selasa, Julai 31, 2007 4:08:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

al fatihah untuk adik kamu dude...


err... tidak buleh aku panggil ko abang kan? kan?

 

Selasa, Julai 31, 2007 4:19:00 PTG, Blogger aNIe

Al-Fatihah buat yang pergi moga rohnya akan bersemadi dengan tenang.....

Terasa sayu membaca entry ni...

 

Selasa, Julai 31, 2007 4:52:00 PTG, Blogger achik

Al-fatihah..

isk.. sayu..

 

Selasa, Julai 31, 2007 5:44:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

kau memang tabah!

 

Selasa, Julai 31, 2007 5:52:00 PTG, Blogger DeeN

yg pergi takkan kembali. namun bayangnya tetap hadir menemani. kadang-kadang merindui. kadang-kadang menangis meratapi. Perlu dibunuhkah rindu itu?

Owh! aku semakin psiko. Maaf!

 

Selasa, Julai 31, 2007 7:02:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

mak su,
Dia adalah adik bongsu.... Usianya baru setahun lebih sewaktu dijemput Tuhan.


pelawat,
Kapal apa pulak ni pelawat. Cuba terangkan dengan jelas :)


butaseni,
Dia aman di sana. :)


mummy rizq,
Sesungguhnya, ya.


flush,
Memang adik betul.


OS,
:)


pa'chik,
Masih ada lagi dua orang adik perempuan pa'chik. :)


kak lady,
Seorang yang bergelar ibu, tentu lebih dapat merasakan bagaimana rasanya kehilangan seorang anak kan......


Achik,
Allah lebih sayangkan adik Nur Hidayah.


gitartong,
Kehidupan mesti diteruskan cikgu!


nur@,
Saat rindu itu bertandang, kenangkan saat-saat manis. Titipkan doa.

:)

 

Selasa, Julai 31, 2007 7:23:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,

Al Fatehah untuk adik.

 

Selasa, Julai 31, 2007 10:38:00 PTG, Blogger bluecherry @ fai

Tumpang simpati..
Sarat benar rasa 'kehilangan'
Doa buat si dia.. moga dilimpahi rahmat.

 

Selasa, Julai 31, 2007 11:13:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

aiseh BP, terlalu bersastera plak ye komen aku sampai tak paham... heheheh :)
tukar kapal=tukar majikan, nak bisnes sendiri takde modal + pengalaman, hehehehe..

 

Selasa, Julai 31, 2007 11:44:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah
ALLAH tahu perkara yang terbaik untuk hambaNYA.

 

Rabu, Ogos 01, 2007 12:07:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

Al Fatihah...

 

Rabu, Ogos 01, 2007 2:45:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

pasti arwah damai di sana. insya-Allah.
Al-fatihah buat arwah, kamu, saya dan muslimin juga muslimat.
*al-fatihah*

 

Rabu, Ogos 01, 2007 6:05:00 PG, Blogger hanny

sedihnya baca entry kali nih... nak nangis jer...

 

Rabu, Ogos 01, 2007 6:09:00 PG, Blogger Achik_Sufi

amal juga yang akan dibawa berjumpa tuhanmu nanti!!!

 

Rabu, Ogos 01, 2007 9:19:00 PG, Blogger ManjLara

Smlm dah baca, tapi tak boleh nak letak komen. Sayu sangat. Hari ni pun sama jugak. Tapi bila di-offkan lagu Uji Rashid tu, barulah ok sikit. Alfatihah buat adinda En BP tu.

p/s - t/kasih krn berkongsi rasa itu di sini.

 

Rabu, Ogos 01, 2007 9:44:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

alfathuhah untuk adik..

 

Rabu, Ogos 01, 2007 10:07:00 PG, Blogger Unknown

Dia menanti di sana.. pastinya.. :) Tenang2 ya.

Al-Fatihah

 

Rabu, Ogos 01, 2007 10:46:00 PG, Blogger Unknown

al-fatihah
tempanya sudah pasti di syurga dan berbahagia di sana.
kita yang skrg kena menghitung amalan kita sbg bekalan ke sana.

takut bila diingatkan yg amalan masih kurang.

Sorry ya, klu BP @ sesapa terasa nk marah...

salam...

 

Rabu, Ogos 01, 2007 11:25:00 PG, Blogger ILA

hemmm..(terkedu sebentar)
is mean tahun nie masuk tahun k berapa 'pmergiannya'??

itulah yg kita sayang,itulah yg 'sementara':(

 

Rabu, Ogos 01, 2007 11:33:00 PG, Blogger Sya

Al Fatihah utk adik.. semuga ditempat di kalangan orang yg beriman.

 

Rabu, Ogos 01, 2007 11:51:00 PG, Blogger Nunn

ustazah wa cakap dulu ar.. klu anak kecil yg belum baligh pergi dulu, maka dialah yg bakal memberikan syafaat/pertolongan buat kedua ibu-bapanya di sana :)

Al-fatihah..

