Jinan dan Ijan [nama manja…] adalah dua pelari pecut tersohor bawah 15 tahun di sekolah itu. Jinan kesayangan rumah Satria. Ijan pula kebanggaan rumah Perkasa. Di saringan acara balapan 100 meter itu, Jinan dan Ijan berjaya memecah rekod sekolah kategori bawah 15 tahun yang dipegang lama oleh Bagong. Bangga dan bongkak sungguh Jinan dan Ijan saat itu. Maklumlah bukannya mudah untuk mencatat masa di bawah 12 saat. Maklumlah, berlari di balapan rumput Axonopus compressus yang berkerikil, sepatu berpepaku pun ‘cap ayam’ dan berlari menentang arah tiupan angin pula.
Peringkat akhir ditunggu-tunggu semua orang. Keghairahannya seperti mahu melihat aksi Carl Lewis dan Calvin Smith. Kelebihan Jinan membuat permulaan yang baik dan cantik, kelebihan Ijan pula memecut di saat-saat akhir. Acara akhir itu berlangsung dengan amat sengit dan mendebarkan sekali. Keputusannya, pingat emas milik Ijan. Jinan pula pingat perak dan Yunus dari rumah Perwira yang agak tercicir di belakang berpuashati dengan pingat gangsa.
Acara 4 x 100m juga menemukan keduanya. Jinan dan Ijan sebagai anchorman [tukang sauh?]. Pun Ijan masih bernasib baik, Jinan tertewas lagi.
[Selalunya, potensi penuntut dalam sukan terpinggir begitu saja, mungkin kerana sistem dan persepsi masyarakat menganggap kecemerlangan akademik dan kecemerlangan dalam peperiksaan itu adalah segala-galanya. Dan, kadang-kadang terasa juga yang sukan tahunan sekolah pada hari ini pun sudah semacam tak segah dan semeriah sukan tahunan sekolah zaman kita dulu-dulu…….Kan?]
TTFN
Label: Retrospektif
Isnin, Ogos 06, 2007 5:56:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Sas<,
Tak nak masukkan nama Ben Johnson dalam cerita ini sebab muka dia ganas dan menakutkan. He he he.
Yang berbaju merah itu memang terkenal masa sekolah dulu. Ramai sungguh peminatnya di kalangan pelajar-pelajar perempuan. :p
13may,
Itu baru main-main.Kalau betul-betul lari....Lagilah dahsyat! ha ha ha.
nur@,
Pencerita tak ada kena mengena dengan cerita ini. Harap maklum. :p
Isk... Aku tak boleh kalau acara lontar-lontar, silap-silap aku yang terlontar kot. Aku suka yang pecut-pecut dan lompat-lompat. He he he.
Zwit,
Kenapa kau agak Jinan? Sebab dia kacak ke? ha ha ha.
Pa'chik,
Ha ha ha. Tiada komen!
Pendek-pendek jangan sebut Pa'chik. Sensitif. Silap-silap boleh putus kawan tau! :p
OS,
Kira oklah tu, terpilih juga wakil rumah...
Aku kalau lari berdua dengan Asafa Powel, aku yakin aku boleh dapat nombor dua! Handal tak?
nbb,
Hmmmm....Mencabar juga soalan doktor itu. Ini kategori kisah benar yang berangan kot.
Khairyn,
Isk! Macamana kasut boleh sampai dulu. Kagum betul!
Selasa, Ogos 07, 2007 11:18:00 PG, Butaseni@Wan Raja
sungguh nostalgik gambar tu.kau wakil rumah ape lak?
memang betul akademik adalah sangat peting di skolah.tp (pihak sekolah/guru-guru) perlu dipantau jugak minat serta kebolehan seseorang pelajar.kalau akademiknya agak lemah tp amat berkebolehan dlm bidang yg lain contohnya seni,sukan,elok digilap dari awal dan tumpu supaya ia tidak hilang begitu saja.kalau dipaksa dlm akademik saja,dua-dua sekali terlepas,maka rugilah negara.dari pengalaman aku guru dan ibubapak tidak peka dgn kebolehan seseorang itu,asyik nak paksa belajar akhirnya bakat dan kebolehan tu lenyap.betol tak jowo pinter? :D
Selasa, Ogos 07, 2007 12:57:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Tuan pegawai,
Aku harap dia pun tak berkecil hati juga sebab aku tak sebut nama dia... he he he.
Ha ha ha.
zino,
Meminjam kata-kata Ras Adiba Radzi, "Tiada hari tanpa sukan!" :)
achik sufi,
Sejak 20 tahun yang lepas, tang itu juga. Kan?
