Rejab bergolok bergadai untuk ke negara ini. Gelandangan dan merempat sewaktu mula-mula sampai. Makannya cuma nasi berlaukkan garam. Pernah ditipu bekerja buruh beberapa bulan tetapi majikan lari, Rejab tidak dibayar gaji.
Aku mula mengenali Rejab sewaktu kumasih seorang eksekutif [baca : kulikutif] projek di satu syarikat pembinaan yang terlibat dengan kerja-kerja sivil dan lanskap di pinggir Puchong. Rejab tidak terurus dan comot waktu itu, merayu agar diterima menjadi pekerja tapak. Sewaktu mula-mula dulu, teruk juga Rejab kudera. Biasalah, kerja di tapak pembinaan perlukan ketahanan fizikal dan mental, hati kena keras dan kuping kena tebal.
Rejab tak punya permit kerja. Rejab tinggal sembunyi-sembunyi bersama rakan-rakan sekapalnya di rumah kongsi yang terperosok di celah belukar [sekarang kawasan itu sudah dibangunkan menjadi sebahagian Cyberjaya]. Rejab itu tubuhnya saja nampak pendek dan kudut tapi amat gesit orangnya. Kalau setakat pokok berbatang 75 sentimeter garispusat atau satu-dua kampit baja, tidak perlu mesin backhoe, senang-senang saja dipikul di pundaknya sambil tersenyum.
Rejab itu juga licik orangnya. Sudah beberapa kali dia berjaya meloloskan diri sewaktu dihambat polis yang muncul ingin makan rasuah dan mengepau di tapak pembinaan itu. Pernah sekali Rejab dan rakan-rakannya disergah polis ketika mereka leka bermandi-manda di tali air berdekatan. Habis mereka bertempiaran lari dengan cuma berseluar dalam. Yang tidak sempat mencapai apa-apa, terpaksa bertelanjang, bercempera terkontal-kantil menyelamatkan diri.
Selicik manapun, Rejab berjaya juga sekali diberkas penguasa sewaktu operasi PATI secara besar-besaran, lalu ditahan di kem Semenyih, kemudian dihantar pulang dengan kapal laut. Tapi beberapa bulan kemudian kelibatnya muncul semula. Kali ini dengan kartu perjalanan yang sah – walaupun agak diragui keasliannya. Katanya, di Tanah Melayu ini mewah, asal rajin dan tidak malu mencari sesuap nasi. Selepas dari itu aku tidak mendengar apa-apa lagi tentang Rejab.
Baru-baru ini, Rejab menghubungi salah satu telefon bimbitku. Rejab mahu berjumpa denganku. Rejab hari ini bukan lagi Rejab pekerja comot yang pernah aku kenal dan aku dera dulu. Bermula dari gelandangan dan buruh, kemudian pekerja kongsikong, kemudian mencuba-cuba menjaja di pasar malam, hari ini Rejab sudah punya kereta dan menjadi tauke sebuah kedai runcit di Shah Alam!
TTFN
Sabtu, Julai 21, 2007 9:34:00 PTG,
purp, aku nak komen pasal komen sas ye...
ada sorang kenalan, dapat satu projek, dah elok dapat surat apa, dia pun gi beli semua barang keperluan tu, dan dan ada pulak surat dari orang peles kata, tuan peles tu nak projek tu,kongsi... last-last dibagi je terus, apa kejadah nak kongsi, mereka dok saja tunggu untung...
itulah kisah orang peles di tempat aku neh...
Isnin, Julai 23, 2007 1:02:00 PTG, sitinurulhawa
neng kampungku pon podo. bangla seng ngedol karpet montoran saiki wes eneng ngedei. wong2 seng tuku ijek koyo kui, sawite ajek telong ekar. taun taunan ora nokok.
wong ndewe kadung kepenak en
p/s dalam buku menjejak jutawan senyap by chef li pon bnyk cerita tentang orang2 mcm Rejab ni
Isnin, Julai 23, 2007 2:49:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas,
Itu perkataan-perkataan yang biasa cuma mungkin jarang diguna pakai agaknya. :)
Hmmm...Bila dah terlibat secara langsung dengan dunia kontraktor ini, baru tahu 'sepak-terajang' dan 'permainan kotor' sesetengah 'pemain'nya. Tapi susah juga nak kata bila 'orang-orang atas' juga ada 'saham'nya. :)
Orang serupa Rejab itu ramai lagi di Tanah Melayu ini. Agaknya orang kita kena 'buang diri' ke negara orang, merempat dulu baru nak maju...
