Rabu, Julai 25, 2007
Sudah dua minggu berlalu, sudah menjadi cerita basi. Tapi penduduk kampung Parit Ponorogo masih hangat bercerita lagi.

Selepas dibantai Parit Lonjong 8–0, ditogelkan pula oleh Parit Penyengat 7–0! Langsung tidak melawan, lembik, tiada semangat juang. Kalau 1-0 atau 2-0 bolehlah negosiasi dan direktifikasi lagi. Manalah orang-orang kampung itu tidak marah, tidak malu dan memaki yang bukan-bukan macam orang hilang akal.

“Main koyok wong wedok!”
“Lembik! Tak makan nasi ke?
"“Main bola macam bapuk!”
“Q#@ &Y#!@! Jurulatih mangkuk! piring! kuali!”
“Pengurus tidur! %$#@JE !! ”
“Lembik giler! Giler pun tak lembik macam tu!”
“Bawak baliklah telur itu woi!”

Macam-macam kritikan. Sinikal. Sarkastik. Di forum atas talian, di laman sesawang rasmi kampung, di blog-blog. Itu belum lagi ekspresi bebas di kain-kain rentang yang digantung di simpang masuk ke kampung.

“Wak Jenal & Wak Karman makan gaji buta - Sila letak jawatan!”
“Pasukan Parit Ponorogo perlu reformasi!”
“Bubarkan PSPP!”

Selepas dua kekalahan mengaibkan itu pemain-pemain menyorokkan diri. Malu menunjukkan muka. Amat malu sehingga terasa seperti masing-masing tiada zakar lagi. Wak Jenal, jurulatih pasukan kampung itupun terpaksa senyap-senyap dan terhendap-hendap dengan memakai topeng dan menyumbat telinganya dengan kapas bila ke kedai membeli rokok. Wak Karman, pengurus pasukan yang juga ketua cawangan parti lok tujuh itu kabur entah ke mana. Sudah banyak hari tidak nampak batang hidungnya baik menyawit ataupun berpidato di kedai kopi.

Wak-wak dan kaum lelaki berdiskusi dan berdebat di sana-sini, di surau, di tepi jalan, di kedai kopi Wak Seman. Padahal masing-masing kaki bangku.

“Pemain tua ganyut nak mampus pun diambil main juga” Komen Wak Jambar, seorang penyokong fanatik Drogba sambil meludah ke tanah.

“Macamana nak maju, tiada iltizam, tiada solusi dan usaha konkrit mencungkil bakat-bakat muda secara sistematik dan konstruktif” Beriya-iya cikgu Shahru memberi idea.

“Infrastruktur pun kena ada juga. Jangan suka-suka padang bola kerajaan nak ambil buat bilik gerakan parti. Habis budak-budak nak main bola di mana? Celah-celah pokok getah?! Bawah katil?! #$F7u#C8k!" Bentak abang Sekak sambil menumbuk meja. Meja Wak Seman pecah terbelah jadi dua.

Bibik-bibik dan kaum hawa yang biasanya mengumpat pasal laki, pasal artis dan bini menteri, yang rabun pasal bola pun ikut bersosek-sosek juga. Di tempat jemuran, di anjung, di kaki-kaki tangga sambil mencari kutu dan mencabut uban.

“Dulu-dulu masa ada Mokhtar Dahari, kita handal…...” Wak Jenab, sambil kakinya menendang bayi ayam yang melintas di celah kakinya. Bayi ayam itu mati di situ juga.

“Bilalah kita nak ada balik pemain yang handal macam Karim Pin itu agaknya” Kak Aton Rondo, yang dulu memang tergila-gilakan sungguh Karim Pin.

Alahai.......

PSPP : Persatuan Sepakbola Parit Ponorogo.

