Khamis, Ogos 09, 2007
Dulu-dulu semasa kecil, aku gila melukis apa-apa sahaja objek beroda. Kereta, lori, van, bas, motorsikal, basikal, asalkan beroda. Aku lukiskan objek-objek itu di atas tanah yang rata. Selalunya di laman depan anjung rumah atok. Sambil jari telunjuk menonyoh-nonyoh dan menggores-gores di dada tanah, mulut berbunyi-bunyi, berdengung-dengung, vrooommmm…vrrroooommmm.

Kemudian aku belajar-belajar melukis objek-objek beroda itu di atas kertas. Kegilaanku melukis kereta-kereta sukan pula. Tapi tidaklah secantik dan seseni mana. Keterperincian imej yang dilukis berkadar terus dengan pengetahuan am tentang spesifikasi dan aksesori objek-objek jentera yang dilukis. Sambil melukis, berbunyi-bunyi, berdengung-degung, vrooommmm…vroommmmmm…vrroommmmm..

Sekarang, aku sudah tidak bernafsu untuk melukis-lukis lagi. Kalau adapun cuma melakar-lakar dan menconteng-conteng pelan konseptual atau lukisan perspektif lanskap. Begitupun, kegilaanku pada objek bernama kereta sukan tetap membara. Selain ahli sebuah kelab kereta sukan, aku ghairah dan meleleh melihat imej-imej kereta sukan, aku gila melayari laman-laman sesawang dan forum-forum atas talian berdiskusi tentang kereta sukan, aku gila mengumpul koleksi majalah dan model kereta sukan. Vrooooommmm..… vroooooooommm..…. vroommmmmm…… Sesekali membrek, erkkkkkkkkk….!!!

Itu antara koleksi kereta sukanku. Yang dua itu terpaksa parkir di luar sebab garaj yang ada sudah tak muat. Kena buat renovasi garaj lagi nampaknya nih. He he he. [Bilalah agaknya aku mampu memiliki Ferrari spesis 612 Scaglietti itu. Maksud aku yang betul punya...]

Itu cuma salah satu kegilaan aku. Kegilaan kamu?

TTFN
 
Cerita blackpurple @ jowopinter pada 8/09/2007 01:07:00 PTG. |


47 Ulasan


Khamis, Ogos 09, 2007 1:47:00 PTG, Blogger Sastri

Tajuk tu yang mahal tuuuu... Pegang tau... :p

Suka juga kereta sukan tapi model Ferrari 660 la... tapi kan kalau dapat SLK 230 hard top tu pun dah ok dah... :p

apa ek kegilaan? yang paling gila sekali buku la... boleh buat perpustakaan mini kat rumah rasanya... aaaa... lagi satu, suka sangat poohbear... tu pun kira kegilaan tu... biar gila buku dan poohbear, jangan gila lelaki... amacam? ok tak? LOL...

 

Khamis, Ogos 09, 2007 1:49:00 PTG, Blogger Sastri

erk... suka bake kek atau biskut tu kira kegilaan tak? :p

 

Khamis, Ogos 09, 2007 2:24:00 PTG, Blogger Mak Su

memang betul, lebih baik ler tu dari giler pempuan...

 

Khamis, Ogos 09, 2007 2:39:00 PTG, Blogger silversarina

sorry..memang kena gelak jugak dengar lagu jawo ni...hahahaha :)

akak dah tua tak gila apa dah.. ..kalau ada pun gila nak round dunia tapi kena slow-slow, lutut dah kurang pelincir...hehehe.

 

Khamis, Ogos 09, 2007 3:51:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

erk.. kamu gila? aku tak gila. ops... kejap, kejap. aku gila perempuan... bini aku da... aha!