Zino,
Sebab itu kalau tak kuat iman, jangan cuba-cuba jadi kontraktor. S:)
Susah juga nak cari orang tempatan berjiwa serupa Rejab itu.
Izz,
Saya belum kenal lagi sebarang orang bernama Rejab di Malaysia. :D
Pa,chik,
Ha ha! Sikit hari lagi dia pakai Mercedes pulak macam ada seorang Acheh yang buka kedai jual ayam dan sayur di Puchong..
Biasalah itu pa'chik. Kami pun baru terkena. Projek 'ciput', cuma RM1juta, lepas itu 'diarahkan' jadikan 3 pakej sebab satu pakej nak bagi Datuk, satu lagi nak bagi kroni majlis. Huh!
Bab-bab 'peles' itu, biasalah pa'chik'. Di sini pun berlaku juga. Kalau yang minta projek berkepala surat dari 'peles' atau kroni 'orang-orang itu' tak payah tender-tender dah....
Luthfi,
Boleh jadi juga. Tapi sebetulnya cerita motivasi tentang keperihan lelaki sewarganegara dengan kamu yang datang ke Tanah Melayu ini mencari sesuap nasi. :)
zabs,
Salam en Zabs,
Sebabnya, saya lebih selesa jika talian untuk bisnes dan talian untuk peribadi berlainan. :)
Rejab ingin pendapat untuk mempelbagaikan produk jualannya. :)
Kamato,
Ha'ah. Habis Rejab muncul Sya'ban kemudian Ramadhan. Rasa baru sekejap bulan Ramadhan yang lepas kan...
akira,
Tapi orang kita yang merempat dan berhijrah ke negara orang boleh pula berjaya di tempat orang ekk... Orang kita yang di sini saja yang manja dan suka disuap barangkali...
KV,
Ya, ya. Nak seribu daya. Tak nak sejuta dalih direka-reka...
lindosh,
Wah..wah! Kamu... Pantang dengar ada lelaki kaya sikit ekk. He he he...!
Tedung,
Belum layak lagilah Tedung..... :D
aku,
Rajin saja tak cukup. Mesti ada kemahuan dan akal! :)
kamarul,
Sebelum mampu menyewa kedai, dia cuma menjaja di pasar malam. Tapi berkat usaha dia, Alhamdulillah.....
sitinurulhawa,
Kuwilah. Wong kito monjo. Kabeh arek penak, tapi males, sitik usohone. Ngarep duit tibo seko langit agak'e.
Dah baca pautan itu. Itulah dia. Ada tenaga empat kerat tak nak diguna, jalan pintas jadi artis....Itupun belum tentu lagi.. Orang kita juga... isk..isk....
Ayu_mkay,
Alhamdulillah. Ambil iktibarnya. :)
Isnin, Julai 23, 2007 8:24:00 PTG, Pa'chik
bab pakai mercedes tu.. tokey-tokey tomyam dari siam yang datang sebagai tukang cuci gelas di awal 80'an dulu dah ramai dah...
tapi, satu aku respek mereka... tetap ada yang dihulur kepada geng pulo. jahat macam mana pun mereka tu, mesti jugak hulur. sabit tu hari tu ada heboh kejap isu neh...
err.. benda ni sensitip sebenarnya...
Selasa, Julai 24, 2007 12:11:00 PG,
power lah bung rejab,tahniah!
BP, aku pun biasa bergaul dgn budak2 indon ni, almaklumlah aku kerja kuli jugak cam diorang, kekadang tu banyak belajar dari diorang especially pasal kesungguhan untuk hidup senang.
bab angkat pokok diameter 75mm tu mmg tak dinafikan, selamba je diorang belasah, planting hole 1 meter padu pun selamba gak, boleh jimat duit sewa backhoe.. hehehe
Selasa, Julai 24, 2007 5:00:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
kak sya,
Betul. Yang penting ada kemahuan, usaha dan tak berputus nasa.
Ada kawan nama Sha'aban. Tapi tak ada yang sensasi untuk diceritakan pasal dia :)
13may,
Tentang semangat juangnya itu memang patut dicontohi dan diikuti. Tapi tentang masuk ke negara orang tanpa izin itu jangan ikut... :D
khairyn,
Belum sampai tahap idola lagi. He he..
Insya-Allah suatu hari nanti nama kamu juga akan terpahat sebagai anak Tanah Melayu yang berjaya di bumi UK. Pak Lah mesti bangga dengan kamu :D
Pegawai,
He he.