TTFN

Label: ,

 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 7/25/2007 05:47:00 PTG. |


54 Ulasan


Rabu, Julai 25, 2007 6:12:00 PTG, Blogger Sastri

wow... memang sesuai 'rating' yang diberi... :p

hmmm... suka ayat ni 'Jangan suka-suka padang bola kerajaan nak ambil buat bilik gerakan parti.' maksud tersirat penting nih... :p

 

Rabu, Julai 25, 2007 6:49:00 PTG, Blogger Kemat

memang kena bubarkan... kita mulakan hidup baru..generasi bau, pasukan baru cuma kene bersabar untuk tuai hasilnya

 

Rabu, Julai 25, 2007 11:21:00 PTG, Blogger MYA MARJA

Sedapnya lagu 'Ondel-ondel'. Mana boleh dapat?

Kena belasah tu biasa. Dulu zaman rotan. Sekarang zaman psikologi. Terlebih psikologi agaknya?

 

Rabu, Julai 25, 2007 11:38:00 PTG, Blogger zino

pukul anak sindir manantu hehe

 

Khamis, Julai 26, 2007 12:55:00 PG, Blogger Unknown

Salam jowo pinter,

cerito iki podo koyo ,cerito omah sebelah..mboh kapan arek bubar.tapi wes,.aneg tondo-tondo.majulah sukan bola demi negara..!.

 

Khamis, Julai 26, 2007 1:43:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

apa punya cap ayam la team tu...
pemain perasan bintang

jurulatih dah macam juruletih je asek nak kena dengan pehak pengurusan sapa nak dibagi main...

pehak pengurusan pulak bangang dan berkaki kerusi

jenal ngan karman tu... banyak makan rasuah kot... amek upah dari kontrak penaja kot...

mereka dah memalukan nama kampung. patut dituduh sebagai menderhaka kepada kampung. tidak patriotik. memberi aib kepada seluruh warga kampung. bunuh!bunuh!!bunuh!!!

 

Khamis, Julai 26, 2007 2:19:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

alahai...

 

Khamis, Julai 26, 2007 2:51:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
iye2 je wak ni. wak terer tak main bola sepak?

 

Khamis, Julai 26, 2007 5:24:00 PG, Blogger kingbinjai

bakar! bubar! belasah!

 

Khamis, Julai 26, 2007 7:48:00 PG, Blogger khairyn

sukan yang terlalu banyak campuran politik dari bakat.

 

Khamis, Julai 26, 2007 9:42:00 PG, Blogger Aku Bukan Bidadari

tak makan nasi or terlebih makan nasi orrr byk minum tongkat ali.. ??

 

Khamis, Julai 26, 2007 9:46:00 PG, Blogger Unknown

hehe.. lawak sungguh..

 

Khamis, Julai 26, 2007 10:51:00 PG, Blogger DeeN

Oh...!! Tak kuasa sungguh...;P

[Maaf, sekadar ulasan pendek, tak kisah la, janji rock hehehe..]

 

Khamis, Julai 26, 2007 11:06:00 PG, Blogger lassadad

saya jadi ingat kalau indonesia dan malaysia kalah di AFC :-(

 

Khamis, Julai 26, 2007 12:43:00 PTG, Blogger Unknown

tak cukop sx nye ehehe

 

Khamis, Julai 26, 2007 12:59:00 PTG, Blogger Mak Su

amboi... kuatnyer tendangan, sampai mati bayi ayam tu....

 

Khamis, Julai 26, 2007 1:41:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

[SEBENARNYA SAYA CUBA SELITKAN SATU-DUA KEBEJATAN MASYARAKAT DAN RAGAM SESETENGAH MASYARAKAT KITA. YANG TERSURAT MUNGKIN CERITA TENTANG KEMELUT BOLA, TAPI YANG TERSIRATNYA JAUH LEBIH DARI ITU.... :)]


sas,
Itupun dah dicantas banyak.. :p

Itulah dia. Banyak taman-taman permainan kanak-kanak sekarang pun dah ditakluki oleh kabin bilik gerakan parti keris.... huh!


Kemat,
Ya, macam pengantin baru juga lah ekk... he he!