Pa'chik,
Pendek-panjang itu subjektif. Kadang-kadang membawa konotasi yang negatif. Jadi kena sebut ayat penuh biar orang tak keliru Pa'chik. Ha ha ha.
kingbinjai,
Terima kasih. Kau sokong siapa sebenarnya ni? Jinan ke Ijan?
He he he.
ayu mkay,
Itu dulu-dulu, masa zaman 'jahiliah'. He he he.
Sekarang kalau nak berseluar pendek pun paras lutut. Aurat kena jaga. Eii..Geli lah tengok orang berseluar pendek, lagi-lagi kalau perempuan. :D
butaseni,
Alahai.... Kau rasa siapa Jinan atau Ijan itu? ha ha ha
Betul! Itulah yang aku maksudkan. Kita mempersiakan bakat yang ada. Aku kagum dengan Datuk Dr. M. Jegathesan atau Dr Fara-Hani Imran yang berjaya dalam dua-dua bidang itu....
kamarul,
Itulah dia. Kalau dulu sesak padang sekolah bila sukan tahunan.Bertemasya sungguh warga sekolah dan penduduk sekitar sekolah. Sekarang macam tak ada apa-apa.
Mungkin anggapan, sukan itu bukan satu budaya yang perlu dan penting dalam masyarakat kita. Kecemerlangan akademik segala-galanya. Barangkali.
Selasa, Ogos 07, 2007 1:41:00 PTG, silversarina
emmmm menarik kisah jinan and ijan ni.... memang rugi potensi tidak digarap sepenuhnya..sukan sekolah sekadar melengkapkan kalendar aktiviti je... tapi akak musykil, setelah bertahun-tahun adanya sekolah sukan bukit jalil , products nya masih tak berapa timbul .. betul tak ??
kalau akak ada kat situ, akak pun minat kat pelari baju merah tu :P
Selasa, Ogos 07, 2007 6:23:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
Kak LUJ,
SBJ itu yang saya tau pasukan hokinya agak handal. Setau saya ada beberapa penuntutnya yang mewakili negara cuma mungkin tak menyerlah kot. Pengetua barunya Puan Marina Chin bekas pelari itu kalau tak salah.
Isk..Ramai betul peminat pelari yang baju merah itu ekk... :D
Arts,
Tahniahlah! Aku tak reti lari jarak jauh. Kalau merentas desa pun nombor puluh-puluh... He he
Aku pulak pernah sekali baca ikrar. Bangga gila woo!. Ha ha ha.
mummy,
Terima kasih. He he he.
Akira,
Eh! Saya tak ada kena mengena dalam ini cerita la...Pelanduk dua serupa agaknya tu..! he he he...
angel,
Apalah sangat. Setakat sukan tahunan sekolah. Kalau sukan Olimpik lainlah... :D
kak lady,
Itulah dia. Sayang sungguh....he he he
Ok juga tu lari dalam guni. Bersukan jugalah kiranya. Ada gambarnya tak? Kalau ada, elok masukkan dalam blog Kak Lady. He he he.
ad3ck,
Memang kebetulan sedang dalam proses mengimbas semua gambar-gambar nostalgia. Kalau biar dalam bentuk kertas, senang rosak.
Mana yang tak menjolok mata bolehlah masuk blog. He he he.
Tedung,
Oit..oit..Aku nombor dua la. Ha ha!Dah peluar sukan memang tak payah pakai spender lagi bro'. Dia memang dah ada siap-siap ada la.... :p
Rabu, Ogos 08, 2007 11:30:00 PG, Unknown
Salam.
Apa lu tulis aa manyak mutut lo! Olang pandang selong pada pelajar yang kuat sukan. Lagi satu aa pelajar seni pun olang pandang selong ma! Olang cakap ini pelajar aa tatak masa lepan. Gagal lalam pelajalan. Itu aa sulah lemahkan semangat pelajar itu sendili. Kesian sama lia lo! Sendili mau ingat ho!
Ok lo! Wa tumpang nyalan lain timpat ho! Telima kasih!
Rabu, Ogos 08, 2007 7:01:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
achik,
Tak acilah macam itu....Pingat emaspun sebab menumpang kelajuan orang lain..... he he he..
eisraa,
Itulah dia. Selain kuat lari dan kuat kerja, orang Jawa [yang lelakinya] memang 'ganteng2' dan 'nggarang2' belaka... [sila rujuk kamus Jawa dipautan saya itu] he he he...
debik,
Sukaneka. Langsung tak mencabar fizikal dan spiritual!
cikgu aminbakish,
Ya, ya. Saya memahami situasi cikgu dan ikut bersimpati.