 

Khamis, Ogos 09, 2007 3:56:00 PTG, Blogger Pa'chik

suka takpe.. jangan gila purp... kekeke...

gila apa... kejap ya... mmm.. oh aku tak gila. :)

 

Khamis, Ogos 09, 2007 4:55:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

BP..
dulu aku pun amat menggilai kereta sukan walaupun tak mampu memiliki kereta sukan yang power2.. dapat yg ala2 power pun jadik la..
tapi selepas itu, aku dapati, mengambil gambar kereta sukan ketika mereka sedang bersukan adalah lebih menarik disamping boleh mendatangkan uwang.. (kalau nasib baik la..)
aku tak impikan kereta sukan yg power2, dapat M3 E30 jadik la, tapi kalau duit bertimbun-timbun, dapat Pagani Zonda pun okey gak.. :)

 

Khamis, Ogos 09, 2007 5:03:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

kegilaan aku...
-cokelet kek
-kasut

"Biar giler beli kasut sambil mkn cokelet kek, jangan gila laki" hehehe...

 

Khamis, Ogos 09, 2007 5:13:00 PTG, Blogger DeeN

gila sket2 takper, jgn gila melampau. hehehehe ....

aku suka baca gile-gile jer hahaha..... aku suke senjatapi, aku suke pedang, aku suke supebike, aku suke aktiviti lasak. tp semua itu masih di dlm kawalan. hehehe ... ;)

 

Khamis, Ogos 09, 2007 6:04:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Sas,
He he he.

Tau. Beli buku dan majalah banyak-banyak, lepas itu simpan di setor kan...? He he he. Tahun depan baru baca ekk. :p

Bukan setakat itu, apa-apa pun kita boleh dapat kalau ada impian yang kuat. Semua bermula dengan IMPIAN kan? Tapi kena usahalah kan... :)

U memang! 'Kegilaan' pada masakan dan makanan ekk. Sebab itu rancangan masak-masak Cina di tv pun nak tengok. He he he.


Mak Su,
Perempuan memang cukup sensitif ekk pasal itu.. :D


kak LUJ,
He he he. Lagu-lagu Benyamin S memang kelakar dan menghiburkan!

Ada juga berimpian nak melihat-lihat negara orang, tapi belum kesampaian. Rezeki dan peluang belum ada. :)


tok mudin,
'Gila' yang aku maksudkan 'suka yang melampau-lampau' la...

Ha ha ha.


pa'chik,
Gila itu subjektif pa'chik. Kamu bukan gila blogging ke? Ha ha ha.


Raiedzall,
Kalau sukan 'drift', cuma suka tengok. 'Drag' pun. Aku lebih suka yang pecut-pecut dan cilok-cilok terutama kereta GT. He he he.


Pelawat,
Aku pun masa-masa inilah. Dalam 3-4 tahun lagi kereta sukan itu tolak tepilah. He he he.

Pergh! Pagani Zonda tuuu! Ooo.. kau suka M3 E30 ekk. Kenapa tak E90. Baru sikit? Z4 tak minat? Aku Bimmer kurang sikit.......Eh! Kau sekarang memang pakai Bimmer kan? :D

Aku kagum dengan seni fotografi dan gambar-gambar yang kau ambil. Macam di majalah. Sungguh! Tahniah!


cikin,
Jadi, dah berapa gerobok kasut kau sekarang? He he he.


nur@,
Betul! 'Gila' pun biarlah berpada-pada.

Kira kamu suka yang lasak-lasak jugalah kan... Tetiba teringat pula pada sifu aku, Si Mark Dacascos itu.. He he he...

 

Khamis, Ogos 09, 2007 10:55:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

Rasenya blog BP pun dah menjadi kegilaan... sekali jenguk, puuhhh... ramainya... :D

 

Khamis, Ogos 09, 2007 11:39:00 PTG, Blogger zino

boleh pinjam sebiji tak? hehe

 

Khamis, Ogos 09, 2007 11:58:00 PTG, Blogger Nunn

kete2 nih, aku kurengg sket, tapi klo bike tuh, aku mmg lelehh..hehehe.. kat umah aku pon dah belambak majalah bike trader, last2 jual kat 'surat kaba lama' jugak...

 

Jumaat, Ogos 10, 2007 12:44:00 PG, Blogger KAMATO

Kegilaan itu jugak terkena anak aku, kadang boleh terpijak, berbagai model adanya, kadang2 kalau 2 beradik bergaduh, kereta tu jugak boleh hinggap ke dahi mereka he he

 

Jumaat, Ogos 10, 2007 9:02:00 PG, Blogger BayuKK

nanti bolehlah masukkan pic koleksi keta - keta yang ada dalam garaj tu yer...