Baru yang lahiriah saja mungkin tak cukup. Batiniah juga harus baru. Semangat, sikap, mentaliti kena ubah. :)


Mya marja,
Melodi dan senikatanya amat menusuk kalbu kan... :D. Terjumpa di Geocities.com semasa mengodek-ngodek alam siber. :D

Terlebih manja. Terlebih materialistik. :)


Zino,
Banyak yang saya 'siratkan' di sebalik cerita itu sebenarnya. Bukan cerita tentang bola saja. Siapa yang terasalah. He he he.


smnoor,
Salam,

Susah arek ngomong mas. Dongak'ey waeylah. Mugo-mugo orak terus koyok ngono.


pa'chik,
Alah, apalah sangat kedudukan bolasepak pasukan kampung PP berbanding kebejatan masyarakat dan kebobrokan sistem pentadbiran kampung itu pa'chik. Indeks rasuahnya merudum lebih teruk dari itu, kenapa ketua kampung dan JKKK kampung senyap?

Mana lebih besar. Maruah pasukan bola atau maruah bangsa keseluruhannya? :)

Satu lagi. Bab yang ini sibuk nak letak jawatan. Kenapa dulu masa jambatan kampung itu runtuh, siling balairaya runtuh tak ada yang letak jawatan?


tok mudim,
Alahaiiiiiiiii....


eisraa,
Baru balik uzlah ekk....

Wak tak beriya-iya. Wak cuma melihat, mendengar dan bercerita. Carilah mesej yang tersirat di sebaliknya :D


king,
Ha ha ha! Ketua kampung pulak enak-enak bernikah lagi.....


khairyn,
Itulah dia. Pengurusan PSPP ramai ahli politik, kebanyakannya kaki bangku. Cuma gila jawatan, gila kuasa, gila duit. Agaknya. :)

 

Khamis, Julai 26, 2007 1:51:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tiara,
Pasukan kampung itu ditaja oleh kopi angguk-angguk dan kopi lacinda. Ha ha!


orochi,
Berani betul Sekak itu pecahkan meja Wak seman ekk.... ha ha!


nur@,
Kena ada kuasa baru perubahan boleh dilakukan nura :D

[Tak apa. Biar pendek tapi padat dan mantap...:)]


Luthfi,
Indonesia kalahnya bermaruah. Berjuang habis-habisan. Tapi Malaya kalahnya memalukan. Jadi isu negara :)


Lind,
Cukuplah itu. Ini bukan laman 18sx pun. he he he!


mak su,
Wak Jenab itu memang, bila tengah mengamuk laki dia pun ditendangnya. Ganas dan tak feminin sungguh!

 

Khamis, Julai 26, 2007 2:00:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

"Main koyok wong wedok!”

perkataan WEDOK je yg sy tahu maksudnya.

 

Khamis, Julai 26, 2007 2:12:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Salam BP,

Kalau pasukan PSPP dah gitu prestasinya dari 10 tahun dulu, takkan tetiba je boleh jadi baik. Time Super Mokh dulu adalah kesinambungan dari Gani Minhat, Dali Omar dan lain lain nya bukan terus je jadi bagus gitu.

 

Khamis, Julai 26, 2007 2:35:00 PTG, Blogger 13may

Karim Pin???

Lamanya tak dengar nama nih :)

 

Khamis, Julai 26, 2007 2:42:00 PTG, Blogger Unknown

tinggi nilai cerita ni. terasa pedasnya smpai nk jilat jari..heh.

 

Khamis, Julai 26, 2007 4:42:00 PTG, Blogger Butaseni@Wan Raja

nak buat macam mane Seman,dalam kampung kite ni,cume deme tu je yang boleh tendang bola.haih,kalau boleh import dari kampung sebelah dah lame dah.budak ni pun bile dah jawatan kuase belie kampung beli jersey baru waahhh.. bukan main melaram lagi,tapi bile main heemmmmppphhh macam nak tendang doghiyan,penakut.oghang sergah dah di teghajangnye bola ke bendang tu ha.nak main macam mane.haih,yang kat ateh tu pun masih nak jadi pengerusi seumur hidup lagi ke?alahhh bior lah oghang yang tahu pasey bola ni jadi ketue pulak aiihhh,kita ni dh tue bawaklah berehat.tak gitu yop?hehehehe

 

Khamis, Julai 26, 2007 4:44:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

best la cerita untuk 18 tahun keatas ni, nasib la aku tak minat bola.

