“Isk…! Dah hujung-hujung pulak itu. Sayang betul!” Getus encik itu. Terkocoh-kocoh dia melangkah keluar dari pintu bilik solat itu. Ada garis-garis hampa terlakar di wajahnya.
“Apanya yang hujung-hujung tu encik?” Seorang puan yang sedang menggodek-godek cawan di pantri bersebelahan itu menegurnya.
“Dah hujung-hujung tadi terhembus pulak…...” Kata encik itu. Menyengihkan wajahnya dan bergegas masuk ke bilik air bersebelahan.
Berkerut dahi puan itu. Dia cuba menduga-duga agaknya, tapi entahkan faham entahkan tidak.
[Sebenarnya encik itu telah menghembuskan angin secara tidak sengaja melalui rongga punggungnya sewaktu sedang sujud di rakaat terakhirnya. Adapun cerita ini tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jika terdapat persamaan, anggaplah secara kebetulan sahaja. Begitulah adanya. :D ]
TTFN
Khamis, Julai 19, 2007 6:04:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Isk..u ni. Terlalu berterus-terang sangat perkataan itu. Kurang manis lah! :p
'Hembusan' itu satu proses semulajadi yang menikmatkan juga untuk mengeluarkan toksik dari badan. He he he.
cikgu gitar,
Eh.. Bukan dah cukup bersopan ke susunan ayatnya tu..!
13may,
Ha ha! Kalau dah sampai waktu proses 'penghembusan' itu, memang tak kira waktu dan ketika...
lindosh,
Bahagian mana yang kurang sopan itu lind. Cuba kamu perincikan dengan jelas. :p
khairyn,
He he he! Yok ondel-ondelan!
Lagu itu memang berhantu. Tak percaya cubalah hayati betul-betul. Mesti akan terlekat di pendengaran sampai bila-bila. :D
pac'hik,
Isk... Nak buat apa menyeksa diri menyumbat rongga itu. Silap-silap terburai nanti. Mesti kau pernah buat ni! Ha ha!
Kamato,
Mungkin kondisi postur bersujud itu yang lebih memudahkan luncuran dan momentum hembusan angin itu. Agaknyalah. :D
bang gugar,
Salam.
Itulah. Kita hanya merancang, Tuhan juga akhirnya yang akan menentukan. :)
tok mudin,
Hembusan itu tidak disertai dengan sebarang aroma. Ianya sangat neutral. Harap maklum. :D
Ila,
Betul! Apa nak dimalukan. Ye tak?!
Khamis, Julai 19, 2007 6:19:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
mak su,
Itu istilah yang lebih lembut dan berkias...Bahasa Melayu itukan indah. Kenalah pandai mengaplikasikannya ikut situasi. He he!
nur@,
Biarlah, kalau dia nak 'terhembus' pun...Tak elok di tahan-tahan.
he he he!
king,
Kalau terhembus masa tengah sembahyang jumaat lagi haru ekk...
achik,
Nak buat macamana..... Nak ditelan mati emak, nak diluah mati bapak. Isk...merepek dah...!
kadok,
He he he!
Lama betul tak nampak kelibat kau kadok. Nanti aku singgah blog kau ekk...
butaseni,
Mungkin faktor pemakanan banyak mempengaruhi. Mungkin juga faktor psikologi dan emosi. :)
Betul kata kau. Tuhan nak menguji kesabaran dan keimanan kita barangkali.
am,
Taklah kelakar mana Am. Biasa dialami semua orang kan. He he he.
Mana boleh. Cerita itukan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah meninggal dunia... :p
art,
Tiada sebarang kesan bunyi dan juga kesan bau. Harap maklum. :D
Tiara,
Kemut itu apa Tiara? Serius saya tak reti. Ajarlah saya. Boleh?
Jumaat, Julai 20, 2007 5:31:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
aku,
Eh! Saspens ke macam itu?
Kamu suka? Suka 'menghembus'? Isk kamu ni.....Berterus-terang sungguh!
LUJ,
Begitulah. Tuhan menguji umatnya dengan berbagai cara. :)
He he he. LUJ pernah tengok komedi Benjamin S? :D
Zino,
Rasanya lama dah tak makan durian.
Mungkin ada saki-baki akumulasi angin bertoksik yang berkumpul di bahagian itu kot. :D
nunn,
Itulah dia. Kalau orang dah tak sudi, relakan sajalah pemergiannya. Ye tak?
azzam,
Memang bertuah bro'. Bak komen Ontahsapo itulah. :D
ad3ck,
Nak buat apa malu-malu. Pengalaman yang baik elok dikongsi bersama. Jadikan iktibar.
pb,
Ha'ah. Kalau kena waktu kecederaan, silap-silap tak sempat nak solat semula. Sebab itu sebelum solat kena siap-siap buat hembusan dulu. :D
OS,
Pandailah kau OS!
Amora,
Bukan luar biasa pun kan..... :D
flush,
Itulah dia. Dugaan!
Orochi,
Aku lama dah tak sentuh durian. Bak kata En Kamato, mungkin injap keletihan kot. :D
zabs,
Betul, saya setuju. Setiap yang berlaku tetap ada hikmah di sebaliknya. Kenalah berfikiran positif :)
manjlara,
Bukan setakat 'bersedia', tapi 'wajib' !
He he he!
monster mom,
Ha'ah. Setiap makhluk Tuhan yang normal pasti akan 'terhembus'. Ada yang beraroma, ada yang berlagu. Cuma lokasi dan situasinya mungkin berbeza-beza. :D
LOL... kentuttttttttttt ekkkkk... memang sayang, tapi kan tak elok tahan kentut... keskeskes... kena laa ambik wudhu' dan mula balik... :p