Aku berjaya meletakkan jentera ‘garislangit’ unguku itu di posisi yang sungguh strategik. Bebas dari tembakan liar tahi burung yang selalu bertenggek di dahan pokok Pterocarpus indicus itu. Dan juga senang untuk memantau kemunculan senyap-senyap penguatkuasa MPAJ yang rajin menyelitkan ‘surat cinta’ di bilah pengelap cermin hadapan jentera - yang pemiliknya kedekut membayar cukai tempat letak kereta itu.
Bersebelahan dengan pejabatku itu sebuah kedai dobi. Kedai dobi itu nampak seperti biasa-biasa sahaja. Tapi pelanggannya terdiri dari golongan yang hebat-hebat juga. Selain dari mak-mak Datin, kelibat selebriti juga selalu kelihatan di situ.
Sebuah kereta Toyota Harrier berwarna perak berkilat, bernombor pendaftaran yang cantik, berhenti betul-betul di hadapan kedai dobi itu. Seorang perempuan dalam usia lewat empat puluhan tapi masih nampak cantik, elegan dan bergaya keluar. Dia membuka bonet belakang keretanya. Sebaik sahaja pintu itu ternganga, beberapa buah bungkusan plastik berlumba-lumba jatuh, termuntah dari ruang belakang keretanya itu. Dan di dalam ruang belakang yang luas itu ada lagi tiga empat buah buntalan plastik, berlonggok, yang agaknya berisi pakaian yang mahu dibasuh.
“Ini stok sebulan punya…,” kata perempuan itu. Tersengih. tersipu-sipu. Kemalu-maluan.
Isk…isk…isk… Stok sebulan!? Kalaupun tidak sampai berkulat, berbau hapak juga rasanya. Kan?
TTFN
Isnin, Julai 16, 2007 1:02:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Agaknyalah kot...[kena bersangka baik :)]
Mungkin juga dalam buntalannya itu sekali dengan kain langsir, cadar, tuala..Itu yang nampak banyak. :D
pa'chik,
Tersenyum simpul usahawan wanita empunya kedai dobi itu... :)
sitilina,
Ha ah kan. Hotel Burj Al Arab itu memang cantik. Tapi mahal sangat la... Semalam pun ribu raban harganya!
kingbinjai,
Tak apalah. Dia kaya. :)
zino,
Baju yang dah dipakai kalau dilonggok lebih seminggu, tak berbau ke zino? :)
jbm,
Agaknyalah kot. Sekarang ini maid pun banyak sangat karenahnya. :)
ad3ck,
Tapi tauke kedai dobi itu tersenyum lebar agaknya. Masyuk!
Betul! Yang hitam itu tayar! :D
Zabs,
Salam bang,
Mungkin juga. Kalau sekali hantar jimat sikit duit minyak kereta kan.. :)
eisraa,
Salam,
Apa kena mengena kekerapan mencuci dengan kesopanan? :D
manjlara,
Orang kaya. Tak jadi masalah kot.
p/s. Dia pemalu sikit orangnya :p
aku,
Tak sampai tahap 'gaban' kot. Kalau baju pakai untuk berkebun atau bersukan lain lah...
Tuan tanah,
Ya, ya. Mungkin. Maklumlah orang-orang kaya kain-kainnya mahal-mahal, sensitif dan berjenama belaka. :)
mak su,
Siapa yang rajin mak su? Saya ke? He he he..
Ila,
Salam bibik Ila, :p
Bijak sungguh bibik mentafsir ek. He he!
Arianna,
Macam tau-tau saja ni Anne. Ada pengalaman ke? He he he.
nur@,
Tidak dikenalpasti identitinya. Nasib baik tak pakai lori 1 tan. :D
Isk... Tinggi sungguh imajinasi kamu. Dalam buntalan plastik, mana nampak isi kandungannya.. :p
Isnin, Julai 16, 2007 6:16:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Amora,
Ha ha! Cintailah bahasa kita.
Deria pendengaranku memang amat peka amora. he he he!
pb,
Itu jugalah soalan yang menorobos masuk ke dalam minda saya. :D
jamoren,
Dia simpan dalam bilik kedap bau kot :D
akira,
Kamu memang anak yang baik akira....
[Sebab berbaik sangkalah saya noktahkan cerita itu setakat itu. :)]
butaseni,
Isk...Ada ke pakaian dalam jenis 'pakai buang'? Isk kau ni...Boleh buat industri tanaman cendawan ek. Ha ha!
Kak lady,
Dia simpan dalam bilik kedap bau kot :D
Pegawai,
Pendapat kau yang paling unik sekali setakat ini. He he!
achik,
Mungkin mesin basuh rosak. Mungkin amah dia dah lari. Mungkin dia nak buat cucian kering. Mungkin dia terlalu sibuk. Mungkin....mungkin... :)
Selasa, Julai 17, 2007 6:14:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Iman,
Wah! Lumayan juga ek buat subkontrak kerja mendobi. Boleh sampai beli Harrier. :)
iza,
Betul. Orang dulu-dulu basuh baju tepi sungai, kira exercise sekali. :D
Orochi,
Mungkin 'rakyat'dan kroninya ramai kot. :D
gayour,
Alhamdulillah. Sempat kita sama-sama sekali lagi menemui Rejab yang ini. Rejab akan datang belum tentu lagi. Sama-samalah kita mengimarahkannya. :)
nbk,
Kalau sehelai dah beratus ringgit tak sampai hati nak 'pakai dan buang' jang. :D
ayu_mkay,
Mungkin ada kesilapan teknikal di mana-mana yang tak dapat dielakkan agaknya itu. :)
Membran timpanun saya masih berfungsi dengan baik dan peka. Kuwi dhudu nguping jeneng'ey. Kuwi 'terkerungu'. Ha ha! :D
titicaca,
Orang perempuan bukan selalu buat koleksi baju ke? Orang lelaki lainlah. Asal boleh pakai,He he!
flush,
Susah nak cakap. :)
mama risyiariana,
MR memang bijak kalau mengomen. Kreatif! :D
Rabu, Julai 18, 2007 3:38:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
kodox,
Biasa-biasa saja :D
Yus,
Saya kalau comforter atau blazer baru hantar dobi ... :D
Ada masalah di mana-manalah itu kot :)
nbb
Barangkali mesin basuhnya rosak. Barangkali amahnya balik kampung atau lari. Barangkali......Barangkali....
mamamanja,
Entah! :D
faizah,
Dah bertahun pun gagal mengesan lokasinya lagi ekk.... Mulai hari ini nak parking tempat lain pulaklah. He he he!
Tiara,
Wanita tetap wanita. Kan?
Isk isk... takkan laa simpan sampai sebulan... kalau seminggu tu boleh diterima lagi... mungkin perempuan yang cantik dan elegan tu sibuk sangat? atau mesin basuhnya rosak? (takkan laa pakai harrier tak mampu nak beli mesin basuh kan?) :p