 

Rabu, Ogos 01, 2007 11:58:00 PG, Blogger me3n

tumpang simpati. semoga dia dicucuri rahmatNYA.

 

Rabu, Ogos 01, 2007 12:40:00 PTG, Blogger JBM8141

alamak bang, aku kalau bab anak2 kecil ni aku sensitif sungguh... *diam sambil tahan air mata*

 

Rabu, Ogos 01, 2007 1:26:00 PTG, Blogger zizie ali

al-Fatihah. Yang pasti sudah ada seorang wakil di syurga.

 

Rabu, Ogos 01, 2007 1:31:00 PTG, Blogger silversarina

sedih pulak baca entry ni..memang kadangkala kenangan semasa bersama yang membuatkan hati rindu kepada yang telah pergi..take care !!

 

Rabu, Ogos 01, 2007 2:26:00 PTG, Blogger 13may

layan blues nampak:)

Al-Fatihah.

 

Rabu, Ogos 01, 2007 3:58:00 PTG, Blogger pB

Salam BP..

Tabahkan hati..

Rindu itu tetap ada walau seribu tahun ....

Al Fatihah ...

 

Rabu, Ogos 01, 2007 5:59:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Zabs,
Waalaikumussalam :)


blue cherry,
Kehilangan seseorang yang rapat memang mudah dirasai. Syahdu bila dikenang-kenang.


pelawat,
Ooooo.... Nak berhijrah ke padang ragut mana pulak?

Bimmer kau itu ada lagi ke? :)


Kingbinjai,
Perginya beberapa tahun sudah. :)


eisraa,
Ya. Moga-moga. :)


cikin,
:)

Sibuk di kota P?


akira,
Insya Allah. AlFatihah buat semua saudara-saudara kita yang sudah pergi.


hanny,
Sesekali disinggahi kisah lama-lama, memang meruntun jiwa :)


achik sufi,
Yang pergi sudah tentu perginya. Kita entah esok, entah lusa. Amalan belum selengkap mana. :)


manjlara,
Lagu itu memang bertepatan agaknya. Uji Rashid pun tujukan lagu itu untuk adiknya yang pergi kan...

Sebagai manusia biasa yang berjiwa, rasa sentimental tetap ada. :)


jamri,
:)

 

Rabu, Ogos 01, 2007 6:18:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Aminbakish,
Inya-Allah.

Perasaan gundah gulana itu lumrah. :)


Anielza,
Ya. Tuhan sampaikan peringatan-Nya dengan pelbagai cara.

Terima kasih :)


ila,
Jika dia ada lagi sekarang, sudah menjadi dara sunti. :)

Memang tiada sesuatu yang kekal menjadi milik kita.


sya,
Ada hikmahnya. Lagipun dia pergi semasa masih bersih dan suci.


nunn,
Benar. Insya-Allah.


ad3ck,
:). Itu cuma kenangan yang sesekali singgah.


jbm,
Memang syahdu bang bila sesekali teringat detik-detik itu.

Samalah. Sensitif kalau bab kanak-kanak kecil ni, tak kiralah anak siapa.


Zizie Ali,
Abangnya ini juga yang masih teraba-raba. Oh!


Kak LUJ,
Kenangan sedih sebegitu kadang-kadang hadirnya tidak dijemput, mungkin sebab rindu, atau mungkin membawa makna yang tersirat.


13may,
Sesekali. :)


pb,
Waalaikumussalam.

"Rindu itu tetap ada walau seribu tahun ...." Saya suka dengan kata-kata itu. :)

 

Khamis, Ogos 02, 2007 9:30:00 PG, Blogger NBK466

Sedekahkan fatihah tiap kali terkenangkan beliau...al-fatihah..

 

Khamis, Ogos 02, 2007 12:00:00 PTG, Blogger Sastri

uwaaaaaa... mula2 baca hari tu pun dah nak nanes... tambah lagu ni lagik laaaa...

Al-Fatihah buat adik Nur Hidayah... semoga arwah tenang dan damai di sana...

lambat mengomen disebabkan terlalu sibuk... huhuhu...

 

Khamis, Ogos 02, 2007 1:22:00 PTG, Blogger Mamamanja

al-fatihah buat adik.

sebak lak rasa baca entry ni.. kena plak bila ada lagu uji tu.. :(

 

Khamis, Ogos 02, 2007 3:22:00 PTG, Blogger KV

sedekahkan al fatihan buat nya. Al fatihah dr kv juga. Moga dia 'aman' di sana.

 

Khamis, Ogos 02, 2007 5:47:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nbk,
:) Insya-Allah


sastri,
Sssiapapun akan terasa syahdu mengenang yang telah pergi dijemput Ilahi.