BP, setelah mentelaah kamus kuno semasa pertapaan, terimalah lirik 'ondel-ondel'..hehehehe.. mari nyanyi ramai-ramai

Embohlah bocah sa’iki
Cilik-cilik ditatangi
Turuney diawasi dikemuli
Arek opo kabeh dituruti
Wes gedi wong tuo dilawani
Mengudul nek diseneni
Orak kerungu nek diomongi

Embohlah bocah sa’iki
Asal usuley wes lali
Sembayang sekali-sekali
Iso nyanyi orak iso ngaji
Serakalan wes orak reti
Nek wes buto jawi
Ngaji mboco seng rumi !

Embohlah bocah sa’iki
Emak bapak diakali
Merono merene emboh lungo endi
Metu sore balik bengi
Nang ngomah ngadepi tivi
Ndelok ViCiDi ndelok DiViDi
Magrib, Isya’ dilanggari

Embohlah bocah sa’iki

 

Khamis, Julai 26, 2007 4:56:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ni ha lirik sebenarnya, salah paste la pulak kat atas tu... okeh, lagi sekali nyanyi ramai2

nyok kite nonton ondel-ondel (nyok!)
nyok kite ngarak ondel-ondel (nyok!)
ondel-ondel ade anaknye (boi!)
anaknye ngigel ter-kiteran (oi!)

mak, bapak, ondel-ondel ngibing (serr!)
ngarak penganten disunatin (serr!)
goyangnye asyik dut-ndutan (dut!)
eh nyang ngibing igel-igelan (gel!)

plak dumblang duplak plak plak
gendang nyaring ditepak
nyang ngiringin nandak
pade surak surak
tangan iseng jailin
kepale anak ondel-ondel
taroin puntungan
rambut kebakaran

anak ondel-ondel jejingkrakan (krak!)
kepalenye nyale bekobaran (brul!)
nyang ngarak pade kebingungan (ngung!)
disiramin aer comberan (byur!)

hore!
palenye botak!
hore!
palenye licin!
hore!
idih malu!

 

Khamis, Julai 26, 2007 5:26:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

sitilina,
Maknanya, "Main macam orang perempuan" :D

[Bagaimanapun kata-kata itu bukanlah pula bermaksud perempuan tak pandai bermain bola. Begitulah adanya :)]


En Zabs,
Salam en. Zabs,

Betul. Ramai bersetuju dengan pendapat itu. Kota Rom itupun bukan dibina dalam sehari [Eh!. Sesuai ke perumpamaan ini? :)]


Malu kalau diingat-ingatkan kgemilangan yang lalu. Apa-apapun, memang tiada jalan pintas untuk berjaya.


13may,
Teringat masa budak-budak dulu. Masing-masing nak tiru stail rambut Karim Pin itu. ha ha ha!


Azzam,
Makan nasi kalau tak ada sambal memang tak best. Lagi pedas lagi berselera, tambah-tambah lagi kalau ada ikan kapak masin. Pergh!

Bro' tentu faham maksud analogi itu kan. :D


Arianna,
Politik dah menyerap di mana-mana hari ini. Semuanya nak dipolitikkan. :)


butaseni,
He he he! Masalahnya import pemain kampung sebelah pun kalau tak belajar apa-apa, tak berfaedah juga. Pemain luar semakin handal, bayar gaji mahal-mahal, pemain kampung itu masih di tahap itu juga!

Wak Karman itu tak adanya nak letak jawatan. Maklumlah gaji pengurus lumayan, berkawan dengan ketua kampung dan penghulu pulak tu. :D


pelawat,
Ha ha! Cerita ini memang bukan untuk peminat bola pun. Cuba kau baca betul-betul!

Ha ha! Kau 'curi' karya aku ekk. Aku baru tengok balik kat SITU. Ha ha ha!


Bagus! bagus! Terima kasih banyak kerana kau bersusah-payah dapatkan lirik ONDEL ONDEL yang unik itu. Mana kau dapat ekk? Kau dengar lagu itu, lepas itu kau tulis ekk? He he he.