 

Jumaat, Ogos 10, 2007 9:08:00 PG, Blogger Mummy Rizq

KEGILAAN AKU MENGUMPUL & MEMBELI BAJU BAJU YG BERKENAN DI MATA INI! HEE.. POMPUAN.....

 

Jumaat, Ogos 10, 2007 9:50:00 PG, Blogger Butaseni@Wan Raja

aku jugak gila melukis,tapi lukis kartun,karikatur,figura dan catan.bab benda-benda robotik ni aku kureng(mungkin jiwa berbeza hehe.entry kau kali ni dah bagi aku idea untuk cerita kisah dulu-dulu(semasa curi-curi melukis dalam klas hehe)

 

Jumaat, Ogos 10, 2007 9:57:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

aku tak gila .. hihihi ...aku takde ler kegilaan mcm tuh .. cuma minat skarang mengumpul fridge magnet .. tp takde ler sampai gila mengumpul .. cuma suka tengok mende2 kecik camtu

 

Jumaat, Ogos 10, 2007 10:00:00 PG, Blogger Bunga Rampai

Salam BP,

Pastinya mengembara!

 

Jumaat, Ogos 10, 2007 10:40:00 PG, Blogger Unknown

Salam.

Lu suka keleta ho? Wa pun sama. Wa ala pelali enjo - F.E.R.R.A.R.I E.N.Z.O...pelali enjo lu tau ka? Ho...manyak syok wo! Lali laju selupa kapal tibang ho. Tapi aa wa cuma mimpi lo! Ho liao ho!

Telima kasih la ho!

 

Jumaat, Ogos 10, 2007 11:08:00 PG, Blogger Rush Murad

bab kete nih.... aku kureng sikit, tapi atas monitor aku ni ada 3 biji model kereta - Ferrari F430, Enzo Ferrari dan Ferrari Superamerica... buat pembakar semangat.... who knows kan? aku gila...ehemmm..... travel ler... sampai naik pokai ni asyik beli tiket flight....

 

Jumaat, Ogos 10, 2007 1:29:00 PTG, Blogger Titicaca

aku suka kumpul fridge magnet je...err..bbrp bln lepas kan ada syarikat petrol msia jual keta sport ni..beli ke?

 

Jumaat, Ogos 10, 2007 1:53:00 PTG, Blogger arianna adrizal

kegilaan? hmmm.. entah. buat ms skrg biasa2 aje. blm cukup 'gila' lagi. hehe..

apa2pun, tajuk tu mmg nak tergelak tau. hehe..

 

Jumaat, Ogos 10, 2007 1:53:00 PTG, Blogger Unknown

kete ni suke tgk je la... janji bersih engine ok...jalannnnn!! kegilaan wa pada taman d rumah..adjust sana adjust sini tanam sana tanam sini skang ni nak cabut sume pokok... mau bikin barrruuuuu...

 

Jumaat, Ogos 10, 2007 1:58:00 PTG, Blogger achik

kegilaan saya slalu berubah2 mengikut mood.. hehe ;p

 

Jumaat, Ogos 10, 2007 3:52:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Iza,
Isk... Belum sampai ke tahap itu lagi.... :D


Zino,
Boleh. Pilihlah sendiri. Tapi minyak kenalah isi sendiri ya... he he he..


nunn,
Dulu-dulu suka & minat juga superbike tapi entah kenapa, lama-lama bertukar suka ke kereta sukan pula. Bagi aku kereta sukan semua nampak seksi dan mengiurkan! He he he.

Majalah2 kereta sukan yang aku simpan banyak tempatan punya mcm Hypertune, Extremekar dll. Cuma kdg2 beli luar punya spt Banzai dll. Suka tengok gambar2nya. Selain itu suka tumpang baca Torque, Motor.com dll. He he he.