[Lagu Uji ini memang sesuai dengan cerita. Sayu. Lagu Ondel-ondel terpaksa 'direhatkan' sekejap :)]

Membaca tak semestinya mengomen. Kan? :)


mamamanja,
Sebak sebagai seorang ibu, barangkali... Seorang ibu lebih memahami.


KV,
Insya-Allah. Moga-moga.

 

Khamis, Ogos 02, 2007 7:54:00 PTG, Blogger tuan tanah

I'm so sorry for your loss.

Al-Fatihah.

 

Khamis, Ogos 02, 2007 7:55:00 PTG, Blogger khairyn

Allah tu maha pemurah kan?

adik pasti menunggu untuk memimpin ibunya di pintu syurga. Mendoakan kesejahteraan ibunya.

sepupu saya, 5 anaknya menunggu beliau 'di sana'.

p/s awak letak air di mata saya dengan lagu itu (alihbahasa ke Inggeris)Ciss!

 

Khamis, Ogos 02, 2007 11:32:00 PTG, Blogger Unknown

Al-fatihah untuknya. Sebak terasa menggamit diri.

 

Jumaat, Ogos 03, 2007 11:45:00 PG, Blogger indera kencana

Aku turut bersimpati atas pemergian adindamu. Tiada apa yang lebih penting, melainkan kehadiran hidupnya yang singkat itu sebenarnya telah meninggalkan kenangan terindah yang dikenang hingga ke akhir hayat. Bergembiralah. Pasti adindamu itu sedang berbahagia di bawah lindungan rahmat Allah.

 

Jumaat, Ogos 03, 2007 12:14:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

dari Tuhan dia datang, kepada Tuhan dia pergi.

 

Jumaat, Ogos 03, 2007 1:34:00 PTG, Blogger izinni

tak aciiii ... gi blog khairyn aku sebak ... singgah sini terus leleh.

aku tak leh baca citer2 camni sekarang ni, pastu lagu tu .. adehhhhh .. huwaaaaa

Al-fatihah untuk arwah adikmu ..

 

Jumaat, Ogos 03, 2007 5:35:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Ainin,
Sesekali terasa syahdunya bila bayu malam bertiup membawa angin rindu.... Sesekali. :)


aku,
Dan berlagu sayu....


indera,
InsyaAllah.

Kadang-kadang sesuatu yang paling kita sayang dan paling kita hargai, itulah yang paling sekejap bersama kita.


kamarul,
Ya. Bila sampai waktunya, sesaat tak cepat, sedetik tak lambat dijemput oleh-Nya pergi.


izinni,
Rasa syahdu dan sayu itukan asli. Datangnya bukan dijemput.... :)

[Takziah buat Khairyn sekeluarga.]

 

Sabtu, Ogos 04, 2007 1:54:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
ALLAH mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA.

 

Sabtu, Ogos 04, 2007 1:13:00 PTG, Blogger Unknown

alfatihah utk adiknya... hurm

 

Sabtu, Ogos 04, 2007 1:14:00 PTG, Blogger Unknown

sedihla dengo lagu neh :(

 

Sabtu, Ogos 04, 2007 4:11:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Eh...! macamana boleh tertinggal komen cik Tuan Tanah & cik Khairyn...


Tuan Tanah,
Semua orang pernah merasa kehilangan kan... :(


Khairyn,
Insya-Allah. Moga-moga... :)

Sewaktu kamu menulis komen kamu itu, pasti kamu belum menerima berita pemergian nenda kamu itu kan... Takziah untuk kamu sekeluarga... Al Fatihah.

p/s. Kurang sesuai kalau saya kekalkan lagu Ondel-obdel... Bukan begitu?


eisraa,
Salam,
Dan besar hikmahnya Dia menulis takdir yang sebegitu.. :)

[kamu salin & tampal komen terdahulu ekk.... :)]


lindosh,
Ya. Lagu itu berjiwa....

 

Sabtu, Ogos 04, 2007 8:36:00 PTG, Blogger Iza'Izz

lagu dan entry saling bersatu.... sayuuuuu

 

Ahad, Ogos 05, 2007 12:39:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Sayu dan sebak ...

Al-Fatihah untuk arwah adik Nur Hidayah.

 

Ahad, Ogos 05, 2007 7:06:00 PTG, Blogger zino

al-fatihah... amin..

 

Isnin, Ogos 06, 2007 2:53:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Iza,
:)


B Rampai,
Waalaikumussalam BR.

Baru pulang berkelana ekk.. :)


Zino,
:)

 

Selasa, Ogos 07, 2007 9:47:00 PG, Blogger ayu_mkay

hati di hambat pilu membaca N3 mu kali ini. tapi yang pergi tetapkan pergi, yang tinggal kena teruskan hidup dan bersedia menghadapinya.. sesungguhnya DIA lebih menyayanginya.

alfatihah.

:)

 

Selasa, Ogos 07, 2007 1:01:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Ayu mkay,
Ya. Dan ada hikmah tersirat disuratkan begitu....Dia maha mengetahui.

:)