 

Khamis, Julai 26, 2007 5:57:00 PTG, Blogger Nunn

Waa.. samseng gak Wak Jenal/Jenab tu ek? mati anak ayam tu dikerjakan hehehe..

p/s - mana satu ni Wak Purple, Wak Jenal ke Wak Jenab nih... :D

 

Khamis, Julai 26, 2007 5:59:00 PTG, Blogger TedungS

selagi wak2 porjo tu memegang tampuk pemerintahan, selagi tu la PPSP tu akan dibelasah dengan semangkuknya.

Vote them OUT!
..eh, ke situ plak

 

Khamis, Julai 26, 2007 11:12:00 PTG, Blogger BaYu SenJa

kurang2 terubat rasa malu bila dibaca kisah ini.. sebabnya, suara hati bagai tersuara melalui kisah ini...
aduh malu !!

 

Khamis, Julai 26, 2007 11:27:00 PTG, Blogger alifmimyanun

saye teringat eric boban pulak bile bace post ni.

 

Khamis, Julai 26, 2007 11:39:00 PTG, Blogger KAMATO

Suatu waktu dulu pernah melalui kawasan itu bersama seorang rakan, rakan tu kata dah la porno, rogol pulak he..he...

 

Jumaat, Julai 27, 2007 12:06:00 PG, Blogger ManjLara

rasanya, saya lebih rabun ttg bola dari bibik2 tuh, err.. Karim Pin eh? duh, yg saya kenal cuma Mokhtar Dahari aje hehehe..

jadi, mmg confirm saya takkan bersosek-sosek pasal bola atau yang 'sewaktu' dengannya huhu..

 

Jumaat, Julai 27, 2007 9:23:00 PG, Blogger aNIe

Macam drama swasta dah senario bolasepak negara sekarang...hehhee...yg tak tahan tu bila kene belasah sampai bergol-gol...pastu...dia kata dia...dia tunjuk dia yang salah...abih saper yang salah? Penonton ke?

 

Jumaat, Julai 27, 2007 11:42:00 PG, Blogger Monster Mom

nasib baik MM tak nengok n tak kesah ngan situasi yg memalukan nih...

cis! karim pin? ish... tu nalaaa.. nyer zaman tuh.

 

Jumaat, Julai 27, 2007 12:28:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

"Jangan suka-suka padang bola kerajaan nak ambil buat bilik gerakan parti"
hohohoho..

 

Jumaat, Julai 27, 2007 4:49:00 PTG, Blogger akirasuri

ho ho ho.
kejawaan sungguh!
agaknya hari tu bola sudah tidak bulat dikaki.
sudah jadi bujur barangkali.
ha ha ha.

 

Jumaat, Julai 27, 2007 5:22:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nunn,
Eh. Keliru ekk. Ha ha ha.
Wak Jenal dan Wak Jenab adalah orang yang berlainan. Wak Jenab itu surirumah yang rakus, ganas dan tidak bertimbang rasa pada spesis haiwan. Wak Jenal itu pulak jurulatih pasukan. He he he.


Tedung,
He he he. Pemain pun kena tukar!


Bayu,
Saya pun malu juga sebenarnya.

[Malu pada diri sendiri itu satu sifat yang terpuji juga kan... :)]


alifmimyanun,
Abas Saad ingat tak? He he he.


Kamato,
Bila lalu jalan Muar-Tangkak memang selalu nampak papantanda kampung itu. Tapi cerita ini tiada kena mengena dengan kampung itu. He he he.


manjlara,
Sebab dia tak handal kot ramai yang tak kenal. Tapi dulu ramai gadis-gadis yang minat. Sebab apa entah!

Tahniah! Dari bersosek-sosek macam Wak Jenab itu, baik tulis blog ekk... :D


kak lady,
Padang kot yang salah. He he he.

Mentaliti. Jarang nak mengaku silap dan kelemahan sendiri. :)


monster mon,
Saya kisah sangat itu taklah tapi ambil tahu juga. :D

Karim Pin itu sezaman Azizul Abu Hanifah kan.... :D


kamarul,
Dalam dan tajam maknanya...... He he he.


akira,
Dah kampung itu 90% orang Jawa, mestilah kejawaan. He he he.

Kalau tak minat bola, cerita di atas juga boleh diubahsuai jadi sukan badminton,sepaktakraw atau apa saja.... Mesejnya sama. He he he..

