Sarkas itu, seingat-ingatku, adalah rancangan rasmi di tv setiap kali Hari Raya. Selain dari cerita Hindustan. Kan?
Kali pertama di dalam hidupku menjejakkan kaki ke tapak sarkas. Agak jakun juga. Ooooo.. Begitu rupanya suasana dan susunatur di dalam khemah gergasi berbentuk seperti iglu itu. Papan tempat pijak kaki kawasan tempat duduk kami itu berkeriut sana-sini. Tempat letak punggung pula dari papan yang berbalut karpet nipis. Kami di bahagian tepi arena. Pandangan kami ke arena jelas cuma terganggu sedikit oleh tiang-tiang besi yang tinggi berceracakan.
Aku menghayati gelagat manusia di sekelilingku. Makcik di hadapanku itu beriya-iya sungguh bertepuk tangan. Ibu muda di sebelahku sedang menyahut seruan kempen penyusuan susu ibu. Gadis di depanku asyik mengodek-ngodek bertih jagung. Seorang anak kecil di belakangku menangis teresak-esak. Sepasang manusia di belakang sana pula sedang berbisik-bisik, berkasih-kasihan. Alahai…..
Kami keluar meninggalkan khemah gergasi itu sejam sebelum pertunjukan tamat. Huh! Lega! Macamana aku boleh terpukau....... Alamak! Terlepas Studio Bintang Kecil di TV Sembilan. Ha ha ha.
Oh ya! Blogku yang satu lagi itu telah berpindah ke SINI. :D
TTFN
Isnin, Ogos 13, 2007 4:31:00 PTG, Pa'chik
Ramlee : "Ei Sudin! itu apa bacanya"
Sudin : "Alif! Mim! Waw! Nun! ...............Alif tendang Waw bunyi nya sarkes daaaaaaa"
Ramlee : "Ei apa daaaaaa! takkan yang tulis panjang panjang tu bunyik nya sarkes"
Sudin : "Ei! yang panjang panjang tu dia punya bunga saja daaaaaaaaa. Apa? ko ingat ceti saja yang pakai bunga?"
bila masa pulak ada verifikasi nih...
Isnin, Ogos 13, 2007 5:43:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
pelawat,
Pergi hari minggu baru meriah bro'...Tapi tak adalah lumba-lumba kereta, lumba-lumba motor dalam raga bulat ada la..he he he...
pa'chik,
Ha ha ha. lepas ini bila teringat Sudin, teringat Pa'chik. He he he.
Pasang sementara saja 'verifikasi huruf' itu. Takut disinggahi 'setan gondol' itu... :D
khairyn,
Tengok di tv lagi selesa kot...
kak LUJ,
Gelagat-gelagat manusia itupun sebahagian dari aksi-aksi sarkas juga. He he he..
Entah macamana boleh terpukau pula saya.. he he..
Ila,
Manalah saya tahu. Saya bukan peminat sarkas. :D
Isnin, Ogos 13, 2007 9:58:00 PTG, aNIe
Teringat tengok Royal London Circus masa kat Melaka dulu rasanya dah lebih dari 10 tahun ... masa Huda anak akak sekolah rendah dulu...strategi pemasaran diorang baik sekali...
Diorang promo kat budak2 sekolah...bagi tiket free pada budak2 yang dpt no. 15 ke bawah...jadi anak2 balik dgn bangga kata dpt tiket free pegi sarkas sebab periksa dpt no. 15 ke bawah...abih takkan le budak tu nak pi sorang...abih semua satu keluar dihangkutnya....dpt free 1 tiket...kene bayar berpuluh2 hengget...
Selasa, Ogos 14, 2007 12:55:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
kemat,
Ya, ya. Hari Raya sekarang banyak tayang cerita Melayu dan konsert artis. Isk! Artis beraya mengalahkan budak-budak!
serunai fakir,
Kehidupan ini memang suatu pertunjukan sarkas juga. :)
Saya pun suka jadi harimau. Harimau ungu yang comel dan jinak! :D
kak lady,
Rasanya sarkas yang inipun ada promosi untuk budak-budak sekolah. Ada baucer kalau tak silap.
Kalau satu keluarga 10 orang, kalau beli tiket yang paling murahpun dah berapa. Isk!
Akira,
SARKAStik bertempat dan berasas tak mengapa. Itu rasional namanya. :)
King,
He he he. Itu sebab dipukau... Bila gajah, singa, kuda semua pupus, sarkas pun ikut pupus ekk..
zino,
Saya pun masih tak percaya ni...
he he he..
Titicaca,
He he he.
Bukan jiwa aku agaknya tengok benda-benda macam itu. Kurang mencabar!
abang long,
Ooo..ada singa juga ekk. Agaknya selepas saya balik baru ada pertunjukan singa itu kot. He he he.
mak su,
Kalau di tv, tak tengok dah. Banyak rancangan berfaedah lain boleh ditengok. He he he.
13may,
Cubalah. Aku tengok separuh dah bosan. He he he.
Jinggo,
Best atau tidak itu mungkin subjektif. Tengoklah minat, tujuan dan dengan siapa kau pergi. He he he.
Sas,
Bosan mungkin sebab kurang mencabar dan letih merayau kedai buku di Atria itu kot. :)
Boleh I temankan, tapi kena beli tiket yang paling mahallah. Selesa sikit kalau I nak tidur. he he he.
Selasa, Ogos 14, 2007 6:00:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
nur@,
Eh! Bukan itu hari kamu kata dah bukan remaja ke? he he he.
Akrobatik Cina berseni, banyak menggunakan kelembutan tubuh badan. Badan macam getah ekk..
nbk,
Kalau dah ada depan mata, silap-silap terpukau juga jang...he he he..
sas,
Alah...apalah sangat. :p
Kerusi plastik macam warung tepi jalan tu. Nak dekat-dekat seratus ringgit kot... :)
achik,
Itulah yang musykilnya ....Agaknya Menteri Penerangan yang dulu minat sarkas kot. [Apa khabar agaknya Tok Mat ekk..] He he he.
mummy r,
Kalau tengok masa kecil-kecil dulu seronoknya lain kot. Maklumlah budak lagi..... Tau nak seronok saja! :D
orochi,
Kalau rasa-rasa bosan, baik jangan tengok live. he he he.
Tuan,
Aku cabut awal. Tak tau ada ke tak dua binatang itu.
Eh! Naga bukan ke Cherating ke? ha ha ha.
Rabu, Ogos 15, 2007 3:55:00 PTG, blackpurple @ jowopinter
ainin naufal,
Oh! Komen itu membuat saya merasa sungguh insaf... :p
butaseni,
Laaa... Kau jangan terpengaruh dengan cerita aku. Aku lain. Kau lain.
'Naga' lain kot. He he he.
Lin
Terima kasih. Yang kamu maksudkan itu saya kan....He he
shahril,
Tapi aku tak perasan pun iklannya. Mungkin aku terpukau dengan khemah gergasi dan kerlipan lampu-lampu di tapak sarkas itu agaknya. He he he.
goboklama,
SARKAStik....he he he
jamri,
Ada yang kena bakar tv kalau ada lagi tayang sarkas masa Hari Raya...! Ha ha ha.
KV,
Tuan Guru izinkan ke sarkas datang ke KB? :D
indera,
Agaknya keterujaan itu berkadar songsang dengan usia kita. :)
MR,
Eleh...MR ke anak MR yang takut dengan badut... He he he..
hmm.. rasa cam nak layan sarkis plak sekali sekala