Kamato,
He he he. Saya yang dah tua-tua ini pun 'jakun' dengan model-model itu, apatah lagi budak-budak. Macam satu kepuasan membelek-belek model2 itu semua. :)


bayukk,
Insya-Allah. Bila garaj dah siap renovasi nanti bolehlah kongsi gambar-gambarnya... :D


mummy,
Dah berapa gerobok baju ada MR. Semua tentu yang berjenama ekk.... :D


butaseni,
Tahniah! Kau punya bakat. Lukisan-lukisan kau - yang pernah aku tengok di blog kau - memang berseni dan artistik. Aku pun suka juga menghayati lukisan ala-ala abstraks, tapi selalunya tak faham satu apapun...... he he he...

Aku tunggu cerita kau itu. :)


faizah,
Agaknya petisejuk rumah kau mesti penuh dengan 'bendalah' itu semua ekk... Kat kereta comel kau tu, kau tak lekat sama ke? He he he.


B Rampai,
Waalaikumussalam BR,

Dan kemudian BR mengabadikan setiap fragmen-fragmen yang dikutip dari pengembaraan itu ke dalam bentuk catatan-catatan yang berjiwa dan bersira mesej di blog. Yang akhirnya menjadi kegilaan pembaca lain untuk menghayatinya. Bukan begitu BR? :)


Ah Kim,
Waalaikumussalam.

Ferrari Enzo itupun ada sebijik. Tapi sayang nak bawak jalan-jalan. Maklumlah jalan KL banyak lubang, nanti cepat rosak. Lagipun petrol banyak mahal woo.... Ha ha ha

 

Jumaat, Ogos 10, 2007 3:59:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

ko memang gila! haha!

 

Jumaat, Ogos 10, 2007 4:09:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Rush,
Ya.It starts with a dream! :)

Tak apalah Rush. Asalkan apa yang kita 'gilakan' tak menyusahkan orang lain dan tak melanggar hukum-hakam agama dan budaya. Bukan begitu Rush? :)

Mengembara ke negara-negara orang macam kau memang banyak modalnya. Tapi tentu berbaloi kan.....


titicaca,
Mesti dah penuh bertempek petisejuk rumah kamu itu ekk... :D

Aku suka kumpul koleksi model yang berskala 1:24 ke atas. Yang syarikat minyak cengkerang kerang itu hari skalanya kecil. Tak berkenan, walaupun model Ferrari.. :D


Arianna,
Mesti ada. Cuma tak perasan kot...Orang gila mana perasan yang dia gila....he he he..

Puas juga nak mencari tajuk itu...he he he...


Amora,
Kalau perlukan konsultasi arkitek lanskap atau juru runding lanskap, jangan malu-malu telefon atau sms ekk...he he he...


achik,
Berubah-ubah mood pun boleh dikira 'kegilaan' juga tu... he he he...


cikgu gitar,
Kau gila pada gitar tong tu bukan gila ke namanya..! ha ha ha..

 

Jumaat, Ogos 10, 2007 7:21:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

salam singgah.
kereta kenot tu masih ada lagi ke? tak penah kena curi dengan bocah2 lanang?
saya 'giler' berpeleseran(jalan2 cari pasal) sambil ambik2 gambar.

 

Jumaat, Ogos 10, 2007 8:33:00 PTG, Blogger Pa'chik

mana ada gila blogging...
haha...
pilem la kot. pilem-pilem yang hebat..

 

Sabtu, Ogos 11, 2007 9:21:00 PG, Blogger kingbinjai

bila besday kau dude? nanti boleh aku belikan hotwheel hehehehe

 

Sabtu, Ogos 11, 2007 2:18:00 PTG, Blogger Unknown

tak brani nak gila ape pong skang neh.. sbb setiap kegilaan aku memerlukan DUIT

 

Sabtu, Ogos 11, 2007 5:52:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

eisraa,
Koleksi kereta-kereta kenit itu tersimpan rapi di garaj yang selamat...he he he..

Wah! Berpeleseran ekk...!


Pa'chik,
Aku pun 'gila' tengok filem-filem tapi filem-filem yang berseni dan berjiwa la..he he he..


King,
Nanti dah dekat-dekat, aku sms kau ekk...Tapi aku nak yang berskala 1:24 tau! He he he..