 

Jumaat, Julai 27, 2007 7:39:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

sori mas, suwe ora mampir... piye kabare...?

matur nuwun wis mampir nang blog-ku yo mas...

suk kapan-kapan ketemu meneh... :)

 

Sabtu, Julai 28, 2007 10:00:00 PTG, Blogger Achik_Sufi

entri kali nie banyak menyentuh kepincangan yang membawa padah buat negara yang tercinta.majunya sesebuah pasukan dengan saksamanya seorang pimpinan.

 

Ahad, Julai 29, 2007 8:59:00 PTG, Blogger shahril aley

wei aritu aku ade pergi kenduri kawin di taman arosa dekat bandar muar. singgah sebentar jalan2 di tanjung emas(agaknye la)

 

Isnin, Julai 30, 2007 2:31:00 PG, Blogger aku

dulu dan sekarang...jurangnya memang berbeza...

 

Isnin, Julai 30, 2007 9:09:00 PG, Blogger me3n

err macam ada yang tersirat jer hehe.

 

Isnin, Julai 30, 2007 9:51:00 PG, Blogger Sya

Bubarkan aje pasukan tu... jom buat pertandingan main guli.. bola kecik sikit .. InsyaAllah leh menang

 

Isnin, Julai 30, 2007 4:03:00 PTG, Blogger Mummy Rizq

ermm... aarr.. ermm... ooo.... no komen....

 

Isnin, Julai 30, 2007 4:08:00 PTG, Blogger Rush Murad

first of all, background music blog ni memang lentok abis... tahap dewa aku ketawa.... :P

bubarkan dan re-organize, re-management, re-construct persatuan bola tu... gali....gali...gali... sampai ke akar umbi... pasti akan jumpa apa yg tak kena...

 

Isnin, Julai 30, 2007 6:02:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

bagonk,
Yo orak opo.
Kabare waras. Alhamdulillah :)

Yo ketemu meneh, Insya-Allah.


jbm,
Tapi cerita ini tak ada kena mengena dengan Parit Ponorogo yang itu bang. Marah kang kalau orang-orang kampung itu baca blog ini. He he he.

Itulah dia. Itupun masih tak sedar-sedar diri lagi. Bangladesh pun lagi kuat agaknya.

Hidup Blackburn Rovers! He he he!


achik sufi,
Moga-moga penyakit dan kepincangan itu ada penawar dan solusinya. :)


zwit,
Itu cuma gimik! Orang kita kan sukakan gimik! He he he.


Shahril,
Makan mi bandung tak? Makan asam pedas Muor tak? Makan rojak Muor tak? Makan satey Muor tak?
He he he!


aku,
Sepatutnya semakin maju sesebuah negara, semakin maju juga sukannya. Ini terbalik pulak!


ad3ck,
Memang banyak yang tersirat, sampai jadi berselirat! Ha ha!


sya,
Bola sepak yang besar itupun tak 'nampak', inikan pula guli yang halus itu kak sya. Lagi 'tak nampak'...he he he...


mummy,
Hmmmm... :)


Rush,
Lagu itu memang unik 'tahap dewa'! Faham tak maknanya? Di atas itu ada seorang sahabat kita dah tuliskan liriknya. Bolehlah salin dan nyanyikan bersama-sama. He he he.

Setuju! Dan yang paling penting, mentaliti dan niat kena betulkan dulu.

 

Selasa, Julai 31, 2007 10:17:00 PG, Blogger debikdebuk

hebat la kampung ko nihh... fanatik abis..

 

Rabu, Ogos 01, 2007 3:38:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ramai peminat encik jowo nih .. entry2 ko nih byk maksud tersirat :P

 

Rabu, Ogos 01, 2007 4:27:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Faizah,
Orang kita memang suka berkias, bermetafora, beranalogi. :)

 

Selasa, Ogos 28, 2007 10:12:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Pasal bola yo.Agae wong seng main bola sepak kui wedi delok kabeh padang wernone ijo.

 

Selasa, Ogos 28, 2007 10:15:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Seng nyepak selalune weroh werno abang karo putih.