Setakat ini belum dengar lagi ada orang nama Muharam tapi ustaz aku dulu nama dia Mohd Safar. :)
Kemat,
Lagu mana satu en. Kemat?
Kalau tidak ada orang seberang yang sanggup membanting tulang, agaknya siapa yang nak jadi buruh buat bangunan tinggi-tinggi di Malaya ekk....
pa'chik,
Itulah dia. Macam almarhum atok aku. Dulu datang ke Tanah Melayu sehelai sepinggang dari Kebumen. Sekarang tanahnya merata-rata. :)
nunn,
Itulah dia. Badan kecil, semangat dan jiwa besar. :)
sitilina,
:)
AlFatihah.
pelawat,
Kau pun dalam bidang ni, tentu faham kan... :D
Terfikir juga, kalau tiada orang-orang dari Indonesia ni, siapa nak jadi kuli buat kerja kontrak dan lanskap ekk. Nak harapkan Mat Bangla, isk...pemalas, lembik, suka 'mengular'.... ha ha!
manjlara,
Tapi biasanya orang-orang kita bila dah terdesak dan terhimpit baru nak berusaha bersungguh-sungguh. Kan?
Kita [maknanya termasuk saya jugalah] leka di zon selesa, akhirnya pendatang yang untung :)
bang gugar,
Salam,
Boleh dipanggil taukelah sebab kedai dia sendiri.
Laaa...Kan dah bagi nombor yang itu hari itu. Hilang lagi ke?
He he he.
king,
Ya. Kita memang patut rasa malu....
Tiara,
Apa yang awak malukan Tiara? he he he!
Flush,
Insya-Allah...
Mungkin semangat dan usaha kita tak sekuat Rejab... :)
mak su,
Betul! Tak boleh manja sangat.
u-hah,
:)
Saya pun belum faham sepenuhnya... :D
butaseni,
Itulah yang orang kita susah nak ikut. Tak sanggup bersusah-payah dan menderita untuk berjaya.
Kalau termasuk hp yang dah rosak, kira banyaklah juga...he he he.!
Rush,
Betul itu Rush! Kejayaan itu subjektif sebenarnya. Bagaimana kita melihatnya.
Ha'ah. Cuma mungkin cara, jalan dan likunya yang berbeza-beza. :)
Rabu, Julai 25, 2007 10:09:00 PG, ILA
salam :D
Adakah anda menyedari, Peniaga2 berasal dari Acheh sudah mempunyai persatuannya tersendiri.Dari kedai bundle,restoran & supermarket kecil.Malah percakapan dialek bahse melayu mereka sangat bagus.Sehinggakan kita bley salah faham yg mereka warga M'sia juga.
Di Klang ini, terlampau banyak gerai di monopoli oleh mereka.Peliknya yg sewakan gerai2 tersebut adalah org kita.
Apapun, saya respect dgn kecekalan mereka:D
Rabu, Julai 25, 2007 6:22:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
achik,
Kejayaan dari kepayahan lebih manis. Kalau cepat dan senang sangat naik, nanti bila jatuh, berdebuk. Sakit!!!
debik,
Sekarang debgarnya Rejab dah berkawan dan bersekongkol dengan polis pulak...ha ha!
Izinni,
Itulah dia.
Selamat berpuasalah ekk...
Ila,
Salam,
Memang. Selain tabah dan kuat semangat, kerana mereka bersatulah mereka boleh maju. :)
Orang-orang belah sana memang bah. Melayunya hampir-hampir sama dengan kita. Yang belah-belah Pulau Jawa saja yang pekat semacam. :D
Uih... nampaknya perbendaharaan kata i ni masih kurang... byk perkataan baru i belajar dari entri ni...
bagus la Rejab ni... dia seorang yang berusaha gigih dan tidak mudah putus asa walau pelbagai dugaan perit dilaluinya... begitulah semangat yang patut ada dalam orang kita... berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian... bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian... sayangnya, maaf cakap, tak ramai yg begini... bercakap dari pengalaman bergaul dengan dunia kontraktor (bukan u ek, :p)sebenarnya ni... yang ramai, hendak mewah segera tapi tak mahu bersusah-payah... sudahnya, byk projek di'alibaba'kan... geram... bagaimana hendak maju kalau macam ni? belum lagi kita buka pasaran kita kepada luar... oopppsss...
err... maaf... sedikit teremosi pula bila bercakap tentang ini... huhuhu...