Lind,
Tak juga Lind, kalau 'gila' tidur mana kena pakai duit..he he he..

 

Ahad, Ogos 12, 2007 8:41:00 PG, Blogger TedungS

aku suke kumpul...

...eh mende ntah?

 

Isnin, Ogos 13, 2007 7:52:00 PG, Blogger Unknown

takkan dua biji kereta jer? tambah la koleksi lagi. hehehe..

 

Isnin, Ogos 13, 2007 9:55:00 PG, Blogger me3n

haku pong minat garis langit. bile nak buat koleksi yang betul punye? ;).

 

Isnin, Ogos 13, 2007 11:50:00 PG, Anonymous Tanpa Nama

peh! tajuk die mmg kool la brader! hehehe..

 

Isnin, Ogos 13, 2007 3:12:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Tedung,
Cakaplah...kumpul apa? ha ha


orochi,
Yang dua itu di luar garaj, sebab garaj tak muat. Yang di dalam garaj belum masuk gambar lagi...he he he..


ad3ck,
Dah jemu la pakai 'garislangit' ungu itu. Nak tukar CLK pulak..Nampak korporat sikit...ha ha ha..


Kamarul,
Tajuk kena berjiwa...ha ha ah...

 

Isnin, Ogos 13, 2007 3:21:00 PTG, Blogger izinni

lorrr gila rupanya jawa ni! hahahhaha

aku tiada kegilaan yang spesifik. tapi yang tetap dari dulu tetap membaca walaupun masanya dah semakin kurang.

 

Isnin, Ogos 13, 2007 3:39:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

Izinni,
He he he. Membaca yang biasa-biasa belum boleh dikira 'gila'? he he he..

 

Isnin, Ogos 13, 2007 3:53:00 PTG, Blogger DeeN

sifu kamu si mark dacascos itu dulu menjadi kegilaanku. Sampaikan gila ku pada sifumu itu, aku pernah kata, kalo dia Islam, aku nak pi meminang dia lah! Hak hak .. Itu zaman remaja aku. Tp skang ni masih suka. Cuma gilanya makin berkurang. Rasional!!

:D

 

Isnin, Ogos 13, 2007 4:04:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

nura@,
He he he. Aku gilakan aksinya saja. Bukan orangnya.

Ooo..kau sudah bukan remajalah sekarang ini ekk. Aku masih remaja. Tetap remaja. Remaja antik. Ha ha!

 

Isnin, Ogos 13, 2007 4:48:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama

kete sukan? dedulu mase kekecik aku banyak gak kete sukan nih.. tapi skang dah takde dah... terase rugi laks mengabaikan/menjahanamkan kete kete sukan aku itu...
skang nih ade value gak kalo kete sukan yg vintage... huahuahua.. kire cam bundle vintage arrrr
ade peminatnya yg tersendiri....

 

Isnin, Ogos 13, 2007 4:55:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

muor,
Aku suka kumpul yang jenis kereta sukan berskala 1:24 ke atas. Tapi sekarang ni berkira jugalah. Yang 1:24 pun sebiji dah 60-70 ringgit. Yang berskala besar sikit nak dekat dua ratus ringgit sebiji. Macam membazirlah pulak!

Model kereta sukan vintage aku tak kumpul, tapi comel jugak kan!

 

Rabu, Ogos 15, 2007 11:56:00 PTG, Blogger Bunga Rampai

Salam lagi,

Oh, begitukah BP? Terima kasih kepada mereka yang sudi membaca, termasuk BP sendiri :)

Saya juga sebenarnya gila membaca catatan di blog JP ini ;) Saya pastikan yang semua tulisan BP saya baca :)

 

Khamis, Ogos 16, 2007 5:17:00 PTG, Blogger blackpurple @ jowopinter

B Rampai,
Salam BR,

Saya sukakan tulisan dan susunan kata yang berjiwa, tak kiralah bagaimana bentuk dan lenggoknya, dan tulisan BR salah satu favourite saya. :)

Terima kasih BR. Catatan di JP ini cuma rapuan dan repekan.

Hidup kena sentiasa lucu. :)