Siapa pemain bolajaring paling top di Malaysia sekarang ekk cikgu? [eh! Malaysia ada pasukan bolajaring ke?]
zabs,
Sukan ragbi memang agak lasak sedikit. :)
Berbanding dengan saya, 2 adik saya lebih jauh ke depan dalam sukan. Seorang pernah sampai ke Sukma dan seorang pelatih ke sukan SEA. Saya cuma wakil sekolah saja. Tapi alhamdulillah, gila bersukan pun semua sampai ke U juga, tapi dalam negera sajalah....:)
Tahniah kepada anak en Zabs yang sampai ke NZ itu. :)
jurutaip,
Salam kenal. Terima kasih.
Tulisan saya biasa-biasa saja. Saya bukan pujangga, bukan orang sastera. Tak seindah dan seseni mana. Menulis pun cuma suka-suka. :)
ainin naufal,
Mana tau? Serkap jarang ekk?
he he he
Cik tuan tanah,
Ini mesti kategori pelajar kaki studi ekk?
Tiara,
He he he. Itu dulu-dulu. Sekarang jangan harap........!!!
Macamlah Beckham kamu itu tak pernah berseluar pendek. Entah-entah...dot... dot...dot.. :p
mak su,
Budak-budak sekarang lebih suka menghadap tv, hiburan.
Jatuh dan terluka sikit di balapan pun nak mengadu pada emak ayah. Itu belum 'terpengsan' dalam latihan sukan. Silap-silap sekolah kena saman oleh mak ayah murid :)
jamri,
Sekolah mana itu Jam? SMSM, SMRM? Kau kenal Jinan tak? Ijan? Ha ha ha.
Ah Kim
Wah lu pun pandai kasi salam ka? Waalaikumussalam.
Haiya! Lu sulah rampas kuasa itu Azzam aaa.... Kudeta aaa? Betut la apa lu cakap tu. Lu olang seni, lu pun tau....
[Maaf, terlacur BM aku buat seketika melayan apek sesat ni...ha ha]
ila,
Bersukan bukan setakat untuk pertandingan Ila. Tapi juga gaya hidup yang sihat. Baru badan cergas. Otak pun ikut cergas!
[Macam bagus-bagus saja saya cakap ini ekk]:)
Amora,
Dulu-dulu masa sekolah kamu main sukan apa amora....? he he he
monster mom,
Itulah dia. Sukan tahunan sekolah dulu-dulu mengalahkan kemeriahan Jom Heboh TV3 sekarang...
Jie<
Waalaikumussalam,
Sekarang, sukan tahunan sekolah pun entah tak tau bila berlangsungnya. Tau-tau dah lepas.
[Contohnya, sukan tahunan sekolah di belakang rumah saya, macam tak ada apa-apa...]
nbk,
Ha ha ha. Kalau sekarang, nak pecut lebih-lebih pun pancit jang..!
Khamis, Ogos 09, 2007 1:19:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
KV,
Itulah dia. Maklumlah dulu-dulu sekolah kampung balapan pun tak berapa elok, makan atlet pun tak berkhasiat. Kira cemerlanglah kalau boleh catat sekitar 11-12 saat. He he he.
Alpha,
Ha ha ha. Melampau kalau seminit. Itu lari dalam guni 100m kot. ha ha.
Sukantara meletihkan sebab banyak acara kena masuk. Tapi acara merentas desa lagilah meletihkan. Semput!
Jumaat, Ogos 10, 2007 9:56:00 PG, Bunga Rampai
Salam BP,
Keseimbangan pencapaian akademik dan bakat dalam bidang lain adalah penting dalam melahirkan insan menyeluruh.
Orang dewasa perlu punya keupayaan melihat, mencungkil, kemudian memupuk bakat yang ada pada kanak-kanak. Ada masa-masanya nanti bakat yang dipupuk itu lebih memberi kebaikan/keuntungan berbanding pencapaian akademik.
p/s baru balik dari berkelana, tengah pening menyusun semula rutin :(
jaguh pecut Jinan dan Ijan ni ek... err... carl lewis tu lawannya ben johnson masa sukan olimpik tahun 1988 kalau tak silap... tapi ben johnson didapati menggunakan steroid... :p
pelari yang memakai baju berjalur merah tu macam pernah kulihat, tapi di mana ya...